Rabu, 25 April 2007

kawin

(this is just a stub. pukul 5 petang ke atas waktu mesia nanti aku update post ni:)

pukul 5 petang: malas pulak aku nak update. wahaha


ramai pulak kosmet aku kawin hujung bulan 5 + awal bulan 6 ni. ade sampai 4 sekali kenduri. wahaha.. so, kepada bakal bakal suami di sane, bace le petikan yang aku jumpe kat internet ni (yang dah bergelar status suami or ex-suami pon tak diharamkan untuk teruskan membaca)..

██████████████████████████████████████████████

.:: Tip Untuk Para Suami Mithali ::.

1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah Rasulullah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.

2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. Rasulullah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yg menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.

3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia ‘mengganggu’ barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dsb.

4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah.

5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. Rasulullah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).

6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dsb.

7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yg anda tlh buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.

8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana Rasulullah menaikkannya di atas unta yg perlahan. Rasulullah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.

9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. Rasulullah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.

10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud:
“Org yg terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya”

Sebagai kesimpulan:
Jadi cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.

██████████████████████████████████████████████

taniah kat kak mar, yah, kak sue dan ustaz ahmad xia ul saufi. best la korang kawin awal..

11 ulasan:

  1. wow! tips utk diri sndiri ke? kosmet yg kawin tu rsenye pompuan2..hehehhe

    BalasPadam
  2. 3 pompuan, 1 lelaki. yup. peringatan untuk diri sendiri gak. ape apehal pon, nak kene prepare gak..

    tak jumpe lagi isteri mithali. nanti kalo ade, gue post kat sini lol

    BalasPadam
  3. ceh xsedar ke sedang berckp dgn bakal isteri mithali sendiri?kurafat betul perbualan di atas...heheh

    BalasPadam
  4. fa n aku_cakk bile lagi ni..kalo korang kawin bln ni..br 1 kenduri kawin pegi.;p...eee bestnye nasi org kawin..

    BalasPadam
  5. okeh..aku tgu smp bln 8....aku nak nasi minyak lebih ek..;p

    BalasPadam
  6. ok chuky. aku bagi ko satu periuk besar tu kat ko.. :p

    BalasPadam
  7. Reminder: Angah kalo ko kawen,ko dialu2kan xmenjemput aku.sbb kite same2 tau aku x suke gi kenduri kawen.so just bgtau ko nk kawen ke dah kawen cukup ar.di samping itu ko postla gamba2 yg bekaitan cite psl ko kawen kat blog ko ni.thanx in advance.

    BalasPadam
  8. sha, aku tetap akan jemput ko gak. walopon aku tau yang ko takkan datang. kire aku jemput jemput ubi la. jemput tak ikhlas. wahahaha

    BalasPadam

terima kaseh :)