Halaman

Jumaat, 4 Mei 2007

From april to may



Kelihatan yazid sedang leka memerhatikan sushi sushi berkeliaran disisinya sambil memikirkan nasib nasib hidupan hidupan laut yang hayatnya berakhir di plet pinggan sushi. "apakah haiwan haiwan ini perlu dibeza bezakan kelasnya dengan harga dan warna plet?? tidak cukupkah manusia mengelaskan haiwan ini dengan famili/spesisnya yang tertentu". persoalan yang agak berat untuk aku jawab sambil makan. disebabkan mulut aku tengah penuh, so aku tinggalkan soalan tu begitu sahaja. turut disertakan air tin pepsi yang benilai RM3.00 per tin. giler ah 'high class'..



air sparkling (ESPriT). ni antara jenama air sparkling yang terawal aku pernah kenal melalui sedara aku kat serdang. maseh teringat lagi aku ditika itu aku tanye kat sedara aku "adakah air ni boleh diminumi?" sambil radio terpasang kaset butterfingers 1.2mg dan ade 2 ekor burung merpati tengah berkeliaran di lantai kat luar umah. aku just tanye je, tapi tak minum pon mase tu. ESPriT ni berharga RM6.00 kat KLCC tapi berharga RM4.X9 kat Tampin Shopping Center (kat Tampin, Negeri Sembilan). mungkin harga die naik kat klcc sebab transportation nak angkut dari negeri sembilan ke kl dicampur dengan tol dan minyak dan ditolak dengan sedikit dengan claim kat bos dan EPF. aku agak camtu je la.. (kalo korang perasan asap rokok kat sebelah tangan aku tu bentuk kapal terbang, senget senget gak mulut aku nak wat bentuk kapal terbang)



malam ahad tu aku tido kat umah sedara aku kat gombak setia. teringin lak nak amik gambar tempat aku membesar dulu dulu time memuda ketika baru baru nak up. Label A = pokok yang aku selalu panjat dengan teman teman seperjuangan. selalu gak aku lepak kat pokok ni. Label B = tempat target yang jadi rebutan. masing masing nak duduk tempat yang tertinggi sekali. secara simboliknya, sapa yang dapat duduk lagi tinggi, die la yang lagi berkuasa. biasa lah, sikap manusia. masing masing ingin menguasai dan bukan untuk dikuasai. tapi berbeza lak dengan label C tu (tempat parking moto). tempat lepak lepak dimana tiada yang lagi tinggi or rendah sesama kita dan ianya mewakilkan bahawa tiada beza antara satu sama lain. bak kata pepatah, duduk sama rendah, tapi tinggi tetap berbeza gak.



peti surat berhantu. kat peti surat ni la yang memakan seruas jari tengah aku. situasinya macam ni: tangan kiri aku masukkan kat salah satu peti kat Label D, tangan kanan aku lak aku nak capai surat surat dalam E and kaki aku lak kat mamar F tu. disebabkan mamar tu licin, so aku terjatuh terduduk kat G tu tetapi malangnya seruas jari tengan tangan kanan aku tak sempat mengikut aku jatuh menyebabkannya tertinggal kat D tu.. uuuuuu (efek menangis)



padang antara blok 30 dan 28. H + I = tempat main rounders, baling selipar, bola cop, main bola dan pelbagai lagi aktiviti lasak. yang Label J tu pulak tempat selalu bola landing. biasanya dalam sebulan tu ade la at least sekeping kaca pecah tanpa diminta akibat pukulan padu dari team kitorang. tension lak aku. lenkali kalo taknak kaca tingkap ko pecah, g la duduk kat tempat lain...



yang line warne biru tu ekceli simbol untuk buaian. tapi sebab sekarang ni dah takde akibat mogok lapar yang dibuat oleh penduduk dari blok lain yang takde buaian macam blok kitorg, so aku lukis pakai mspaint.exe je.hehe.. Label K tu adalah tempat peak, antara tempat yang paling tinggi sekali boleh dicapai dengan kelajuan buaian tu melebihi kelajuan yang dibenarkan oleh kerajaan dengan angel 90 darjah dari initial state. tujuannya adalah untuk melompat paling jauh (yang paling jauh seingat aku, penah sampai lagi jauh dari Label M tu disebabkan bantuan hujan yang mengurangkan daya geseran yang diambil antara punggung aku and besi buaian itu bagi mengatasi daya inersia pegun dan sekaligus membantu aku mengoyakkan seluar aku mase landing.. damn). tapi untuk mencapai objektif tersebut, seseorang itu perlu mengambil risiko sama ada dapat pergi sejauh ke Label M atau jatuh terpeleot kat Label L. kalo jatuh secara fizikal je takpe la. ni nanti tak pasal pasal jadi bahan utama gosip liar seblok. wahaha



kl tower. bagi aku pejalanan dari stesen monorel bukit nenas ke kl tower adalah satu misteri. sebab masa yang diambil untuk naik/mendaki bukit ke sana (dari pintu masuk kl tower yang ade pak gad tu ke ground floor kl tower tu) ade gak la amik mase dekat 20 - 30 minit tapi kalo nak turun lak dalam masa 5 - 9 minit je. pelik. masa untuk menaikki lagi lama dari masa manuruni. mungkin masa naik tu, kitorg terperangkap dalam dimensi ke-4, dimana pemalar masa jadi tak malar. (gambar and label O tu setakat hiasan je)..



pandangan atas beberapa bangunan. kagum lak aku tengok ade swimming pool atas beberapa bangunan. terasa gak nak terjun dari kl tower tu ke swimming pool tu. mesti best giler.



klcc dari kl tower. teringin gak aku nak wat kapal terbang kertas and baling dari kl tower tu and tengok sampai tak kat klcc tu... len kali la aku nak test. dalam pic tu ade gunting besar yang cube memotong klcc and ade tangan alien.



kat ground floor kl tower. kami terlihat sorang mamat tu buat aksi obscene. die berpelukkan dengan sorang pompuan omputeh yang lagi tinggi dari die. siap nak cium skali breast pompuan tu dikhalayak ramai. aku rase die ni pakai petua aku_cakk/atropine kot. pakai buah durian. tu yang die dapat pompuan omputeh tu.. :)



kat kl central. kitorg terlihat lagi sekali sorang mamat yang buat aksi obscene tadi. tapi kali ni die tengah menghisap rokok sambil cuba sedaya upaya memahami apakah maksud sebenar sign "DILARANG MEROKOK" bersimbolkan rokok yang disilangkan. "apakah sekiranya aku menyilangkan rokok aku ni, maksudnya aku dah tak boleh merokok? jadi maksudnya selagi aku tidak menyilangkan rokok ni, boleh la kot aku merokok. hmmm " (sambil mengangguk angguk kepala). nampaknya mamat tu dah paham ape yang cuba disampaikan oleh sign itu..

in a nutshell, ni la antara cuti aku yang paling best skali. thanks kat sesiapa yang menggembirakan aku, meneman aku, membantu aku dan sebagainya. mintak maaf sekiranya kalo korang penat penat baca tapi still tak tau ape yang aku cube sampaikan. thanks for everythings.

19 ulasan:

  1. pic pelok awek baju pink tu paling aku tak tahan nk gelak... kahkahkah..

    BalasPadam
  2. gila sadis cite kehilangan jari tengah ko..uuuu....gile aku sedih gile...aku xleh terima hakikat...sbb oeti surat umah aku kt kg baru cam tu gak..waa takutnya...

    BalasPadam
  3. wah aku dah bleh komen. best la title kat blog ko - this is not a story blabla~

    ko ni satu posting cite byk2.. rearrange ar!!!(pls ignore) kalau leh, for this posting, each gamba tu aku nk komen,so nnt taderla aku nk buat karangan pnjg lak kat komen aku ni. ko gune kamera ape ek? bukan kamera ko kan?

    caya ar Angah, ko amik gamba peti surat tu,, terharu aku dpt gak tgk tempat bersejarah ko tu. bangge tol aku skrg.

    actually kami yg ko sebut tu sape ar? sori la aku x bace sume pekataan sbb panjang sgt, di samping penggunaan metafora yg byk.

    spnjg aku mkn sushi,aku lagi suke mkn sushi jusco rather than sushi king. walaupun SK high class, tp xseenak sushi jasko, di samping harganya yang xbest. sesungguhnya aku ade alasan tersendiri yg x dpt dihuraikan dlm komen kat blog ko.


    hehe thanx bg aku komen. suki desu!

    BalasPadam
  4. @abeming
    baik ko berhati hati. aku banyak terdengar peti surat jenis PtSt4835684 macam dalam pic tu yang makan jari orang. ada juga kes seorang budak nampak tetiba ade jari terkeluar kat peti surat tu diwaktu tengah malam..

    fuuuuuu... (efek seram)

    BalasPadam
  5. @ai (sha)
    "This is NOT a story about a Girl named Lucky" -> ni blog description kot. title blog aku: "Null to Zero" ar.

    actually, tu lah niat aku. aku nak menggalakkan rakan rakan aku menulis karangan kat komen blog aku. kalo ko nak komen for each gambar, aku kene bukak fotopages (kot).

    kalo ko nak tau aku pakai camera ape, ko click pics tu, save kat komputer ko and then right click pic tu, properties > summary > advance. and, fyi, tu 'kamera' aku tau. penat lelah aku keja nak dapatkan 'kamera' ni.

    tu la. peti surat tu memang bersejarah bagi aku and penduduk flat dbkl blok 28 gombak setia. ko sempat tak amik pic tempat ko beranak. amik cepat cepat sebelum dirobohkan tempat tu. wahaha (gelak jahat)

    kami tu adalah kata ganti diri yang pertama. digunakan untuk sekumpulan manusia. tapi, dalam kes ini, aku refer kat aku and si dia. wahahaha

    sushi jusco berpatutan atas harganya. begitu juga dengan sushi kat sk. aku tau alasan ko. ko cakap je la ko suke sushi jj sebab lagi murah. wahahahaha

    ok. no problem. aku memang benarkan anonymous komen. sebab kalo tak, memang takde mase ko nak bace blog aku. kan?

    BalasPadam
  6. bkn kerana harga...mmg sushi jusco lagi best dari sushi king...wakaka saje menyampuk....

    BalasPadam
  7. a ah.. aku pn slalu makan yg jusko punyer... smlm pn makan.. nyam8

    BalasPadam
  8. #fa
    stelah aku analisis pic yg ko ckp asap bntuk kapal terbang tu...

    aku dapati tu bkn asal...ekceli tu adalah manusia yg buat gaya menyepak angin.. mase snap pic tu.. dia bergerak..gerakan tu buat image tidak berada dlm keadaan pegun..

    utk bukti yg jelas.. sila tgok objek yg ko sngka kapal terbang tu ade bayang2...

    hehehe..sekian..

    BalasPadam
  9. gile.

    nanti aku baca balik, kat tpt keje nih.
    bilenyer kau datang sini? xstori pun. apadaaaa

    BalasPadam
  10. @abeming
    sila kemukakan hujah hujah anda dengan lebih terperinci. sekian time kaseh

    BalasPadam
  11. @atropine
    manisia bergaya menyepak angin? itu yang bahagian bawahnya kan? yang atas tu. takkan la kaki die kat atas..

    fyi, gambar kapal terbang tu betul betul sebelah anak panah tu.

    BalasPadam
  12. hish xpyh kemukan bukti...testimonial dr rakan2 yg pernah mencobanya dh cukup...keh3

    BalasPadam
  13. tak mampu nk masuk makan kt sushiking...mahal..air tin da rm3.. klo kt jusko baru shinggit lebey... jenama yg same lak tu.. heheheh...

    sushi pn lebey kurg gitu gak.. maybe sbb dorg jual sushi saje(sushi specialist ) tu jadik mahal bak kate pepatah "mahal supo bedil"

    ekceli tu semey antara ada duit n takde duit je... klo duit lebey skit..makan sushi king.. klo stakat nk beli sketul sushi je.. melantak la kt jusko..

    BalasPadam
  14. nope. sushi sk lagi sedap dari sushi jj. wasabi sk lagi kaw4.

    BalasPadam
  15. apsal malas hapdet blog ni?????

    BalasPadam
  16. ko pun sibuk juga. bila nak update. asik main alantis je

    BalasPadam

terima kaseh :)