Jumaat, 29 Jun 2007


28th June

datang ke opis pukul 10 pagi. sampai je opis, selongkar beg. "Damn, pendrive aku tertinggal kat umah". terpaksa la balik ke umah amik pendrive, sebab pendrive tu ade sume paper yang nak kene submit. balik dari umah, terus pergi ke Pusat Kesehatan utm, tapi ramai orang. malasnye.. so, balik ke opis terus. sampai pukul 11.

pukul 1 lebih, pergi ke Pusat Kesehatan balik. tak boleh tahan dah ni. sakit giler tekak aku. tak ramai, then doktor cakap aku kene sakit tekak (radang tekak kot). berbekalkan satu beg ubat, pergi pulak ke meranti, mencari makanan. sampai kat opis, makan nasik and makan ubat. then kepala aku terus weng. tertdo dari pukul 2 lebih ke pukul 4 lebih. damn. bangun2 je, aku terdengar ade suara penyelia aku perli perli. hehe "aircond sini sedapkan. kalo tdo memang best". aku terdengar tu, terus tersentak bangun. kot tak aku nak terus sambung tdo. hehe

aku tengok baru 2 helai aku buat paper tu. damn. tulis siket demi siket. pukul 5.30, tetiba ade orang tutup lampu, siap kunci pintu besar. ye la. dah pukul 5 lebih, SEPATUTNYA takde orang stay lagi kat IIS ni. and aku rase die tak perasan aku ade kat dalam tu. damn. aku buat bodo je dalam tu. tak larat aku nak panggil. kemas kemas barang, then terus balik.

malamnye, rumah kosong. takde orang. yazid pergi jumpe kawan die. embon ikut skali kot. kucai pergi dating. nazri pergi kerje. termangu mangu aku sensorang kat dalam umah. tetiba aku terasa nak makan kat tempat selain taman universiti ni. maybe mutiara rini, maybe bukit sutera indah, maybe taman perling.

dengan keadaan laloq, aku start moto, then terus masuk ke mutiara rini, taman ungku aminah, nusa bestari, nusa indah, tampoi indah, taman perling.. tah.. segala taman aku masuk. akhirnya aku sampai balik kat mutiara rini balik. takde satu tempat pon yang aku berkenan nak makan. tengok meter, dah 50km++ aku jalan. hasilnya, yillek!

last last pergi ke jaya jusco, beli perencah nasik goreng and ayam, then buat je nasik goreng. ceh. kalo awal awal camni kan senang.

moral of the story: len kali, set target betul betul nak pergi mane, nak makan kat mane. kene letak target yang betul betul siket. kalo jalan tanpa arah, memang susah la nak dapat hasil. buang masa, tenaga dan duit je. macam tu gak la life kite. at least, kite kene ade target dari short term sampai la ke long term.. ape yang kite kejar kejar kan dalam masa 6 bulan, 6 tahun, or 60 tahun ni?? hidup lagi or tak, itu ketentuanNya. yang penting, kita kene ade landasan untuk bergerak dan destinasi untuk dituju..

hari ni aku demam. damn..(demam dengan damn macam lebih kurang je ejaannye:).. life goes on!

3 ulasan:

terima kaseh :)