Halaman

Jumaat, 15 Jun 2007

Rabu 13th June

Chapter: Life goes on

+ Scooter
Petang: Tengah aku sedap sedap bawak lelaju (tak laju sangat ekceli, dalam 60kmph je) scooter (yang dipinjamkan kat aku) tetiba tayar moto pancit. nasib baik dah dekat dengan area umah aku (dalam 7 minit jalan kaki, kat projet taman universiti). aku dah agak dah since mase aku amik selekoh tadi terasa macam tayar blakang aku ni lari. seb baik tak jatuh. so aku matikan enjin and tolak ke 7e kat projet tu. then balik jalan kaki. sebab aku tak larat nak tolak scoot tu. tak seperti moto moto yang biase aku bawak, terasa berat gile. baru tolak dalam 10 meter, badan aku dah berpeluh giler. aku decide nak tolak lepas maghrib memandangkan masa tu banyak kete. morale: moto scooter berat giler.

+ Tayar
Maghrib: Yazid nak ikut aku g tolong tolak scoot tu. bersama sama aku and yazid pergi tolak scoot tu. sampai dekat dengan kedai moto berhampiran caltex. thanks yazid and sorry bebanyak sebab menyusahkan ko. then makenik tu tengok tengokkan moto tu. die kate tayar rosak, nanti makan tiub, so die rekemen aku tukar tayar sekali. aku pon dengan yakin je kate ok, tapi padahal dalam begduit aku ade rm30 je. aku tanye die total tayar + tiub adalah = rm 67. aku nak pergi bank, tapi yazid pakse aku pinjam duit die rm 40. sorry yazid, nanti aku bayar balik ae rm 93.33 ko.

+ Makan
Malam: Lepas tolak moto tu, komfem la lapa giler. aku, yazid and embun pergi makan kat payung taman sri putri. aku order nasik goreng ikan masin and telur mata. damn. lapa giler. dah dapat makanan, kitorang pon start la makan. dalam beberapa suap aku makan (tak sampai 10 sudu), tetiba ade lipas terbang ke meje kitorang, lalu depan embun and landing bebetul atas nasik aku. melompat aku. damn. betul betul mematikan selera aku makan. terus tak jadi aku makan and terus kitorang pergi bayar. log perbualan aku dengan kak casher tu:

aku: nasik goreng ikan masin dan nes tarik (telur mata tu yazid bayarkan)
kak: rm 4++ (tak ingat exact hingget aku kene bayar)
aku: kak, tadi mase saya makan, ade lipas terbang kat makanan saya. tak lalu saya nak makan kat sini.

then aku tengok akak tu senyum and diam je sambil bagi duit baki kat aku. damn you. mampos aku takmo makan kat payung sri putri tu lagi. tak bersih langsung.

Khamis 14th June

Chapter: Things to Ponder

+ Mimpi
dari smalam (hari rabu) tu aku tak leh tdo. maybe sistem rehat pada badan aku terganggu sebab terkejut tengok lipas landing kat makanan aku. dalam pukul 12.45 tengah hari (or some says petang), aku tertido kejap and sempat aku mimpi. aku mimpi member member and people yang rapat denga aku, datang and blame aku sebab aku banyak menyusahkan diorang. pukul 1 petang aku terbangun and still terigau igau mimpi tu. damn

+ Bad Omen
pukul 2.15petang, aku decide nak pergi office. then turun tangga nak bukak pintu, aku teringat kunci moto aku (pinjam) tertinggal kat atas. aku amik and mase nak statkan moto tu, kunci aku terjatuh.

kalo korang yang selalu tengok cite omputeh, korang mesti perasan nanti time ade satu scene tu di mana ade kunci jatuh and masing masing (ramai) berpandangan antara satu sama lain (disertakan dengan muzik yang seram), seolah olah ade petanda yang tak baik.

aku pon macam tu gak. except aku ade sensorang kat umah tu and takde background muzik, so aku pandang cermin tingkap tu je la (seolah olah berpandangan 'antara satu sama lain'). start moto, aku jalan terus and sampai simpang keluar taman aku. ke kiri = utm, ke kanan = mutiara rini. aku macam teragak agak nak pergi mane. aku terus ke kanan. actually mak aku marah kalo aku teragak agak nak kuar. die kate tak elok. better tak payah kuar.

+ Mercedes
tengah aku jalan nak ke mutiara rini, aku ternampak ade beberapa orang tengah tolak sebuah kete Mercedes. terfikir lak aku.

walau sehebat mane pon kete tu, tapi kalo takde minyak or tak pandai jaga, tak guna gak. macam tu la boleh aku try applykan kepada kite (manusia). setinggi tinggi mane pon darjat kite, kite still kene jaga our innerself. tak leh lupa daratan. mak aku selalu tegur, die kate antara aku and adik beradik aku, aku ni la yang ade possibality yang tinggi untuk lupa daratan. hidung aku pon jenis kebawah, macam bengkok ke bawah <- ni firasat orang melayu la. blakang tengkuk aku, ade lekuk ke dalam <- firasat orang cina. firasat firasat yang menunjukkan aku ni sombong. wahahahaha (gelak, tapi actually sedih)

+ Moto
lepas masuk mutiara rini, aku masuk lagi ke area damai jaya. aku nak improvekan logik otak aku dengan naik moto. aku jalan kat jalan ni, aku patutnye leh expect keluar mana (berdasarkan logik dan sedikit ilmu geografi). nak memantapkan otak aku. but...

aku sebenarnye sesat kat bandar selesa jaya. wahaha. aku tak tau jalan kuar and yang aku tau, aku dah jauh masuk ke dalam. then suddenly moto aku (pinjam) tetiba mati kat satu area yang hutan di kiri and kawasan lapang (deserted island) dikanan serta ade anjing liar dekat sebelah aku. aku try start startkan moto, alhamdulillah ok and terus blah dari situ. lagi sekali aku terfikir

tak semestinya kete memahal nak kene jaga. walaupon moto aku (pinjam) ni sekadar moto biasa je (scoot vs100 suzuki merah: JEC 4060), but still nak kene jaga elok elok gak. macam tu gak manusia, tak perlu lah nak tunggu dah hebat hebat or menuding orang yang berharta/berdarjat/berjawatan tinggi. kite kene gak tengok diri kite sendiri. walaupon tak sehebat mereka, at least kite kene jaga gak. dah la. malas aku nak tulis pepanjang. aku (and otak aku) ni pon bukannye betul sangat.

taniah kat kakak alan sebab nak bertunang esok (16 June) and taniah kat fafa sebab dapat anugerah dekan. hehe..

a lot of things happens actually, but at least there's some sign to remind us for somethings to be taken care of. sebab tu datangnya sign ke kite sendiri. well.... life goes on (dammit).

7 ulasan:

  1. What Goes Around Comes Around...

    :)

    ilek....
    amacam pendrive ko?

    BalasPadam
  2. macam aku kenal je ayat tu. tapi dimana ye.

    pendrive aku tu hancus. aku tak de idea nak repair balik. so, i'm starting from scratch balik :(

    BalasPadam
  3. satu citer yang sempoi, tapi berisi dan membuatkan aku berpikir.... jalan citer yang bagos....
    antara kete merce n scoot vs100 suzuki merah: JEC 4060....
    ko jadikan satu perbandingan antara yg kaya n yg tak berapa kaya...

    insaf... insaf....

    BalasPadam
  4. aq tak nak merces tapi aq nak BMW sebelum 30 - 35 tahun.

    BalasPadam
  5. @g-man
    ni ekceli aku nak sound diri aku sendiri. tapi secara public. hehe

    @yazid
    yup. tapi...

    BalasPadam
  6. hai kawan-kawan,

    saya la embun..
    huahuahuha..

    moto skuter tak berat, kau tu je ringan..

    BalasPadam
  7. moto skuter yang tayar blakang pancit berat giler la. tak caya ko tanya yazid. nak menolak dari projet ke caltex tu pon dah berpeluh giler

    BalasPadam

terima kaseh :)