Isnin, 17 September 2007

...aah! welcome to global dimming

If There Was A Single Day I Could Live,
A Single Breath I Could Take,
I'd Trade All The Others Away - Lamb of God: Laid to Rest


Cerita sebelum aku balik kampung.. Rabu 12 sept

aku kene deal (blajar) dengan seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan. deal mengenai sesi SPSS, untuk defend kerje thesis aku nih. so, aku bagi la msg kat dia..

Msg aku:
Salam..puan atie,boleh sy tau bila puan free.sbb sy ingin belajar SPSS dgn puan -fa

Dia reply:
Jumaat pkl 10.30. Dah bgn ke masa tu?

Mak aih. hakikat itu memang sungguh pahit. sampai ke fakulti pengurusan rupanya cerita mengenai aku suke datang keje sesukehati aku je. haha. ni la akibatnya diberikan kebebasan yang terlampau. aku buat rilex je. aku reply balik..

Aku reply balik:
Dah bgn kot.ok.terima kaseh.nanti sy dtg ke sana.

Then die kate ok. kakak aku soh aku balik hujung minggu. and aku teringin sangat nak balik memandangkan aku dah lame tak jumpe kakak aku. tak pe la. nanti pepandai la aku running ke hulu ke hilir, sambil cuba mengelakkan jadi lebai malang. hehehe..

Khamis - keesokkan harinya..


Aku dapat msg dari Puan Atie:
Asm raja, sori..esok sy x blh jumpa u. Nanti bila sy free, i let u know. So sori..

Hah. betapa gembiranya aku, sebab at least ade ruang longgar untuk aku running ke kampung jumaat itu. cadangnye nak bawak kawan aku skali, tetapi die ade hal pulak. emm.. takpe lah. lain kali je la aku bawak die..

Jumaat dan seterusnya - di kampungku

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada balik kampung. dan lebih menggembirakan apabila semua adik beradik aku and sedara sedara rapat aku turut serta balik ke kampung.

Akak aku balik ke kampung sambil memberikan hadiah kepada adikku, iaitu camera digital Olympus. dan akak aku sendiri membeli sebuah kamera Nikon dan sebuah laptop jenama Dell. bestnye diorang. aku still belum ada apa apa aset lagi yang boleh dibanggakan. tak apa lah. adik aku memang memerlukan kamera digital since kursusnya (architecture) memerlukan gambar sebagai referencenya dan kakak aku pula memerlukan laptop untuk pembelajaran dan fun serta camera untuk errr... event bulan 12 nih. hihi



Dah lame lak rasanya tak buat senaman ringan ketika berpuasa. sementara nak menunggu azan Maghrib, aku, adik and kakak aku, sedara sedara aku sama sama bergotong royong membersehkan persekitaran kawasan rumah. penat gak. tapi yang bestnye apabila bermain dengan api. dan yang lagi best apabila melakukan pembakaran secara terbuka tanpa rasa bersalah. hah.. cemerlang sungguh aku ni diwaktu pose. haha



pic ni, dari kanan adalah abang zaidi, mizi dan aku. err.. teringat lak macam mana dulu aku dan mizi menyambut hari raya pertama di kampung tahun lepas. hari raya pertama tahun lepas, seperti juga tahun tahun lepas, kami 3 keluarga hanya duduk duduk sahaja dirumah. dan ketika waktu malamnya, (mungkin) akibat terlalu tense disebabkan dah hari raya tapi tak de plan ke mana mana, aku mengutarakan pandangan.

pukul 10 lebih..
Aku: Weh mizi, jom kite pergi 7/11 kat alor gajah jap. aku nak beli tembakaw rokok.
Mizi: Ok gak. jauh tak alor gajah?
Aku: Dalam 10 minit kalo naik moto nih. kalo naik kete, 5 minit je.
Mizi: Jom..

dengan menaiki moto Honda Fame yang dipinjamkan oleh jiran aku, maka kitorang pon pergi la ke 7/11. dan setelah sampai di 7/11 alor gajah..

Mizi: Jauh tak mesjid tanah dari sini?
Aku: Tak jauh sangat la. dalam 20 minit. kenapa?
Mizi: Jom kite g jalan jalan ke sana.
Aku: Jom..

Namun aku terlupa bahawa 20 minit tu adalah dengan menaiki kete. kete yang best. tapi kitorang naik moto. moto (pinjam) yang dah agak uzur. bawak 50kmph je dah bergegar satu dunia dan tidak lupa juga dengan kesejukkan malam yang menggigit seluruh tubuh. tak plan pon nak pergi jauh. pakai baju nipis..

Setelah 40 minit. dalam pukul 11 lebih di mesjid tanah. seperti bandar mati. juga seperti bandar alor gajah. sunyi..
Aku: Ni la die Mesjid tanah..
Mizi: Owh..
Aku: Lepak lepak nak. cari kedai minum..
Mizi: Ok gak..

Kehulu kehilir mencari port yang best. tapi takde. so kitorang decide nak melihat lihat Matrix Londang yang slalu disebut sebutkan. dan kebetulan ada kedai minum kat situ. lepak sebentar dan minum minum sambil berborak borak. mizi tengah layan sms dengan member die. and kebetulan member die ade kat kampung dan ajak kitorang beraya umah die..

Mizi: Jauh tak Pengkalan balak dari sini?
Aku: tak kot. napa?
Mizi: Kite g kampung kalip nak? kat pengkalan balak.
Aku: pergi beraya?
Mizi: a'ah.
Aku: selamber. jom..

dan tepat pukul 1 pagi, kitorang sampai ke umah (kampung) kalip. dan disambut oleh kalip dengan makanan rendang dan lemang disertakan dengan pelita diluar rumah (segan nak masuk umah orang pepagi buta). pukul 2 pagi balik ke rumah dan sampai di rumah pukul 2 lebih disambut oleh kerisawan famili aku. hehe.. itulah rumah pertama kitorang pergi beraya pada raya pertama malam raya kedua tahun lepas. hah. raya kali ni, rasanya macam nak buat macam ni gak. sebab rasa macam fun lak. hehehehe

ref: BBC Global Dimming video, Wikipedia

31 ulasan:

  1. aiyyoh...ni rase nk balik kampung ni...tp rumahku yg kampung dulu dah takde...skang duk rumah yg x best...cuma ade seekor lembu bernama "Merah" kesayanga...heheh...balik nanti nk amek gambar la...bergambar ngan merah pon cool gak...tp...aku xde camera...hohohoho...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. en abeming
    heheh..pnjam sy punya..
    EOS D350 canon SLR.
    msti kewl gile amik gmba
    ngn si merah.(nak ikot..)

    BalasPadam
  4. aku tau citer pasal beraya tgh2 pagi nie.. hehehe
    aku dh 3 thn beraya di perantauan... :(

    BalasPadam
  5. sebenar rindu kat kg kat punggor. dah 2 thn raya kat umah sendiri sebab kedua-dua atuk aq tinggal bersama family aq atas masalah kesihatan.

    sampai raya lepas tidak sempat jumpa arwah hj jamil (pernah jaga aq masa atuk aq sakit)

    al-fatihah kepada arwah hj jamil.

    BalasPadam
  6. to president

    dulu pun sy di perantauan (03-06). sedih

    BalasPadam
  7. @edriaty
    heheh...boleh2...meh ler kalo nk amek gmbr ngan merah sekali...

    @president
    3 tahun di perantauan?kt mane?

    @yazid
    wah...name ko dh dipendekkkan...=)

    BalasPadam
  8. dah di pendekan
    Aq boleh dipanggil yazid, ajit, jit (rata-rata mengunakan sebutan ini), zid

    selalu org akan silap sebut zahid, razif,

    cuma sorg je panggil aq yaiyai (kwn aq jojo a.k.a ct mariam)

    BalasPadam
  9. pergh...xda sesapa nak belikan aku digi cam ka???

    BalasPadam
  10. kepada semua..
    jom ramai ramai balik kampung. kepada yang tak dapat tu, rilex. rilex.. pasni nanti dapat lepak kampung lelame gak kan :)

    BalasPadam
  11. sue..
    ko kan banyak suga dedi. mintak la kat diorang. hehehehe

    yajit..
    pagi ni ko jangan lupa mintak cuti pulak :)

    BalasPadam
  12. ko angkut pe tu cik raja.. cam berat aje? rumput rampai?

    BalasPadam
  13. suga dedi suma xleh harap. haha, sengalla kau

    BalasPadam
  14. cik stoberi..
    insyaAllah raya nanti ae. jemput lah datang umah :)

    t..
    a'ah. angkut rumput rumpai. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. berat woo..

    sue..
    hah. aku lak yang sengal. sugadedi ko tu yang sengal. hehehehehe

    BalasPadam
  15. yazit..
    cemerlang (^_^)

    cik stoberi..
    mari (",)

    BalasPadam
  16. @yazid
    aku pon nk panggil ko yaiyai lah...heheh

    @fa
    nama baru fa...anuarraja...kiut miut gitu...hihihi...=)

    BalasPadam
  17. anuarraja
    or anuarraju lg best!

    vote for it! =D
    sori raju.alan yg ajar aku jd camni!

    BalasPadam
  18. anuarraja lagi best.. i vote for it =D

    BalasPadam
  19. to cik stoberi
    boleh ikut. syarat toll & minyak ikut kadaran.

    to abengming
    only 1 gurl cant call me yaiyai sorry, terasa gelilah kalu orng lai panggil. he he he

    BalasPadam
  20. aik...gelisah?heheheh...lain mcm jek bunyi...kekekeke...

    i vote for anuarraja...ekceli anuaraja...salah tulis...=)

    BalasPadam
  21. aww.. geli i u orang manja manja kat cini.... =P

    BalasPadam

terima kaseh :)