Isnin, 26 November 2007

:)

This is the story of how i enjoy my last weekend..

Jumaat malam..



Menyaksikan satu perarakan yang aku tidak ketahui namanya ketika dalam perjalanan makan malam di Restoran Ayub (kedai mamak) di area kebudayaan, Taman Universiti. Sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati ku yang agak bercelaru,dengan melihat pelbagai kaum (kerana ada sekali perarakkan kompang dari malays dan tabla dari indians) turut memberi sumbangan dalam perayaan tersebut. khabarnya mereka berarak menuju ke tokong di jalan selekoh belakang kawasan gerai makan taman universiti (payung). motifnya tidaklah diketahui kami... namun kami ada perasan diorang siap bawak berlari colok colok yang sedang terbakar..

setelah selesai makan, aku yazid serta ahli ahli Lorong Terbabas (LTB) bergerak menuju ke hard sound. aku ditugaskan untuk mengambil video dengan menggunakan digicam en kucai. tujuan utama LTB melakukan jamming kali ini adalah untuk merekod lagu lagu sebagai kenangan kenagan terakhir band ini di utm (fyi, mostly ahli band ini telah menamatkan pengajian mereka semester ini). geweng kata, dia baru lepas makan banyak sangat sehingga sarat. tu sebab dia tak dapat perform bagus. tapi aku dengar balik mp3 tu, rasa sedap jugak. hehehe

selesai sahaja dengan jamming, sekali lagi kami pergi ke Ayub untuk minum minum serta ditemani dengan ijan, rakanku semenjak forecast lagi. kemudian bergerak ke Danga Bay untuk berkara-ok. malangnya, setelah kami tiba, kara-ok box tersebut telah tutup dan kami terus menukar plan untuk pergi main snuker. geweng, panjang, azri dan yazid telah menunjukkan bakat masing masing dalam mengira dan mengaplikasikan trajektori serta momentum yang diperlukan ketika main snuker (sebutan nama tersebut diletakkan berdasarkan kepada ke-power-an mereka bermain snuker dan aku tiada dalam list kerana aku tak power). setelah selesai main snuker, kami lepak lagi di Ayub (atas permintaan Panjang) untuk kali ketiga.. then balik tdo pukul 7 pagi.

Sabtu..

Hari sabtu ni, aku banyak buat repetative (?) action sahaja. dari bangun pukul 10 pagi, aku berchatting. tengah hari ke maghrib, aku habiskan masa dengan membasuh baju dan membasuh cik rosz.



malamnya, aku, kucai dan yazid berjalan jalan dari Taman Universiti, Mutiara Rini, Bukit Indah dan akhirnya berhenti lepak di Mek-D di Jalan Skudai (sebelah simpang ke Sutera Utama). ekceli ni kali pertama aku lepak kat Mek-D. menurut yazid, aktiviti ini telah lama melanda mesia dari beberapa tahun lepas. hah. aku tak taw..



aku dan kucai menunggu sahaja yazid membuka air tu since kami berdua tak penah minum air jenis tersebut.. ye lah. kami berdua ni orang kampung je.

Kucai: Tekak aku rasa kering ar.
Aku: aku pon sama..

kami berdua tunggu reaksi dari yazid. malangnye yazid tidak perasan kata kata kami kerana sebuk membaca surat khabar. ceh. cara halus tak berkesan rupanya kat yazid ni..

Aku: yazid, aku haus la..
Yazid: ha, bukak la air tu..
Aku: ...

Tertekan lak aku. mane le aku taw nak bukak air tu.

Aku: Macam mano eden nak bukak eh ni.

Tak pasal pasal kuar bahasa kampung aku. mane le aku taw nak bukak...

lepas tu kami balik and tdo.




Ahad..

Aku pergi berjumpa kawan aku di rumahnya berhampiran Ulu Tiram dan berjalan jalan di Tebraw City.. dan aku perasan tayar moto aku macam gelong siket.. ;(

argh.. guna bahasa baku..

14 ulasan:

  1. oleh kerana entri ko kali ni kosong, aku cuba reply kosong td, tp xdapat...so terpaksa letak titik 1...=)

    BalasPadam
  2. macamana ko boleh menghantar comment kosong?kagumnya...hehehe...dah ada cite dah entri kosong ko ni...weh LTB akan berkubur ke selepas ni?alahai...

    BalasPadam
  3. camno nak bukak air nih... hahaha
    samo la eden.. orang kampung gak..

    BalasPadam
  4. abeming..
    ada la caranya. hehe
    LTB pasni ade projek kat kl kot. tak pasti la. rasanya tak berkubur begitu sahaja. adalah side side projek memasing. hehehe

    faisal..
    haha. apo nak dikato. kito bukannyo pandai sangat. takdo ortinyo..

    BalasPadam
  5. apo nok dikato...kawe pon sekapung nga demo...

    eh apesal akunya lain sket...kekeke

    den ingat sekampung dah td...=)

    BalasPadam
  6. kampung dekat dekat kot. tapi eden tak taw la ekaw kampung mano. tak dapek eden nak teko eh.

    kekeke.. mung dok kat mano?

    BalasPadam
  7. bahasa kg yazid mmg best...sembang2 ngan dia bhs kg dia smalam mmg best...hohoho...gratis kental cewek indon ya pak?

    BalasPadam
  8. geweng pancit malam tu,mungkin keletihan. Awie pun tak boleh nyanyi lagu jerangkung dalam almari style geweng

    BalasPadam
  9. fuiyooo...
    lagu2 ltb nyanyi..bleh tahan.. =D

    BalasPadam
  10. KEMANA TUAN BLOG NI MENGHILANG

    BalasPadam

terima kaseh :)