Halaman

Isnin, 18 Februari 2008

South asia.. perhaps

Cerita hari sabtu yang lepas..

Pagi..

Pagi tu, aku bersiap siap keluar untuk berjumpa dengan rakan aku, أني yang mendiami di desa cemerlang, ulu tiram. dan aku pula bergerak dari rumah (fyi kat taman universiti, skudai) dengan menaiki moto ayah kepada awek geweng. kali ini aku ingin mencuba laluan baru, iaitu melalui highway bukit indah dan terus keluar di plaza tol perling.. namun, tiba sahaja kat Taman Daya (belakang Mutiara Rini), aku terlihat ada satu road block. kemudian polis yang bertugas menahan aku.. mereka meminta Lesen dan IC aku kemudian ditulis ke dalam buku rekodnya. aku pon tanyalah dia (aku = fa, dia = polis yang bertugas)

Aku: Ni buat roadblock untuk apa ni?
Dia: Takde lah. saje je. perayaan.
Aku: ooo..


aku teringat lak yazid ada ym dengan aku malam sebelumnya..

yazid: halo besok
yazid: kalu keluar berhati2
fa: ha?
fa: napa?
yazid: tadi kat muar highway ada massive roadblock
yazid: for hindraf
fa: seriously?
fa: emm
fa: ok thanks
yazid: serius indian semua kena tahan daftar mana
yazid: mana yg penuh satu keta semua kena tahan
fa: oo
fa: ok
fa: i'll tell that to others


tadi aku kene tulis nama kat buku dia. dammit. ingat aku ni pejuang hindraf ke hape? celake..


Tengah hari..

Aku sampai di perumahan desa cemerlang dalam tengah hari. agak lewat juga disebabkan salah perkiraan ketika membawa moto tadi. kawasan perumahan أني sangat bagus. untuk masuk ke kawasannya, aku terpaksa melalui security check. aku sampai di pos sekuriti tu, aku bukak helmet dan keluarkan lesen untuk aku tinggalkan kat situ dan ambil pas pelawat. (aku = fa, dia = penjaga sekuriti yang aku assume orang bangladesh)

Aku: Hei..
Dia: Nepal?
Aku: Ha?
Dia: Nepal ke?
Aku: Ha? Nepal ape?
Dia: Kau orang Nepal ke? ...... Melayu eh?
Aku: Hey!! aku orang Melayu lah.


dammit. dari sudut mana la aku ni nampak macam orang nepal. tak nampak ke kat lesen aku tu nama apa?? celaka!!


Petang..

Aku dan أني singgah di MPH di City Square Johor Bahru. Tujuannya (actually) untuk saja mengusha usha kamus, kerana أني berkerja sebagai cekgu bahasa inggeris di sekolah menengah desa cemerlang. dengan adanya kamus, hopefully dapatlah membantu sesi pembelajaran yang dikendalikannya. kemudian datang seorang penjual berhampiran kami (aku =fa, dia = orang yang keje kat MPH tu, assistant untuk orang yang confuse nak beli buku.. apa tah jawatannya)

Dia: Hello.
Aku: Ya??
Dia: Boleh saya bantu. kamu nak carik kamus ke?
Aku: A'ah. takpa. kami mahu lihat lihat sahaja dahulu..
Dia: Kamu sekolah mana?
Aku: Excuse me?
Dia: Kamu berdua sekolah di sekolah mana?
Aku: Sorry, kami berdua dah kerja. i'm researcher and this lovely girl is a teacher!
Dia: Owh. sori sori..


Dammit (again). celah mana yang dia tengok aku and أني ni sebagai seorang budak sekolah?? celake..

۞

actually aku suka sangat hari sabtu tu. aku berjalan jalan dengan أني dari City Square sampai ke Danga Bay. tapi yang tak bestnye tu lah. dalam satu hari ni, aku di assume sebagai orang nepal yang maseh bersekolah di india. hah!!

22 ulasan:

  1. seb baek dia cakap nepal.. kalo dia cakap.. 'oi bangla'.. kecik hati ko ea.. sesusah aje jadi warganegara mesia..

    aku rase bebudak tahun 84 looks young la.. semalam de budak tanye aku..

    budak tu : belajar lagi ea..
    aku: a ah... baru abes SPM..
    budak tu : ooo..duk dengan family ke?bukan ke result akhir bulan ni ea..
    aku : yup..bulan 3 masuk matrik..

    ;P

    p/s: sorry to brother tu.. hehehe

    BalasPadam
  2. haha. betul gak tu. tapi kalo dia panggil aku bangla, memang aku terus pelangkung kepala dia ;p

    bagus gak ko ek, terus layan je brother tu. at least ok la, takde la dia nanti tersipu sipu malu akibat misjudge ;p

    kalo perempuan, memang niiiccceee nampak muda. tapi if lelaki.. skrg ni sape la yang nak dapat suami muda. semua nak suami yang nampak matang matang je.. haha ;p

    BalasPadam
  3. hahahaha...tergelak2 aku baca cite ko...weh...aku rasa dorang ni tak kenal anuar zain...kalo kenal xdenye dia ingat ko hindraf or nepal...heheh...simpan la misai sket...baru tak macam budak sekolah...hahahahaha

    BalasPadam
  4. haha.. aku pon rasa camtu. diorang mane kenal anuar zain kot. sebab sebuk menjalankan tugas menjaga sekuriti. hehe

    aku tak mo la simpan misai. anuar zain mane ade misai. ade janggut je siket. penat aku cukur bagi sama dengan anuar zain..

    err.. aku rasa bagus gak kene kat aku. kalo diorang cakap camtu kat anuar zain, lagi kecoh aku rasa. hehehehehehehee

    BalasPadam
  5. aku dlu time wat degree,bdk2 anggap aku sebaya bdk dip sem 1..hahaha..

    rupa blh menipu usia..ahaks..

    BalasPadam
  6. haha.. aku pon sampai sekarang orang maseh assume aku tak abis spm lagi.

    ko pon kira awet muda la ek. hehe

    BalasPadam
  7. org skang memandang paras rupa..
    hahahahha....'size does matter'
    kasi besar sket badan.

    BalasPadam
  8. kasik kembang sikit badan ko tuh... aku setuju ngn abeming.. simpan sikit misai kucing tu..

    BalasPadam
  9. ati..
    yaahhh! aku sekarang ni tengah cuba macam macam cara nak besarkan badan. termasuklah lepas makan terus tdo. tapi maseh di takuk lama gak :(

    tz..
    ya. aku tengah berusaha ni. tak nak la simpan misai. dulu penah simpan. tapi tiap kali aku tengok cermin, aku tergelak sensorang. hehe

    BalasPadam
  10. mungkin polis tahu ko digelar raju
    yang nepal tak komen-komen lebih
    ko memang baby face so orang anggap macam tu... sedap hati senang maka muka tak makan usia

    BalasPadam
  11. aha. ada betulnya disitu. tapi takde lak dia cakap "hei raju" kat aku time tu. hehe

    hati senang? banyak lah ko. susah hati sekarang nih ;p

    BalasPadam
  12. yaaaa. memang klakar. leh lak kene dalam satu hari sume tu ;p

    BalasPadam
  13. huhuhu...
    cian ko raju..
    mmg bdk2 teratak 42 kecil2 belaka
    yazid pon sama
    kuchai pon gitu
    tapi ko ttp baby face
    aku je yg besar..

    BalasPadam
  14. hehehehe.. ekceli aku maseh lagi iri hati dengan ko.. sebab ko maseh lagi memegang title penimbang terberat ;p

    BalasPadam
  15. kalau aku, sangat-sangat suka orang ingat aku baru lepas spm.
    kau ni mesti sangat-sangat chomel kan bro. huhu

    BalasPadam
  16. circleinspoon..
    haha. at certain point, aku rasa bangga la ciket. hehe

    a t i q a h..
    well.. aku tak lah cakap camtu. tapi kemungkinannya memang ada di situ. hehe

    BalasPadam
  17. gelak sampai terbatuk batuk? tak betul ke ape aku cakapkan tu ;p

    BalasPadam
  18. u are what u are... don't worry!

    aku kena ckp budak darjah 3 tapi aku rilex saja..hehe...awet muda tu....

    =p

    BalasPadam
  19. darjah 3? wah. itu betul betul awet muda tuh ;p

    BalasPadam

terima kaseh :)