Halaman

Isnin, 10 Mac 2008

My Hope and Faith after PRU-12

Aku menulis ini berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang aku dengar dan lihat, dan apa yang aku jangkakan.. dan post kali ini sememangnya ada unsur unsur perkauman dan keagamaan.

Negara kita akhirnya telah menamatkan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) setelah kiraan undi terakhir telah diambil kira semalam. banyak kejutan, banyak kegembiraan dan banyak kesedihan. aku, personally juga turut terkilan. ya. aku tahu ramai antara pembaca blog aku ni adalah terdiri dari kalangan pihak pembangkang dan juga golongan yang agak pasif.. but hey, come and read me first.


Pulau Pinang..

Agak mengecewakan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Akhirnya Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP. what's the worst things that could happen? sebelum ini pon Pulau Pinang telah berada ditangan Parti Gerakan. both leader is a Chinese..

ok. let me tell ya. Parti Gerakan termasuk di dalam gabungan parti perikatan yang membentuk Barisan Nasional. Dan clearly pucuk pimpinan Barisan Nasional kebanyakkannya terdiri daripada UMNO, satu parti Melayu. DAP pula adalah parti yang dipimpin oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang. i think u'll know what i mean here.


Barisan Nasional..

Lately, memang clearly nampak perjalanan BN terlalu rapuh dan terlalu mengambil jalan yang mudah. terutamanya apabila melibatkan isu - isu perkauman, serta perbelanjaan negara. ramai yang melihat the whole country is running by one family. malah, kenaikkan harga barang dikatakan amat melampau. hmm.. corruption berada di mana mana. letih eden..


persepsi dari kalangan orang - orang muda mengenai kemenangan ba..

ramai antara mereka yang bergembira. aku lihat, memang ramai golongan muda mudi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). kerana kebanyakkan mereka tidak tahan dengan kerajaan sekarang. tidak tahan dari segi permainan politik, kuasa rakyat yang rendah, kenaikan harga barangan (dan rokok??) yang melampau. kenaikkan harga minyak..

persepsi dari kalangan orang - orang tua (orang lama) mengenai kekalahan bn..

pagi ahad 9 Mac 2008 (sehari selepas hari PRU12). ramai dikalangan mereka yang kelihatan terlampau sugul. dan ada diantara mereka menceritakan the worst possible senario yang mungkin berlaku. mereka menceritakan sebagai orang yang cintakan bangsa dan agama sehingga menitiskan air mata. ok. biar aku ceritakan semula..

let say PKR terdiri daripada 1/3 melayu, 1/3 india dan 1/3 cina. barisan alternatif juga terdiri daripada DAP dan PAS, dimana DAP dikuasai oleh non-malays dan PAS dikuasai oleh malays. ok. sekiranya satu satu perlembagaan dicabar didalam parlimen, terutamanya melibatkan keistimewaan hak orang - orang melayu dan mengenai Islam, clearly korang boleh nampak angka mana yang mendapat majoriti and agama dan kaum mana yang kini didalam ancaman..

dan apa yang lebih menakutkan, DAP adalah pecahan PAP (dari singapura - ketika pecahan Singapura itu, orang PAP akan pergi ke Singapura dan bakinya penyokong yang tinggal di Malaysia membentuk parti politik baru yang digelar DAP) dan korang yang hidup cukup lama boleh nampak keserupaan DAP sekarang dan PAP dahulu sebelum Singapura keluar daripada malaysia.

dan aku pula..
aku tak nak jadi orang bodoh, rebel semata mata hanya untuk menurunkan harga barang, tapi akhirnya memakan bangsa dan agama sendiri. dan aku juga tidak puas hati mengenai kepimpinan yang ada sekarang, terlalu jauh dari apa yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

sudah tentu aku akan menyokong Barisan Alternatif sekiranya mereka memperjuangkan satu bendera, satu pucuk pimpinan, demi bangsa dan agama serta meletakkan clear statement mengenai term 'Malaysia' di mata mereka. bukannya Barisan yang ada 3 atau 4 bendera. perjuangan masing masing terlalau berbeza.. cubalah kamu fikir sendiri kenapa mereka tidak mencipta SATU bendera.

God, please save our country..

22 ulasan:

  1. Betul kata kau Fa,
    aku pun dah dengar penjelasan dari ketua lab aku pasal DAP di perak dan pulau pinang. Walaupun aku skrg sokong pembangkang, tapi bukannya fanatik mana pun.

    Rasional untuk memikirkan masa depan anak bangsa. Aku lagi pening, sana ckp sini tak betl, sini ckp sana tak betul. (SAPA BETUL).

    Fa, tugas kita skrg ialah bersatu berusaha menaikan semula martabat bangsa dan agama, walaupun apapun bidang yang kita ceburi.

    Kalau mereka salah, kitalah yang kena betulkan, kitalah yang menegur, kalau kita salah, kita mesti berani untuk ditegur.

    Sekian saja kemengarutan aku. Teruskan usaha kita Fa. Save our Motherland , Malaysia.

    BalasPadam
  2. "dan aku pula..
    aku tak nak jadi orang bodoh, rebel semata mata hanya untuk menurunkan harga barang, tapi akhirnya memakan bangsa dan agama sendiri."

    ko dan aku berada di tempat yang sama =)...mereka yang muda2 mcm kita tak pernah alami apa yang org2 lama pernah alami...sbb tu diaorg cuma tahu memberontak atas sbb2 yg kecil...kita dah terbiasa senang...tak boleh susah sikit...terlalu ikut perasaan...terimalah natijahnya nanti...kerana anda sendiri yang memilihnya...

    BalasPadam
  3. faizsaaid..
    ya. biasalah. kalo dah masuk ke dalam alam politik, aku paling takut sekali termakan apa yang dikatakan oleh ahli politik. disitu sahaja, mampu mengubah seseorang itu untuk menjadi sorang yang lebih 'berdedikasi' terhadap parti tersebut. daripada mendengar apa yang diucapkan, better predict apa yang bakal berlaku, terutamanya jika melihat dari aspek bangsa kita sendiri.

    yang menjadikan lebih sukar adalah bersatu. setiap orang ada pandangan dan pendirian berbeza. tapi kalo kita bersatu, pelbagai aspek pandangan dan sudut dapat dilihat bersama. tapi tu lah. bukan senang nak menyatukan semula seperti mana dahulu.

    biasalah, adat bercinta. apabila kita mencintai sesuatu itu, kita akan mendengar sahaja dari dia dan menutup telinga kita kepada yang lain.

    aku juga harap kita dapat tegur menegur (secara rasional) antara satu sama lain. apa yang kita belajar dalam bidang kita ini harap dapat digunakan untuk selamatkan bangsa kita.

    abeming..
    memang kita tak pernah rasa apa yang orang lama rasa. mereka bermula dari zaman negara belum membangun lagi. kita pula bermula dengan kesenangan. segala apa telah disuap. aku amat berharap segala prediction itu salah. kerana apabila ianya betul, terlalu banyak yang perlu 'dibayar' dan 'dikorbankan'.

    BalasPadam
  4. tu la psl.
    org melayu byk korup.
    xpasal mesia org cina yg perintah
    kang.silap2,melayu dipinggirkan.
    bahaya beb.ceh.da mcm penganalisis
    politik pulak la kan. =D

    Parlimen kawasan aku(Rembau) si
    Khairy Jamaluddin yg menang.
    ok ke x ok aku tatau la... haih.

    BalasPadam
  5. ati dan tz..
    ketika orang melayu memerintah. projek projek besar semua diangkut oleh kroni kroni. tak kira lah ketika M atau A. sama sahaja. kalau bukan kroni yang dapat, chinese yang dapat. orang orang melayu lain hanya dapat kontrak kelas F sahaja (projek bawah RM 100k). itu pon sekadar memenuhi quata kerajaan. kalo non malays pegang top pemerintahan Malaysia? emm..

    KJ? sapa dia? haha. itu baru menantu. ini belum lagi yang bini dan anak skali yang masuk bertanding ;p

    ps: ni kali ke 5 aku try reply kat post ni. hah. sabar je lah

    BalasPadam
  6. hurmm..
    jangan lepas ni blog kau kene block plak dgn anwar hahah..

    pendapat aku?
    semoga negaraku malaysia aman damai..

    BalasPadam
  7. dia block blog ni, aku buat blog baru. teknologi.. tiada yang akan perfect ;p

    itu pendapat ke? macam impian dan harapan je tu ;p

    BalasPadam
  8. di penang...DEB akan dihapuskan...kita tengok...sape yg untung...aku nantikan respon respon dari PAS dan PKR kat sana...

    BalasPadam
  9. em... aq hanya layan guridam pak lah sahaja

    BalasPadam
  10. kita kan orang Islam...kenapa nak berpecah belah..sambil menjatuhkan orang Islam sesama sendiri..bukan dalam Islam tak ajar ke..tak elok cuba mengaibkan saudara sendiri..apatah lagi Islam...kenapa perlu mengatakan yang salah dan menegakkan yang benar..ketika diri sendiri masih mencari2 jalan/tiket nak ke syurga..kan bagus klo umat Islam sesama kita berpakat membimbing satu sama lain..insya Allah...apa bangsa atau agama lain pon tak boleh jatuhkan kita,insya Allah..entah2 lagi menjadikan contoh agama Islam agama yang tegar dan wajib dicontohi...ini perbalahan atas nama MENEGAKKAN AGAMA ISLAM telah menyebabkan rasa hormat agama lain hilang kat kita disebabkan sebab salahnya cara dalam menyatu padu kan umat Islam..hanya tahu mengutuk pada yang tua..mengatakan benda2 aib orang lain di media...dan menabur janji yang tidak pasti..padahal sebagai manusia,janji kita dengan Allah pun belum ditunaikan lagi...bangkitlah umat Islam...fikirkanlah agama Islam anda..jangan gadaikan agama anda hanya kerana PARTI..tidak kira lah parti itu biru..hijau mahupun biru muda..wallahualambisawab...

    BalasPadam
  11. fa,
    aku juga keliru, tidak tahu mana yg benar, mana yg batil.aku hanya bisa berdoa semoga ALLAH merahmati bumi MAlaysia ini.tapi kecewa sungguh bila penang jatuh kepada DAP.

    BalasPadam
  12. Ya, berjuang atas satu bendera. Aku setuju. Berat gak kau punya entri kali ni bro.huhu

    BalasPadam
  13. abeming..
    haha. ya. kita lihat sahaja. walaupon pkr sekarang memang menyokong DEB dimansuhkan di sana. di perak sudah nampak agak goyah sedikit.

    Yazid Husain..
    haha. apa kata ko paste kat komen ni pasal gurindam ko tu ;p

    Tanpa Nama..
    itu lah namanya politik.. walausebagaimana pon, aku amat bersetuju dengan ayat kamu tu. tapi, bukan senang untuk mendapatkan seperti apa yang kamu definasikan tu. memang lah ketika belum naik nampak clean, cuba lah kalo dah naik.. lagi tinggi jawatan, lagi tinggi dugaan.

    azie..
    ya. aku juga selalu terkeliru. itulah gunanya melihat pendapat dari pelbagai persepsi. agar kita dapat menilai sebaiknya. tidak terlalu obses kepada satu pihak sahaja dapat membuka mata seluas luasnya ;)

    Atiqah..
    satu bendera - satu tujuan dan satu harapan. banyak bendera - banyak tujuan dan banyak harapan ;p

    BalasPadam
  14. hehehe...sudah mula goyah...baru berapa hari dah mula menunjukkan belangnya...terkejut si pemilih agaknya...sebab itulah...aku masih bersama orang2 lama...mereka lebih tahu...mereka pernah alami...hehehe

    BalasPadam
  15. adoi...batal terus...pakatan apa la ni ek...tak sepakat pon...sepakat nak menang je kot...dah menang masing2 bawak kepala...

    BalasPadam
  16. abeming..
    a'ah. hehe. tu la pasal. aku pon turut terkejut. apa skali pon, aku amat menghargai pendapat orang lama. diorang lagi lama merasa masinnya garam. kat perak tu adalah sesuatu yang worth untuk diperhatikan..

    emm.. boleh tahan gak DAP nak lawan istana. teringat lak aku beberapa tahun lepas orang orang DAP try lawan hak keistimewaan Melayu..

    BalasPadam
  17. walaupun dah lewat aku rase tergerak nk letak comment kat entry ko gak..:D

    aku pun setuju ngan ko. benda yg salah still boleh diperbaiki tp org2 skrg ni..xsuke je terus nk memberontak..aku pun xphm la.Ape2 pun skrg dah terlewat..kt tgk la cmne 4 thn ni...kalo ok..Alhamdulillah...kalo x, harap jgn salah wat pilihan lain kali..n harap kerajaan peka dengan kehendak rakyat..kaw rumah aku,kg aku,office aku sume under pemerintahan baru.huhu

    BalasPadam
  18. bak kata pepatah:
    "it's never too late" ;p

    itulah. nak nak pulak anak anak muda. memang la senang dan suka untuk memberontak, terutamanya apabila diberi peluang. ko tu kira bagus la. dapat merasa sendiri perubahan di setiap tempat ;p

    4 tahun trial. amat mengharapkan semoga semuanya ok dan bertambah baik. ko pon laporkan lah apa kebaikkan dan kekurangannya nanti :D

    aku sayang Malaysia..

    BalasPadam
  19. me ader terime jemputan majlis BBQ kawan sekeje atas kemenangan besar parti pembangkang di shah alam.. pucuk pimpinan parti pembangkang pun x wat mcm gitteww..

    teringat me hikayat pak kadok.. sedeyy beb..

    BalasPadam
  20. mmg sayu bila aku lihat pg di 9 mac yg lepas.... aku tak tau nk mula mcmne ttg PRU 12 ni... tp thanx to u la raja, ko dh tlg aku susun ayat yg bertaburan kat kepala ku ni ttg pru12 ni. aku hrp anak2 melayu bersatu, jgn la kita suka ketawakan sedara sndiri. try la pandang jauh sikit lg kehadapan ape nasib kite. tak perlu lihat nasib anak cucu.. bg sape2 yg lum berkerje, lg la merisaukan.. ape yg aku dpt lihat is pru 12 ni adalah bagaikan 'pangkah protes'. tak sangka ini yg berlaku setelah 50 tahun kemerdekaan malaysia ini. tak sabar rasenye nk tamatkan 4 tahun ini untuk menanti pru13. ada juga anak muda yg berkata' biar je hal yg berlaku skang ni hanya difikir oleh org yg berkenaan, kite tak yah sibuk2...' bila aku dgr kata2 tu dr mulut kwn aku sndiri, rase mcm nk menangis pn ade beb.... aku rase tak wajar hal ni perlu dipikirkan oleh mereka yg berkenaan sj. mmg la kalu kite tgk mcm kita ni bkn la sape2 utk membantu negara. tp kita takleh berpeluk tubuh jer... tak tau la nk kate mcmne..

    BalasPadam

terima kaseh :)