Halaman

Jumaat, 7 Mac 2008

Motherland Malaysia!


(pemandangan dari tingkat atas teratak 42)

Esok (jumaat) aku akan pulang. demi menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang rakyat Malaysia. sebagai seorang yang berikrar atas 5 rukunegara semenjak kecil lagi. juga sebagai seorang anak jati Melaka (hehe).

sebenarnya aku merasakan amat beruntung kerana aku dilahirkan pada 1984. kerana aku percaya, mereka yang dilahirkan sezaman dengan aku ini mampu melihat arus perubahan yang berlaku di sekitar kami dengan begitu pantas sekali. tidak kiralah dari segi kemajuan, kemodenan, kemoralan dan politik negara. dan kini telah tiba masanya untuk kami diberi peluang untuk merasa menukar kerajaan ataw mengekalkan apa yang ada.



usah ditanya apa yang akan aku pangkah. dacing, bulan penuh, bulan tak penuh, redbull, roket, semangat 46 mahupun kunci. akan ku simpan rahsiaku bersama sama dengan peti undi sebagai tanda hormat ku kepada prinsip mengundi. segala persoalan mengenai ketidak adilan, penegakkan prinsip yang kabur, akan menjadi titik tolak kepada konsep pemilihan bendera kelak.

oleh yang demikian, aku amatlah looking forward kepada apa yang bakal berlaku di sekeliling aku. for me, for the sake of my generations and for our beloved motherland (Родина-мать)

9 ulasan:

  1. Ya kita anak mederka. Aq masih berhimpun menyanyikan Negaraku dan Bangsa Johor setiap awal bulan

    BalasPadam
  2. bagus2.. aku tak balik.. walaupun layak mengundi..

    BalasPadam
  3. yazid..
    betul yazid. malah ko lebih beruntung kerana mentauliahkan lagu itu dengan konsistant :)

    president..
    tunggulah giliran kamu nanti ;)

    tz..
    hai. ni ape citer? nak buat undi pos ke ape.

    BalasPadam
  4. em, tetibe rase gila2 punya patriotik lepas tgk gambo kamu tuh.saya nih warga 3 negeri, melaka, johor n selangor. tapi kne pulang ke johor untuk undi.


    selamat mengundi semua!

    BalasPadam
  5. haha.. baguslah camtu. kamu amik pic itu, dan tampal di mana mana ;p

    orang selatan rupanya dia :)

    BalasPadam
  6. selamat untuk semua..nanti kita sama-sama tengok keputusan nya..di telebisen masing-masing..muahahaha

    BalasPadam
  7. amacam fa?menang ke parti yg diundi tu...hehehe

    BalasPadam

terima kaseh :)