Halaman

Jumaat, 30 Mei 2008

letter

aku dahulu selalu konfius dengan perkataan later, letter dan juga leter (?). haha.. sampai la sekarang. ketika aku ingin menulis 'Title' untuk post ini, sanggup aku melihat kamus. ye la. tak nak la orang gelakkan aku. hehe..

semenjak aku bersekolah berasrama dahulu, aku suka menulis surat. cuma biasalah aku ni. kadang kadang rajin. kadang kadang malas. walaupun ketika itu sudah wujud beberapa teknologi yang membolehkan seseorang itu berborak secara 'real time' sama ada melalui chat/mirc (dulu tak kenal ym), email (real time ke?), telefon mudah alih, mahupun telefon awam, tapi kadang kala menggunakan surat ni lebih efisyen (bagi aku suatu ketika dahulu). menulis dengan menggunakan pensil, tulisan yang tersusun, penggunaan metafora yang melampau dan permulaan serta pengakhiran surat yang penuh dengan kiasan, doa dan rasa rendah diri, menjadikan aku amat tertarik dengan seni surat.

namun, yang tak bestnya apabila surat tidak sampai. terutama ketika aku duduk di kolej. hampeh betul. sapa la yang suke amik surat aku tu ;( so after that, aku hanya lebih prefer kepada teknologi yang lebih canggih daripada surat. hehe

ekceli aku dapat beberapa surat best dalam seminggu dua ini. surat pertama datangnya jusco. best gak sebab banyak dapat kad diskaun. hehe.. kad diskaun yang lain tu aku tak kesah sangat. sekadar makanan dan barangan kesehatan dan aku amat tak berminat kepada produk berkaitan camtu (sbb tu aku kurus semacam je ;p) cuma yang amat menarik minat aku adalah kad diskaun barang kemas sehingga 70%. wow. aku nak beli rantai emas la camni. pastu aku nak pakai. hehehe



surat kedua pula datangnya daripada atiqah yang berisi teh dari sabah. hehe. walaupon untuk teratak 42, tapi aku tetap nak amik kredit gak daripada ni. ehehehehe (ps: atiqah, kitorang belum guna lagi teh ni. sebab nak simpan buat perhiasan aje. leh tak? hehe). dan terima kaseh kepada atiqah daripada teratak 42 :)



dan surat ketiga pula datangnya daripada seorang sahabat aku. dan ceritanya bermula camni.. pada suatu petang yang tenang, aku mendapat panggilan daripada nombor hp yang aku tidak kenali.

(Aku = fa, Dia = orang yang tepon tu la)
Dia: Hey fa. ko kenal aku tak?
Aku: Tak. sapa ni?
Dia: Ala. takkan la tak kenal kot.. cuba teka..
Aku: Tak kenal dan terima kasih kerana mencuba (dan aku memang nak letak tepon masa ni)
Dia: Eh jap jap. ini ieda la.
Aku: Ieda mana ek.
Dia: Ala, dulu kan kita satu sekolah kat Alor Gajah..
Aku: Err.. betul tu dulu aku sekolah situ. tapi aku tak ingat la.
Dia: Alaa. tak apalah. bagi alamat boleh tak?
Aku: Boleh. nah amik ni .... (sambil memberikan alamat aku kepadanya)
Dia: ok thanks.
Aku: sama sama :)


dan beberapa minggu kemudian, aku dapat surat jemputan kahwin. seriously aku lupa langsung pasal pangilan tu. aku lihat surat tersebut dan ternyata ianya adalah kad jemputan kahwin. di sampulnya ada tulis 'Norzalizan dan Suhaida'. puas la aku fikir mana satu kawan aku ni. bukak sampul, terus aku cari bahagian alamatnya. Norzalizan dari seremban. dan Suhaida dari alor gajah. hah. baru la aku teringat pasal call tu. dan yang lebih mengkomfemkan adalah comment di friendster aku dan conference ym tadi. minta maaf ieda. sudah bertahun tahun tak jumpa. tak sempat aku nak ingat ko yang mana satu, tup tup ko dah kawin. hehe.. nanti la aku cuba cam balik time majlis perkahwinan ko. :)



itulah. susah kalo jadi kawan aku ni sebab aku ni pelupa :( maaf ye..

dan aku akan pulang ke kampung hari jumaat ni. later. daa~~

8 ulasan:

  1. hohohohooh.. byk nye letter budak ini dapat..

    BalasPadam
  2. "menulis dengan menggunakan pensil, tulisan yang tersusun, penggunaan metafora yang melampau dan permulaan serta pengakhiran surat yang penuh dengan kiasan, doa dan rasa rendah diri"

    sampai begitu sekali menulis surat eh? hehe

    eh eh, ade kupon resipi rahsia? hehe.. surat dari jj itu mengatakan kamu bakal menyambut hari tua kan? selamat hari tua! huhu

    BalasPadam
  3. Aiyoh. Sangat kecik ati kalau kawan aku tak ingat aku. Hu hu hu.

    Minum la teh tu! Tak yah simpan.

    TiQah

    BalasPadam
  4. org ke-4 again?
    hahaha..!

    erm, best tu dpt byk surat...menandakan anda seorang yg 'popular'...hehehe..

    BalasPadam
  5. hohoho... aku pun suka tulis surat dolu-dolu!

    sampai tak terlayan surat2 tu semua. nak balas makin hari makin busy. cewwaahhh...

    kini dah malas. malasssss! arrrghh. even nak taip sms pon malas :P

    BalasPadam
  6. fa....i bau chiskek sikret resepi...

    BalasPadam
  7. tz..
    haha. puji ke tu? mekaseh. mekaseh XD

    missyizzati..
    ya. begitulah feelnya apabila menulis surat. hehe.
    kupon resipi rahsia tiada. kalo ada pon, saya akan cakap tiada. hahaha
    thanks. itu just penggenapan untuk umur je. hari hari makin tua. dan perhaps dapat jadi lagi matang. hehe

    n a s h i q a h..
    ye ke. saya biasa je orang melupakan saya. hehe..
    sayang nak minum. bukan senang dapat. lagipon belum ada masa di mana semua teratak 42 duduk bersama. hehe

    president..
    kamu patut tukar no kegemaran kamu jadi no 4. hehe.
    tak popular pon. 'wanted' je kot. hehe

    fuxane..
    ya. tepat sekali. makin busy. hehe.. dan kamu juga dah sediakan template untuk reply sms juga kan? bagus sekali. hehe

    azie..
    mane ade. takde. takde XD

    BalasPadam
  8. Aku dulu pun suka terima2 surat ni. Tapi, sejak aku dapat surat pertama dr ptptn suh bayar duit loan, aku jd fobia bila akak aku cakap aku dapat surat. kalau boleh, aku nak hidup tanpa alamat...

    BalasPadam

terima kaseh :)