Ahad, 16 November 2008

brisk


Sesungguhnye, tersangatlah sakitnye hati aku dengan friendster. time aku dah nak pulangkan berukband ni, time tu la error. hah

۞


(rumahku.. seram tak?)


aku ni jenis yang tak suke sangat keluar rumah. kalau keluar pon, aku suka pergi jalan jalan sensorang menikmati keindahan alam. sampaikan ketika cuti lama dahulu, mak aku sound.

mak: angah, ko pergi la keluar rumah. g jumpe member2 ko.
aku: ye la.
mak: ko jangan dok rumah je. kalahkan anak dara lah ko ni. dok memerap je kat umah.
aku: baiklah..

aku ni jenis orang yang tak biasa berinteraksi dengan manusia lain. terlalu banyak sangat yang perlu dijaga. terlalu banyak sangat pemberat yang perlu diletakkan didalam persamaan untuk berinteraksi. dan apabila perbualan terkeluar daripada six-sigma, perasaan discomfort, perasaan sedih, marah dan sebagainya akan timbul. mungkin sebab itulah aku lebih gemar untuk berinteraksi dengan komputer, atau alat alat elektronik. dan kalo nak berborak dengan orang pon, aku suka menggunakan teknologi sebagai medium perantaraaan.

۞



sehinggalah sekarang. disebabkan study aku hanya tinggal penulisan thesis (dan tunggu viva) sahaja, aku diberikan kelonggaran untuk tukar jenis pengajian aku menjadi part time dan buat kerja kat rumah sahaja. dan aku ambil part time programmer untuk beberapa budak UTM. terasa agak selesa sebab segala kerja boleh dilakukan kat PC aku ni ha, tanpa menyalahi hukum habit aku yang tak suke keluar rumah. hehe

yang lagi menarik adalah kerana aku boleh buat kerja di depan pc, minum air depan pc dan buat kerja sambil isap rokok depan pc. emm yeah.. blisss!

namun.. kadang kadang, kat bilik ni pon ada setitik dua tiga perkara (bagi aku) yang buat sakit hati juga. camni..

aku berkongsi tandas dengan bilik sebelah. biasalah, kadang kadang dia terkunci tandas tu, menyebabkan aku kene gune tandas kat bawah sehinggalah salah sorang daripada diorang datang tolong bukakan pintu.. mula mula tu ok la. tapi makin lama makin kerap lak. orang selalu berkata, feeling pagi akan sentiasa dibawa sehingga ke petang. kalo dah pagi pagi sakit hati, aku bangun and nak terus mandi tak dapat, nak turun tandas bawah lak kene beratur, tak ke sakit hati.

aku juga dah keluarkan barang barang aku dari tandas. kalo terkunci, tak perlulah aku merempat meminta minta dari orang lain. adakah kamu tidak sedar lagi?

tapi tak pe. sabar.. tiap kali terkunci, aku sms. sms marah marah la..

semalam. yeah. the last straw. aku terbangun kerana aku sakit perut. tapi tandas aku lak terkunci. bengang!! bergegas ke tandas master bedroom, panjang lak tengah pakai. terus aku bergegas ke tandas bawah. dammit. kene beratur lak. nak kene tunggu dua orang lak tu. dammit. berguling guling aku kat bilik nak tahan perut aku.

sampai ke hari ini terkunci. wah. ini sudah lebih.. tau la korang jenis tak dok kat umah.

tiap kali aku sakit hati, si اني yang menjadi mangsa dengar aku pot pet pot pet. hehe.. akhirnya dia bagi cadangan yang sangat menarik bagi aku. vengeance. sweet sweet ol' vengeance. buat balik perkara yang sama kat dia. mungkin ada betulnya. selagi dia tak terasa, selagi tu la dia akan sentiasa mengulanginya..

۞

minggu depan, اني akan pulang ke Melaka. cuti sekolah. dan minggu depan banyak lak benda aku nak kene uruskan. after this, i'm becoming more moody then ever.

mark my words: time aku ada hal sangat penting aku nak uruskan tetiba lak tak leh pakai tandas tu, akan aku terajang dan kopakkan pintu bilik ko. i don't care the sequence and consequence dammit.

baiklah. hari ini akan ku lakukannya. don't care ko nak g kerje ke, ape ke. aku kunci, then aku (sanggup) g merempat tdo kat tempat lain. hahaha. padan muke!

ini bukan sekadar luahan!

+++

tambah siket..
lepas jumpe اني (dua jam selepas entri ini dipublish), aku rasa tenang siket. اني cakap aku ni pembersih. kalo nak mandi ke ape, suke kat tempat sendiri/private, tak suke tempat lain. tak terfikir lak aku perkataan 'pembersih' tu. hehe.. lagi pon aku ni kene banyak belajar bersabar. orang melake la katakan. panas baran. hehehehee

dan dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat bercuti sekolah kepada mereka yang masih bersekolah, selamat mengambil peperiksaan SPM kepada mereka yang berkenaan dan selamat maju jaya kepada Malaysia!

9 ulasan:

  1. aku pun x suka keluar rumah klu dah balik rumah kat Sabah. tapi aku suka keluar klu aku dah balik Gombak..haha!

    sound abis-abisan ja member ko yg suka kunci tandas tu...ataupun time dia dalam tandas, ko buatlah macam mana supaya dia x boleh keluar dari tandas tu...ajar sikit...hahaha!!

    it's good to have (alif, nun, ya) to hear all of ur thoughts..hah! she's a good woman... =D

    BalasPadam
  2. ye ke. ade ape je kat gombak tu kalo nak g jalan jalan. hehe

    tak apalah. tadi je rasa panas. sekarang sudah ok. lagi pon cara kamu tu kejam sangat. tak sanggup den nak buat gitu. hehee

    yeah. she is. tapi sekarang cuti sekolah. die balik kg. hehe.. nak wat camne. dapat awek yang masih sekolah lagi :p

    BalasPadam
  3. panjang lebar penjelasan sebelum sampai ke cerita sebenar. erm...yeah.bila diorang terasa benda yang same,baru diorang tau kot.

    BalasPadam
  4. missyizzati..
    ala. macam cerita carekarama gak. punye la panjang starting cuma nak tunjukkan pelakon utama adalah seorang yang baik dan berhati mulia. ending same jek. hehe

    cicleinspoon..
    lor. ape yang seramnye. hehe

    yazid..
    dats right bebeh. hehe

    BalasPadam
  5. hehe..org it ni memang gni..kalau boleh tkmo tinggalkan gadjet2nye tu..alaahai

    BalasPadam
  6. boleh aja kalo nak tinggalkan. tapi nak kene bawak yang lain la untuk pergi. bak kata pepatah, hilang tumbuh patah berganti. haha

    BalasPadam

terima kaseh :)