Sabtu, 15 November 2008

spit in the sky

baru dalam 4 ke 6 bulan aku pakai moto ni. sekali bukak nak check air bateri motor, hambek ko. di bawah had yang di benarkan. dammit.



(macam bell-curve kan?)

tapi tak leh nak kata apa gak. sebab dalam masa yang sama ni, aku dah jalan dekat 10,000km. haha. mane taknye. rajin g dating ;p eh.. jalan jauh leh efek kat bateri ke? tak tau den..

۞

Spit in the sky 1:

dulu aku banyak sangat duit syiling. ketika aku ade duit, semua duit syiling akan disimpan kat dalam bekas, dan takkan bawak keluar. time aku takde/kekurangan duit, time tu la aku jalan jalan bawak banyak gilor duit syiling. ka-ching ka-ching, bunyik aku berjalan. hehe



so, aku asingkan kepada tiga bekas. bekas pertama yang warne itam tu, sume duit syiling lame/rare item. percaya atau tak, kadang kadang ada orang yang sanggup jual/beli memahal duit lama (kalo tak percaya, cuba carik kat ebay). believe it or not, aku ada duit syiling ni:

+ 10sen first series and first minting (1967) and other year first series (1968 - 1988)
+ 20sen first series and first minting (1967) and other year first series (1968 - 1988)
+ 50sen first series and first minting (1971) and other year first series (1973 - 19 84)

bekas kedua pulak, bekas yang aku pakai lepas aku minum air mineral. aku koyakkan siket, dan sumbat syiling2 aku kat dalam tu. so, kalo aku nak keluarkan atau guna syiling tu, aku kene koyakkan abis penutup tu. sangatnye sayang nak koyakkan... penat aku penuhkan dulu..

bekas ketiga lak.. well. just assume it as 'fast port'. kalo nak keluar beli rokok, aku grab je terus dari bekas ni. kalo aku balik dari luar, ade syiling kat poket, aku campak je kat dalam ni..

yang aku merepek pasal syiling aku ni ekceli sebab aku sekarang terasa perlu menggunakan semua syiling tersebut untuk memenuhi nafsu buas aku terhadap teknologi. dammit. dulu punye la berazam tak mo pakai syiling ni.. arrrggghhhhh!!!

sebagai seorang lelaki, sudah tentulah ego aku tinggi. when people talk about their old coin, aku pon ade gak sifat bangga-diri nak cakap aku ada duit malaysia yang agak rare! dammit again..

۞

Spit in the sky 2:

semenjak aku rapat dengan panjang, aku selalu sangat dengar cerita pasal FOREX. tapi bukan panjang yang join, brader brader (kawan kawan panjang.. kalo ikut istilah friendster, 2nd degree friend la :p) yang slalu lepak sekali. sebab diorang full time FOREX (bagi diorang, macam makan nasik je main FOREX ni). mula mula aku sangatnye berminat. sebab ianya sangat berkaitan dengan thesis aku dulu.



after several research, faq dgn orang orang yang terlibat, tak terlibat dan yang tak reti apa apa pasal forex tapi masuk je, aku mengambil keputusan untuk tidak mencampuri hal ehwal forex ni. bukan senang woo.. forex dan bidang Siri Masa/Statistik ni tak dapat dipisahkan, walhal speciality aku adalah dalam bidang Statistik dan Siri Masa. dan aku rasa lepas thesis aku tu, gatal sangat tangan aku nak applykan forecasting kat mana mana situasi. termasuklah buat programming (tapi aku teringat penyelia thesis aku tu cakap, statistician sangatnya kedekut. sebab dari teknik statistik la yang buat dia boleh makan nasik hari hari).

macam orang makan nasik gak. kalo tak kena tekniknya, tidak kenyang. dan jangan lupa ada gak orang yang tak makan nasik kat dunia ni.

selepas lebih setahun tak lepak dengan brader brader tu, aku tak dengar sangat dah pasal forex. urge aku pon dah kurang. cuma baru baru ni rakan baik aku masuk forex dan dia ajak aku masuk sekali. dammit.

sekali lagi aku di dalam dilema. plus, di khabarkan leh baut programming sekali. iklannya seperti menarik benang di dalam tepung.. sedikit sedikit menarik minat aku tanpa mengkocahkan nafsu aku terhadap teknologi.

tetiba aku rasa macam nak masuk lak. nak test adakah aku masih layak claim aku punya speciality adalah dalam bidang Siri Masa. adakah skill aku sudah tumpul, seperti memakan nasik putih tanpa lauk.. dang!

cuma... sekarang ni kat teratak 42 tengah sangap internet. takde internet free. aku menaip entri ini pon atas talian berukband si dia dan perasaan belas kasehan si dia yang kasehan melihat muka seposen aku sebab terputus dengan dunia maya. hehe.. mekaceh :p

apa apahal pon, aku amat berterima kaseh kat rakan baik aku tu sebab selalu tawarkan kat aku apa apa opportunity yang dia jumpa atas kerja kerasnya.

۞

mungkin hari ahad aku akan post lagi satu entri sebelum aku pulangkan berukband ini kepada si dia... emmm//////

sekadar luahan je :p

7 ulasan:

  1. I. Nasib baik motor tu tak meletup sebab tak bagi dia minum. Eheh.

    II. Bekas syiling aku - bekas mayonis. Haha.

    III. FOREX tu main-main saham ke?

    IV. Beli je la berukband satu.

    BalasPadam
  2. uit bro..tk pyh masukla..yana ada kawan yg rugi duitnya msk forex tu..

    hmm..hanya mengingatkan..;)

    supaya dgn duit itu, bro leh bli berukband;p...ha ha ha

    BalasPadam
  3. fa....lamanya x blogging...
    =D

    sgt menarik la pasal coin tu...anyway, duit 1988 tetap ada kan? haha...

    simpan duit.....buat belanja kahwin..hehe

    BalasPadam
  4. atiqah..
    - yup. seb baik gak. tapi kalo moto tu meletup sebab tak bagi dia minum, memang nak kene bakar moto tu (walaupun lepas meletup) :p
    - haha. bekas kaca ek
    - main tukar tukar matawang asing. tak tau la saham ke tak :p
    - duit syiling tu tak cukup lagi la :p

    princess liyana..
    ha. orang masuk bukan sbb nak untung/rugi. cuma nak try derivekan application dari thesis je :p

    president..
    duit blanje kawin mane la cukup gune duit syiling tu. lain la kalo syiling tu ade beribu ribu lemon. hehe

    BalasPadam
  5. "adakah skill aku sudah tumpul, seperti memakan nasik putih tanpa lauk.."

    perumpamaan ini buat saya lapar. walaupun sekarang ini pukul 1130 malam..hehe

    jangan guna syiling yang rare tu. simpan. sayang..

    BalasPadam
  6. syiling?..saya salu mintak tukar syiling dengn awak dulu..awak dah banyak berjasa kat saye..terima kaseh "coin man"..

    BalasPadam
  7. missyizzati..
    sayang macam mana pon, tak dapat mengisi perut yang lapar ;p

    perempuan misteri..
    haha.. itu dulu. time tu sampai melimpah limpah duit syiling ;p

    BalasPadam

terima kaseh :)