Selasa, 24 Mac 2009

Ida ♥ Ijat

Googolplex-lion taniah diucapkan kepada along (akak sulung aku) kerana telah memasukki stage ke-3 dalam lifenye, dimana beliau telah selamat dinikahkan dengan Ijat (abang ipar aku) pada 28 Februari 2009 berwalikan ayahku, bertempat di kampung kami di Negeri Sembilan. See pics below to get the full story..


nervous tak? (tanya imam kepada ayahku kot.. patutnye die tanye kat abang ipar aku tu ha)


penat aku control ayu.. bukannye cameraman ni nak amik pic aku pon (kata akakku kot)


hantaran untuk lelaki. (aku tiada sumbangan langsung dalam pembikinan hantaran ini)


hantaran untuk perempuan pula. ya.. aku akui kek tersebut memang tersangatnya sedap.. sekret resipi la katekan..


belakang tu adalah pasukan rebana, yang akan perform sebentar lagi. aksi mereka ada dirakamkan dan diletakkan di dalam entri ini.


nampak sangat dua dua nervous and jalan laju laju. penat si pemegang bunga mangga tu nak jalan laju laju (aku le tu.. hehe :p)


gembira XD


amat terharu apabila rakan rakan paling rapat datang sekali, sungguhpun ianya bukan aku yang berkahwin. thanks guys (and girls) - dari kanan, faisal, ani, afzan dan fitri [1].

video dibawah ini merupakan tarian piring yang dipersembahkan oleh pasukan rebana kampung semerbok, rembau. for those yang belum pernah tengok orang Negeri Sembilan bersanding, cuba dengar betul betul. mase ni, diorang tak pakai kompang. pakai rebana dan gong. tarian piring, yang berasal dari Minangkabau ini juga diselitkan dengan unsur unsur silat (sape tah cakap kat aku) [2].



saya, bagi pihak keluarga, mengucapkan googolplex-lion terima kaseh kepada mereka yang sudi hadir ke majlis perkahwinan ini. terima kaseh juga kepada mereka yang berniat untuk datang, tapi tak dapat datang. juga terima kaseh lagi kepada mereka yang sudi membaca entri ini atau entri yang lepas. semoga mesjid yang didirikan oleh along dan abg ijat senantiasa dirahmatiNya. insyaAllah..

۞ (cerita cerita picisan)

ada yang hadir berkata aku dan ayah aku seperti bermuka sedih ketika sesi akad nikah. emm.. aku rasa bukannya sedih kot (tipulah kalo aku kata tak sedih langsung). tapi lebih kepada gembira dan terharu. lepas ni, bertambah segan lah aku kalo nak pinjam duit akak aku. hehehee

۞

baru aku tau apa yang orang define penat apabila salah sorang sibling kawin. sangatnya penat. sebelum hari bersanding tu, hanya dapat tdo 2 jam sahaja. ke hulu, ke hilir. kemudian ke hulu lagi. tapi takde hal. for my big sis juga. i'll do anything to make this event perfect :)

۞

lebih terharu apabila melihat pakcik aku datang (antara sedara aku yang paling rapat). datang dari Serdang menaiki komuter, turun di Seremban dan menaiki bas semata mata untuk datang ke kenduri ini. turun sahaja di pekan Kota, ada orang kampung tegur.. mungkin kerana pakcik aku tu berpakaian kemas, berbeg sandang dan memakai cermin mata ray-ban..

Orang Kampung: Nak poei mana jang?
Pakcik Aku: (terdiam sejenak memikirkan alasan yang cool) Nak balik kampung cik.

۞

setelah selesai kenduri kawin, aku membawa kucai, fitri, pakcik aku, ani dan afzan pergi mandi manda di Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah. rugi la korang tak datang/balik awal. kot tak korang dapat join mandi manda skali. hehe.. dengan mengenakan pakaian 'kerja' aku semula, kami bergerak ke alor gajah (30 minit perjalanan). mungkin disebabkan pakaian aku kotor sangat, sampai penjual tiket bertanya kepada aku 'abang baru balik kerje kontrek eh'.. peramah tidak bertempat, hampeh betul. tau la baju aku kotor tak semenggah. suke betul assume bukan bukan.

۞

for these several years, aku encounter pelbagai adat kenduri kawin. terasa sangatnya unik walaupon di bawah satu nama Malaysia. lepas ni, aku bercadang untuk merge semua tu dalam kenduri kawin aku pulak.. ada Tari Piring ketika bersanding (Negeri Sembilan), ada Zapin ketika makan beradap (Johor), malamnya pula ada Joget Lambak (Melaka) dan tidak lupa juga, lewat tengah malam ada Parti Buih dan Sabun (Kuala Lumpur).. yeay!


۞

ps:
1. Blog kucai: Betik busuk (entri berkaitan: di sini). Blog fitri: Zen Territory

2. Sumber: wikipedia

18 ulasan:

  1. taniah diucapkan semoga berkekalan sehingga akhir hayat

    BalasPadam
  2. afzan tu aku rase budak kelas aku time kat mrsm jasin..kawan baik ko ke?

    BalasPadam
  3. yazid..
    thanks for ur wish

    fazdi..
    tak tau lak aku. die tu tunang kepada kawan baik aku tu, fitri (budak satu mrsm dengan jay em)

    azie..
    lewat sangat. dah abis dah.. hehe

    BalasPadam
  4. fazdi..
    yup. afzan tu budak mrsm ko dengan cupak dulu..

    BalasPadam
  5. hu hu hu..yana tk pernah tgk lg..kena g belah2 rembau sana kalau nk tgk..bro, parti buih?apakah??hahaha..

    smoga jodoh mereka bpanjangan..n dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah...uhuhu;)

    BalasPadam
  6. moga berkekalan ke anak cucu ghitewww..

    me nak fantunn skit..
    Tanam nyiur gading,
    Jual di pekan danok;
    Lihat orang bersanding..
    Bantal guling dipelok-pelok.. ammvoii

    BalasPadam
  7. liyana..
    owh.. ingatkan kampung kamu di area2 rembau. tak pe. nanti kenduri kawin saya ada jugak.. kot..

    parti buih! ya. seperti apa yang kamu fikirkan. hehee.. waktu bachelor party pulak ikut resam barat :p

    thanks for ur wish. unique one ;)

    BalasPadam
  8. en_me..

    pergi ke laut mencari minyak
    terima kasih banyak banyak

    (mampu buat pantun dua kerat sahaja ;p)

    BalasPadam
  9. parti buih dan sabun? seriously? anda taknak buat juga nanti? :P

    alhamdulillah. selesai sudah. :) semoga berkekalan ke akhir hayat.

    BalasPadam
  10. missyizzati..
    eyh.. mesti la buat. itu termaktub dalam perancangan. mahu join ka? ;p

    thanks

    BalasPadam
  11. cOngrats tO bOth Of them..smoga kekal ke akhir hayat..ehem2..kamu bile lg..??nnt bile majlis kamu,insyaAllah sy akan gagah kan diri sy hadir ke majlis itu..hehe~

    byk btOl eh acara2 kat rembau..xpenah pOn rase..cepat2 la kamu kawen plak..bule sy jOin acara2 itu..hiks~!

    BalasPadam
  12. intan..
    thanks

    saya bagi kamu join acara lari dalam guni. nak?

    eh. mase majlis saya nanti kamu kene datang tau. mesti datang. kamu tu antara orang paling penting skali dalam majlis saya. kalo takde awak, sape la yang nak tolong basuh pinggan nanti.. XD

    BalasPadam
  13. kamu sgt jahat!!!tamau dtg da majlis kamu..ade ke patut suh jOin lari dlm guni..pastu plak suh basuh pinggan..mmg sy tamau dtg la cenggini...

    sy usha dr jauh jek..kalO x nnt kne jd buruh paksaan basuh pinggan..kensel2..mmg tamau dtg..wek!!!

    BalasPadam
  14. hu hu hu..kampung yana area jelebula bro..ahaha..tmpt terpanas tu..;)tkpe kalau bro jmpt. msti kami dtg..ahaks..bila kendurinya bro?

    BalasPadam
  15. hehehe..raju.mana gmba ko?banyak gmba org jek.
    ape la.heheh..ko pulak bila lagi?

    BalasPadam
  16. intan..
    alalalaa. tak pe. kamu jadi tetamu VIP. mahu? siap dok makan kat khemah pengantin lagi ;p

    liyana..
    kenduri kakak dah lepas. lepas ni kenduri adek kot. nak biarkan langkah bendul. leh mintak macam macam nanti :D

    edriaty..
    aku sedar aku ni tak hensem. kalo aku letak gambar aku, buat orang muntah darah je ;p

    BalasPadam
  17. ape xcukup buih n sabun tambah clorox ckit, baru ngam.

    BalasPadam

terima kaseh :)