Halaman

Khamis, 28 Mei 2009

des ar u

cerita Ahad lepas..

sebenarnya, dah lama aku dengan اني plan untuk pergi ke Desaru. sudah 2 tahun juga rasanya :D akhirnya tercapai juga pada hari Ahad lepas. tapi... emm. baca dahulu sampai habis entri ini..

pagi ahad lepas, aku bangun pagi dan melihat awan. nicee.. mendung mendung siket. sebagai manusia yang berteknologi (dan manusia yang tak reti baca pergerakkan awan), aku lihat google maps. yeah.. mendung dan mungkin hujan tulisnya. humidity (kelembapan) pula around 68%. cukup nicee.. tak bahang atau sejuk sangat.

disebabkan aku plan untuk pergi ke Desaru tanpa mengetahu jalan mana yang perlu dan jalan mana yang tidak, aku print sahaja dari google maps. malahan juga, aku install Google Maps for Mobile kat cell phone telephone aku nih..




begitu la rupanyanya aku print kat kertas tu. cuma, aku lihat die tulis about 70km untuk ke sana. aku kasihan kat اني sebab nanti die tak dapat nak solat jamak (aku leh le.. rumah aku ke rumah اني dalam 30km). tapi tak pe. kami jalan jalan kat Malaysia saja. nescaya banyak mesjid..

untuk memudahkan pemahaman, aku letak la skali google maps perjalanan aku nih..


View Larger Map


۞ A ke B

dahulu teringat kata kata Yazid [bebelan anak tukang jahit]. katanya kat kota tinggi tu nanti ade traffic light, pastikan masuk simpang ke kanan. ok baiklah.

tapi.. rupanya banyak sangat traffic light kat kota tinggi. ah. mana satu. aku kata kat اني, masuk sahaja ke kanan kat mana mana trafic light :p

kami teruskan perjalanan. kawasan yang agak menyeramkan. hutan dan kelapa sawit sahaja di sekeliling. tak apa. kat kertas ni tulis "Continue on Jalan Jemaluang" and aku rasa betul la sebab jalan yang aku lalu ni memang menuju ke Jemaluang.

tetiba aku terlihat satu objek ni kat tepi tepi jalan. ada banyak jugak..



sapa yang tahu apa benda ni? aku assume, ni tempat tinggal leprikon. hehe

kami teruskan sahaja perjalanan..

terlalu jauh rasanya. dan aku rasa agak ragu ragu. meter perjalanan di kereta اني dah menunjukkan 90km tapi takde petanda lagi pasai Desau. malahan pula, kami berada di Jalan Persekutuan 3 - yang ade tanda . seingat aku, Jalan Persekutuan 3 ni dari Johor Bahru ke Kota Bahru (lihat wikipedia) melalui Pantai Timur. shit. rasa macam salah jalan sahaja.

tiba di B, aku meminta اني untuk berhenti di R&R dan bertanya jalan..

Aku: kak, ni jalan nak ke Desaru ke?
Kak: eh bukan dik. ni dah Mersing dah ni dik..
Aku: APA??? (terkejut beruk)


jauh giler sesat. tersenyum senyum aku kat اني. "kite salah jalan" kataku pada اني. tensen je die. hehe..


۞ B ke C

kali ni, kami main jalan sahaja. peta yang aku print tu ngam ngam je kat Kota Tinggi, tak sampai ke Mersing. tak terfikir boleh sesat sampai Mersing. hehe

kami teruskan saja perjalanan. sehingga jalan aku rasakan makin mengecil. dan tiba di C, aku rasa tak selesa (lagi sekali).. ye la. jalan kecik giler. pastu die tulis jalan ni nak ke Sedili. dan kalo federal road yang aku tau, at least besar la siket macam jalan nak ke Mersing tu. hehe

bertanya pada akak jual makanan kat tepi tu (kat kampung Mawai Baru)..

Aku: kak, jalan ni nak ke Desaru eh..
Kak: a'ah.
Aku: (terdiam seketika) kalo masuk simpang tadi boleh ke?
Kak: jalan terus ni pon boleh jugak.
Aku: kalau saya mahu lalu Bandar Penawar?
Kak: ha, ikut simpang tadi..
Aku: Ok. terima kaseh ya..


۞ C ke D

entah macam mana, aku terfikir pasal Teluk Rumania. aku rasa tempat ni menarik gak. aku rasa laaa... sampai di Bandar Penawar, ada simpang ke kiri untuk ke Desaru. اني bertanya "nak masuk tak simpang ni".. aku kata teruskan sahaja. kita lihat lihat dahulu di Teluk Rumania.



terasa sangat gembira sebab sampai di destinasi. kami pon bejalan pelan pelan je kat sini, mencari jalan untuk ke tepi pantai. masuk di satu lorong, ternampak pokok ru dan laut. yes!! tapi jalan tu jalan mati lak.. siap ade budak budak kecik lagi main main kat situ. budak budak tu bertanya "abang nak pergi mana?". aku senyum je dan menjawab dengan pertanyaan lain "kami nak pergi ke tepi laut. tapi camne eh". diorang sarankan aku letak sahaja kete kat jalan tu, pastu redah hutan dan semak samun. sampai la kat pantai. haha.. pastu mak diorang pula datang. "kalo kamu nak pergi ke pantai, cuba pergi ke tempat burung unta".. aku pon mengiakan aje.



sampai sahaja di ostrich park, aku tanya nyonya yang jaga tu, tanya dia ni leh g ke tepi pantai ke? di jawab, tak leh sebab ada anjing dua ekor yang sangat garang. tetiba je aku dengar bunyi anjing berbunyi. wah. biar betul nyonya ni. die leh set ke anjing tu kasi berbunyi. hehe

nyonya tu kata, pergi kat Batu Layar. aku kata kat اني, tak apa lah. kita jalan jalan lagi..

۞ D ke E

kat sini sebenarnya bukan Batu Layar. aku tak tau apa nama tempat ni. nak pergi, kene masuk ke dalam hutan lalang yang lagi tinggi dari aku.. korang tengok sajalah macam mana kami parking.. dan kalo nak tau, kat blakang tempat aku amik gambar ni, ada cliff. tinggi giler. akibat hakisan laut..



tapi kawasan sini sangatnya cantik..



cuma aku rasa bahaya (berdasarkan sampah sampah yang kelihatan - menunjukkan air naik sampai situ).

aku ajak اني balik.. naik sahaja kete, aku terperasan yang aku lupa tarik hand brake mase berenti tadi. ya Allah. bahayanya..

۞ E ke F

kali ni kami tiba di Batu Layar (walaupon sesat sesat di kampung nelayan di situ).. walaupon agak menarik juga, tapi masih ada banyak sampah.. tapi agak ramai juga yang mandi manda di situ. siap ada budak budak lagi buat BBQ. haha



اني berjalan tanpa pakai kasut. katanya nak merasa pasir pantai. aku melarangnya, sambil berkata takut ada kaca kaca pecah (old story of my famili).. tapi akhirnya bukannya kaca yang melekat kat kaki اني, tapi..



minyak! the hell? camna diorang leh mandi sedangkan kawasan tu berminyak?

aku berkata pada اني, sudah. cukup. pasni kite tak payah singgah singgah lagi. terus sahaja ke Desaru, tempat yang dikenali sesuai untuk bermandi manda..

۞ F ke G

akhirnya! at last! sampai juga kami di Desaru. sangatnya gembira. menyanyi nyanyi lagi kami.. mencari tempat parking (RM 3 untuk sebijik kereta).



dan sedang kami berjalan jalan, اني terlihat awan yang amat pelik sambil memberitahu aku.. lihat atas!



hoh! ape kejadah tu? ada pelangi kat awan. dan camna awan tu leh membulat camtu? yang pelangi tu, dapat agak la sebab biasan cahaya. tapi part awan tu?

ok tak pa. itu kita biarkan sains yang menjawabnya ;p dan aktiviti di pantai.. tipulah kalo duduk kat tepi pantai tapi tak main pasir. 'aku dan اني' membuat apartment untuk orang orang lepricon guna pasir pantai.. haha. macho tak?



dan kami sama sama melihat suasana yang nyaman ini (sambil memakan eskrem roti) sebelum berangkat pulang..



dan tidak lupa juga mengambil gambar meter perjalanan sebelum berangkat pulang (tensen aku orang tak percaya aku dgn اني sesat sampai ke mersing)..



dan dari Desaru ke Ulu Tiram pula,



hampeh. 100km tu untuk sesat!

۞ ke Teratak 42

penat. seriously sangatnya penat. sebab lepas sampai ke Ulu Tiram, turn aku pula untuk pulang sorang ke Teratak 42. takde la jauh mana pon, cuma 30km je. sampai sahaja di Taman Universiti, aku sudah berangan untuk baring di atas tilam empuk aku..

tapi.. tiba sahaja di Teratak 42..



the hell? sapa yang kunci rumah ni? dah la kunci camtu, pastu terus blah! serious shit aku mengamuk sensorang depan rumah tu. hampeh..

۞ ps:

13. cik اني yang drive sepanjang perjalanan yang di google maps itu. aku hanya dok sebelah je. hehe

14. entri kali ini sangatnya panjang ya.. ;p

15. pintu depan Teratak 42 rosak. boleh sahaja di tolak untuk buka menggunakan tangan walaupun pintunya berkunci.. len kali, guna la mangga pagar. jangan pakai kunci sendirik!

16. pintu Teratak 42 sudah dibetulkan beberapa hari lepas.

17. owh jangan tanya camna aku tau Malaysia Federal Route tu. dulu aku presiden Kelab Keselamatan Jalan Raya kat Sekolah Gombak 2 XD

19 ulasan:

  1. susah-susah dahulu, senang-senang kemudian..
    sesat-sesat dahulu, jalan-jalan kemudian... hehe..
    xpe fa, sesat n penat2 pon tetap seronok gak...

    BalasPadam
  2. yahuu ko dh sampai desaru.dengan sesat.. ^_^'

    BalasPadam
  3. اني..
    bagus sungguh buat pepatah itu ya ;p yup. sangatnya seronok.. :D

    aishii..
    a'ah. kejap je kat desaru. lamanya berjalan mencari desaru. hehe~

    preisdent..
    romantik mendenye kalo dah sesat sesat cenggitu ;p

    BalasPadam
  4. yg tersesat tuh yg part paling seronok tuh sbnrnya. haha.. =)

    BalasPadam
  5. en_me..
    tak banyak pon. cuma.. ade mase walaupon siket, penuhkan la..walaupon penuh dgn kesesatan ;p

    fina..
    ha'ah. yang fun time kelam kabut mahu ikut jalan mana ;p

    johari..
    sebab persaaan malu la yang buat sesat ;p

    BalasPadam
  6. perrhh....nak pegi tepi laut lah paling senang..lagi2 desaru. kalau aku, pakai kompas pun dah sampai....

    BalasPadam
  7. hah. yo lah tu pakai kompas. entah entah ko lagi teruk sesatnye (pengalaman berjalan dengan ko kat kl)

    BalasPadam
  8. Dah sampai Mersing tu, alang-alang gi makan keropok lekor dulu. Hehe.

    BalasPadam
  9. hehe~~ tape2. lepas ni da tau macam mana nak pergi desaru. boleh pegi banyak2 kali lagi. dah expert katakan. hehe

    time spent bersama2 sambil sesat lagi penuh makna kot. :D
    tahniah dah sampai desaru! hehe

    BalasPadam
  10. Wooo ... gambar awan tuh mahal tuh. Cantik! aku pun suke amik gambar awan dan langit dan apa2 yang ada atas sane ...

    BalasPadam
  11. huhu..bro, mana gmbr ani?ahaha;)gmbr lain je byk..ekeke..

    tkpe, sesat2 pun bdua..moment tu yg pntg..;)huhu
    next time, rasa lain mcm jauh tersasar je cpt2 bhenti tnye org jln yg btol tau..huhu

    BalasPadam
  12. atiqah..
    hah. kat taman u pon ade keropok lekor. hehe

    izzati fuad..
    takde ertinye. pasni rase sangatnye malas nak pergi. plan 2 tahun, baru dapat buat. hehe..
    emm.. ye lah macam kamu kata tu.. time tu la yang buat perjalanan lagi best ;)

    liyana..
    gambarnya private. simpan sensorang saja ;p yup. tapi ape barang nak tanya orang. age of the geek! :D

    atiqah lagi..
    thanks (me = fa)

    BalasPadam
  13. desaru tuh kat jOhOr ek..??asal xpenah pegi pOn kalO balik kg..??pelik ah.

    BalasPadam
  14. hah. kamu tengok siket, pontian tu kat pantai selat melaka. desaru lak kat pantai laut cine slatan. tak kan ke jauh tu.. tak pe. pasni leh g. sy dah letak google maps tu ha ;p

    BalasPadam
  15. pantai di batu layar nie bermusim..... kalau kene time die bawak sampah.. memang tak dinafikan... banyak sangat sampah dan minyak dari kapal yang berlabuh... tapi kalau time bersih... sebiji sampah pun takde......

    BalasPadam

terima kaseh :)