Isnin, 11 Mei 2009

seketika bersama ibuku (2)

Pada tahun 2001 yang lepas..

ketika ini, aku berada di Tingkatan 5. belajar di salah sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air..


gambar hiasan. classmate aku (5 science 8)


sedang aku nyenyak tidur di dalam kelas, tetiba, Cikgu Baharom menghentak meja aku, untuk mengejutkan aku yang sedang lena dibuai mimpi..

Cikgu: Fa! bangun!
Aku: Ah!


terkejut aku dan lantas terus berdiri. shit! sudah brape lame dah aku tidur. kedengaran budak - budak kelas aku tergelak - gelak, seolah - olah mengejek aku. hampeh!

terus aku pergi ke belakang kelas, mengambil buku rujukan Pendidikan Islam aku yang tersusun rapi di rak belakang.. sekembalinya aku ke meje aku, aku perhatikan Cikgu Baharom. dia hanya memerhatikan gelagat aku. mukanya ada tanda tersenyum senyum. ku lihat di kiri, kelihatan buku rujukan Matematik Tambahan di meja Danial. begitu juga dengan di meja Geweng yang berada di kanan aku..

aarrgghh!! sekarang sudah kelas Matematik Tambahan. sudah dua kelas gamaknya aku tertidur. tiada apa yang boleh aku lakukan. hanya tersenyum sahaja pada Cikgu Baharom.. ngeee~~ :D

Cikgu Baharom berkata pada aku "Tu kat belakang tu, Cikgu Nik nak jumpa kamu". Dengan terkebil kebil aku mencari mana dia. Terus aku ke belakang sekali lagi sambil menggosok gosok mata ku. ye la. baru bangun tidur. konfem - konfem laa ade tahi mata. haha!

Oh ya. Cikgu Nik adalah guru kaunselor sekolah aku. cikgu ni tersangatnya super baik. tetapi, bagi pelajar picisan seperti aku ini, perkataan 'beware!' amatlah sesuai untuk diassociate dengannya, sekiranya dipanggil. kerana dia juga menguruskan pasal hal ehwal displin pelajar!

berjumpa sahaja Cikgu Nik, aku dimarahinya. "Apa kamu ni tidur dalam kelas? malam tadi kamu buat apa kat asrama? ni kenapa serabai je ni??". aku seperti orang yang baru bangun akibat dibaling batu. pening kepala aku nak jawab satu - satu. kemudian Cikgu Nik berkata.. "Fa.. mak kamu ade kat office saya". terkejut beruk aku. kenapa ibuku datang ke sini?

rupanya, kes aku dua tiga minggu lepas masih belum lagi selesai. aku ditangkap kerana keluar sekolah tanpa kebenaran (fly). dan ibuku perlu menjadi penjamin aku. kalau tidak, mungkin aku akan digantung atau diberhentikan! kejam sungguh sekolah aku ini..

sampai di office, ibu aku tersenyum menyambut aku. dengan penuh perasaan serba salah, aku terus bergegas mencium tangan ibuku.. dan setelah Cikgu Nik membaca kes aku dihadapan ibu aku, aku mengaku bersalah disaksikan ibu aku, ibuku bersiap untuk pulang. kejap sahaja rupanya. tidak sampai 30 minit..

aku menemani ibu aku sampai ke hujung bangunan pentadbiran..

Aku: Mak datang sini dengan ayah ke?
Ibu: tak lah. ayah ko kerje kat Batu Pahat. mak datang naik bas je..


sekali lagi tersentak dada aku. dari rumah aku ke sekolah aku, ade gak la dalam 3 ke 5 jam pejalanan. kalau pergi dan balik, dalam 6 ke 10 jam juga (bas di Bakri sangatnya kurang, malah, lembab pula tu).

Aku: meh angah teman mak sampai pintu pagar..
Ibu: eh takpe lah. angah ade kelas kan? cepat g masuk kelas.
Aku: alaa tak pe laa. boleh aje skip.
Ibu: dah dah. jangan ngade ngade. mak nak balik terus dah ni..
Aku: ye la..


setelah bersalam salaman, mencium pipi ibuku, ibuku terus beransur pulang. dan aku pula.. aku hanya memerhatikan sahaja ibuku berjalan di bawah sinaran matahari (masa tu, tengah hari). panas di luar sana! sangatya contra dengan hati ku ini. hujan, ribut dan taufan. terasa sebak. ingin menagis pon ada. terlalu banyaknya aku menyusahkan ibuku.

inilah antara situasi yang paling berat sekali aku rasakan. aku tidak kesah sekiranya aku di belasah, tapi aku tidak larat untuk diseksa begini. pedih. pukullah aku. seksa lah aku. aku lagi suka kesakitan fizikal dari kesan emosi sebegini..

sehingga kini. peristiwa tersebut masih segar di ingatan ku. dari kecil sehingga kini (malam semalam), aku masih lagi menyusahkan ibuku..

۞

wahai ibuku..

terima kasih kerana membesarkan aku. walaupon perangai aku ini sungguh liar, kau tetap tabah mendidik aku. walaupun aku kerap menconteng arang, kau tetap percaya kepada aku. engkau tetap mengharap agar arang yang aku contegkan itu akan menjadi lukisan abstrak yang tidak ternilai harganya kelak..

aku amatlah bertuah.. segala kesilapan aku, tetap ditegur. aku bukannya anak yang dibebaskan dari segala kesalahan. setiap kesalahan aku, pasti ada consequencenya dari mu. kerana itulah aku berterima kaseh. jika tidak, pasti aku sudah lupa daratan.. jika tidak, sudah pasti aku kini merempat di jalanan.. atau jika tidak, sudah tentulah aku hanyut dibawa arus zaman..

akan ku dahulukan setiap doa untukmu. akan ku harapkan agar engkau sentiasa sehat walafiat di kampung. akan ku mencari mu dahulu setiap kali aku pulang ke kampung.. nantikanlah kepulangan anakmu ini. pulang membawa sejuta kemaafan yang terbuku di dada.


yang benar..
anakmu yang #2..


gambar raya



emm.. sekadar luahan..

ps:
11. mak, kalau angah balik kampung nanti, angah nak makan sambal yang mak masak eh. sedapppp~
12. selamat hari ibu kepada semua ibu - ibu di dunia ini..

15 ulasan:

  1. Sedih plak bc.hm slmt hr ibu untk ibu fa n smua ibu di slrh dunia.jgn fly2 n nakal2 lg tau.hehe.

    BalasPadam
  2. :( sian mak awk dtg jauh2 kn..tym tu mesti awk rase sedih gile kn..

    sile jgn buat mcm tu lg Ok..neway selamat ari ibu untuk mak kamu.. :)

    BalasPadam
  3. kedua dua yana..
    ok baiklah. lepas tu sy tak fly ramai ramai dah (fly ramai ramai yang buat kene tangkap) ;p selamat hari ibu :D

    BalasPadam
  4. :) sayangkan ibu kita dengan kita?

    eyp,bagi ka ur mum ayat yang bawah tu? in a real letter ke? hehe

    BalasPadam
  5. kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. sambal mak buat memang sodapp kannns

    BalasPadam
  6. izzati fuad..
    tak pe. nanti adik baca pastu die bagi kat mak. hehehe ;p

    en_me..
    yup. memang codap. satu satunye lauk yang boleh buat buka selera. hehe

    yazid husain..
    selamat hari ibu juga :D

    BalasPadam
  7. teringat zaman sekolah dulu.. mak slalu melawat ke asrama naik bas dari melaka ke kuala klawang.... mmg sebak rasenye... اني yakin satu hari nnt mesti fa dapat buat ibu fa bangga sgt2... ;p

    BalasPadam
  8. Haha teringn sbenanye nk fly gak dl.huhu

    BalasPadam
  9. aduii lu raju..
    sgt2 mengentuh kalbu..
    atas sbb2 cmni la kita akan bertekad dan berusaha x nk kantol masa fly kan..
    tapi bila dh kantol gak nk wat cmne ek..
    mmg mak syg kt kita..

    BalasPadam
  10. 'walaupun aku kerap menconteng arang, kau tetap percaya kepada aku. engkau tetap mengharap agar arang yang aku contengkan itu akan menjadi lukisan abstrak yang tidak ternilai harganya kelak..'

    hehehe..cute je ayat neh! btw, happy mother's day untuk semua ibu2 :)

    BalasPadam
  11. saya sulu kat sekolah pun nakal. selalu tido dalam kelas :P

    kamu budak UTM jugak kah?

    ps: saya tumpang lalu jugak :P

    BalasPadam
  12. اني...
    itulah. slalu teringat zaman tu kan.. apa apa hal pon, thanks a lot اني ;)

    Princess Liyana..
    ha. rugi la tak fly dulu ;p

    johari..
    ha'ah. tepat skali. kalo kantol, pastu tidak melibatkan ibu bapa tak pe gak. tapi kalo dah melibatkan mereka, memang terasa kasar gak kat hati nih..

    kaok..
    thanks (bagi pihak ibu ibu sedunia ;p)

    Lil^GriZzLe A..
    sama la kita :D
    yup, budak utm. silakan lalu ;)

    BalasPadam
  13. bile jadik? aku langsung xperasan.

    eh aku ada dalam gambala. ahaks

    BalasPadam
  14. ko ponteng kot mase tu :p

    apsai? kalo ko tak mo gambar ko ade kat sini, leh je aku blurkan muke ko (dan mungkin badan skali). ;p

    BalasPadam

terima kaseh :)