Khamis, 10 September 2009

Sahur: Beberapa ketika di Restoran Ayub

۞ Pengenalan

Restoran Ayub, dimiliki oleh Encik Ayub[citation needed] merupakan salah satu kedai mamak yang terkenal di Taman Universiti Skudai. cakap sahaja kat mana - mana student UTM, tahulah mereka dimana letaknya. Bagi yang jauh dari sini tetapi sudah biasa dengan From Zero to Zeroes ni, mungkin tahu dimana letaknya. Bagi yang tidak tahu, sila cari di google ok.


۞ Sebelum ini..

Sebelum ini, aku slalu juga join mereka di Teratak 61 bersahur. bangun pagi, masak lauk, dan buat air teh-o. perghh.. sedapnya pekena panas panas diimsak hari. tapi it lasted berberapa hari sahaja. lagipon, kasehan hosmet aku. dah la aku selalu berbuka di rumah lain, bersahur pon di rumah lain juga. hosmet aku buka dan sahur sensorang sahaja di rumah.. so, lately aku bersahur sahaja di Ayub bersama hosmet aku..

Tapi. apa yang menariknya bersahur di Restoran Ayub ini adalah kerana pekerja - pekerjanya yang sering menganggu gugat kesabaran kami..


۞

Biasalah kalau mahu order, tangan aku akan melambai lambai pada pekerjanya sambil memanggil. tapi yang buat sakit hatinya, aku lambai, dia angkat tangan dan terus blah. macam lah aku ni jumpe ko kat tepi jalan dan angkat tangan sebagai simbol 'hai'. aku nak order ni beb. banyak kali lak tu..

Kemudian, datang seorang mahu ambil order..

Pekerja: Minum apa?
Aku: Horlicks suam satu.
Kucai: Kopi-O suam dan air suam dua.

kemudian dia terus blah. aku panggil balik dia, "Weh, ko tak nak amik order makanan ke?". dia berhenti sekejap, mengeluh sedikit, kemudian dengan gaya malasnya, datang balik ke meje kami. pastu cakap "Kertas penuh la". hek eleh.. malas la tu.


(kalau nak kata kertas penuh pon, at least sorok la kertas tu dulu)


hah.


۞

Ini hari yang lain pula.

Pekerja: Mahu makan apa?
Aku: Kasi aku, roti kaya satu.
Pekerja: Okeh.
Aku: Eh jap jap. tukar. aku nak telur separuh masak dua. tak jadi roti tu..

Pause.. Dia menyambung, "Tapi.. sudah tulis", sambil menunjukkan order yang ditulis dengan pensel. hek eleh. ko cakar siket sudah. nak potong order tadi pon malas.. bukannya ko tulis pakai batu kat daun daun. itu lain lah cerita..

hah.


۞

Pekerja: Mahu apa?
Aku: Roti nan apa yang ada?
Pekerja: Nan biasa.. Nan Ayam.. Nan Tandori...
(senyap 5 saat)
Aku: itu je ke?
Pekerja: Ada. ada. ada Nan biasa. ada Nan ayam..

boleh pulak ko ulang balik.

Aku: ye lah. kasi aku Nan biasa satu.
Pekerja: Dua?
Aku: satulah.

bak kata kucai, mungkin bos dia ajar 'kalau orang kata satu, ko kata dua. kalau orang kata dua, ko kata tiga'. slalu sangat camtu nak memain. haha

۞

yang atas ni semua, adalah situasi biasa. baru beberapa hari lepas, aku order makanan pukul 4 pagi, pukul 5.10 pagi baru dapat. haiyya..

tapi apa apahal pon, sinilah tempat kami menguji kesabaran. dan biasanya aku failed. :( sebab in the end, aku akan memarahi pekerja pekerja tersebut ):

ps:
31. hosmet aku adalah Encik Faisal (pemilik Kucai's blog) dan Cekgu Fitri (pemilik kereta wira putih). rumah lain yang dimaksudkan adalah di Teratak 61.
32. nama nama pekerja ayub tersebut dirahsiakan atas sebab sebab peribadi..

18 ulasan:

  1. meriahnyerrr idup ko.. keep it up bro.. nanti kalo ko dah kawen berumahtangga u r going to miss this.. ekeke, salamm ramadhan dr me dikejauhannns

    BalasPadam
  2. yeah i tot so.. but for now, nak enjoy dulu the fun marah marah, emosi dan perbuatan perbuatan negatif yang sebagainya ;p

    BalasPadam
  3. hihi..sabo jela pekerja tu..punyala tebal lg kertas tu..ahaks..nampak sgt dia mls nk lyn L..Kalau P mesti cpt jekan dia g :p

    BalasPadam
  4. bw2 lah bersaba ye.bese la.mane lagi nk rase pengalaman bersahur kan.setahun hanye sebulan je.itupOn kalO bangun sahur penuh untuk sebulan.selamat hari raya.wahhhh! awal betOl kan.hehe.

    BalasPadam
  5. hihi aku xpenah makan kt situ.tp lepas bace entry ni aku rs nk try pula.

    BalasPadam
  6. Princess Liyana..
    tahu tak pe. ade gak skali tu, ade sorang awek seksi makan kat situ (dari gayanya, baru balik dari clubbing rasanya - pepaham la camna dressing dia). boleh plak time tu sampai 5 orang nak amik order. haih..

    intan.dayana..
    sori ler. sy bukan sahur sebulan setahun je. sebulan dan lebih siket. qada' puasa mase zaman kecik kecik dulu. haha.. eh.. at least sy bangun sahur sendiri tau. lalaalaa~

    aishi..
    cubalah. makanannya biasa sahaja. layanannya yang buatkannya istimewa ;)

    BalasPadam
  7. aku tak leh blah dekat alif..kawan aku siap angkat penumbuk sbb yg amek order melenting..masa order dia main hp..pastu dtg makanan..salah menu..ktorg ckp elok2..dia "ini betul..ini betull..u cakap..u cakap.." bodohnyer~~

    aritu aku nmpk dia lagi tp kat saifyah..dan tak heran klu dia kena transfer kat ayub pasni..

    BalasPadam
  8. Hint PerihaL...
    owh. kalo safiah tu jangan cakap la. penipu habis. brapa kali die tipu duit kitorang. ade ke patut, member aku makan roti, bayar pakai duit RM50, pastu die pulangkan RM3 je. nak tumbuk diorang mase tu. aku siap nak call tokey die, pastu ade plak die marah aku tak bagi call tokey die. seriously aku tak suke restoran safiah.

    President..
    as long yang runner die ok, kitorang ok je. dah lama makan kat situ, so layan aje. ehehe

    BalasPadam
  9. abih tu, selalu kat situ why? suke tgok gelagat pekerja die ek? benci tapi sayang. haha :P

    BalasPadam
  10. fina..
    mane ade benci tapi sayang. tak care langsung pasal mereka :p cuma suka tgk aksi spontan diorg yg spastik tu. haha :p

    BalasPadam
  11. "nak enjoy dulu the fun marah marah, emosi dan perbuatan perbuatan negatif yang sebagainya"

    haha. i love doing that too. :D mane lagi tempat best nak sahur selain situ?

    BalasPadam
  12. yup. selain rumah, memang takde tempat lain yg seronok. tapi pasni dah tak sahur situ lagi dah kot. member takde :p

    BalasPadam
  13. Tu dah jam2 terakhir kerja dia kot. Hehe.

    BalasPadam
  14. raju.. nanti kita pergi lagi... aku nak pesan roti kaya.. sedap a.. ketagih aku ni.. aku try buat jadi lain.. :(

    BalasPadam
  15. HAHAHA...tkleh blah..5 orang skali nk amik order..ahaks..

    bro, selamat hari raya,maaf zahr batin :D

    BalasPadam
  16. selamat hari raya maaf zahir batin. nanti beraya di rumah kami di ulu tiram

    BalasPadam
  17. atiqah..
    a'ah la tu :p

    betikbusuk..
    boleh takde hal. hari hari pergi pon boleh. wei.. blanje la skali. hehe

    liyana..
    selamat hari raya juga :)

    yazid..
    selamat hari raya bro :) best rumah ko ade astro dengan kete baru. hehe~

    BalasPadam

terima kaseh :)