Isnin, 22 Mac 2010

Viva Voce: Bittaufiq Wannajah


(entri kali ini tiada kaitan langsung dengan kereta Perodua/Viva.. kredit imej: MyPerodua.com)


۞ a lil' prologue

Dalam pengajian yang jenis macam aku telah lalui ni, biasanya step kedua terakhir adalah viva (lepas tu baru la proses pembetulan dan pembuku-an thesis dan tunggu panggilan konvo).

Dan perlu diingati, orang yang berhak memberi markah kepada penyelidikkan aku ni digelar internal dan external (internal adalah pemeriksa dalaman, iaitu pemeriksa dari universiti yang sama; manakala external pula adalah pemeriksa luar, iaitu pemeriksa bukan dari universiti yang sama)..

So, kiranya viva ni adalah benteng terakhir kami untuk mempertahankan penyelidikan kami. biasanya kami akan cuba bertahan bermati-matian sehinggakan segala apa yang telah kami pelajari semenjak lahir sehinggalah ke hari tersebut akan digunakan. malahan pula, inilah juga tempat untuk kami menguji diri sendiri untuk mempertahankan apa yang kami percayakan berdasarkan kepada terbitan ilmuan - ilmuan terdahulu untuk membantu membentuk generasi akan datang supaya mereka lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


۞ and so..

ok. Minggu lepas, aku berjumpa dengan Dr. T. aku tau internal dan external aku dah submit markah untuk viva, cuma perlu tunggu masa sahaja untuk dipanggil berperang.

Aku: Doc, doc tau tak bila tarikh viva saya?
Dr T: Eh. patutnya awak kena tanya Cik Eca.
Aku: Oh. bukan dia ke yang akan bagitau doc?
Dr T: Tak lah. itu awak kene deal dengan Cik Eca.
Aku: Err.. baiklah.

sangatnya risau. kalau dah dua dua tak tau bila, jawabnya bila bila masa sahaja tarikh akan di petik. esok? lusa? atau adakah minggu lepas? yang aku tau la, biasanya surat datang ke rumah dahulu..

hari isninnya..

Aku: Assalamualaikum Cik Eca. Saya fa. boleh saya tau bila saya viva?
Eca: Ok jap ae. saya tengok jap.

paused..

Eca: Awak bila free?

eh. org tengah sibuk - sibuk nak tanya pasal viva, boleh plak nak ajak pergi makan sesame. hehe..

Aku: (by assuming that..hehe) err. sy ok je bila - bila free. hehe

gatal..

Eca: oo. awak kene pilih tarikh betul - betul ni. sebab external awak nak datang sekali.

terdiam.. hampir terjatuh ganggang talifon (ofis) aku.. terasa seperti mahu pitam..


sebabnya adalah begini..

۞ tetiba ada flashback (macam hindustan)..

dahulu. ketika aku masih lagi pucuk muda di universiti ini.. aku seringkali mendengar otai - otai bercerita mengenai pengalaman mereka viva. and obviously (dari cerita mereka), mereka akan berasa SANGATNYA gembira sekiranya external (remember? external merupakan penyelia yang BUKAN dari universiti yang sama).. ulang balik.. gembira sekiranya external tak datang ketika pembentangan viva.

and why is that?

sebab kalau external datang ketika viva, maksudnya ada dua sahaja punca mereka datang:
1. penyelidikan yang dilakukan terlampau hebat sehinggakan external ingin datang untuk melihat sendiri result penyelidikan tersebut.

2. penyelidikan yang dilakukan terlalu teruk sehinggakan external perlu datang untuk bertanya 'WTH?' kepada penyelidik.. lagi pon orang kata, face-to-face adalah cara terbaik. hehe

obviously, aku tak yakin no 1 tu sebagai punca kehadirannya.. kerana.. aku tak yakin aku punya penyelidikan hebat giler.. seriously.. bayangkan 3 ke 4 tahun me slaving myself to this research.. is that how it suppose to end? tapi ceritanya tidak mustahil. bukan tidak pernah berlaku pon..


۞ back to phoney story..

Eca: helo? helo?
Aku: Ah. ye saya. kalau macam tu, boleh tak saya hubungi Cik Eca balik. sebab saya nak tanya penyelia saya dahulu bila dia free..
Eca: Ok baiklah.
Aku: Terima kasih..

Luckily, ini bukan masalah Nurse Scheduling Problem. aku hanya perlu deal dengan Dr T sahaja (buat masa ini).

Lantas, aku terus menghubungi Dr T. dan setelah berbincang, akhirnya kami dapat MoU untuk melakukannya sebelum Dr T pergi menunaikan umrah (alhamdulillah). katanya lagi..

Dr T: Fa, awak jangan risau. sy tanya tadi, dia kata external tu datang sebab nak jalan - jalan je.
Aku: Ye ke.. Emm. thanks..

apa - apahal pon, aku cuba percaya apa yang Dr T katakan.

i need faith. yang kene present tu adalah aku, bukannya orang lain. kalau aku takde faith kat research aku, how come i can be a good defender..

and sekarang aku tengah fikir nak ajak sesiapa yang pandai berdebat dan cukup ilmu didadanya untuk membantu pembentangan aku ketika sesi Q&A. maklumlah. aku bukannya Nazi Germany. boleh selamber je serang satu Europe. hehe

Oh. It’s a good start. Hopefully, all end well. kerana.. aku tetap percaya sesuatu yang dimulakan dengan baik, perlulah ditutup dengan kemas dan rapi sebaik - baiknya. Never leave messes behind..

Bittaufiq Wannajah..

ps:

35. Gambar makalah peperangan itu dipetik dari Theonion.com dan gambar ganggang talifon tu pula dipetik dari Last.FM

36. Semoga sahabat aku cepat sembuh dari demam dan lelah.. i keep thinking. adakah aku merupakan punca batuk/sakit tekaknya makin teruk? sbb baru je jumpa dia and i keep smoking depan dia walaupon tahu dia ada lelah.. aihh.. kene berenti merokok ni..erk.

37. semalam (lanjutan dari beberapa lepas), aku start another war dengan sorang kawan baik aku. sangatttnya sedih.. eventhough we didn't start out right(fully), but i don't want this fight will be the last thing we have. what to do.. what to do..

19 ulasan:

  1. Aku suke la style ko tulis. ko kalau buat thesis mst tebal and details.

    BalasPadam
  2. eca subjek..
    aha. thanks (tersipu sipu malu den). asalnya buat tebal dan terlalu details. tapi tengok la post aku pasal 'tell me what to do' yg dulu. asyik kene pangkah je. hehe

    BalasPadam
  3. insyaAllah everything will be alright. bittaufiq wannajah kan? thanks for sharing the phrase. hihi

    tapi nak tanya. kenapa ada gambar perodua viva? hihi

    BalasPadam
  4. izzati fuad..
    sama sama. saya pon ternampak kat facebook rakan punya rakan (2nd degree). insyaAllah. semoga urusan dipermudahkanNya.. thanks :)

    oh. gambar itu sekadar hiasan je. hehe :p

    BalasPadam
  5. Asssalamu'alaikum En FA,

    Lama tak mendengar cerita. Lama juga tidak berupdate.

    Masa membaca tajuk yang keluar di blog saya, saya mengagak "ini mesti pasal viva dah siap research ni",.

    Namun, apabila saya melihat gambar PeroDua VIVA itu, saya telah kecewa. Amat jarang telahan saya tak mengena. Saya DOWN sekejap sehinggalah saya membaca "caption" di bawah gambar PeroDua VIVA tersebut, perasaan down saya hilang entah ke mana.

    Semoga Viva En FA berjalan dengan lancar. Begitu juga Penyelia Luaran En FA, semoga beliau bergembira dapat jalan-jalan.

    Usaha telah En FA lakukan. Doa juga bukan En FA sahaja yang mendoakan kejayaan, Keluarga dan rakan2 juga turut mendoakan kejayaan En FA. Yang tinggal hanyalah tawakkal. Hanya dialah Pemberi dan Dialah Pemberi yang terbaik...

    BalasPadam
  6. so, bila viva ni???
    lps viva, mst share cerita tau..
    dah lama tunggu Fa update blog.
    good luck, my friend!
    ^o^v

    BalasPadam
  7. jawab soalan dgn betul dlm blog sy, dapat topup rm5.00
    =)

    BalasPadam
  8. aiyrie..

    Wa'alaikumusslama warahmatullah :)

    Terima kasih kerana membaca juga akhirnya. hehe. err.. gambar Perodua Viva tu memang diletakkan untuk mengelakkan 'misleading' mengenai entri kali ini. tapi tak sangka pulak gambar tu sendiri menambahkan kekeliruan. hehe

    Ya begitulah. sekarang ni hanya perlu melapangkan otak, refresh semula 4 tahun research ini dan mengharapkan dipermudahkan urusan dari Nya. insyaAllah

    terima kasih. agak lama juga tidak mendapat komen dari En Aiyrie :)

    BalasPadam
  9. president..
    wah. siap ada contest plak kat blog dia. hehe

    insyaAllah dalam minggu ke dua April ini. saya update blog biasanya bukan berkala. tapi sekiranya ada cerita menarik untuk dikongsi, saya akan cuba update :)

    Thanks president :)

    BalasPadam
  10. tak gaduh. cuma perbezaan pendapat serta perbezaan pendirian yang menimbulkan konflik tersebut :D

    BalasPadam
  11. in a good time. in a good time. hehe.. next week InsyaAllah :)

    BalasPadam
  12. next week? da brp kali week dah ni....ahaha~

    BalasPadam
  13. Fa!..lama tidak tahu khabar berita..

    BalasPadam
  14. President..
    haha.. sowii..

    Lin..
    Ye.. biase je.

    BalasPadam
  15. woah! mahu viva sudah! di utm jugak plak 2. adakah kemungkinan besar kite pernah terserempak di mana2 daerah sps utm? haha. sy baru mahu berjinak2 dlm dunia ini. & paling haru sy suda lost. kini lepak di kampong halaman<----tido~

    BalasPadam

terima kaseh :)