Sabtu, 24 Julai 2010

Panjang dan Restoran Ayub

Ini adalah entri kelam - kabut, dek kerana berbual dengan Panjang pagi - pagi buta tadi.. Perbualannya adalah sebegini,

Panjang: Weh, kau tulis la pasal aku kat blog kau..
Aku: (Terdiam)
Panjang: Aku nak gak famous macam Shukran.. (sambil buat muka sedih)

Aha. Aku terdiam tu bukannya apa. Tapi kerana terfikir, dahulu aku memang pernah cakap kat Panjang aku akan letak sedikit - sebanyak cerita mengenainya di dalam blog aku. Dah lebih lima kali gak dia cakap. So, kali ini aku ingin bercerita mengenai Panjang dan juga Restoran Ayub..

Panjang dan Restoran Ayub, since 2003 :P

۞ Pengenalan

Panjang Terbabas (bukan nama sebenar)

Salah satu hobi Panjang ialah meluangkan masanya di Restoran Ayub (selain melepak di Lab EMnya). Boleh dikatakan, rata - rata pelayan di Ayub tu kenal Panjang. Kalau korang nak carik Panjang, aku sangat suggest korang pergilah ke Restoran Ayub, tanya je mana - mana pekerjanya.

Pencari Panjang: Weh, Panjang mana?
Anonymous Pelayan: Tadi ada. Nanti malam dia datang makan sini.

Dari Tahun 1 lagi Panjang suka lepak, makan dan minum di sana. Dari bermotosikal RG Sport, sehinggalah ke motosikal Yamaha SRX. Dari tak bertopi, sehinggalah bertopi. Dan dari single, sehinggalah single balik (promote untuk gadis - gadis di luar sana).

Tapi..

Motosikal RG dia tu ada masalah siket. Susah sangat nak start. Dan bagi rider - rider yang membaca ini, mesti korang tau kan, cara paling mudah untuk menghidupkan motor adalah dengan menolaknya, masukkan gear, dan terus hidup. Bagi bukan rider, ok, aku dah tulis dah tu camne carenye.

Namun, itu tidak mematahkan semangat Panjang untuk lepak kat Ayub. Setakat tolak motor tu, apelah sangat jika dibandingkan dengan ke-best-an lepak di Ayub. Sanggup gak dia menolak motor kat tempat public tu, semata - mata untuk study kat Ayub punya pasal. Kalau lepak sehari sekali tu, kira ok la jugak. Ni dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam, semua dia lakukan di sana. Korang bayangkan, tiap kali pergi sana, nak balik, mesti kene tolak motor..

۞ Isi - isi Penting

So, satu hari tu, Geweng mengajak Panjang untuk lepak di Ayub. Panjang macam biasa la, ok je. Tapi kali ni naik kereta Kancil Geweng.

Selepas makan, mase nak balik tu, Geweng gagal menghidupkan keretanya. Start - start, tak mahu hidup jugak. Start - stat lagi, pon sama juga. Orang lain kat Ayub tu dah pandang - pandang. Prestasi kerja pelayan di Ayub tu pon semakin menurun, sebab masing - masing dok melihat situasi tersebut.

Oh, dan seperti motorsikal, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan menolak kereta tu. Oleh kerana Panjang mempunyai pengalaman yang luas dalam bab - bab menolak ni, so, Panjang la yang kene tolak kereta Geweng tu. Pastu ada sorang mamak pelayan Ayub ni datang dan berkata..

Mamak: You naik motor, you tolak motor. You naik kereta pon, kena tolak juga ka?

Hahaha.. Sabar je lah.

۞ Kesimpulan

Aku rasa, itu adalah salah satu sebab kot kenapa Panjang tukar motor. Kecik hati..

Hehe

ps:
41. Panjang telah membaca entri ini dan beliau membenarkan entri ini diterbitkan.

19 ulasan:

  1. eh.. dah lain la blog dia. hehehe..
    kesimpulan yg boleh disimpulkan adalah.. Restoran Ayub tu adalah dapur Panjang. pekerja2 situ adalah chef2 Panjang. =D

    BalasPadam
  2. kelakar la pula ayat encik mamak tu. kesian Panjang....hehe

    tuan punya restoran ayub xda anak perempuan ker...... ;-p

    BalasPadam
  3. myres..
    Eh best la kesimpulan tu. Nak tiruu. Hehe

    President..
    Tau tak pe. Tak tau la ade ke tak. Ada anak lelaki. Tapi anak perempuan member tokey, lawa gakk.. Hehe

    BalasPadam
  4. saya suka font yg lama. macam best bila baca.

    BalasPadam
  5. Kalau yang lama, layout tak boleh tukar - tukar. Kene hard code.. Penat~~ :(

    BalasPadam
  6. sila la tiru.. sy belum patentkan lagi.. :p

    BalasPadam
  7. teruskan usaha anda encik Panjang! haha.

    BalasPadam
  8. myres..
    Hehe.. Terima kaseh. So, tak perlu lah saya bayar royalti untuk awak :P

    AtiQah..
    Haha.. Panjang merupakan orang yang tidak pernah putus asa, sentiasa berusaha :P

    BalasPadam
  9. Harap2 berhasil usaha panjang mempopulerkn diri beliau.. hehehee

    BalasPadam
  10. Ah Panjang tu gatal je. Pagi tadi, siap ramai orang kat office memanggil - manggil Panjang ajak bergambar. Di'pweewit' sana sini.

    So, rasanya berhasil la kot. Walaupun sebenarnya Panjang dah cukup popular. Macam aku pulak yang menumpang populiriti Panjang. hehe

    BalasPadam
  11. apsal cite pasal aku takde??

    -malau

    BalasPadam
  12. kisah malau & insurannye.. hehe

    BalasPadam
  13. Wah. nak jugak promot pasal insurans dia tu :p

    BalasPadam
  14. ko mmg ade bakat la fa bab2 wat lawak nie. tak sangke aku..

    BalasPadam
  15. Terima kasih. Aku pon tak sangka aku ade bakat terluah :p

    BalasPadam
  16. bakat ko tertulis la bukan terluah..kalau terluah aku rase tak la org kat ofis ko tu muke siyes semacam je T_T

    BalasPadam

terima kaseh :)