Selasa, 24 Ogos 2010

Awek UTM

Walaupun sebelum ini, aku pernah bercakap seperti ini:



Tapi hari Isnin (semalam) bagi aku merupakan hari yang memang sangat penat. Dapat small job, tapi kene rush siapkan untuk di hantar pada hari Khamis ni. And surely I know, that is my only path untuk minggu ni. Tak perlu nak merangka - rangka lagi. Tiada lagi possibility untuk aku buat kerja lain.. aihh..

Dan aku sebenarnya memang penat berada di Skudai ni. Me as being jobless, study yang terumbang ambing and moneyless. Damn. Sangatnya tak sabar aku nak pindah dari sini. Dan sanggup sahaja aku menerima apa sahaja kerja di Kuala Lumpur. Tapi apakan daya. Aku masih perlu berada di sini. Selagi study aku tak abis, selagi itulah i am stuck at this hell hole.. Demm.

Dan, hari demi hari yang berlalu, aku rasakan seperti terlalu lama. Sehinggakan aku terasa sangat emosi. Sangat tension. Sangatnya tertekan. Sangatnya geram. Aku segera perlu tinggalkan Skudai.. This is not a metaphore. Tinggalkan Skudai is, as tinggalkan Skudai.


۞ Sambung balik cerita semalam..

Habis sahaja meeting dengan Dr M (watak baru di dalam blog ini), aku bergegas pulang ke office aku. Lihat jam, oh, baru pukul 5 petang. Tak apa. Layan YM dahulu dengan Azue dan اني.

Setelah aku ditinggalkan diorang dalam YM, aku lihat jam semula. Ok. Baru pukul 5.45 petang. Tak pe. Ambil bantal di office, dan tekup muka atas meja. Nak tidur.. Sangat penat ok. Hopefully aku dapat bangun pukul 7 petang. Senang, terus berbuka nanti!

Tiba - tiba aku dapat SMS. Malasnya nak buka mata/SMS. Baru 10 saat dapat tidur. SMS dari Fazrol. Katanya:

"Aku jupe awek yg ko suke kt param tmn u"

Hoh!! Terbangun dan terus berdiri aku. Gosok - gosok mata. Betul ke ape yang ditulis ni? Betul ke awek yang aku suke stalk dulu tu muncul semula di tanah Johor ini? Tanpa berlengah, terus menalifon semula Fazrol. Ok confirm. Terus aku berlari meninggalkan office.


۞ Sambung lagi..

Jangan pandang rendah dengan motor aku ni, walaupun kuasa kudanya hanyalah 5. Kerete yang bawak perlahan depan aku, aku kasi cium - cium siket. Lori simen yang tetiba melintang kat jalan depan Jusco pon, aku selamber je aku potong. Sebanyak 4,759 bonggol di UTM pon selamber je aku mencilok sampai masuk longkang. No time woman! No time!

Jumpa sahaja Fazrol kat param Taman Universiti, aku tanya dia mana dia? Mana dia? Fazrol kata, dia dah lost. Tapi kawan - kawan dia ada lagi. Walaupun aku agak kecewa, tapi tak pe. Time ni la aku paling sesuai untuk fikir balik skill - skill stalking yang telah lama aku tinggalkan. Dan ya. Kali terakhir aku guna pon untuk awek ni..


  1. Being anonymous.
    Atau jadi orang kebanyakkan. Kalau korang pergi kat mana - mana, korang cuba perhatikan jenis orang yang tidak akan dipandang, tidak akan diambil kisah. Ha. jadilah seperti orang tersebut.

  2. Pandangan.
    Kalau nak pandang, jangan pandang secara direct. Gunakan perkakasan yang ada dipersekitaran. Pandang menggunakan bilasan cahaya di lopak lopak air, di cermin mata kawan. Atau paling tidak pon, guna ekor mata punya ekor. Sangat nipis, but sufficient enough untuk tahu target berada di mana.

  3. Sight.
    Pastikan anda berada di luar pandangan dia. Brain is a weird thing. Walaupon dah jadi anonymous, but for being 2 or more times ternampak, mesti ada something yang akan menarik perhatian dia kepada kita sebagai peng-stalk-er. Hide around the bush. Atau di dalam kes ini. Menyorok di belakang Fazrol. Hehe




۞ Kembali ke realiti

Cakap kat Fazrol, tak pe. Kita pusing - pusing dulu. Kita carik dulu apa - apa yang patut. Supaya nampak tangan ini berisi sedikit. Hehe

Setelah pusing semula, akhirnya... Terjumpa semula awek tersebut. Setelah lebih setahun berpisah, akhirnya aku dapat juga melihat dia semula.

Aku kaget.

Tidak mampu bergerak.

Oh. Itulah si dia.

Segala ilmu stalk aku tu dibuang. Aku berdiri di tengah - tengah jalan sambil memandang dia secara depan - depan. Betapa tak malunya aku. Haha.. Tak kira. Aku nak pandang secara direct juga. Bukan senang nak dapat opportunity camni. Dan dia menyedari dipandang aku, dia mula memandang ke tempat lain.. Tapi tak kira, aku tetap nak pandang gak dia. Sehinggalah dia lalu sebelah aku dan terus berlalu...


It was the best 20 seconds of my life..


Eventhough aku tahu, kalau at least ada satu perkataan yang dia keluarkan untuk aku seperti "Hey", "Hoi" atau "Adoi", sudah pasti aku akan pengsan disitu juga akibat degupan jantung yang terlalu kuat.

Well.. who am I kidding. Awek yang aku sedang minat sekarang ni pon, ambil masa sehingga 5 tahun untuk akhirnya aku berkata sesuatu padanya (itu pon thru YM je). Hah!


۞ And so, the fantasy begins..

Hmmm™.. Hari ini aku masih lagi senyum memikirkan kejadian semalam. Dan kalau korang ternampak an idiot yang sedang menunggang motor sambil tersenyum sorang - sorang.. yup. That guy is me.

And... at least, for the time being, aku tahu awek tu ada lagi kat sini. At least, kalau aku masih lagi di sini, aku masih lagi berpeluang untuk berjumpa dengan dia. At least, only for this reason, ini dapat membantu aku untuk menghabiskan masa aku di Skudai dengan penuh senyuman dan penuh harapan :)


And guess what? This is not a fairy tale. Mane ade tetiba happily ever after. There is no such thing. Tapi, biarkan aku tenggelam dalam khayalanku. Kerana kini, aku telah hanyut dengan permainan pemikiran aku sendiri. Biarkan.. Biarkan... :D

ps: 43. Perlu ke ade ps untuk setiap entri? Hmmmm™...

26 ulasan:

  1. is there any like button here? kehkehkeh. be a man bro. xperlu ilmu stalk segala tu.

    btw. sy pon paling suka hari isnin.

    BalasPadam
  2. Lol. Tak mo. Biarkan ianya kekal di dalam fantasi. I know she exist, but let me fill her characteristic with all good manner that i could think of :)

    BalasPadam
  3. kalau ada orang yang tengah tersenyum baca entri ni, aku lah orangnya...haha~

    aku pun sudah terasa betapa lamanya aku di BMI ni. lebih kurang sama mcm kamu la, Fa.. kan?

    lama betul habis belajar.. (-_-!)

    BalasPadam
  4. (Proudly) 9 years :p Tak pe tak pe. Kalau habis nanti, boleh le cari kerja yang bergaya dan macho. Hehe

    Terima kasih kerana senyum ;p

    BalasPadam
  5. salam ramadhan abg fa ittewww.. ehehe

    BalasPadam
  6. Thank En Me :) Salam Ramadhan juga untuk kamu :D

    BalasPadam
  7. mahu gambar!
    mahu gambar!
    mahu gambar!
    mahu gambar!

    :D

    ~tibe2 rindu kan UTM
    ermm..

    BalasPadam
  8. Tak leh
    Tak leh
    Tak leh
    Tak leh

    :P

    Itu la, kan? Ramai awek - awek lawa kat UTM. eh. Termasuklah lelaki - lelaki kacak kot :p

    BalasPadam
  9. couz, selalu nampak ko kat KL, awek lain2. ko bukannya keluar ramai-ramai tapi berdua.

    so...mana satu nih?
    xD

    -kudozu

    BalasPadam
  10. hahhaha..ade jgk org senasib ngn aku ni...
    aku dah muak sampai nk muntah dah dok utm ni..huhu

    -oshe-

    BalasPadam
  11. Kepada Siti Fairuz,
    Sweet ke? Terseksa ade la. Hehe

    Kepada Kazen aku,
    Yo couz. Tahun ni kau nampak aku dengan sorang awek je kan? Yang kali terakhir kau nampak dengan orang lain tu pon tahun 2007 kan? Sadly, kalau dah lain - lain tu, means that aku safely kene reject laa.. uuuuuu~~ (efek sedih).

    Kepada Oshie,
    Haha.. Tau tak pe. Dah muak sangat. Sampai staff UTM pon dah sound, "Aih, kau bila nak habis ni? Dari anak aku masuk sekolah rendah, sampai dah nak PMR dah"... Hahaha (sedih gak sebenarnya)..

    BalasPadam
  12. "Kerete yang bawak perlahan depan aku, aku kasi cium - cium siket. Lori simen yang tetiba melintang kat jalan depan Jusco pon, aku selamber je aku potong. Sebanyak 4,759 bonggol di UTM pon selamber je aku mencilok sampai masuk longkang. No time woman! No time!"

    wah3.... awek nyer pasal smpai cm nei ye... bgtau mama... org semua risau psl dia.. suke atie bwk moto cm tu ek... kalu jd pape cam ne? amboi2..... nie yg nk marah nie

    BalasPadam
  13. en. raju...kami mahu gambar !!!
    kami mahu gambar !!!
    kami mahu gambar !!!
    (provoke je pasal aku dh tgk gambarnye)

    BalasPadam
  14. Kepada Along..
    Alaa.. Jangan la bagitau mak :( Walaupon secara tulisan nampak ganas dan merbahaya, tapi secara realitinya tak. Iyee..

    Fazrol..
    Kau boleh. Sebab kau yang amik gambar tu. Hehehe

    BalasPadam
  15. ahaha..lwk r ko nih..nape x be a gentleman..tah2 awek tuh pon minat kt ko.jd stalker je ape yg dpt..cuci mate bley la..all d best utk awek YM ko tuh..
    tp aku berbangga nama aku tetiba muncul as watak selingan dlm post ko nih..gembira sbb dpt happykan hari ko sket..

    p/s-i still hate mondays..~

    BalasPadam
  16. Kepada shiroaz-chan,
    Wah. Nak nama ada chan, macam Jackie Chan.. Aku rasa amat mustahil untuk awek itu minat aku. Aku minat melihat je. Takde la nak ngorat pon sebab aku tau aku takde chance. Haha.. Ye. Rajin - rajin la berborak dengan aku. Mane tau, lepas tu kau boleh naik pangkat siket, jadi watak bundar ke. Hehe

    BalasPadam
  17. jackie chan tu pak sedara aku la..hahahah..biasela..name dlm blog..saje je nk try..
    ko mesti x tgk cite "she's out of my league"..mane ko tau kalo ko x try..aku kan rajin borak ngan ko kt fb..kalo rs nk borak kt YM tegor je la..kalo nk tgu aku tegur org jgn hrp la..ahahahah~

    BalasPadam
  18. Itu semua dalam cerita je beb. Realitinya, takde la indah seperti apa yang kita gambarkan.. Nampak sangat kau mudah terpengaruh dengan cerita/movies. Tu la. Banyak sangat tengok movies. Haha

    Aku kat office dah malas nak on YM. Kangroo kat Australia tu lagi laju dari speed internet office aku. Hehe

    BalasPadam
  19. org x buat cite saje2 la..maybe ko one of the exception..mane la taw kan..pape pon u missed ur chance..xpe..there's a lot of fish in the sea bro..~

    p/s- dok office buat keje je dah, sbb tu saje je boss ko psg tenet slow..heheh..~

    BalasPadam
  20. err...kalu aku amik post ko ni copy n paste kt teratak61 blog...pastu aku edit letak gbr bleh ke? permintaan tinggi ni nk melihat gbr...keskes...

    BalasPadam

terima kaseh :)