Selasa, 5 Oktober 2010

Try BUTT Error

6 comments
Ini adalah entri aku 2 bulan yang lepas. Aku malas nak tulis yang baru, so aku sambung je cerita ni..

I used to think that the brain was the most wonderful organ in my body. Then I realized who was telling me this.
- Emo Phillips


Sempena birthday aku di dalam bulan Ramadhan ini, aku bercadang untuk membuat entri khas untuk diri aku sendiri.. Ok. Here it goes..

۞ Beberapa minggu lepas.. (bulan Rejab, 1431)

"Fa, kalau kamu mahu minta kerja dan kamu perlukan recomendation letter dari saya, kamu buat draft dulu dan email kat saya. Nanti saya check." kata Dr T kepadaku. Aku tau dia busy, dan aku rasa lagi logik kalau aku yang tulis sebab aku yang nak mintak tolong dia.. Plus, no one should know me better then I am. And for another lots of reason, tetiba aku terasa semangat pula mahu pergi mencari kerja.


۞ 2 minggu lepas.. (masih lagi bulan Rejab, 1431)

Akhirnya, selesai sudah bacaan 'Writing recomendation letter for an idiot'. Mudah sahaja rupanya. Ada 4 bahagian yang penting.

  • Pertama: Tuliskan several details pasal pemohon. Hubungan, berapa lama kenal dan kenal macam mana..

  • Kedua: Explain some good quality about pemohon. Tekun, jujur, amanah, rajin, berdedikasi.. Ape - ape je la yang menampakkan pemohon ni seorang yang bagus. Letak siket history pasal archivement yang pemohon dapat sepanjang pengenalan dengan beliau.

  • Ketiga: Terangkan perkaitan that-good-quality atau archivement dengan kerja yang ingin dipohon. Serlahkan keperibadiannya dengan mengatakan 'dia bagus sebab dia ada pengalaman itu dan ini'..

  • Keempat: Jangan lupa terima kasih dan 'sila hubungi saya sekiranya anda ada sebarang masalah atau tidak'..

Done and done (reading). Simple! Senang sahaja rupanya nak buat recomendation letter ni kan?

Ok. 2 weeks to go. Start dahulu dengan template dan first paragraph.

.
.
.


Hah. Dengan perasaan riak dan takaburnya, 5 minit sahaja siap.. Zess. Rehat sebentar.


۞ Beberapa hari selepas 2 minggu yang lepas itu (1 minggu lebih yang lepas)

(beberapa hari =adalah= rehat sebentar untuk cover 5 minit tersebut. Giler ah, segala energy aku diumpukkan dalam masa 5 minit tu.)

Ok. Mula pula dengan perenggan kedua. Perenggan yang penuh dengan kata - kata adjective yang berbau pujian, kalau boleh, pembaca yang membacanya terasa sangat manis ceritanya seperti meminum madu.. Hehe.

"Fa is a "....

Ok terdiam. Tangan dan jari jemari ini seperti ter-melekat di keyboard. Kaku. Diam seribu bahasa.. Dan muka aku pula? Berkerut.. Kalau diikutkan istilah komputer, otak aku ketika itu seperti CPU usage aku mase tu dah sampai kemuncak, 100%. Nak gerak mouse pun susah.

Kerana...

Aku gagal mencari good quality dalam diri aku sendiri! Demmit!!!

I must have some good quality in life.. Tapi tak pe. Tangguh dahulu.. Aku skip dulu perenggan kedua ni. Aku terus melihat perenggan ketiga. Apa yang aku boleh tulis ek mengenai archivement dan awards aku..


.....


Terdiam lagi. Rupanya sepanjang 9 tahun aku ada di UTM ni, takde satu pon archivement yang boleh aku banggakan. Siot. Dan yang paling siot sekali, dah 9 tahun ada kat sini, baru sedar mengenai perkara ini. Demmit. What the hell am I doing in here? Duduk, game, tidur dan blog. Demm.

Sakit hati dengan diri sendiri..


۞ Dua hari lepas (Ramadhan 1st, 1431)

Esok merupakan due date untuk aku emailkan recomendation letter aku ke Dr T. Tapi satu hapa pon tak siap lagi. Hampeh. Terpaksa la aku buat gaya try-and-error. Listkan any good qualities yang sedap dibaca, yang ada proof, dan check semula dengan hati sendiri..

  • Hard Working Animal.
    Hah. Hari - hari nak pergi kerja pon malas, tidur pulak at least 10 jam sehari dan asyik main game je kat office. Kura - kura pon lagi rajin la wey.

  • Penyabar.
    Tengok je la blog aku ni. Ada je benda yang aku tak puas hati.

  • Pandai.
    Kalau pandai, 2 tahun lepas aku patutnya sudah konvo ok.

  • Berdisplin.
    Ini paling tak boleh blah. Semua kawan - kawan aku tau kot aku ni seorang yang sangat-sangat-sangat-sangat tidak berdisplin.

  • Humor.
    Walaupon aku tak tau yang humor ni good quality atau tak, tapi aku rasa tak perlu la nak letak kat dalam recomendation letter. Bukannya aku nak jadi Raja Lawak.

  • Consistant.
    Korang tengok je la blog aku ni, langsung tak konsisten update.

  • Living in a good life (sehat).
    Haish.. Sangat mustahil. Kat tangan kiri aku ni ada rokok. Kat tangan kanan ada cawan neskafe. Kat dalam hati ni dah penuh dengan emosi - emosi negatif..

  • Caring.
    Kalau interviewer tu seorang gadis lawa dan single, aku rasa ni perkara pertama yang aku nak ketengahkan. Thehee.

  • Cheerful.
    Si Panjang (housemate aku) kata, aku ni ada split personality. Kejap2 emo tak tentu pasal. Kejap2 down tak tentu pasal. Takde pulak bergembira ditengah2nya..

  • Spastik.
    Bila masa pulak spastik ni 'a good quality in life'???


Ah...

۞ Pagi hari due date

Giler depress. Rupanya baru aku sedar yang aku ni takde la baik pon. Ha.. Tengok tu. Tak sedar diri pulak.. Tambah lagi satu sifat negatif (yang aku ketahui). Aku tau, aku takde la bagus pon. Hampeh. Sangatnya hampeh.

And so, aku just copy paste je dari example yang aku dapat dari internet. Ya. Tak perlu nak state the obvious. Aku tau ni lagi satu sifat negatif, Plagarism-isme..

Just hope for the best (four leaf clover, where art thou)...

ps:
44. Aku baca semula aku punya recomendation letter tu. Terasa sangat malu dengan diri sendiri. Seriously malu..
45. Kalau nak difikirkan secara positif la.. Aku dah tau kelemahan aku. Aku dah tau enemy aku. So sekarang its up to me, sama ada nak biarkan atau melawan...