Halaman

Jumaat, 6 Mei 2011

Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain

Mase aku duduk rumah beberapa bulan lepas, aku selalu gak dengar cerita daripada mak aku time aku kecik - kecik dulu.

Mak aku kate, mase aku dalam perut dia, aku ni jenis yang senyap je. Takde tendang - menendang. Takde tarik - menarik. Tidurrr je.. Sampaikan punyelah mak aku risau, dia picit - picit perut dia nak kejutkan aku (istilah YM: buzz, atau ding). Dan mase aku lahir pulak, senang je keluar.. Takde masalah.. Kecuali the fact that, yang aku lahir mase awal bulan Ramadhan. Sebulan gak mak aku kene ganti puasa. Hehe..


Gambar seksi I.. awww


Tapikan, sejak - sejak aku mula mengenali dunia ni, aku makin lama makin nakal. Ape yang mak aku cakap, sume aku buat bende yang disebaliknye. Ape yang mak aku bagi, semua aku tak nak..

Korang bayangkanlah. Mak aku selalu pesan, pergi sekolah, jangan nakal - nakal. Belum sempat aku naik bas ke sekolah, TASS, terputus jari aku sebab panjat sana, panjat sini. Tu baru tahun ke-7 kehidupan aku tu.. Kalau budak lain, dari hyperactive jadi makin ok, aku pulak, dari senyap terus jadi hyperactive.

Dan ketika aku remaja, aku makin lama makin teruk. Makin liar (takde la liar (sangat) dari segi sosial ok). Ahh. Teruklah. Aku nak cerita pon aku rasa segan..

Mak pesan macam - macam. Tapi standard la kite, budak - budak baru nak up. Masuk telinga kiri, keluar hidung kanan. Masuk telinga kanan, keluar hidung kiri. Mane taknye bersimpul kat tengah - tengah, kat otak aku nih..


Tapi sejak beberapa tahun ni, aku perasan aku makin lama makin ok (macam 'pulih' dari sakit pulak). Makin mendengar kata. Betul ni. Tak tipu. Mak aku pesan, jangan selalu keluar malam - malam. Ok. Sekarang malam - malam aku dok rumah je. Sekali sekale je aku lepak malam - malam. Mak aku pesan, ikut kata boss aku, jangan main - main lagi. Ye aku ikut.. Dan banyak lagi lah. Kalau aku listkan satu - satu, ade gak korang kate aku baik sangat. Hehe


Jadi..

Aku terfikir gak. Nape jadi camni. Ya. Walaupon benda ni baik, tapi aku tetap nak fikir gak kenapa berlakunya perubahan ini..

Is it the fact that yang aku dah mule bosan buat benda yang bukan - bukan? Aku rasa, kalau dulu time aku bosan la aku buat balik benda yang bukan - bukan. The cycle of life la orang kata. hehe

Or is it because kawan - kawan rapat aku mostly dah kawin dan dah pindah (agak) jauh dari aku, so aku takde rakan sekepala? Takk gakk kot.. Ketiadaan duit dan teman tak menjadi penghalang perilaku spastik aku. Kan aku suke buat perangai walaupon aku sensorang.. hehe

Or maybe.. and (for me, its most) preferably because of this:
Dari kecik sampai la sekarang mak selalu pesan kat aku macam - macam. For some kids, diorang terus dengar kata. Ada yang ambil masa beberapa tahun. Dan bagi aku pula, 25 tahun. Mungkin sebab selalu dengar pesan - pesan tu, membuatkan aku secara subconciously berubah..

Terima kasih mak..

Kepada rakan - rakan (wanita) aku yang dah ada anak atau bakal ada atau planning ada, rajin - rajin la pesan - pesan kat anak tu, walau nakal camne skali pon die..

Sebabnya..

Sehari selembar benang, lama - lama jadi sehelai kain.

(Peribahasa yang bermaksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit). [52])


Selamat menyambut hari ibu.


[52] Maksud peribahasa tersebut diperolehi dari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka di sini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Sehari+selembar+benang+lama-lama+jadi+sehelai+kain

8 ulasan:

  1. aku rasa, kalau time kecik nakal, bila dh besar dgr kata ibu, tu la yg terbaik..

    kalau time kecik dgr ckp ibu, bila dh besar lawan kata ibu, tu lagi malang.

    anyway, kiranya tu gambar exclusive la kan?? hehehe~

    BalasPadam
  2. Kan. Kan. Kan.. Tu la motif tulis blog ni. Nak kata saya baik :p

    Eh. Itu tak cukup exclusive lagi. he

    BalasPadam
  3. gambar exclusive tu biasanya gambar dgn skandal. nanti la saya ceritakan dan letak kat blog. hehe

    BalasPadam
  4. jawapannya mungkin dah semakin matang? hehe

    -couz

    BalasPadam

terima kaseh :)