- Celcom: hantar sms REG STATUS ke 28882
- Meksis: hantar sms REG ke 22555
Jumaat, 15 Disember 2006
Register Your Prepaid
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Life
7
comments
Nak check sama ade korang punye hp dah reg or not:
Khamis, 14 Disember 2006
Info kesehatan
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Life
0
comments
Ni aku dapat testimonial dari sorang kawan baik aku. thanks for her for the info :)
Tabiat merokok punca OCPD
MASALAH batuk teruk dan berkahak adalah perkara biasa di kalangan lelaki tua yang merokok. Ia petanda utama bagi penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) iaitu masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan.
Walaupun mengalami batuk teruk hingga kadangkala sukar melakukan kerja, ia tidak dianggap masalah besar bagi kebanyakan perokok. Ramai lebih rela menderita batuk daripada berusaha berhenti merokok mahupun mendapatkan rawatan.
COPD adalah masalah sejagat dan ia lebih ketara di kalangan perokok tua. Asap rokok yang bertahun-tahun disedut masuk ke paru-paru boleh menyebabkan dua masalah besar, iaitu bronkitis kronik (keradangan pada paru-paru) dan emfisema (kerosakan tisu paru-paru mengakibatkan proses pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen merosot). Kedua-dua masalah ini menjadikan seseorang itu mengalami COPD.
Paru-paru kita mempunyai dua bahagian utama iaitu tiub bronkial (juga dipanggil saluran pernafasan) dan alveoli (pundi udara). Apabila kita bernafas, udara melalui tiub bronkial untuk masuk ke alveoli. Di sinilah berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.
Gas oksigen meresap masuk ke salur darah, manakala gas karbon dioksida pula masuk ke pundi udara untuk dihembus ke luar.
Seperti organ lain, keupayaan paru-paru untuk berfungsi dengan cekap menurun dengan peningkatan usia; apatah lagi di kalangan perokok. Bagaimanapun bagi perokok, fungsi paru-paru mereka mula merosot apabila mereka mula merokok. Tidak hairan perokok lebih mudah mengalami masalah membabitkan saluran pernafasan.
Kedua-dua masalah (bronkitis kronik dan emfisema) boleh dikesan dengan mudah melalui gejala batuk berkahak dan sesak nafas — yang biasa berlaku pada perokok tua. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, lebih buruk gejala dihadapi.
Saluran pernafasan pesakit COPD biasanya menjadi merah dan dipenuhi mukus (lendir) yang menyekat laluan udara, menyebabkan pesakit sukar bernafas. Pada masa sama, alveoli juga mengalami keradangan akibat kemasukan asap beracun. Lama kelamaan, alveoli menjadi keras dan tidak boleh menampung cukup udara. Akibatnya, proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida terganggu dan pesakit mengalami sesak nafas.
Menurut Perunding Geriatrik, Dr P Srinivas, sehingga kini tiada rawatan dapat memulihkan kerosakan paru-paru pesakit COPD. COPD antara empat punca utama yang menyebabkan kematian penduduk dunia. Malah, sikap pesakit yang tidak mahu berhenti merokok atau segera mendapatkan rawatan hanya memburukkan keadaan.
Keadaan di Malaysia tidak banyak berbeza dengan negara lain kerana hampir 47 peratus lelaki di negara ini merokok, manakala jumlah perokok wanita kini mencecah tiga peratus — semuanya berisiko tinggi mengalami COPD.
Dianggarkan antara 80 hingga 90 peratus kes COPD berpunca daripada amalan merokok selama 20 tahun. Sekali imbas, tempoh ini nampak sangat panjang dan jauh daripada jangkauan. Cuba ingat kembali bila anda mula merokok dan berapa lama tempohnya hingga hari ini. Jika anda mula merokok ketika berumur 20 tahun dan kini mencecah 40 tahun, tidakkah anda sebenarnya hampir masuk ke pintu COPD?
Kata Dr Srinivas, masih ramai perokok tidak menyedari masalah ini. Bahkan, kurang kesedaran dan pengetahuan menyebabkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan masih rendah, walaupun gejala penyakit sudah lama timbul.
“Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan berhenti merokok. Kajian menunjukkan hampir 41 peratus warga emas yang tinggal di rumah orang tua mengalami masalah COPD dan sebanyak 30 peratus pesakit berumur 65 tahun ke atas menunjukkan tanda positif apabila berhenti merokok.
“Ramai tidak sedar COPD boleh menyebabkan seseorang perokok mengalami pelbagai masalah, termasuk hilang keupayaan dan tidak boleh bergerak apabila tua,” katanya ketika Persidangan Geriatrik Asia Pasifik: Masalah Lazim di Kalangan Warga Tua anjuran bersama Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kementerian Kesihatan, Akademi Kedoktoran Keluarga Malays
COPD dan masalah kesihatan
Secara umumnya COPD disebabkan tabiat merokok. Lebih awal seseorang itu memulakan tabiat merokok dan lebih lama tempoh merokok, risiko mengalami COPD lebih tinggi.
Antara gejala utama COPD ialah batuk teruk, berkahak, bunyi nafas kasar (berdehit) dan sesak nafas. Jika anda mengalami tanda ini, Dr Srinivas menasihatkan segera mendapatkan rawatan atau setidak-tidaknya berusaha berhenti merokok kerana ia cara terbaik untuk merawat COPD.
Malah, pesakit COPD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti selesema dan diserang virus influenza kerana asap rokok juga boleh melemahkan daya ketahanan badan.
Walaupun tidak boleh seperti sedia kala, menghentikan amalan merokok dapat mengembalikan kesihatan paru-paru. Tiada had umur tertentu untuk berhenti merokok. Lebih awal anda berhenti, kesannya lebih baik kepada kesihatan.
“Sasaran utama rawatan COPD ialah menghentikan gejala, memperbaiki kualiti kehidupan pesakit, mengelakkan perkembangan penyakit dan merendahkan kadar kematian akibat rokok. Syarat utama dalam rawatan ini ialah berhenti merokok. Berhenti merokok dengan mendadak memberikan kesan lebih baik berbanding secara perlahan-lahan.
“Tidak kira berapa lama anda merokok, paru-paru akan menunjukkan kesan positif apabila anda berhenti merokok. Jika anda bercadang berhenti merokok, segera dapatkan bantuan pakar. Mereka boleh mencadangkan beberapa kaedah, termasuk terapi penggantian nikotin, kaunseling psikologi dan galakan daripada kumpulan sokongan,” katanya.
Beliau berkata, diagnosis awal dan pengurusan rawatan yang aktif sangat penting untuk mengurangkan kadar morbiditi dan kematian. Malah, ia juga dapat mengatasi masalah emosi kerana kajian menunjukkan 68 peratus pesakit COPD turut mengalami kemurungan.
Antara rawatan yang boleh diberi kepada pesakit COPD tua ialah penggunaan ubat ß-2 agonist (untuk mengurangkan bakteria dalam saluran pernafasan), theophyllines (bagi individu yang ada masalah pernafasan pada waktu malam), anticholinergics dan ubat terbaru, tiotropium.
Lebih malang jika tabiat ini membuatkan anda terpaksa menjalani terapi oksigen yang biasanya diberikan kepada pesakit apabila mengalami kesukaran bernafas.
Jadi, sebelum anda terpaksa bergantung hidup kepada tabung oksigen, lebih baik jika anda memulakan usaha berhenti merokok hari ini juga.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/20060416102543/Article/indexs_html
http://www.hmetro.com.my/Sunday/Kesihatan/20060416102543/sun_artrevamp

Selasa, 12 Disember 2006
Finalize sisa sisa RavMoNe
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Anti-Virus,
UTMForum.info
1 comments
okeh. aku assume korang dah buang sume file tu kat physical disk korang. sekarang ni nak repair registery plak eh (kesan sampingan ravmone).
okeh. kalo ade mane2 part yang tak paham or aku miss something, reply je.. insyaAllah aku cube tolong kalo boleh.
- ikut step ni:
- Bukak registry editor (regedit.exe)
- double click kat "My Computer" sebab kite nak start search dari awal lagi.
- Pergi kat menu bar, pilih "Edit" and klik kat "Find..." atau tekan je Ctrl + F. nanti kluar kekotak Find.
Masukkan kat textbox tu perkataan ravmone. Kat bahagian group "Look At" tu, pastikan korang check untuk "Keys", "Values" and "Data" - Klik Find Next.
- Nanti die akan jumpe kat somewhare under subkey MountPoint2, some GUID (yang bentuk {xxxx-xxxxxxx....}), Autorun\command.
padam je key tu terus (key command tu). Kat sini la yang slalunye buat kekotak "Open With" tu..
iterate step ni sampai die outside daripada MountPoint and GUID. - For some reason, korang akan jumpe gak kat bahagian ShellNoRoam (MUICache). Biarkan aje. ni windows pakai just untuk MRU (Most Recently Unit)
- Kalo sampai kat bahagian HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run, just padam value "RavAV" korg
jangan g padam key RUN ni plak.
okeh. kalo ade mane2 part yang tak paham or aku miss something, reply je.. insyaAllah aku cube tolong kalo boleh.
Ahad, 10 Disember 2006
Ujian Hidup
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Islamic,
Life
4
comments
Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita perlu faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah s.w.t.
Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah ... dan bacalah Al Quran ... sesungguhnya, banyak isi-isi yang tersingkap di dalamnya ... segala jawapan ada di dalamnya ...
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ~ Al-Quran Surah al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ~ Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ~ Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ~ Al-Quran Surah Ali Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI UJIAN INI?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ~ Al-Quran Surah Ali Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. ~ Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. ~ Al-Quran Surah at-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. ~ Al-Quran Surah at-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. ~ Al-Quran Surah Yusuf ayat 12
sumber: http://www.afa.org.sg/malay/b-pesakit.htm

Jumaat, 8 Disember 2006
Download Visual Studio .NET and Toolz
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Putera.com,
Toolz
0
comments
saje nak share dengan korang...
Download Visual Studio
Visual Studio Express (Free)
Visual Web Developer 2005 Express Edition 439MB
Visual Basic 2005 Express Edition 435MB
Visual C# 2005 Express Edition 430MB
Visual C++ 2005 Express Edition 462MB
Visual J# 2005 Express Edition 438MB
Visual Studio Professional (90 hari trial) 2.6GB
Visual Studio 2005 Team Suite 180-Day Trial
Compare ketiga-tiga produk: http://msdn2.microsoft.com/en-us/teamsystem/aa700921.aspx
Toolz:
MSDN Library August 2006 Edition
Microsoft Visual Studio 2005 Tools for Office Second Edition Runtime (VSTO 2005 SE) (x86)
Microsoft Visual Studio 2005 Tools for the 2007 Microsoft Office System
Daemon Tools (virtual cd/dvd emulator. so senang sebab takpayah la nak burn cd/dvd dulu pastu baru install)

Sabtu, 2 Disember 2006
Umah sewa
Disimpan di dalam direktori kat bahagian:
Life
0
comments
Lame giler dah tak tulis ape2 kat sini. Am I a lazy person? perhaps.. malasnya nak menulis. tapi rajin pergi jalan2 melawat umah sewa bebudak forecast kat taman sri pulai. bestnye kalo dapat dok umah sewa. rasa macam free je nak wat ape2 (kot :)
Fazrol nak show off moto die.
Umah fazrol baru 2 orang je yang ade. tu dengan jay em.
tengok herman repair komputer. conclusion: processor rosak. ahaha
jay em, nata dengan sorang watak yang tak dikenali. hehehe
emm. bile la leh dok umah sewa dengan diorang. tunggu dah stabil nanti kot. ni nak makan pon takde duit, berangan lak nak dok umah sewa. haha

Langgan:
Catatan (Atom)