Halaman

Memaparkan catatan dengan label Events. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Events. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mei 2008

letter

8 comments
aku dahulu selalu konfius dengan perkataan later, letter dan juga leter (?). haha.. sampai la sekarang. ketika aku ingin menulis 'Title' untuk post ini, sanggup aku melihat kamus. ye la. tak nak la orang gelakkan aku. hehe..

semenjak aku bersekolah berasrama dahulu, aku suka menulis surat. cuma biasalah aku ni. kadang kadang rajin. kadang kadang malas. walaupun ketika itu sudah wujud beberapa teknologi yang membolehkan seseorang itu berborak secara 'real time' sama ada melalui chat/mirc (dulu tak kenal ym), email (real time ke?), telefon mudah alih, mahupun telefon awam, tapi kadang kala menggunakan surat ni lebih efisyen (bagi aku suatu ketika dahulu). menulis dengan menggunakan pensil, tulisan yang tersusun, penggunaan metafora yang melampau dan permulaan serta pengakhiran surat yang penuh dengan kiasan, doa dan rasa rendah diri, menjadikan aku amat tertarik dengan seni surat.

namun, yang tak bestnya apabila surat tidak sampai. terutama ketika aku duduk di kolej. hampeh betul. sapa la yang suke amik surat aku tu ;( so after that, aku hanya lebih prefer kepada teknologi yang lebih canggih daripada surat. hehe

ekceli aku dapat beberapa surat best dalam seminggu dua ini. surat pertama datangnya jusco. best gak sebab banyak dapat kad diskaun. hehe.. kad diskaun yang lain tu aku tak kesah sangat. sekadar makanan dan barangan kesehatan dan aku amat tak berminat kepada produk berkaitan camtu (sbb tu aku kurus semacam je ;p) cuma yang amat menarik minat aku adalah kad diskaun barang kemas sehingga 70%. wow. aku nak beli rantai emas la camni. pastu aku nak pakai. hehehe



surat kedua pula datangnya daripada atiqah yang berisi teh dari sabah. hehe. walaupon untuk teratak 42, tapi aku tetap nak amik kredit gak daripada ni. ehehehehe (ps: atiqah, kitorang belum guna lagi teh ni. sebab nak simpan buat perhiasan aje. leh tak? hehe). dan terima kaseh kepada atiqah daripada teratak 42 :)



dan surat ketiga pula datangnya daripada seorang sahabat aku. dan ceritanya bermula camni.. pada suatu petang yang tenang, aku mendapat panggilan daripada nombor hp yang aku tidak kenali.

(Aku = fa, Dia = orang yang tepon tu la)
Dia: Hey fa. ko kenal aku tak?
Aku: Tak. sapa ni?
Dia: Ala. takkan la tak kenal kot.. cuba teka..
Aku: Tak kenal dan terima kasih kerana mencuba (dan aku memang nak letak tepon masa ni)
Dia: Eh jap jap. ini ieda la.
Aku: Ieda mana ek.
Dia: Ala, dulu kan kita satu sekolah kat Alor Gajah..
Aku: Err.. betul tu dulu aku sekolah situ. tapi aku tak ingat la.
Dia: Alaa. tak apalah. bagi alamat boleh tak?
Aku: Boleh. nah amik ni .... (sambil memberikan alamat aku kepadanya)
Dia: ok thanks.
Aku: sama sama :)


dan beberapa minggu kemudian, aku dapat surat jemputan kahwin. seriously aku lupa langsung pasal pangilan tu. aku lihat surat tersebut dan ternyata ianya adalah kad jemputan kahwin. di sampulnya ada tulis 'Norzalizan dan Suhaida'. puas la aku fikir mana satu kawan aku ni. bukak sampul, terus aku cari bahagian alamatnya. Norzalizan dari seremban. dan Suhaida dari alor gajah. hah. baru la aku teringat pasal call tu. dan yang lebih mengkomfemkan adalah comment di friendster aku dan conference ym tadi. minta maaf ieda. sudah bertahun tahun tak jumpa. tak sempat aku nak ingat ko yang mana satu, tup tup ko dah kawin. hehe.. nanti la aku cuba cam balik time majlis perkahwinan ko. :)



itulah. susah kalo jadi kawan aku ni sebab aku ni pelupa :( maaf ye..

dan aku akan pulang ke kampung hari jumaat ni. later. daa~~

Rabu, 6 Februari 2008

butt events

15 comments
[but | butt | serabutt]

every picture tells a story

ini ayat yang slalu aku jumpe kat mane mane. dan dari start awal muharam, aku cuba mencari apa apa picture yang boleh menceritakan apa yang berlaku didalam otak aku. akhirnya aku terjumpa juga. di satu tempat yang amat aku tak tersangka sekali. tempat yang aku kerap bermain tiap tiap hari. hanya terletak dikaki aku sahaja..

seperti apa yang berada didalam gambar ini, inilah apa yang aku gambarkan keadaan dalam otak aku sekarang..agaknya, mungkin keadaannya amatlah serupa dengan apa yang berada di otak aku. dan disebabkan keserupaan itulah yang menyebabkan tiadanya unsur unsur keistimewaan yang dapat menarik perhatian otak aku untuk mengambil gambar sebagai gambaran apa yang berlaku. yelah. benda dah ada pada keadaan sama..



dan yang tak bestnye, time aku cuba pull some wire, boleh pulak ada wire yang terputus. dan irony nya, ada gak something yang ada didalam otak aku yang tak boleh aku nak link kan dengan realm.. dang!



so, aku decide for this chinese new year, aku takkan bawak apa apa yang berkaitan dengan kerja aku untuk pulang ke kampung halaman. too tired. aku nak cuti puas puas..

[events | choices]



  • 9 Feb 2008 | Noise Pop Attack
    aku dikhabarkan, hari sabtu ni ada lagi gig, bertempat di MCPA Halls, bederkatan dengan stesen monorail kat Jalan Maharajalela. banyak gak band yang best best join.


    (picture: flyers untuk Noise Pop Attack 9/2/08)

    Guestband : Bittersweet

    Performances :
    HUjAN : DanceToTheRadio : TheyWillKillUsAll : Deserters : Priority : OhChentaku : AshesOfScarlet : Madhouse : SecondCombat : RockNRollJohn : FUSEGIVEN

    Venue : MCPA theathre (white building beside monorail maharajalela)
    Ticket : RM 18 (free t-shirt for 100 early birds)
    Organised by : Mosic Entertainment
    Supported by : Happy Community Records


    ni peta aku try locate kat google maps, in case kalo korang terasa nak pergi..


    (picture: peta/maps untuk ke MCPA Halls, Jalan Maharajalela)


  • 9 Feb 2008 gak | Meeting the ol' Pope
    aku usha usha tarikh yang seswai untuk berjumpa dengan kawan aku. and aku dapati, tarikh ni teramatlah seswai (berdasarkan cuti aku). sebab ianya bukan ketika perayaan (maleh aku nk bersesak sesak dengan public transportation). bukan di akhir hujung minggu. dan boleh dikatakan agak lama gak la tak jumpa dia. and boleh gak la kalo nak cakap dia ni banyak membantu aku ketika aku tengah susah. dan untuk berjumpa dia, aku perlu pergi ke Ampang. emm..


    (picture: the ol' time. kawan kawan satu course di utm ketika degree)


  • 9 Feb 2008 lagi | from B to B and Q
    Fahrul ajak aku untuk join BBQ di Serdang. katanya ini adalah untuk Reunion budak Sekolah Sri Serdang kelas dia (STK). walaupon aku bukan budak sekolah dia, apatah lagi budak kelas dia, aku tetap nak pergi gak. sebab aku kira sudah agak 3 tahun aku tak join pengsosialan mereka. lame dah tak jumpa fahrul, naem, khaidir, g jai. em...


    (picture: dengan budak budak Sekolah Sri Serdang /kecuali aku/ mase diorang buat small gathering)


dammit. aku nak pergi semua events yang aku listkan nih!!

۞

ps: there wouldn't be a new post until next week. aku nak mempraktikkan pertapaan dunia bersempadan (dunia tanpa internet) sehingga hujung minggu ini..

ps ps: sempenan this chinese new year, pulanglah dengan berhati hati (bagi mereka yang ingin pulang ke kampung). dan bagi mereka yang tidak pulang, pergilah mencuri peluang untuk menyusun wire yang berserabut.

ps ps ps: selamat maju jaya :D

Rabu, 30 Januari 2008

Gitar untuk dijual

24 comments
Update: 2011/June/2
Ini cerita lama. Aku dah takde jual lagi dah gitar, penyapu atau penyodok sampah ni. Harap maaf..

.....

Sesiapa yang berminat untuk membeli gitar Squier Bullet second hand, sila hubungi aku. harga RM 500.00. boleh dibincang lagi. masih didalam keadaan baik. sila lihat gambar dibawah.



Percuma dengan apa apa yang ada di dalam gambar. penyapu. penyodok sampah. cd2 cerita. rak buku. err.. boxer (panjang punye ;) penghantaran percuma untuk sekitar Skudai. Tambah RM 2 untuk setiap kilometer diluar Skudai. Condition gitar: Baik. tidak percaya? datang sendiri ke teratak 42 untuk mencuba.

Untuk mendapatkan spek tentang gitar ni, sila lihat di wikipedia ataw di squier guitar.

Ni series ni beb. bukan main main. sape nak, bgtaw aku. korang tolong sebarkan kat kawan2 korang, mane le taw ade yang berminat.

Rabu, 23 Januari 2008

Losyen Mustajab

15 comments
ini adalah kesinambungan dari post ini, iaitu Clash Of Superheroes

pulang sahaja dari meeting tu, aku pon bergegas berjumpa dengan Dr Z, membincangkan task apa yang perlu aku lakukan. dan dia ada bagitaw aku untuk menghantar aku pulang sebelum itu. aku cakap ok je. kemudian, aku bergegas pulak pergi mencari Dr T. aku telefon dia. dan dia cakap dia ada lagi di fakulti dan aku perlu berjumpa dengan dia. aku tak ada pilihan (sebab kami perlu berbincang apa lagi yang aku perlu buat untuk study aku). maka, aku berjumpa dengan wani dan meminta dia pesan kepada Dr Z untuk memberitahu bahawa aku akan pulang dengan Dr T.

Dr T bawak aku minum minum minum di meranti dan menghantar aku pulang. ketika aku ingin mentutup karetanya, tangan aku tersepit di pintu itu, menyebabkan ibu jari aku berdarah. lantas aku memberitahu yazid, yang kebetulan dia ada kat hadapan umah. aku cakap kat dia tangan aku tersepit, dan dia mengesyorkan Losyen Mustajab..



Aku: boleh ke pakai ubat ni?
Yazid: boleh. ko pakai je.
Aku: aku rasa ubat ni untuk mengurut urut je..
Yazid: ko pakai je la. ubat melayu, semua boleh pakai.
Aku: tapi..


aah~ aku pakai je la daripada membiarkan darah meleleh leleh ditangan aku ni..

lepas aku sapu, rasa begitu pedih. otak aku: "persetankannya. kalo sapu ubat, memang rasa sakit".. cubaan aku mengpsiko diri sendiri. tapi aku tengok lagi banyak darah keluar ada la. ibu jari aku lagi kuat berdenyut pon ada la. aku tengok balik diskripsi Losyen Mustajab tu..

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH...

dammit. siot yazid tipu aku. patut la lancar semacam je darah aku keluar. seb baik yazid bagi handiplus kat aku..

malamnya aku mendapatkan verifikasi dari kucai. dia kata losyen tu tak seswai untuk luka. hah!

dan kepada sesiapa ingin memesan Losyen Mustajab, sila SMS kat aku, ataw kucai, ataw datang terus ke Teratak 42 untuk mencuba. :)

Rabu, 25 Julai 2007

Events

7 comments
@UTM, Skudai
25 - 28 July 2007
+ PC Fair
+ Fiestra (Pesta yang KRP anjurkan tu)

25 July 2007
+ Gegar U (kat alumni, 8am ke 5pm)

@Central Market
27 July 2007
+ Kritikal Mass! Jammit (*)


@KL/Ipoh
27 July 2007 (KL), 29 July 2007 (Ipoh)
+ Body Surf Gig! (*)


@One Utama/Midvalley
29 July 2007
+ eX MrsM MuaR 2000-2001 (poyo je. macam jadik je.. ahaha)

where am i to go?? where should i go??

ref:
+ http://ricecooker.kerbau.com/