Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
...
This is part of series "The Example". More:
- The Example and Polinomial Exponential
- The Example (2) and The Basic Polynomial Interpolation
- The Example (3) - The Choosen and The Choice
- The Example (4) <- you are here.
This was supposed to be the last episode of this series..
...
This is the last episode. Seriously masa aku buat awal - awal series ni, aku tak sangka pulak dia falls ke dalam chapter closure aku. Dulu kot tak punya la aku fikir camne nak endingkan ceritanya.
Rupanya it goes with the flow. Sambil aku tulis, sambil tu dia converge ke conclusion..
...
Sambungan dari sebelum ni..
Around March 2025
Masa bulan March 2025 hari tu, ada la kitorang semua kena isik Peformance Management Scorecard. Dalam tu ada beberapa section macam KPI achieved ke tak, lepas tu apa plan nak upskill kan dari segi technical skill dengan soft skill.
So aku macam biasa lah, time ni aku amik peluang nak interview diorang sorang - sorang. First question senang. "You ada apa2 masalah dengan I tak? Macam I tak support korang atau kehadiran I ni menyakitkan korang ke?" So aku dengar apa jawapan diorang. Then aku tanya pasal company kitorang. Dia ok tak dengan direction company sekarang.
And finally, aku tanya masing - masing, apa yang diorang harapkan. Apa expection diorang. Diorang nak explore apa lagi lepas ni.
And they did tell me apa yang diorang nak cuba upskill masing - masing.
So aku letak apa 'wishlist' diorang ke dalam excel aku dan aku janji aku akan cuba untuk try materializedkan wishlish diorang.
Ok since takde orang yang baca blog aku ni, so senang la aku nak show kat sini (one row = sorang).
![]() |
Figure 145: Wishlish team aku |
Ok sebelum ni aku ada cakap. One of the thing yang maybe buat budak - budak ni tak dapat nak pergi jauh, sebab aku takde set deadline untuk diorang. Tapi salah satu sebabnya aku tak dapat set timeline, adalah sebab uncertainty of our project.
Aku tak tau kenapa, tapi aku selalu sangat kene campak ke project yang terlalu volatile. Yang tak stable. Maybe sebab aku pon memang jenis yang unstable. Haha. There was a saying yang kata same behavior attracts each other (refer ke psychology subject on Similarity-Attraction Effect).
Tapi disebabkan bulan tu bulan puasa, masing - masing sibuk tambah amal ibadah. So aku takde la nak kacau. Sekali sekala je aku pergi tempat diorang and tengok apa diorang buat.
Takde. Takde apa sangat masing - masing buat. Can say that the progress is almost non existant.
April 2025
Masuk pulak bulan raya (puasa sebulan, so raya pon sebulan). Dan team aku ni pulak memang semua busy. Dan sangat aktif dengan aktiviti non-project. But unfortunately, untuk geng - geng manager ni, aktiviti non-project, dikira sebagai aktiviti yang tak mendatangkan wang kepada syarikat.
So aku pon push la sikit - sikit masing - masing. Tapi aku rasa mungkin aku ni push lembut sangat kot. Atau mungkin direction masih lagi tak clear kot.
Tapi aku memang sentiasa pesan. Sementara masing - masing tak busy ni, try explore something new, something latest and something yang trending (kategori kerja).
And we'll see how it goes.
Unfortunately, aku masih lagi stuck dengan tak henti - henti kerja. So aku just boleh monitor sekali sekala je. Tapi mana la orang nak suka kan kalau tiap2 hari aku dok push.
April 2025 (Part 2)
Ok masa ni jugak tengah sibuk kecoh cerita pasal akan ada new subsidiri company dari company aku sekarang. And the new co akan join venture dengan another company. We will call it as JV co.
Actually aku dah tau benda ni dah lama dah. Early of this year lagi. It just that the instruction is to keep it quite.
And so I did.
Tapi masa ada nak buat jamuan raya tu, boss aku (En A) dia panggil semua orang and tell the story about the new co, and that he will be resigning the current position and current company to go to the new JV.
En A: I akan bawak 3 orang dari group kita ni. One of them is Fairuz.
Aku senyum je. Budak - budak aku semua terkejut. Kata tak pernah tau pon pasal ni. Ya aku tak pernah pon cerita ni kat diorang.
When I was told it is a secret, I will keep it. Budak - budak aku ni yang hari - hari aku jumpa borak pon aku tak terlepas cakap. And you know how serious I am.
Cuma satu je.
Apa jadi kat budak - budak aku???
You see.. Aku dah lama duduk kat sini. So aku tau perangai manager - manager lain kat sini.
Aku kenal beberapa manager kat sini yang jenis kalau budget takde je, dia akan lelong atau akan terminate contract staff diorang ni.
Betul.
Tapi sebab diorang punya line reporting tu lain dari line reporting aku (aku ni basically duduk lane En A, and the common denominator aku ke diorang is the CEO), so aku tak boleh nak buat apa -apa. Aku dengar, jadikan as example and put it as my boundary. Jadikan sebagai sempadan.
Lagi pon, sejak aku kerja kat company ni, I was thought that macam mana sekali pon, kita kene carik duit untuk nak pastikan budak - budak ni akan ada budget untuk sambung contract. I was brainwashed like that. Tu yang aku sangat tak menang tangan.
Masa previous project ni pon aku masuk masa awal - awal project, lepas tu aku kene carik project lain untuk pastikan akan ada budget for my team.
And I never tell my team about this. Tak nak la diorang rasa serba salah. And bukannya ada apa - apa pon kalau aku bagitau diorang kan.. I'll just do what is right, quitely, and based on my school of thought.
So I keep quite. Aku doakan supanya team aku ni dapat la manager yang lagi baik dan lagi bagus compared to good-for-nothing me ni..
May 2025
Back to my team punya cerita.
Ok something has to be done. Masing - masing siap hari - hari datang main social media.
Ok. ok ok.
So, I call for another meeting. This time, aku dah assign sorang - sorang ke project mana dan mana.
![]() |
Figure 146: Moving forward v2 |
And then aku follow up dengan (sambungan) kick start project - project aku yang nak diorang sambung ni.
Again unfortunately, aku rasa aku dapat buat macam dalam 2 kali je. But I keep reminding them, kata yang kalau ada apa - apa tak paham, call je. Bagitau je. Aku ni dah la jenis pelupa. Nak call mesej tengah malam pon boleh. I'm always open for korang semua.
Tapi aku rasa tak sampai 3 kali je diorang ada jumpa aku.
Sedih aku.
And so, I need another drastic plan. This time, I will monitor daily even sampai aku kene check kat rumah. Kira dah nekad lah ni.
3 June 2025 - 5 June 2025
Masa ni cuti sekolah. So aku macam biasalah ulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur.
Sebelum ni aku rasa macam biasa je kalau setakat travel 2 jam pergi dan 2 jam balik hari - hari. Tapi kali ni aku rasa penat sangat. Aku rasa sebab aku penat sangat nak plan yang terbaik untuk team aku yang sampai aku burnout.
And this time antara satu - satunya yang aku masa nak balik dari KL ke Melaka, aku kene stop sebab nak rehat.
Serious penat.
Tapi tak pe lah. This is for my team punya future.
Cuma 5 June tu.. Aku dapat email dari member aku. Dia duduk atas, so info2 top management memang dapat kat dia dulu.
Dia mesej aku.
![]() |
Figure 147: Mesej member aku.. |
Terduduk aku terdiam. So basically team aku lepas ni memang officially kene pindah. Ke manager yang jenis aku cakap tadi.
Ya Allah sedihnya. Sebelum ni aku just replay simulation je dalam fikiran aku, what if this and what if that. Tapi kalau dapat mesej dari member aku yang basically confirmkan apa yang berlaku.. Aku sendiri tak dapat nak cakap apa.
9 June - 11 June, 2025
Basically there's some major things yang berlaku time ni. Aku tak nak citer sini walaupon aku dok sibuk cakap takde orang baca blog aku. But I can guarantee that kebarangkalian orang tak baca blog aku is at top, 0.999. So still ada 0.001 kebarangkalian yang orang akan baca. And I would not like to take the risk.
Basically, there's something traumatizing happens to me during these days, up to the point that sampai aku rasa penat betul hidup ni..
Sangat penat.
So this, my personal problem, penat travel tak habis, plus dengan aku dok kalut fikir pasal team aku ni, leads to aku datang office tak tegur atau borak dengan siapa - siapa pon. Especially team aku.
Sebab diorang rapat dengan aku. Aku takut sangat kalau aku start borak dengan diorang, akan terbuka cerita personal problem aku. Walaupon sebelum ni aku rasa takde masalah aku nak borak pasal personal aku dengan diorang.
But this time can't. The risk 0.001 still there.
Like I said before. Let my problem dies with me. This is my problem. Aku tak nak involvekan dengan team aku. Let me find out the way myself.. Kalau sempat..
11 June 2025 to 24 June 2025
So between this period, aku tak cakap apa - apa langsung dengan team aku.
No. Bukan sebab aku marah kat diorang. But sebab aku sayang sangat kat diorang. Tapi aku kecewa sangat dengan diri aku. Got several months to help them tapi apa aku buat?
I can't keep myself to see them. Dan aku rasa sebab aku tengah tak stabil ni, tu yang lagi amplifykan perasaan aku.
But in the mean time, sambil - sambil tu, masa aku pergi makan ke kafe, aku kadang - kadang duduk la makan dengan CEO company aku ni.
Tiap kali duduk makan dengan dia dan ada orang lain (geng - geng management lain) ada kat situ, aku akan mengungkit.
Aku: Nama I ada lagi tak dalam org chart company ni?
CEO: Eh dah takde lah. You kan dah keluar dari company ni. Patut nama you kat JV co tu la.
Aku: Masalahnya JV co tu kan tak habis finalized lagi. So basically nama I takde kat mana - mana. Korang macam cut nama aku dari org chart lepas tu letak kat desktop simpan kejap.
Masing - masing gelak.
But korang pon tau kan, ada la sebab aku cakap camtu. And kenapa aku pilih untuk cakap depan ramai - ramai geng management tu (kalau aku keluar berdua dengan CEO ni, takde la aku cakap camtu).
Sebab that is my last cry of help untuk at least... At least letak la balik nama aku dalam tu so aku still boleh manage lagi team aku.
Aku tak boleh fix dah personal problem aku, so at least I wanted to fix this.
Beberapa kali aku jumpa dia kat kafe siap masa tu En A pon ada jugak kat situ, aku terus cakap benda sama. Pleading for my name to be there.
Aku bukan nak sangat letak nama aku dalam company tu. Cuma tolonglah kasi aku peluang for me to fix my mistake..
Aku tak ingat ni kali ke berapa jumpa dia kat kafe.
CEO: Boleh, I boleh letak nama you dalam org chart kitorang. Dengan syarat, ko pon kene tolong buat keje company kitorang ni macam buat tender ke apa.
Aku: Ok je. Takde hal (sambil gelak - gelak)
So basically aku akan kene buat kerja untuk dua company. Ok ada harapan sikit. Cuma lepas tu dia cakap, budak - budak aku still akan kene transfer ke manager lain. So dalam org chart this company, aku just stand alone.
Laa.
Aku bukan nak yang tu. Makin sakit kepala aku dibuatnya..
And so, the 18th June 2025 happens (aku dah citer dalam part 3). Aku tolong orang lepas tu aku kene marah dengan bos aku En A. Tak membantu langsung dalam semua problem aku.. Siap, basically dia +1 effect ke problem aku.
Dan kebetulan pulak, 19 June 2025 tu (the very next day) aku ada buat online meeting Transfer of Technology ke team aku. Aku invite semua team aku untuk aku explain satu - satu..
Sedih aku. Takde sorang pon dalam team aku tu bersuara apa - apa. Nasib baik aku invite sorang lagi observer dalam tu, dia yang banyak tanya soalan, rasa meriah sikit.
Habis je online meeting tu, terus nak berair mata aku. Nasib baik masa tu dah nak Asar, boleh cover sikit dengan wudhu.
Lepas tu, ada salah sorang staff aku datang tanya aku. Ajak jumpa kat satu bilik meeting sebab tak nak orang lain tengok.
Ai: Encik, encik. Kenapa encik macam dah tak nak borak dengan kitorang je?
Terkedu aku. Eh jap. Camni ke yang korang nampak?
Ai: Kitorang ada buat salah ke encik sampai encik tak nak cakap langsung dengan kitorang.
Aku: Eh takde takde. Tak.. Bukan. Korang takde salah. I cuma ada personal problem. I tak boleh nak cakap dengan siapa - siapa. I takut sangat nanti I akan tercerita masalah I kat korang.
Said me, without actually telling the full story.
Ai: Tapi tak kan la sampai macam ni sekali.
Aku dalam hati, this is why aku tak nak cakap, sebab aku rasa sikit lagi aku nak buka cerita personal problem aku ke diorg.
Aku macam biasa, bangun dan terus bergerak ke pintu keluar. Taktik biasa aku.
Aku: I ada masalah peribadi yang sangat besar. Minta maaf sangat - sangat I tak boleh cerita apa - apa. Cuma I minta korang doakan supaya segala masalah I dapat diselesaikan.
Ya ikhlas aku cakap. Doa - doakan yang terbaik.
Aku rasa dia ada nak cakap something, tapi aku terus deflect kata kita kene keluar takut orang fikir apa apa nanti.
Padahal ada gak aku menangis kalau aku dok situ lama lagi.
...
And so, for the next several next days, aku hidup hari - hari dengan zero emotion. Aku tak tau lagi dah apa nak buat. Aku just.. layankan je kehidupan ni..
Sebab aku penat. Dengan aku tak tau apa aku nak kena buat...
25 June. 2025 (hari ni, hari aku tulis post ni lol)
Semalamnya aku ada meeting dengan HR. So basically aku akan dipinjamkan ke JV co starting 1 July 2025.
And aku pulak dah plan cuti lama. July baru aku masuk office. Basically naik cuti ni, aku terus join the new JV co.
Hari ni patut ada townhall company aku. Ni yang reorg ni akan diannounce. Ni jugak yang akan announce semua team aku akan kene pindah ke manager lain - lain.
Aku invited ke that townhall. Tapi aku tak dapat join.. Tapi aku dari pagi banyak ke sana sini. Lepas tu aku terfikir pasal townhall ni..
Aku mesej kat CEO company aku, wishing him good luck and all the best. Sambil aku sambung sikit,
![]() |
Figure 148: Mesej aku ke CEO company aku |
Ya aku sayang sangat diorang semua. I'm really sorry for being bad manager for you guys. Takde alasan lain aku boleh berikan, except that memang aku yang salah. Aku yang tak pandai plan. Aku yang tak pandai manage masa aku dengan diorang..
Please forgive me..