Isnin, 30 Julai 2007

hacking tutorial #3: mengakses fail dan pelipat terlarang (access denied)

6 comments
Credit to Penulis asal: En Elektroboy from putera.com

hello ebebadi, haha tima kasih atas sokongan anda terhadap siri hacking aku nih.... banyak btol feedback yg aku dapat dari para peminat aku menerusi messages, testimonial dan juga ada yg jadikan pedoman di blog mereka...ehem

mari kita teruskan tanpa membuang masa.... harini kita pelajari satu lagi
kaedah "social hacking" atau godaman so-Sial dalam bahasa melayunya, yakni
cara utk mengakses fail dan pelipat (files and folders) terlarang.

Aha, bunyi menarik kan? Cam sial pun ada gak kan kan kan? ohkhohkhokhohkho..... sapa lepas ni ingat fail sumber "rahsia" dia selama ni selamat. jaga-jaga!!! [hahahahahaha....


Sekiranya anda bekerja di ofis, dan pc anda mahupun akaun pengguna anda tidak
mempunyai keboleh upayaan untuk mengakses sesuatu komputer mahupun
direktori kritikal (dan nak degil ketegaq gak nak tgk file tu, especially
file2 kritikal melibatkan surat promotion, retrenchment ataupun aliran
wang kompeni anda), caranya amat mudah DAN apa yang paling penting..cara ni
amat mujarab di kompeni yang di mana system adminnya sangat kerek + paranoia
nak mampus.....hohkhohkhok


1. masa break or lepas ofis hour, pegi ke komputer atau komputer milik manusia
yang mempunyai akses ke bahan yg dikehendaki, kebiasannya di department HR, finance mahupun payroll.

kebanyakan staff di department ni terdiri daripada para makcik dan pakcik
yang sangat sukakan barang mekap, mesin basuh jenama baru, kueh resepi terbaru,
langsir baru, chicks simpanan baru, jambu gigolo baru...pendek kata semua
menda baru yg BEST dan TAK MENYUSAHKAN mereka, hahaha..this is where the fun begins

2. melilaulah di department mangsa anda dan peratikan komputer yang penuh dgn
sticky pad (biasanya kaler kuning) di monitor (kalau tak pun di sebelah foto
baby or kucing parsi peliharaan beliau).

3. carik mana2 sticky yang mempunyai password..kekadang anda akan jumpa
banyak sgt password stickied di kertas kuning tu, so make sure pilih yang
dakwat paling clear (dan bukan yg plg pudar)

4. kalau pc tu kena lock, korang unlock la mekrosof tingkap xp tu dan cuba
password yg tertampal di monitor tu

5. Siap hacking !

Selamat mencuba =)

Moral of the story: Bodo la lu mekrosof, suruh buboh password plik2, ada simbol
la, alphanumeric la...apa la, kena plak sys admin biol yg soh tukar password
tiap2 bulan... so jgn salahkan makcik aku kalau dia malas hafal password
kompleks cam "seBatanGP0hon@amatRendaG#345!$" utk bulan ni pastu bulan depan plak
"She1smY@cHicK^_^" dan tulis password kat stickies pad!!! haha. sekian so-Sial
hacking lesson kita pada harini...

Jumaat, 27 Julai 2007

hacking tutorial [part 2] : memintas akses authentication automated teller machince (dan curik duit)

3 comments
(dikarang oleh cik Elektroboy/Putera.com, dicurik dari buliten frenster lagi)

Hi bertemu kembali dalam ruangan hacking dan anda..eh silap, hacking tutorial.
Anda suka tutorial yang lepas? =)

Ya harini kita blaja cara nak memintas akses authentication automated teller
machine (pehh ganas je bunyi dia... hokhohkhohk...mmg ganas pun, dapat curi
duit beb). Semua dgn beberapa langkah mudah

1. Dekati kenalan anda yang kaya/gaji besar/boss/CEO anda, dan apa yang
penting mereka yang diketahui mempunyai duit sekurang2nya RM3000 dalam akaun bank
(Ingat, Rm3000 saja..kalau banyak anda akan keciwa). Kalau dapat housemate/roomate
lagi best

2. dapatkan maklumat seperti tarikh2 penting dan peristiwa yang bersejarah
yang ada kaitan dgn nombor.

3. Time dia tido curik dompet dia

4. Pegi ke bank seperti yang tertera di kad bank beliau yang dicuri (lagi jauh
lagi baik). Pastikan anda cover muka anda dan thumb print kalau taknak meringkuk 10 tahun di penjara tanpa parol.

5. masukkan kad tersebut, memandangkan kad bank masakini hanya bagi tiga
attempt sahaja, maka sila cuba kombinasi berikut:

- tarikh lahir beliau
- tarikh lahir awek beliau
- tarikh "anniversary" beliau. (NOTA: Diketahui beberapa pasangan burung
merbuk kekadang mempunyai sampai berapa kali anniversary ntah, monthly la,
yearly la...apa la...maka pilih yang dirasakan logik)

- DAN JANGAN sesekali guna kombinasi berikut:

- tarikh lahir ibu beliau
- tarikh lahir ayah beliau
- tarikh beliau masuk universiti/kolej

.... kerana tarikh ini TIADA MAKNA BAGI KEBANYAKAN MANUSIA dan tak layak
dijadikan no rahsia pin bank card. OOPS, ehemmm...


6. Jika berjaya, draw la kluar RM3000 sahaja. (sebab bank limit skang ni takat
Rm3000 je sehari). sebab tu aku soh carik yg rm3000 je..kalau yg lelebih tu
buat sakit hati je tak dpt draw kluar nanti...haha

selamat hacking. dan jumpa lgi di episode seterusnya

Profile pengarang boleh didapati disini

Khamis, 26 Julai 2007

hacking tutorial [part 1] : Introduction

2 comments
(diambil dari buliten frenster, dikarang oleh incek izuardi)

hai, anda ingin menjadi seorang hacker? anda rasa cool menjadi seorang hacker?
tekan sana klik sini puff terus magic berlaku... hebat kan?!

Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa hacking ni sungguh mudah. Mulai minggu
ni saya akan ceritakan cara-cara hacking yg confirm berkesan dan mudah! dari
part1 hingga part seterusnya sampai aku malas.

[part 1]: menjahanamkan sistem dan jaringan syarikat anda.

1. pastikan anda tahu bila staff jaga server syarikat anda keluar masuk bilik
server.
2. sebaik org yg bertanggungjawab tersebut masuk. sembunyi belakang pintu
3. bila dia kluar, cepat2 tahan pintu dari tertutup (jgn bagi dia sedar la)
4. dah masuk bilik server...pecahkan besi yg kurung server (jika ada)
5. tanggal hard disk secara spontan
6. siap

selamat mencuba, sekiranya anda rasa aku mengarut, andalah sebenarnya lagi ngarut
sebab fikirkan hacking semudah taip sana klik sini terus berlaku magik di skrin
monitor.

Jumpa di part-2 kemudian hari =)

sekian

reference: about author

Rabu, 25 Julai 2007

Events

7 comments
@UTM, Skudai
25 - 28 July 2007
+ PC Fair
+ Fiestra (Pesta yang KRP anjurkan tu)

25 July 2007
+ Gegar U (kat alumni, 8am ke 5pm)

@Central Market
27 July 2007
+ Kritikal Mass! Jammit (*)


@KL/Ipoh
27 July 2007 (KL), 29 July 2007 (Ipoh)
+ Body Surf Gig! (*)


@One Utama/Midvalley
29 July 2007
+ eX MrsM MuaR 2000-2001 (poyo je. macam jadik je.. ahaha)

where am i to go?? where should i go??

ref:
+ http://ricecooker.kerbau.com/

Ahad, 22 Julai 2007

Maaf

3 comments
aku mintak maaf kepada sesiapa yang terasa atas status aku pada khamis 19/07 petang.

bukan ape. aku terlalu tertekan. ade ke patut orang yang baru je kenal aku kate macam tu kat aku. dah tu, kate macam tu di hadapan orang orang yang aku baru nak kenal, orang orang yang nak kenal dengan aku, orang orang yang mungkin akan bekerja semeja dengan aku. orang yang ada kuasa kat sini. die leh lak bagi statement macam tu kat aku time aku tengah fuzzy dengan research aku, hope aku and future aku. emm.. tah la.

walaupon aku taw probability die nak masuk blog aku ni agak nipis, but, aku still perlu minta maaf gak (die tu buta IT. ahaha). walopon pastu aku jumpe die kat jalan2 korridor sini, aku still leh senyum lagi kat dia. maybe lepas aku luahkan kat ym, terasa lega siket.

ekceli, aku (kalo boleh) tak kesah ape yang diorang nak kate. but, tak perlu la bagi bad impression kat orang yang baru lagi dengan aku.. tah la..

thanks to niki, sarmi and kucai yang sanggup tegur aku walopon aku wat status camtu skali. thanks :)

ahhh..

Cromok - Memories
I'm not angry with life,
I'm just bewildered,
Chains of uncertainty are holding me down


Cromok

Khamis, 19 Julai 2007

49999.9

4 comments
ade la sorang tu suke no 9. so, aku tribute post ni khas untuk die.

ni pic apabila moto aku (pinjam) reach 49999.9 km..


ni plak pemandangan sekitarnya..




have phun :)

cinta

9 comments
ni SMS dari member aku...

cinta...
suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya kerana disebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta setia taktala ikatan di undang kekecewaan... namum ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punyai hati dan perasaan. hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara dibibir, tak tergambar dengan lakonan. begitu syahdunya kurniaan ilahi lahirnya dari hati seorang insan berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan...

Rabu, 18 Julai 2007

:)

8 comments
aku suke giler kalo lepak lepak dengan ijan, jay em and fazrol. lidah masing masing tajam and kejam giler (termasuk la aku). mengutuk orang sesuka hati. tapi best. sebab nanti kitorang gelak2.

and antara specialist kitorang adalah mendownkan orang dan diri sendiri. dari orang yang bersalah sampai orang yang tak bersalah pon kene.

mase lepak lepak makan goreng pisang kat taman sri pulai.. dari budak kecik yang mintak order air tu, sampai la orang yang lalu lalang. sume kene hentam. ahaha.. korang test la. best giler.

tapi kadang kadang, leh gak mendownkan diri sendiri. ni contoh perbualan aku dengan salah sorang tu kat atas moto..

dia: aku dulu dari sekolah rendah sentiasa berada di tempat teratas. always on top. masuk kelas pandai pandai je. masuk sekolah menengah and mrsm, aku pon sentiasa di atas. sentiasa menjadi referer ramai orang. sentiasa di awang awangan. sentiasa mendapat pujian..
aku: a'ah.
dia: tapi masuk je utm, terus jadi lowest of the lowest. loser giler aku rase..
aku: betul la. aku pon macam tu gak.

then suddenly kitorang tetiba down kat atas moto tu. nak gerak pon dah mule la macam malas je..

Isnin, 16 Julai 2007

what a day

19 comments
pagi tadi bangun dengan semangat, pakai kemas kemas, sluar slack, kasut, kemeja and still rambut belah tepi. dengan harapan dapat menempuhi black monday. hehe!

tapi..

pagi tadi nak ke moto aku (pinjam), aku terpijak najis kucing kucai (betik). memang balik umah karang aku nak campak betik tu ke johnny (anjing besar jiran aku). hangin giler aku. damn

dari rumah, aku singgah kejap kat stesen minyak. nak isik minyak jap. aku letak pam minyak tu kat tempat tangki minyak moto tu. tekan lock (sebab aku nak amik barang dari kocek sluar aku). then tangan aku terlanggar salur minyak tu then terjatuh minyak tu. sebab die dah lock, maka memancut mancut minyak tu membasahi seluar aku dan moto tu. waaaa... baru je aku basuh moto tu and suar ni. damn.

dari stesen minyak, aku singgah beli air nescafe kat meranti untuk sarapan kat opis. mase kat opis, aku gantung ler air tu. then air tu terjatuh (mase aku nak menyedut air tu). jatuh ke lantai. abis tumpah air nes tu kat lantai aku. bau nescafe tak ilang sampai sekarang. damn..

aku tunduk la nak amik bekas plastik tu (memandangkan plastik air tu dah kosong, airnya berada kat lantai..). nk buang plastik tu. handphone aku lak jatuh ke atas lantai, bersepai and menghampiri air limpahan tadi. damn...

aku bangun, nak carik mop. jumpe, tapi tak jumpe makcik cleaner tu. aku nak amik terus mop tu, tapi fikir tak elok lak amik barang orang tanpa izin. so melilau aku cari satu IIS ni nak carik makcik cleaner tu. tak jumpe2 gak.. damn.....

lepas 9 kali round, terjumpe makcik tu. cakap aku nk pinjam mop, tapi die terus g mop opis aku.. thanks

mase die nak mop tu, aku buat la rokok aku. kotak rokok aku ni besar giler (kalo korang tau). then tetiba kotak aku jatuh, bersepah tembakau, kertas kertas rokok dan filter rokok (aku guna rokok gulung). kuat lak tu bunyik. sume pandang aku and geleng pale. damn.....

dah siap rokok aku, aku carik lighter. rupa rupanya lighter aku tertinggal kat umah.. dammit.

sampai sekarang, aku rasa macam fobia gile nak wat ape ape. berdebar and menggigil dari tadi. ni baru sampai tengah hari. belum masuk petang and malam lagi. based on my past experience, starting june sampai ke march tahun depan, aku kene banyak harungi banyak rintangan... damn!!

+ tambah siket. ni pkl 12 tgh hr

lepas aku reply komen kat post ni, aku nak start balik buat keje aku. pastu terasa nak save. elok je time mouse pointer aku nak ke icon save tu, kaki aku gatal sangat tersepak socket outlet untuk pc aku ni. damn. tertutup, gelap gelita je jadinya. on balik pc, rasa bersyukur siket sebab Visual Studio ni ade auto recovery.



tapi... last saved 11 am. banyak work aku terpaksa burn. same la dalam matlab aku tu. wuaaaaaa.....

pukul 4 ptg ke 5 ptg pergi makan dengan math coordinator IIS ni. pastu aku kene sound:

"awak ni fa, bukannya tak pandai. i tau u ni smart. tapi u ni ade masalah displin jer.."

hehe, sejam aku dapat ceramah free. semoga aku sedar dari lenaku yang panjang... ameen

Jumaat, 13 Julai 2007

ahaha

0 comments

Chapter: Birokrasi

Hari ni, masuk hari ke 5 aku berurusan dengan SPS dan RMC. aku bukannya tak suka dengan RMC and SPS tu, dua dua tu bagus. satu merupakan 'institut' yang menguruskan pelajar pelajar ambil lanjutan ijazah dan satu lagi pusat pengurusan penyelidikan yang berpaksikan UTM. tapi...

ok, aku kene menguruskan sambungan kontrak aku since bulan depan kontrak aku tamat. caranya senang. aku just bawak certain document ke RMC and bagitau (secara vibal) mengenai niat aku nak sambung kontrak. pengesahan dilakukan and all should be done. ini yang biasa dilakukan oleh 'all' people here. but..

since dari start aku bertapak semula kat UTM ni, kebanyakkan hal aku tersangkut disini. ari isnin minggu ni, aku start bawak dokumen dokumen yang diperlukan. then pegawai yang menguruskan tu plak takde. after aku dapat jumpe die, die soh aku bawak lagi satu dokumen yang padahal dulu die yang uruskan dengan 'tingkat atas', since cara aku masuk sini 'agak unique'. ok fine. semalam aku pergi ke atas untuk meminta dokumen tersebut.

aku: kak, saya nak mintak dokumen XXX boleh?
dia: kenapa pulak?
aku: sebab saya nak sambung kontrak saya dengan 'tingkat bawah'.
dia: awak tunggu kejap.

die call someone..

die: camni la dik. surat tu tak dapat dikeluarkan sekarang. awak datang esok petang la ek.
aku: ok. thanks.

then, hari ni petang. aku amik no giliran, dapat C024, kene tunggu 7 orang. but, aku tau kalo kat 'tingkat atas' ni, menunggu 7 orang sama dengan menunggu sejam lebih. bukan salah pihak pengurusan. tapi certain people yang datang kat sini TAK FAHAM, TAK TAU, TAK DIBERI TAHU dan TAK AMIK TAU pasal MESIN ANGKA GILIRAN tu. sume pakai redah je ke kaunter. diorang tak sedar ke ayat ayat yang selalu berkumandang kat speaker tu menunjukkan apa "Nombor C dua puluh, kaunter 1" (lebih kurang camni la). nasib baik la aku ni still ade lagi sisa kesabaran. kot tak aku dah lame mengamuk dah macam member2 aku.. then sampai la no aku naik. orang yang lain lak dok kat kaunter tu..

aku: kak, semalam saya ade mintak tolong keluarkan surat XXX tu.
dia: semalam awak berurusan dengan sape?
aku: saya tak ingat la kak. (korang bukannya pakai tag nama pon). tapi saya dah mohon semalam and die kate ari ni petang dah boleh amik.
dia: ok. awak tunggu jap.

several minutes later..

dia: dik, surat tu tak boleh dikeluarkan la. kami cuma keluarkan sekali je.
aku: ek eleh. abis tu smalam korang cakap lain lak (aku cakap dalam hati).
dia: so, akak tak dapat la nak bagi kat adik.
aku: (aku tau surat surat macam tu diorang mesti ade copy punye). err.. akak boleh tolong fotostatekan tak? sebab saya nak kene antar ke 'tingkat bawah'.
dia: awak tunggu kejap ae..

another minute..

dia: sume pegawai takde la kat sini. awak datang lain kali ek.

for me, if anythings happens, aku akan balas dengan senyuman. walaupun senyuman yang terpaksa. lebih sejam aku dok sini and i gain nothings. senyum je la..

aku pergi ke tingkat bawah nak jumpe akak yang slalu tolong aku tu (ala, yang dalam post sebelum2 ni tu). nak carik kak lin. tapi die takde sebab pergi kursus lak.

damn. aku datang salah timing ke...

Chapter: Hepi birthday

Taniah kepada cik Niki yang berjaya menghadapi 23 tahun asam gaam kehidupan. semoga beliau tabah dan gembira selalu ketika menghadapi kehidupan dunia yang sementara ini.

ps: wow, 13th July ari Jumaat. hati hati, black cat boleh bercakap ari ni. esok nanti korang lupa apa apa yang terjadi berkaitan dengan black cat.

ps ps: aku tak nak jumpe black cat ari ni!!

Chapter: Back to the future.

Semalam and hari ni bertapak semula ke office lame. kembali mengenang nostalgia dulu dulu. menyanyi semula disini. and create a new kenangan kat sini. kinda used of it. hehe!

Chapter: Links

smalam aku ade jumpe satu link yang mengumpulkan koleksi lagu lagu melayu. akhirnya dapat gak aku carik balik satu lagu yang aku minat sesangat. dari dulu aku nak carik lagu ni OAG - Goddess. sebab lirik die best sangat. kalo korang nak carik lagu lagu melayu, korang try la g kat sini: http://lagumelayu.blogspot.com. tak semua ada, but at least ade siket daripada takde langsung.

OAG - Melody Mocker - 05 - Goddes.mp3

Lirik die

Rabu, 11 Julai 2007

Suratan @ Kebetulan

7 comments
ni aku petik dari blog ony (ex-mrsm kucai).

sesuatu yang x di sangka seringkali mendatangi kita
itukah suratan dlm kehidupan atau sekadar 1 kebetulan
kita asyik membicarakan persoalan hidup & pilihan
serta kejujuran semakin berkurang masih tiada bertemu jawapan
walau kita di hadapkan dengan pelbagai pilihan
mengapa sering terjadi pilihan tak menepati

Dalam hidup nie x semua yang kita harapkan akan tercapai. Sama la jugak dengan x semua orang yang kita sayang tu senarnye sayang kat kita jugak.. Pelik kan.. selalu nya orang yang kita suka, bukan orang yang betul-betul suka kat kita... n orang yang suka kat kita tu bukan orang yang betul-betul kita suka.. and ape yang lebih menyakitkan lagi bila sometimes the things that give us joy can also hurt us more in the end.

hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

lastly benda-benda cam gini la yang buatkan kita selalu x yakin dengan diri kita sendiri.. every single thing kita rase we r the worse.. sedih kan.. n kita selalu tanye diri kita sendiri.. kenape aku x pandai cam dia ek? Kenape aku tak cantik cam die ek? Kenapa aku x kaye cam die ek? Kenapa.. kenapa.. kenapa?? N kenapa kita x yakin ngan diri kita sendiri? Yup sebab semua kelebihan orang lain buat kita rasa rendah diri.. buat kita hilang keyakinan diri..

pertemuan sekali ini bagi diri ku amatlah bererti
tetapi ku bimbang untuk menyatakan
bimbang kan terulang kesilapan

n bila kita jumpe our Mr Right then kita still x yakin dengan diri kita.. at that time jugak we became afraid to fall in love again coz before this.. every time we do, we get hurt more.. then untuk sedapkan hati.. the air quote will be..

Loving people means giving them the freedom
whom they choose to be and where they choose to be..
Loving someone means giving him the
freedom to find his way, whether it leads
towards us or away from us

Then bila dia dah takde dekat ngan kita baru lah kita menyesal.. tapi it’s too late now.. coz the time will not going back again.. and the last thing we can do is just try to recall all the memories that we’ve shared before..


reference: http://onyhamdan.blogspot.com/2007/05/suratan-kebetulan.html

Selasa, 10 Julai 2007

test

2 comments


Which Hogwarts house will you be sorted into?



Your in-depth results are:

Ravenclaw - 14
Hufflepuff - 12
Gryffindor - 10
Slytherin - 8

Ravenclaw
Ravenclaw values intelligence, knowledge and wit. Its animal is the eagle (not the raven, as might be expected), and its colours are blue and bronze. No Ravenclaw house ghost is directly mentioned in the books; however, the Harry Potter movies name her as the Grey Lady. The house was founded by Rowena Ravenclaw. According to Rowling, Ravenclaw corresponds roughly to the element of air. The Ravenclaw common room and dormitories are located in Ravenclaw Tower on the west side of the school. Very few Ravenclaw members are specifically mentioned, and, in general, they are not seen much in the Harry Potter books.

The current Head of House Ravenclaw is Filius Flitwick.

A few notable Ravenclaws (for a complete list, see List of characters in the Harry Potter books. Also see Minor Ravenclaws):

Cho Chang
Luna Lovegood
Filius Flitwick
Moaning Myrtle
Ravenclaws in Harry Potter's year (Terry Boot, Michael Corner, Anthony Goldstein, Padma Patil, Lisa Turpin, Mandy Brocklehurst)
Marietta Edgecombe
Penelope Clearwater
Roger Davies


ref: wikipedia lol

.... follow aje....

Khamis, 5 Julai 2007

life is hilariously fucking cruel

6 comments

...sekadar luahan je...

Selasa, 3 Julai 2007

sekadar luahan (2 + 3)

11 comments
malam semalam boring giler. tak tau nak wat ape. damn..

malam semalam sakit pinggang and back spine. damn..

malam smalam tak boleh tdo. dari pukul 2 pagi sampai pukul 6 pagi baring atas katil je. damn..

pagi tadi tdo kejap je. pukul 6 lebih sampai pukul 10 pagi. damn..

pagi tadi mimpi bukan bukan. damn..

nak kuar rumah, nazri (a.k.a geweng) cakap paip depan umah bocor. damn..

sinki tersumbat. damn..

nak install package untuk mikatex (LaTeX), asyik error je. damn..

uuuuu.. (efek sedih).

♪♫♪♪♫♪♪♪♫♫♪♪♫♫♪♫♪♪♪♫♪♫♪♪♪♫♫♫♪♫♪♪♪♫♪♫♪♪♪♫♫♫

just nak share satu lagu ni. lagu yang mengingatkan aku kepada banyak peristiwa. lagu yang diperkenalkan time kawan kawan baik aku berkumpul jamming dari tahun 2002. lagu yang menjadi lagu tema tiap kali kitorang jamming. dari bulan 9 tahun lepas, aku and ijan teringin sangat nak nyanyi lagu ni. sampai sekarang, masih gagal mengumpulkan "kitorang". kitorang: aku, faziruddin, fazrol, fadzle, nik, jay em, alan, ijan, mamai, bob mirzan. kude keladie padie. hehe.. lirik lagu ni actually sedih, tapi dinyanyikan dengan gUmbira. sebab time sorang (vokalis) menyanyi, yang lain lain macam mengejek die. fun giler.. so.. enjoy bebeh.. (yang warna biru tu, vokalis sorang nyanyi. yang warne ijau tu, ramai ramai nyanyi, yang warne merah tu, sume nyanyi skali).

Boo Hoo Clapping Song

I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems
I sit at home, I'm crying
Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you know it
My world gone wrong, please help me
We have no time, now beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be
Now you tell me?




korang leh donlod kat sini, and rajin rajin ar visit blog Carburator Dung.

Isnin, 2 Julai 2007

Bukit Indah

12 comments


Seketika di bukit indah. sekadar 20++km je dari taman universiti. jalannya: taman universiti -> masuk mutiara rini -> lalu depan taman daya jaya -> masuk taman timur -> lalu depan taman nusa bestari jaya -> masuk taman nusa bestari 2 -> sampai ke taman bukit indah.



berbaloi dengan kepenatan yang ditaburkan, aku dapat melihat pelbagai karenah manusia disitu. tidak perlu mencari pantai. pelbagai jenis dan kaum manusia berkumpul disitu untuk sama sama menggunakan taman umum itu sepenuhnya sambil menghormati kesensitifan setiap kumpulan.. yeah..

"For one brief moment I felt the heartbeat of creation, and it was one with my own." Philip J Fry [3acv15]