Isnin, 26 November 2007

:)

14 comments
This is the story of how i enjoy my last weekend..

Jumaat malam..



Menyaksikan satu perarakan yang aku tidak ketahui namanya ketika dalam perjalanan makan malam di Restoran Ayub (kedai mamak) di area kebudayaan, Taman Universiti. Sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati ku yang agak bercelaru,dengan melihat pelbagai kaum (kerana ada sekali perarakkan kompang dari malays dan tabla dari indians) turut memberi sumbangan dalam perayaan tersebut. khabarnya mereka berarak menuju ke tokong di jalan selekoh belakang kawasan gerai makan taman universiti (payung). motifnya tidaklah diketahui kami... namun kami ada perasan diorang siap bawak berlari colok colok yang sedang terbakar..

setelah selesai makan, aku yazid serta ahli ahli Lorong Terbabas (LTB) bergerak menuju ke hard sound. aku ditugaskan untuk mengambil video dengan menggunakan digicam en kucai. tujuan utama LTB melakukan jamming kali ini adalah untuk merekod lagu lagu sebagai kenangan kenagan terakhir band ini di utm (fyi, mostly ahli band ini telah menamatkan pengajian mereka semester ini). geweng kata, dia baru lepas makan banyak sangat sehingga sarat. tu sebab dia tak dapat perform bagus. tapi aku dengar balik mp3 tu, rasa sedap jugak. hehehe

selesai sahaja dengan jamming, sekali lagi kami pergi ke Ayub untuk minum minum serta ditemani dengan ijan, rakanku semenjak forecast lagi. kemudian bergerak ke Danga Bay untuk berkara-ok. malangnya, setelah kami tiba, kara-ok box tersebut telah tutup dan kami terus menukar plan untuk pergi main snuker. geweng, panjang, azri dan yazid telah menunjukkan bakat masing masing dalam mengira dan mengaplikasikan trajektori serta momentum yang diperlukan ketika main snuker (sebutan nama tersebut diletakkan berdasarkan kepada ke-power-an mereka bermain snuker dan aku tiada dalam list kerana aku tak power). setelah selesai main snuker, kami lepak lagi di Ayub (atas permintaan Panjang) untuk kali ketiga.. then balik tdo pukul 7 pagi.

Sabtu..

Hari sabtu ni, aku banyak buat repetative (?) action sahaja. dari bangun pukul 10 pagi, aku berchatting. tengah hari ke maghrib, aku habiskan masa dengan membasuh baju dan membasuh cik rosz.



malamnya, aku, kucai dan yazid berjalan jalan dari Taman Universiti, Mutiara Rini, Bukit Indah dan akhirnya berhenti lepak di Mek-D di Jalan Skudai (sebelah simpang ke Sutera Utama). ekceli ni kali pertama aku lepak kat Mek-D. menurut yazid, aktiviti ini telah lama melanda mesia dari beberapa tahun lepas. hah. aku tak taw..



aku dan kucai menunggu sahaja yazid membuka air tu since kami berdua tak penah minum air jenis tersebut.. ye lah. kami berdua ni orang kampung je.

Kucai: Tekak aku rasa kering ar.
Aku: aku pon sama..

kami berdua tunggu reaksi dari yazid. malangnye yazid tidak perasan kata kata kami kerana sebuk membaca surat khabar. ceh. cara halus tak berkesan rupanya kat yazid ni..

Aku: yazid, aku haus la..
Yazid: ha, bukak la air tu..
Aku: ...

Tertekan lak aku. mane le aku taw nak bukak air tu.

Aku: Macam mano eden nak bukak eh ni.

Tak pasal pasal kuar bahasa kampung aku. mane le aku taw nak bukak...

lepas tu kami balik and tdo.




Ahad..

Aku pergi berjumpa kawan aku di rumahnya berhampiran Ulu Tiram dan berjalan jalan di Tebraw City.. dan aku perasan tayar moto aku macam gelong siket.. ;(

argh.. guna bahasa baku..

Khamis, 22 November 2007

Ketika sakit..

13 comments
Deep into a dying day
I took a step outside an innocent heart
Prepare to hate me fall when I may
This night will hurt you like never before


Ketika sakit kepala..

ini adalah solution dari encik yazid. pergi ke kedai makan/minum, order apa apa air sejuk (ais) dan tekapkan di kepala.

dari dulu lagi aku nampak yazid buat macam ni, tapi aku tak penah tanya dia sama ada menjadi ataw tidak 'trick' ini. hehe

solution dari aku lak, aku suke pergi mencari kawasan yang dapat melapangkan fikiran. dan sambil on the way nak ke sana, aku suka menyanyi keriangan lagu lagu yang seswai untuk di buat pogo. hehe


Ketika sesedu..

aku suka kalo sesedu. sebab apabila bercakap dgn orang, sometimes bende tu jadi macam klaka plak.. mase aku tengah bercakap dengan member aku: "weh, ko tolong *urp* kopikan segala fail yang ada kat fol- *urp* -der tu kat pendrive aku." sebab kadang kadang satu perkataan tu boleh tersangkut sebab tengah sesedu. hehe.. tapi yang tak bestnye kalo kene time start masuk keje sampai lah dah balik kat umah. macam macam gak petua yang aku dapat. dari kawal penafasan, tahan dari bernafas sampai lah ke petua mak aku yang ni:



dengan menggunakan kertas resit ATM, aku tampal sedas kat dahi aku. Geweng Terbabas (GT) ternampak aku buat camtu, pastu die tegur aku..

GT: Ko sesedu ek..
Fa: a'ah *urp*
GT: Sapa yg ajar ko buat cara ni?
Fa: mak *urp* aku. kenapa?
GT: dah agak dah..

hehe.. tak taw la geweng tu perli aku ke ape. tapi mungkin disebabkan kertas yang aku daskan kat dahi aku ni kecik sangat, so terpaksa lah aku tampal lagi besar..



seb baik menjadi gak. hilang sesedu tu. ko tak, aku rasa nak je aku tampal satu resit tu kat dahi aku, or maybe satu ketas A4. 6 jam kene sesedu :sigh:

Isnin, 19 November 2007

The nite, was sultry..

9 comments
Smelly air all around me
I'm looking as the sky goes by
garbage kitchen all around me
I'm wondering what the world's gonna be.


14 Nov [Life]
Happy belated birthday diucapkan kepada Siti Noraishah yang jatuh pada 14 November. semoga dengan usia ko yang genap 23 tahun ini, adalah diharapkan agar ko menjadi lebih tabah dan matang dalam menghadapi suka duka kehidupan


Nah, video sempena birthday ko :)




Sempena birthday ko ni, aku prasan meter moto aku dapat 011110. ekceli agak sukar nak dapat no macam ni. satu nombor yang simetri. no binari. no genap. hehe



permintaan ko sempena hari jadi mu ini, insyaAllah akan ku cuba tunaikan. ko pon taw, kalo nak tengok aku dapat beri apa yang ko inginkan or tak, hanya sehingga salah sorang dari kita tiada dibumi nyata ini :) semoga ketika itu tidak terlewat lagi...

15 Nov [Sekadar Luahan]

Tiada apa apa yang menarik except ni adalah kali pertama aku pergi ke Senai Airport. aku suka lalu jalan nak ke sana. cantik. indah. best betul landscape die.. walaupon aku tak sempat berjumpa dengan si kacang :( tak apalah. lain kali boleh sahaja :)

16 Nov [Things to Ponder]

Perbualan antara seorang pekerja (P) dan bosnya (B) di hadapan aku. si P ni telah diberi kebenaran untuk datang lewat (pukul 9 pagi) dan disebabkan itu, dia perlu pulang lewat (5 lebih petang)

B: P, esok awak datang awal boleh?
P: pukul brapa? biasanya dalam pukul 8 sy dah sampai.
B: eh, bukan ke sy bagi awak datang lewat lewat siket?
P: tak apa lah. saja saya suka datang awal.

then boss tu pandang aku. ye. aku taw. aku diberi kelonggaran untuk datang lewat. tapi.. well. it doesn't seem so nice. tah le..



petangnye aku mengambil masa untuk berjalan jalan sekitar bukit indah. melihat keseronokkan kanak kanak bermain di taman rekreasi sambil makan eskrim dibawah tiupan gerimis. sejuk. and mase balik, disebabkan badan aku gatal gatal, so aku saja mencari jalan lain untuk pulang, dan akhirnya tersesat sehingga nusa idaman. kawasan yang indah sekali. and yang lagi best, rumah kat situ agak besar jugak. 20' X 80'. best~



17 Nov [Lucky]
Planning nak pergi ke Taman Desa Cemerlang, dekat dengan Ulu Tiram. berdasarkan kepada penjelasan Geweng Terbabas, sepatutnya aku boleh sampai kejap je. tapi disebabkan aku ni gatal sangat ikut jalan lain, akhirnya aku sesat kat kawasan kilang kat area kempas. ah. demmit. makan masa satu jam gak la nak sampai ke sana. berjumpa dengan sorang kawan aku yang aku rasa lame giler tak jumpe. cume tak lost kontek je. hehe



mase nak balik pon aku sesat gak (disebabkan jalan kat highway pasir gudang tu tutup), aku terlajak kembali ke highway taman perling - bukit indah. demmit (again). kalo ikutkan peta yang dibekalkan JKR, ade gak la aku buat segitiga. ceh..

ekceli, aku rasa kinda Lucky gak sebab semalamnya aku dah usha usha highway kat Bukit indah tu. cuma hari ini sahaja (terpaksa) berpeluang mempraktikkannya :)

dan malamnya, Yazid belanja aku tengok wayang setelah Yazid gagal memujuk kami untuk menembak langit. hehe.. cerita Penny Dreadful. aku cadangkan korang semua tengok cerita tu sebab cerita tu mampu membuatkan Yazid dan Shukran Terbabas terkejut beruk mak yeh. aku dengan A'in sahaja yang cool tengok cite tu. haha.. dan (macam biasa) lepas tu kitorang lepak kat ayub, sebagai memenuhi rutin harian bersama Panjang Terbabas dan Geweng Terbabas. ada cerita menarik.. tapi aku biarkan Geweng Terbabas menceritakannya di dalam blog LTB. hehe

18 Nov.. [Damn the Weekend]
inilah antara hari yang aku rasa malas giler nak kuar rumah. dah le hujan. aktiviti aku banyak dipenuhi dengan tidur sahaja. malamnya pula masak cekodok, kembali kepada rutin harian sebelum waktu puasa dahulu :)

dan yang lagi best, masing masing kini dah ade cawan polistrin tersendiri. nama diletakkan dengan nama buah. aku menggunakan nama Timun, geweng kekal dengan Buah Geweng, Shuk pula memilih Kiwi, Kucai pula dengan Betik, Panjang diberi nama Picang, A'in dengan Teratainya manakala Yazid pula dengan Anggur Blackcurrent. hehe

Sabtu, 17 November 2007

...aah! ESFP

7 comments
Your Personality is Somewhat Rare (ESFP)

Your personality type is playful, charming, open minded, and energetic.

Only about 7% of all people have your personality, including 9% of all women and 5% of all men
You are Extroverted, Sensing, Feeling, and Perceiving.

Selasa, 13 November 2007

...aah! bbq nite (terima kaseh)

26 comments
the roof, the roof, the roof is on fire
we don't need no water let the motherfucker burn
burn motherfucker, burn

burn, burn, burn, burn


Di sini aku akan meletakkan rentetan peristiwa ketika bbq nite yang dianjurkan oleh teratak 42 (t42) dan band Lorong Terbabas (LTB) yang berlangsung pada 10 November 2007 malam. untuk melihat dari persepsi lain mengenai malam ini, sila layari ke blog yazid, LTB, t42 (terima kaseh III, mencari tar) dan cik payung
(if korang ade menceritakan jugak, plz tell me. nanti aku insert link nanti).

the nite before..

Terima kaseh diucapkan kepada Shukran dan Fitri kerana telah membersihkan kawasan ruang tamu kami. dan pada mase tu, thanks kepada Yazid dan Geweng kerana telah membuat deal dengan katering Kak Ana (Warisan Tunjang Sdn Bhd) mengenai peminjaman sedikit peralatan serta membekalkan nasik goreng dan bihuun goreng. dan diwaktu tengah malamnye pula, aku, fitri, panjang dan geweng mencari dan memilih batu tar (terbuang) terbaik untuk dijadikan sebagai medan membakar di laman rumah..



the day...

paginya (ekceli tengah hari)..

terima kaseh kepada ahli ahli LTB (Shukran, Azri, Nuar serta ketua band, Panjang) kerana mendecoratekan hadapan umah kami serta tolong membersihkan kawasan laman kami. manakala aku, yazid dan nazri pula pergi ke taman tun aminah untuk membeli keropok ikan mentah secara pukal dan gula sekilo. kemudian terus menuju ke Jaya Jusco untuk membeli 2 batang serai berharga RM 0.30. maklum lah. Jaya Juscokan berada di hati kami. hehehe



Terima kaseh kepada Kucai kerana menjadi sound engineer, Panjang kerana membenarkan laptopnya (yang power giler) untuk menjadi "music box" serta ahli ahli LTB, yazid, ika dan izati kerana membantu mengemas bahagian dalam umah. korang memang baik hati sebab sanggup bertungkus lumus..



video kemas kami boleh didapati di sini.

dan ketika si ika sedang memasak keropok, leh la pulak gas abis. minta maaf ika. selama ini kami memang gamble abis untuk tidak menukar gas walawpon dah hampir 6 bulan menggunakannya. boleh lak gas abis time time critical ni..



so, aku and panjang pergi ke kedai gas. sadly to say, kedai gas kehabisan tong gas (??). seb baik ade kedai apek kat blakang to. thanks to that apek sebab ade jual gas. hehe

perbualan kami dengan yazid (Y)..

Y: tong gas harge die dalam RM 13 je. tak lebih dari RM 15.
P: mane ade. kitorang tadi beli RM 25 ar.
Y: ye ke. dulu aku beli gas takde mahal camtu.
G: hek eleh. tu dulu ar. sekarang memang dah naik giler babi..
A: harge gas memang macam ni la. kedai bapak aku jual harge die memang RM 25.

hehe. apolah yazid ni. tu tahun bila ko beli gas. tapi, apa apahal pon, thanks sebab ko adalah penyumbang terbesar dalam usaha pembelian gas tersebut (dari segi kewangan).



juga terima kaseh kepada usen and the gang (band itakadimas) kerana membekalkan sosej sebagai makanan tambahan. hehehe

dan the event..

perasaan penat aku telah berubah kepada amat gembira apabila melihat usaha kami yang berterusan dinikmati oleh tetamu tetamu. terima kaseh banyak kepada mereka yang sudi datang ke majlis kami. jangan risaw. insyaAllah kalaw ada peluang lagi, akan kami buat lagi :)



tidak lupa juga kepada cik nana payung and her housemates kerana menjadi sponser kepada kami. hehe. thanks :)



terima kaseh kepada fazrol, kerana terus datang ke umah kami selepas balik keje di tengah malam. minta maaf kerana aku ada hal penting lak mase tu.. dan terima kaseh kepada kucai, awek geweng (min) dan yazid kerana mengizinkan menggunakan kamera mereka untuk membantu menangkap momen momen yang agak kritkal ketika aktiviti ini berlangsung.

serta tidak lupa juga kepada korang yang sudi membaca (ataw pon tak baca sangat, ataw tak baca langsung) post aku kali ini. sesungguhnya, post kali ini tiada unsur unsur steganographic :) thanks a lot...

Rabu, 7 November 2007

...aah! apo kono eh jang...

5 comments
apo cito? 24 hours? macam sehari tak cukup 24 jam je :D



nak je aku g tanya kat orang kedai tu "apo kono eh jang?".. hehehe


ari ni..

aku bangun bangun je (pukul 11 pg lebih), aku dapat msg dari herman (RO aku). die kate ade makan makan free (jamuan raya peringkat universiti) kat tepi tasik utm. so, dengan laloq laloq aku terus singgah kat sana (otw nak g opis). so, dengan laloq laloq ni lah, aku parking moto aku. tapi disebabkan otak aku still belum dapat synchronize antara mimpi dengan realiti, aku double standkan moto aku di kawasan yang tidak rata. aku lepaskan tangan je, terus moto aku jatuh. kelam kabut aku nak angkat balik moto. pastu boleh pulak aku dengan moto jatuh lagi sekali. sengal gila.. akibatnya..



kemek.. :( banyak lagi tanda calar yang aku segan nak letak kat sini...

peristiwa memalukan ini disaksikan oleh 2 orang mat moto yang ada kat tepi aku, sorang minah yang tengah tunggu bas (sambil pandang pandang aku, nak up*to*date dengan kesah ni kot), serta segerombolan wanita yang nak pergi ke tepi tasik. aku dengan tersenyum senyum sensorang, terus letak moto leklok sambil berjalan cepat ke tempat lagi ramai orang. kalo ikutkan nafsu, nak aje aku berlari terjun tasik.. tapi takkan la nak biarkan badan dikuasai nafsu. buat cool sudah.. jalan sambil tersenyum sambil cuba menyelit ke kawasan berkepadatan tinggi. berjalan ke hadapan, bukan ke belakang (macam iklan petronas tu)..

seb baik takde orang kat situ tanya aku "apo kono eh jang?". hehehehehehe


dari semalam aku dok layan lagu nogori nih. secara tak langsung, thanks to sarmi (sebab bagi lagu dikir barat seperti di dalam post kat bawah) and to fahni (budak nogori yang memperkenalkan lagu ni kat aku). ade 2 video yang berkaitan. satu yang nih:



menceritakan macam mana mamat tu giler giler nak mengayat si milah. siap poning poning palo eh dibueknyo. siap kene bahan dengan orang kampung. and it's kinda fun disobabkan watak watak sampingan tu..

and ni vids sambungan yang agak sedih. terasa macam ada kaitan dengan life aku lately lak. kekeke ;(



Ally Noor & Mastura - Apo Kono Eh Jang

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai

( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih


( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko bepoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko


( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan


( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih


( P: )
Apo kono eh jang...


and so, aku dah tekad.. u know y.. gotta do what you gotta do.

Isnin, 5 November 2007

8 comments
...aah! ngantuknye~~



thanks to sarmi for this vids. best lak layan dikir barat nih. topi nike! hehe