Selasa, 8 Januari 2008

Bank Islam

Update 2011/June/02

Disebabkan ramai pulak yang masuk blog ni sbb nak carik Bank Islam Tampoi, Johor, ni ha google maps die (Jangan cari bank islam tampoi kat google maps. Sebab tu lokasi lame):


View Larger Map

Arahan: Dari Jalan Skudai, amik exit kat Angsana tu. Lepas lalu Angsana, ada satu trafik light, sila jalan terus. Kalau ada nampak Bangunan tinggi LHDN kat kanan (selepas bangunan angsana dan selepas trafik light tu), dah betul la tu jalan anda.. Trafik Light kedua, sila ambil simpang PALING kanan. Nanti anda akan nampak ade bangunan besar - besar kat sebelah kiri. Carik sampai dapat kat situ..

.....


back to story lame

hatta yang sedemikian rupa, maka satu lagi perkara yang tersangkut tahun lepas telah berjaya diselesaikan awal tahun ni gak.

...
bulan 12 tahun lepas..

aku ikut hosmet aku (geweng) untuk bukak akaun kat Bank Islam di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor. geweng bukak akaun Bank Islam sebab scholarship dia (JPA) masuk melalui bank ni. aku lak lihat alang alang aku dah ade kat sane, leh aku bukak skali akaun aku kat sini. kami masing masing amik no giliran. aku dapat no 1111 (dan no on-air sekarang 1101). no yang lawa. teringat lak aku peristiwa main daun terup kat umah ijan mase awal tahun ni (2007).

...
awal tahun 2007

aku main daun terup macam biasa dengan hosmet hosmet ijan. aku slalunye kalah teruk kalo main game ni. sebab aku susah sangat nak dapat daun yang cantik. ijan dgn jay em yang membantu aku pon cakap tak leh nak wat apa apa dengan setiap daun yang aku dapat. haha.. so, suddenly, aku dapat soon (sederet) daun cantik. teramat cantik untuk setiap round game untuk satu hari tu. diorang cakap kat aku

X: Patut la daun ko suwey sebelum ni. sekali dapat yang cantik, tak hingat dunia punye.
Y: tu la. luck luck ko yang sebelum ni kene tarik sampai satu mase kot.. pasni hilang la balik luck ko. hehe~
Aku: haha!

...
kembali semula kepada bulan 12 tahun lepas tu (kat Bank Islam)

aku memerhatikan setiap orang yang bukak akaun kat situ. secara purata, masing masing mengambil masa dalam 10 - 15 minit untuk bukak akaun (siap dengan Kad ATM sekali), termasuklah geweng. aku lihat jam sudah pukul 12.45 ptg. so, aku estimate dalam pukul 1.10 aku punye akaun siap. so, tunggu je lah.

pukul 1.30 ptg, aku masih belum dipanggil lagi. aku tengok orang yang datang lagi lambat dari aku, sume dah selesai bukak akaun. geweng pon dah lama selesai urusannya. so, aku berdiri mengadap orang yang in-charge bab kad ATM ni sambil bagi body-language aku mengatakan "lambat lagi ke? mane kad aku?" dan dia balas (dengan body-language jugak) "kejap.. kejap". geweng pon dah tertanya tanya, apsal lambat sangat ni. so, aku pon minta tlg geweng tunggu jap lagi..

jam dah tunjukkan pukul 2.10 ptg. kad aku tak siap lagi. dah le panas kat dalam tu. aircond macam tak berfungsi pon. mungkin akibat bahang cuaca panas diluar telah mempengaruhi atmosfera hati dan perasaan aku untuk terus ke kaunter dan tanya terus kat orang tu..

Aku: Bang, lambat lagi ke? dah sejam lebih dah ni, takkan tak siap lagi?
Dia: Sabar ye dik. Kad kamu ni ada masalah siket. saya pon tak tahu kenapa dengan kad dan akaun kamu ni.
Aku: Aik. takkan la baru buat dah ade problem? so, lame lagi ke saya nak tunggu? saya nak balik melaka ni.
Dia: Bila kamu nak balik melaka?
Aku: Sekarang la.
Dia: Kamu tunggu la kejap ye. kejap je ni.
Aku: Tak apa lah bang. saya nak balik sekarang. nanti saya buat kat cawangan lain, tak pon saya maleh nak buat. (aku bagi ayat keras ada unsur mengugut)
Dia: ..... kamu ambil dulu ni. dia ada tulis no akaun kamu.

Dia bagi kat aku 2 kertas debit dan 1 kertas kredit sambil mengingatkan aku untuk datang kembali kat situ ASAP. ada dua no akaun yang berbeza aku tengok. mane satu aku punye nih??? aah! aku dah lambat ni. dan aku terus blah dari situ tanpa berterima kaseh.

(perenggan ni takde kaitan secara langsung dengan Bank Islam, cuma irony sahaja)
selepas itu, aku terus pergi ke larkin untuk balik ke kampung. beli tiket ke Tampin dengan menaiki bas transnasional. bas yang dijanjikan telah tiba 10 minit lewat. aku naik bas tu, then perasan aircond takde. ade sorang makcik ni soh driver bas tu bukak aircond. Pakcik driver bas tu cakap "Tadi mase saye parking kat sini, aircond dia terus mati. saya rasa dah rosak dah aircond ni. kamu tunggu la kejap ye. saya panggil pomen jap". haha.. so, dengan panas panas tu, aku dok tunggu je kat dalam bas tu sampai 30 minit kemudian, baru la ade aircond dan perjalanan bas diteruskan (dengan lewat 40 minit).

...
(kembali kepada cerita Bank Islam)
seminggu kemudian, dia ada call aku cakap aku punya akaun dah ok. die soh aku datang kat Tampoi, amik kad.

Dia: Encik Fa, kamu punya akaun dah siap. boleh kamu datang sini (Tampoi)
Aku: oo. dah siap ek. minta tolong simpankan dulu boleh tak. saya kat melaka ni.
Dia: Kamu balik lambat lagi ke? kalo boleh amik la cepat.
Aku: Tahun depan la saya balik. nanti saya g sane terus la.
Dia: ..... ok.

...
Semalam (07 Jan 2008)

Aku kembali ke pangkuan Skudai 3 hb lepas. and hari ni baru la aku terasa nak pergi ke Bank Islam. pergi ditemani geweng (sebab dia nak check balance die) dengan menaiki moto kucai. alhamdulillah, selesai gak. dapat dah kad ATM. and ada gak sedikit duit untuk buat makan hari ni. hehe

fikir fikir balik, ada baiknya kad aku tersangkut masa tu. kot tak, mungkin aku sekarang ni tengah kering abis (since mase aku kat kampung pon aku ade krisis duit). sekurang kurangnya ada gak duit sedikit untuk tanggung makan aku mase kat skudai ni. (ekceli tadi aku pergi ke Bank Islam tu pon sebab aku tengok duit aku dah tinggal RM 3 je. hehe)..

well.. life goes on :) thanks kepada sesiapa yang membantu, mahupun membaca luahan ini :p

6 ulasan:

  1. korang ni masa spm dulu mesti karangan panjang2 ek...jeles aku...aku cuba gak nak mengarang panjang...tapi tgh2 tulis nanti mesti lost n lupa terus...pastu cite jadi ringkas...huhu

    anyway...u r welcome...kerana ko berterima kasih pada org yg membaca luahan ko...heheh

    BalasPadam
  2. Nape sampai pegi Tampoi? Dlm U*M kan ada..

    BalasPadam
  3. aku pon sbnrnye.....
    ahahahhhaaaa
    aku tak tau pesal..tp mmg aku tak terperanjat la sbb jd kat ko.. selama aku buka akaun org..sehari je siap takes only 30 min.
    ko siap ngn acc ade prob la..

    aku dah doa kan da ko dpt luck best-best 2008 ni...hmm aku rs kan..ini sume ade kaitan ngn nama ko...tuka la nama ko...(curik lg nama aku)...

    my name only bring luck to me..
    dey..aparrraaa.

    p/s: acc maybank dah ade lom?? baek ko ade skang b4 aku mara...

    BalasPadam
  4. abeming..
    yeah. dulu aku punye karangan kat sekolah dulu merepek repek. slalu sangat dapat tulisan merah 'lari dari tajuk'. ko tulis je panjang panjang. aku tulis panjang panjang ni pon bukannye ade orang bace. haha

    phu ying..
    sebab mase tu tengah on the way nak g ke larkin. (kat dlm U*M ade ek. kat mane? tak taw pon...)

    fafa..
    aku pon tak taw la nape. belum apa apa dah ada problem. belum sempat aku tengok aku punye no akaun, dah ade problem. tapi at least nampak sangat kes aku ni unique giler. leh dijadikan contoh ni. hehe

    thanks fafa.. tu la. aku pon ingat camtu gak. tapi sekarang ni name aku dah 38 huruf. kalo tuka, mau jadi 52 huruf lak name aku nanti. haha

    my name is fa - was chosen to be more realistik. not for fun only lah..

    re p/s: dah bukak dah. sekarang ade baki RM 1.01 je. ko tolongla upkan siket baki akaun aku tu. wahaha

    BalasPadam
  5. klakonya baca.. duk tengah google bank islam kat area skudai ni kat mana..tersesat plak kat blog dia.. heh, nice post la.

    BalasPadam
  6. hehe.. thanks ;)

    btw, kalau kat area skudai ni, yang paling dekat skali adalah kat tampoi sane tu. blakang angsana. ikut jalan lame.. harap dapat membantu.

    BalasPadam

terima kaseh :)