(this picture is taken from http://www.cbs.com/, about TV Shows: The Class)
Semalam aku ada kelas. pukul 9 pagi di D06-411. fyi, sekarang dah minggu ke 4 dan ini adalah kali pertama aku nak masuk kelas tu. sebelum ni tak dapat datang disebabkan beberapa irony yang tak best sungguh untuk diceritakan. aku tak taw kelas tu kat mana, so, i'm just wondering at D06, melihat mana arah student student yang nampak agak berumur bergerak. dan aku agak lucky kerana arus mereka sememangnya menuju ke satu puncak dengan aku. kerana objektif kami adalah sama..
masuk sahaja di kelas, aku agak terkejut. kerana dalam 40 orang student didalam kelas itu, hanya 4 orang sahaja lelaki. tiada pilihan. aku duduk di tempat belakang sekali. agak bebas daripada tumpuan daripada duduk di hadapan kelas. kemudian, lecturer yang menghandle kelas tersebut ternampak aku sambil mengerutkan dahi. nama lecturer tu adalah Dr An.
Dr An: yang blakang sekali tu. saya tak pernah nampak pon awak.
Aku: err.. saya baru masuk hari ini.
Dr An: laa. macam mana tu. awak dah miss banyak kelas dah ni.
Aku: ye Dr. saya sebelum ni tak dapat datang.
Dr An: sapa nama kamu?
Aku: Fairuz
Dr An: ok fairuz. sekarang kita dah jauh dah ni. group pon dah dibahagi bahagikan. now i want u to have a group before the class is end.
Aku: ok dr.
Dr An: sekarang ni kite dah masuk ke topik 'World Population'. macam yang awak nampak ni, kelas kita je pon dah ramai perempuan. kamu dari fakulti mana fairuz?
Aku: dari fakulti sains dr.
Dr An: kamu amik kos apa?
Aku: matematik.
Dr An: kat fakulti kamu tu sapa lagi ramai? perempuan ataw lelaki?
aku terdiam. aku tak penah amik taw pasal ni. disebabkan aku tengok surrounding aku ramai perempuan didalam kelas ni, so aku pon memberikan jawapan yang mereka semua inginkan.
Aku: rasanya ramai perempuan.
Dr An: Ha.. see that! kenapa lelaki kurang? korang sume tak minat blajar ek.. (dia membebel bebel pasal pompuan lagi minat belajar, and aku tak tumpukan pon apa yang dia cakap.. hanya senyum dan mengiyakan sahaja)
Dr An: so fairuz, kenapa kamu amik kelas ni?
Aku: sebenarnye saya pernah amik kelas ini. masa 2006/2007 sem 1. tapi pastu saya salah daftar subjek.
Dr An: ooo.. bulan julai ek. kamu sekarang kamu pasti kamu masuk kelas yang betul?
Aku: ni kelas UHP seksyen 04 kan?
Dr An: eh bukan. ni kelas seksyen 03. baik kamu semak semula..
perbualan ini menyebabkan semua student (yg mostly girl pandang kat aku sambil berbisik bisik sesama mereka.. kutuk kutuk aku le tu). aku pon satu gak. pakai masuk je. and aku pon tak ingat sangat aku seksyen brape. hehe
Dr An: kamu pergi semak dulu. kalo salah lagi sekali macam dulu, kan susah.
Aku: baiklah doktor. saya g check jap ae..
so, aku berlari pergi mencari lab komputer di fakulti sains, yang terletak kira kira 3 batang rokok jauhnya dari kelas tadi. bukak sahaja pc, dan aku terus semak pendaftaran aku.
demmit. betul la seksyen 3. apsal otak aku leh tershift jadi seksyen 4. hah. tak pasal pasal memalukan diri sendiri..
Ya Allah! Aku xleh imagine kalau aku jadi ko...malunyaaaaaaaaaaa...rasa mcm nak terjun tingkat 14 flat pkns kampung baru je...walaupun bukan aku...huhu
BalasPadamhaha. aku pastu masuk kelas senyap senyap je. seb baik gak pintu kat belakang. masuk je terus duduk dan kecikkan badan..
BalasPadamsepanjang kelas aku masih bermuka merah. cute woo..
ha ha ha. agak malu juga denganawek-awek tu...
BalasPadammemang malu pon. dah le ade 2 girls yang lawa giler duduk kat depan aku mase tu. haha..
BalasPadamhahaha. siot je joe. kejam giler lecturer tu kalo camtu..
BalasPadamtapi takpe. aku rilex je. cool je. korang gelak pon, aku tetap act normal. except tersenyum senyum kambing je. hehe
Dr An: sapa nama kamu?
BalasPadamAku: Fairuz
**sy ingatkan kamu akan perkenalkan diri sbg 'Fa'. Hehehe..
ekceli sebut nama penuh la. hehe
BalasPadam