Rabu, 27 Ogos 2008

congrats comrade

14 comments
Every since man first left his cave and meet a stranger with a different language and new way of looking at things, the human race has had a dream.

To kill him; So we don't have to learn his languages and new ways of looking at things.


Zapp Brannigan


Beberapa ketika yang lepas...

Taniah diucapkan kepada fazrol, jay em, ijan, mat zack dan piji kerana mereka telah selamat konvo di atas pentas utm, pada majlis konvo utm ke 41 (??)


[Di bawah, ke kiri: mat zack | Di atas, ke kanan: ultraman, fazrol, ijan, aku, jay em, aina dan piji]

aku maksudkan selamat adalah kerana mereka tidak membuat 'aksi di luar kawal' ketika berada di atas pentas.

kerana sebelum itu, ada seorang budak ni, dia naik pentas, salam dan kemudian berjalan beberapa langkah. kemudian dia teringat dia belum amik skroll, so dia patah balik and amik skrol tu sambil tersipu sipu kambing.. camne lah gambar die atas pentas tu nanti. hehe



dahulu, target aku adalah ingin bergraduasi dengan mereka. ramai ramai satu batch masuk utm dulu then ramai ramai naik pentas. tapi sayangnye, disebabkan kemalasan aku, akhirnya tinggal aku sorang je yang sangkut.

dan seronok gak melihat email diorang. sumenye bertanda @ diikuti dengan kompeni yang diorang keje..



taniah juga kepada sesiapa yang konvo dan buat buat macam dia konvo. haha

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

Lagi skali aku meletakkan band Lorong Terbabas (LTB) dan lagu covernya Di Pintu Sepi. aku suka video ni sebab ada orang salah dengar, ingatkan nama band yang tengah main ni adalah 'Kumpulan Berani Mati'. beza sungguh perkataan 'LTB dengan 'kumpulan berani mati' (hear it for yourself at 00m:09s)