Halaman

Isnin, 2 Februari 2009

seketika bersama ibuku


jangan tdo sampai petang kat kampung, kan kene pedajal... :(


pulang sahaja di kampung, dan setelah bersalam salaman mesra bersama keluargaku, perkara berikutnya mesti aku pergi ke dapur, mencari makanan. lapar woo.

godek godek di dapur, yes!! ada lauk kegemaran aku. sambal ikan bilis dan telur dadar. tanpa berlengah, terus aku g makan sambil ditemani ibuku.

berkata ibuku.. "Angah, bilo ko nak abis blajo ngah?"

emm. topik yang sama setiap kali aku balik atau menalifon kampung..

jawapan biasaku lagi.. "insyaAllah sem ni"

sambung ibuku pula.. "ha. abehkan copek copek. lepas tu poei la kojo copek. kalau ko nak sambung belajar laei, ko kojo la dulu. kumpokan duit."

aku jawab bersahaja.. "emm"

pause sebentar. hanya terdengar kunyahan aku makan sahaja..

ibuku memulakan pula stage kedua perbualan.. "ko dah ade awek ke ngah?"

aku menjawab ringkas.. "belum"

ibuku menyambung perbualan.. "kalo ko nak carik, jangan carik yang jauh jauh sangat.."

aku bertanya.. "nape lak?"

ibuku menjawab.. "jauh no nanti ko kono balik kampung mase raye. mak nak ko balik gak kampung ni kalo raya. lagi pon kalo jauh beno, susah mak nak g nanti.."

aku mengiye kan saje.. "ye. ari tu kan wan andak kate leh je wan carikkan kat kampung mak tu"

sambung ibuku lagi.. "iskh.. takmo la. tak payah la cari yang satu kampung. mak tak suko sangat kalo satu kampung atau yang dokek dokek ni. tak best pulak nanti kalo dokek sangat. tak dapat mak dengan ayah ko nak jalan jalan kalo nak g umah besan ko.."

aku mengangguk sahaja..

ibuku menambah.. "tapi ngah, ko abis kan lah copek blajo tu. pastu carik kojo copek copek. ko dah kojo setahun duo, g lah tunang. tengok sedaro ko tu. taun dopan start lah die pulak yang tunang.."

"emm.." kataku sambil cepat cepat menghabiskan makanan dipinggan aku..

۞

ketahuilah ibuku..

aku ni bukannye tak hensem. tiap kali aku pandang cermin, aku akan mengangguk tanda hensem. cuma aku ni sekadar henseman kampung sahaja. samalah seperti jaguh kampung. hanya juara dikampung sendiri. sedangkan aku kini merantau di negeri orang.. ramai lagi yang super hensem..

dan anakmu ini juga bukanlah seorang gay. ada sahaja nafsu terhadap wanita. dari yang aku suke tapi tak kenal, sehinggalah yang rapat dengan aku. tapi siapalah aku.. aku mengidam untuk memetik buah anggur sedangkan aku tak mempunyai cara yang betul untuk memetiknya.. buah mana yang mahu dipetik tapi tiada bekas untuk menyimpan dan menjaga rapinya? aku belum habis belajar lagi, belum berkerja lagi..

bukan ku tak mahu tidak menghabiskan belajarku secepat mungkin. aku perlukan duit untuk hidup harian di sini. aku perlukan mencari sesen untuk menyuap nasi atau meehun di mulutku ini..

sabarlah ibuku. apabila tiba masanya, pasti akan sampai jua saat kegemilangan anakmu ini..


emm.. sekadar luahan..

27 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,

    Aku tumpang sedeh bila baca entri ko yang ini. Tapi kenapa aku tak boleh berhenti gelak sengsorang.

    Sadis sungguh kehidupan. Walaupun dah keje lebih setahun, tak semestinya dapat bertunang lagi. COntoh terdekat, aku la tuh.

    Kalo beruntung macam Yazid OK gak.

    oh! inilah nasib pria kesepian....

    BalasPadam
  2. jangan risau... rezeki telah ditetapkan.. hadapi dengan senyuman.. nanti kau akan jumpa apa yang dikehendaki.. sabar bak saudagar...

    BalasPadam
  3. aiyrie..
    wa'alaikumussalam warahmatullah

    ha. boleh la aku cakap kat mak aku ade contoh terdekat eh. hehe.. apa boleh buat. berdoa je la agar ditemukan jodoh dan dirapatkan dengan jodoh :)

    ya. kalo macam yazid kan best. tapi yazid tu bergaya, mutu dan keunggulan. pekej la die. sape la kite ni..

    betikbusuk..
    aku pon tengah dok tersenyum sensorang nih. sabar. sabar. orang yang bersabar ni slalunya orang yang menang... :)

    BalasPadam
  4. semOga grad sem ni dan semOga cpt dpertemukan jOdOh..
    ngeee~

    BalasPadam
  5. ha ha ha.gambar tu memang comel.

    ala fa, lali dah telinga nanti tu kena tanya selalu,ahaha

    BalasPadam
  6. saya doakan awak bertemu jodoh dengan ehem ehem...amin

    BalasPadam
  7. aq percaya jodoh engkau sendang tunggu engkau

    BalasPadam
  8. azie..
    kamu muda lagi. sy dah tua :(

    gadis yang gaduh dengan awak hari ni.. huh. panjangnye..
    wahai gadis yang gaduh dengan aku hari ni.. terima kaseh :)

    yazid..
    terima kaseh kerana percaya kepada si dia :p

    BalasPadam
  9. kinda fa..bin percaya 1 hari nnt kinda fa akan temu gadis idaman suatu hari nanti...chaiyok2..keja ttp keja...

    BalasPadam
  10. robin..
    takkan jumpe satu hari je :p thanks for ur support ;)

    BalasPadam
  11. haha.. tersenyum aku baca apa yg ko luahkan nih. senang2 ko terima je la jodoh pilihan emak.. buat style org lama.

    p/s: btw, nanti dah dpt tau tektik petik anggur berkesan, sila post and fwdkan pada aku, nak taw gak..wakaka

    BalasPadam
  12. emm..emm ja ka?
    sedap sangat sambal bilis tu ek?
    haha.
    tak pe la mak cik. kasi fa enjoy zaman bujang dia dulu. eheheh.

    BalasPadam
  13. mandai aje kau. bukanke awek ko org mlaka gak. pandai cover seih...

    teruskan usehe blaja.
    blajalah sampai abes. jgn jadik cam aku.huh

    BalasPadam
  14. electroboy..
    lol. bukan ke ko hensem seperti superman dan digilai oleh ramai wanita? patut ko la bagi aku rahsia petik anggur. hehe..

    btw, aku nak rase sendirik perit getir carik awek. kalo umur dah senje sangat, baru la aku mintak tolong mak aku. hehee

    atiqah..
    itu je yang mampu di jawab. lagi pon sambal ikan bilis tu memang feveret i tau. nasik putih + sambal ikan bilis je leh tambah sampai 3 pinggan. hehee... ha, ape kate kamu bagitau macam tu kat mak saye. ada brani? hee

    circleinspoon..
    tu lain citer beb. eheehe. baiklah. aku memang tak nak jadi macam ko pon. haha

    BalasPadam
  15. mak mana yg x syg anak..
    mak mana yg x nk tgk anaknya gembira
    mak mana yg x nk tgk anaknya berkeluarga
    itu semua tnda mak ko syg sgt kt ko..
    copek2 la hilangkan risau mak ko tu..

    BalasPadam
  16. emm. baiklah. aku cuba sedaya upaya sekemampuan kederat aku. thanks for the reminder :)

    BalasPadam
  17. kawenla segere..mak kamu x sbr menanti kehadiran cucunye..huu~
    sedapnye tido pelok sofa~

    BalasPadam
  18. len kali nk praktikan cara tdo mcm tu la..
    mane tau bule tdO makin nyenyak ke..
    almaklumlah..smpai xsedar dri kne pedajal..
    hhahaha~

    BalasPadam
  19. hahaha~
    Kelakar la entri nih...
    anyway, akan sampai jg masa kegemilanganmu itu Fa..
    InsyaAllah..

    BalasPadam
  20. angah ko tido pun pakai slack ngn baju kemeja ek?

    BalasPadam
  21. en_me..
    memang cedap XD

    nad.dot..
    nak mencari calon tu yang satu hal. tak pe. tak pe. mak saya akan dapat cucu daripada akak saya dulu XD

    intan.dayana..
    silakan. amatnya puas hati. berbaloi dengan pedajal yang telah dikenekan :p

    stefeno..
    mari XD add la aku

    president..
    thanks. semoga zaman kegemilangan kamu sudah tiba ;)

    aishii..
    itu je pakaian yang aku ade banyak. nak wat camne XD

    BalasPadam
  22. alaahai bro..jgnla sedih2..sampai masa, mesti ada utk kamu;)trust me!

    hehe..kalau kamu angguk tanda hensem, maknanye hensemla tu...huhuhu;)

    BalasPadam
  23. sniff..sniff..!!
    ak dpt bau saat kegemilangn ko bakal tiba..
    tp juz bau aje..nampak belum lg..haha!
    mungkin sepurnama dua agknye bru nmpk byg..

    BalasPadam
  24. perrhhh....x sangka kau ade simpan pic ni...Je, aku rase aku ade lagi gambar2 lama kita. nanti aku cari...wei, tq teman aku gi KL aritu...kalau x, memang sesat la aku...
    aku baru2 nak belaja buat blog ni. nanti tlg2 la aku k...sok aku dtg umah ko

    BalasPadam
  25. liyana..
    ya begitulah harapnya.. and tu nak sejuk kan ati je. sy tak hensem pon. cuma kiut je kot ;p

    peyus..
    ini sekarang dah lebih 4 purnama. takde pon lagi ;p

    geweng..
    sama sama. kalo ko ajak aku berjalan tanpa aku perlu mengeluarkan apa apa, memang la aku nak aje ikut. haha

    BalasPadam

terima kaseh :)