Jumaat, 27 Februari 2009

walimatul urus

9 comments

Assalamualaikum warahmatullah.

Saya, selaku wakil keluarga saya, dengan segala hormatnya, ingin menjemput para pembaca sekalian untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak saya yang berlangsung Kampung Semerbok, Kota (diantara Tampin dan Rembau), Negeri Sembilan pada hari Sabtu ini, 3 Rabiulawal 1430.

Isnin, 2 Februari 2009

seketika bersama ibuku

27 comments

jangan tdo sampai petang kat kampung, kan kene pedajal... :(


pulang sahaja di kampung, dan setelah bersalam salaman mesra bersama keluargaku, perkara berikutnya mesti aku pergi ke dapur, mencari makanan. lapar woo.

godek godek di dapur, yes!! ada lauk kegemaran aku. sambal ikan bilis dan telur dadar. tanpa berlengah, terus aku g makan sambil ditemani ibuku.

berkata ibuku.. "Angah, bilo ko nak abis blajo ngah?"

emm. topik yang sama setiap kali aku balik atau menalifon kampung..

jawapan biasaku lagi.. "insyaAllah sem ni"

sambung ibuku pula.. "ha. abehkan copek copek. lepas tu poei la kojo copek. kalau ko nak sambung belajar laei, ko kojo la dulu. kumpokan duit."

aku jawab bersahaja.. "emm"

pause sebentar. hanya terdengar kunyahan aku makan sahaja..

ibuku memulakan pula stage kedua perbualan.. "ko dah ade awek ke ngah?"

aku menjawab ringkas.. "belum"

ibuku menyambung perbualan.. "kalo ko nak carik, jangan carik yang jauh jauh sangat.."

aku bertanya.. "nape lak?"

ibuku menjawab.. "jauh no nanti ko kono balik kampung mase raye. mak nak ko balik gak kampung ni kalo raya. lagi pon kalo jauh beno, susah mak nak g nanti.."

aku mengiye kan saje.. "ye. ari tu kan wan andak kate leh je wan carikkan kat kampung mak tu"

sambung ibuku lagi.. "iskh.. takmo la. tak payah la cari yang satu kampung. mak tak suko sangat kalo satu kampung atau yang dokek dokek ni. tak best pulak nanti kalo dokek sangat. tak dapat mak dengan ayah ko nak jalan jalan kalo nak g umah besan ko.."

aku mengangguk sahaja..

ibuku menambah.. "tapi ngah, ko abis kan lah copek blajo tu. pastu carik kojo copek copek. ko dah kojo setahun duo, g lah tunang. tengok sedaro ko tu. taun dopan start lah die pulak yang tunang.."

"emm.." kataku sambil cepat cepat menghabiskan makanan dipinggan aku..

۞

ketahuilah ibuku..

aku ni bukannye tak hensem. tiap kali aku pandang cermin, aku akan mengangguk tanda hensem. cuma aku ni sekadar henseman kampung sahaja. samalah seperti jaguh kampung. hanya juara dikampung sendiri. sedangkan aku kini merantau di negeri orang.. ramai lagi yang super hensem..

dan anakmu ini juga bukanlah seorang gay. ada sahaja nafsu terhadap wanita. dari yang aku suke tapi tak kenal, sehinggalah yang rapat dengan aku. tapi siapalah aku.. aku mengidam untuk memetik buah anggur sedangkan aku tak mempunyai cara yang betul untuk memetiknya.. buah mana yang mahu dipetik tapi tiada bekas untuk menyimpan dan menjaga rapinya? aku belum habis belajar lagi, belum berkerja lagi..

bukan ku tak mahu tidak menghabiskan belajarku secepat mungkin. aku perlukan duit untuk hidup harian di sini. aku perlukan mencari sesen untuk menyuap nasi atau meehun di mulutku ini..

sabarlah ibuku. apabila tiba masanya, pasti akan sampai jua saat kegemilangan anakmu ini..


emm.. sekadar luahan..