Khamis, 10 September 2009

Sahur: Beberapa ketika di Restoran Ayub

18 comments
۞ Pengenalan

Restoran Ayub, dimiliki oleh Encik Ayub[citation needed] merupakan salah satu kedai mamak yang terkenal di Taman Universiti Skudai. cakap sahaja kat mana - mana student UTM, tahulah mereka dimana letaknya. Bagi yang jauh dari sini tetapi sudah biasa dengan From Zero to Zeroes ni, mungkin tahu dimana letaknya. Bagi yang tidak tahu, sila cari di google ok.


۞ Sebelum ini..

Sebelum ini, aku slalu juga join mereka di Teratak 61 bersahur. bangun pagi, masak lauk, dan buat air teh-o. perghh.. sedapnya pekena panas panas diimsak hari. tapi it lasted berberapa hari sahaja. lagipon, kasehan hosmet aku. dah la aku selalu berbuka di rumah lain, bersahur pon di rumah lain juga. hosmet aku buka dan sahur sensorang sahaja di rumah.. so, lately aku bersahur sahaja di Ayub bersama hosmet aku..

Tapi. apa yang menariknya bersahur di Restoran Ayub ini adalah kerana pekerja - pekerjanya yang sering menganggu gugat kesabaran kami..


۞

Biasalah kalau mahu order, tangan aku akan melambai lambai pada pekerjanya sambil memanggil. tapi yang buat sakit hatinya, aku lambai, dia angkat tangan dan terus blah. macam lah aku ni jumpe ko kat tepi jalan dan angkat tangan sebagai simbol 'hai'. aku nak order ni beb. banyak kali lak tu..

Kemudian, datang seorang mahu ambil order..

Pekerja: Minum apa?
Aku: Horlicks suam satu.
Kucai: Kopi-O suam dan air suam dua.

kemudian dia terus blah. aku panggil balik dia, "Weh, ko tak nak amik order makanan ke?". dia berhenti sekejap, mengeluh sedikit, kemudian dengan gaya malasnya, datang balik ke meje kami. pastu cakap "Kertas penuh la". hek eleh.. malas la tu.


(kalau nak kata kertas penuh pon, at least sorok la kertas tu dulu)


hah.


۞

Ini hari yang lain pula.

Pekerja: Mahu makan apa?
Aku: Kasi aku, roti kaya satu.
Pekerja: Okeh.
Aku: Eh jap jap. tukar. aku nak telur separuh masak dua. tak jadi roti tu..

Pause.. Dia menyambung, "Tapi.. sudah tulis", sambil menunjukkan order yang ditulis dengan pensel. hek eleh. ko cakar siket sudah. nak potong order tadi pon malas.. bukannya ko tulis pakai batu kat daun daun. itu lain lah cerita..

hah.


۞

Pekerja: Mahu apa?
Aku: Roti nan apa yang ada?
Pekerja: Nan biasa.. Nan Ayam.. Nan Tandori...
(senyap 5 saat)
Aku: itu je ke?
Pekerja: Ada. ada. ada Nan biasa. ada Nan ayam..

boleh pulak ko ulang balik.

Aku: ye lah. kasi aku Nan biasa satu.
Pekerja: Dua?
Aku: satulah.

bak kata kucai, mungkin bos dia ajar 'kalau orang kata satu, ko kata dua. kalau orang kata dua, ko kata tiga'. slalu sangat camtu nak memain. haha

۞

yang atas ni semua, adalah situasi biasa. baru beberapa hari lepas, aku order makanan pukul 4 pagi, pukul 5.10 pagi baru dapat. haiyya..

tapi apa apahal pon, sinilah tempat kami menguji kesabaran. dan biasanya aku failed. :( sebab in the end, aku akan memarahi pekerja pekerja tersebut ):

ps:
31. hosmet aku adalah Encik Faisal (pemilik Kucai's blog) dan Cekgu Fitri (pemilik kereta wira putih). rumah lain yang dimaksudkan adalah di Teratak 61.
32. nama nama pekerja ayub tersebut dirahsiakan atas sebab sebab peribadi..