Rabu, 19 Januari 2011

Quick Decisions

15 comments
Lately, aku rasa aku makin cepat marah - marah. Makin cepat rase tensen. Mungkin darah muda aku mendidih - didih. Atau aku dah mula lost faith in humanity? Atau..

Ok tak kesah la. Tapi tak tensen ke korang kalau tengah que kat ATM Machine [49], pastu orang yang tengah gune mesin tu, boleh pulak dok fikir lame - lame.. Dah tengok baki dia, dok kira - kira depan mesin. Dah tekan nak keluar duit brape, padam. Pastu tukar nilai. Pastu padam balik.. Eeee. Nak - nak pulak kalau masa aku nak cepat. Come on la. I didn't have all the time in the world.. Tak boleh ke mase korang on the way pergi ATM, dah siapkan algorthm dulu macam ni {Kalau duit banyak, keluarkan RM100. Kalau tak cukup, balik je la..}


[50]

So, this is the story about.. ape yang aku tulis kat atas tu..

Pada suatu hari, aku pergi le ke ATM yang terletak berdekatan dengan mesjid. Mase tu orang tengah azan, aku pulak tengah rush nak keluarkan duit dulu, pastu bajet dapat la terus pergi solat berjemaah. Nak cepat, sebab nak elakkan masbuk sebab ada masa lagi dalam 10 minit sebelum start solat.

Sampai je kat depan ATM, ada segerombolan girls berkumpul dekat depan ATM. Ok tak pe. Beratur la kejap.

5 minit berlalu..

Tak habis - habis lagi dorang ni. Pastu aku baru perasan, skrin mesin tu bukannya kat dalam menu (ala menu yang keluar lepas kad dimasukkan), tapi skrin tu 'idle', sambil tunjuk iklan CIMB. Ishhh.. Ni yang panas ni. Korang dok depan mesin tu reramai buat ape? Kalau tak gune, ke tepi la..


Yea. Skrin die macam ni. [51]

Kalau diorang ni lelaki, boleh gak aku gune kaedah kereta memotong kereta lain. Potong kerete -> rasa tak lepas -> himpit kerete lain tu -> angkat tangan (sorry) -> jalan sambil buat tak tau.. Tapi diorang ni perempuan beb. Ade gak aku di tuduh ganguan seksual.

Seperti biawak yang nak bergaduh, aku cuba kembangkan besarkan badan aku, kerutkan dahi, sambil guna suara dalam (kalau nak marah gune suara biase aku, tu suara comel, orang tak takut).

"Dik, kalau tak pakai ATM, boleh tak tolong ke tepi?" sambil pandang tajam.

Mungkin sebab diorang takut tengok aku, dorang macam termangu - mangu sambil ke tepi dan pandang je kat aku.. Hah. Kemarahan yang memudahkan kehidupan aku.. So aku masukkan kad ATM aku..

Beberapa minit kemudian.. Skrin masih lagi tunjuk idle macam ni:


Yea. Masih lagi macam ni. [51]

Pastu, salah sorang girls yang reramai tadi tanya aku.. "Kad abang PON kene telan jugak ke?"

Ha? Ape pasal ada perkataan PON? Aku bertanya, "Yang korang reremai depan ATM tadi sebab kad korang kene telan ke?", sambil kalut.. Dia menjawab ringkas, "Ha'ah".

Dammit. Dammit. Dammit.

If only aku berlemah lembut, minta dorang ke tepi dengan nada yang baik, mungkin kad ATM aku tak kene telan. Mungkin kalau aku tak fill otak aku dengan nafsu amarah, mungkin aku boleh analisis kenapa dorang ramai - ramai berkumpul depan ATM tu. Dan mungkin kalau aku pergi terus ke mesjid, takde la aku marah - marah macam ni..

Hah!! Lagi sekali marah dengan diri sendiri.

ps:
49. ATM stands for Auto Teller Machine. Kalau sebut ATM machine, tak ke jadi Auto Teller Machine machine.
50. Video ini di ambil dari citer Scrubs, Musim kesatu, Episod keempat.. Best giler Scrubs mase ade JD.
51. Imej ini di ambil dari website CIMB Clicks Singapore (http://www.cimbclicks.com.sg).