Halaman

Rabu, 28 Februari 2007

Microsoft Scripting Games (Part 3)

11 comments
Alhamdulillah. akhirnye abis gak game ni. try to push myself over the limit. the result: makin sakit kepale aku.

Sorry. tak dapat 100% for each division.. Aku pon dah drag Malaysia dari 94% ke 91% (FYI, malaysia tempat ke 19). at least aku dapat gak jadi (sort of) representative untuk Malaysia. hehe

Powershell:
Beginner = 94
Advance = 90

Visual Basic Script
Beginner = 97
Advance = 83

Ayat best: The Moon, she hangs like a cruel portrait...

Isnin, 26 Februari 2007

10 comments
Throw a punch, Shards bleed on the floor
Tearing me apart but I don't care anymore
Should I regret or ask myself: Are you dead yet?

- CHILDREN OF BODOM: Are You Dead Yet?


tak tau nape. for some reason, aku rase macam aku ni bawak curse je. penat. ade je bende tak kene. urusan aku tak pernah mudah. siap kalo ade orang teman aku nak uruskan hal aku, dengan die skali pon kene. better not make friend with me ♥ (maybe curse aku ni hanya akan tamat jika dan hanya jika aku mati - suicide)

takde mood. so, aku paste lirik je la (first time aku paste lirik kat dalam blog ☺)In team - Tanpamu. satu satunye lagu nasyid yang tiap kali aku dengar, boleh buat aku menangis. terasa berat nak tanggung kifarah.. yup. aku tau aku ni banyak dosa. terlampau banyak. ni baru balasan kat dunia sampai buat aku punye spirit kene tarik. belum kat akhirat lagi..

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkaMu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu Kasih
Ku tak berdaya
Hilang punca dan arah
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih daku derita
Lemah dan sengsara
Jiwa dan tubuh kepedihan
Tersiksa,terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan,ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Amouni dosa-dosaku
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu ku pohonkan..

Rabu, 21 Februari 2007

19 comments
This is NOT a story about a girl named Lucky (Part 3)

Ini adalah kesinambungan dari cerita This is NOT a story about a girl named Lucky Part 1 and Part 2 (takde dalam blog). Ilustrasi gambar - ade yang ade kaitan, ade yang takde..

(a story about me struggling with my fate)

1. Ari jumaat malam tu aku pergi la ke taman sri putri (anuar sidek antar - thanks :). Sadly to say, takde tiket lagi ke Aloq Star. So, aku and member aku decide nak beli tiket kat Larkin (sebab maybe banyak siket tiket kat larkin).


2. 16/02 10.30pm: Sampai Larkin terus carik tiket bas ke Aloq Star. Takde. So, kitorag carik la tiket ke kl. Dapat tiket bas tambahan jb - kl. biasanya tiket bas jb - kl = rm 25.00, tapi kali ni kene kaw kaw punye, rm 50.00/orang. x leh nak wat ape la sebab beli last minit (and tu pun tiket yang paling murah aku jumpe). so, tunggu la sampai pukul 12 kat larkin tu (ramai gile orang)

3. 17/02 12.30am: bas dah sampai. rupenye 50 hingget tu = tiket bas kilang. haha. hangin tol. tapi takpe la as long ade bas nak ke kl. dengan gegaran bas tu yang kuat gile, terpakse la endure siket. tapi yang tak bestnye, bas tu gile siket. setiap exit yang ade kat highway tu, die kuar. then masuk balik. kuar masuk kuar masuk. sampai kat exit air hitam, bas tu ikut jalan lame terus. bertambah panas hati aku dengan bas ni.


4. 17/02 6.45am: sampai puduraya (patutnye waktu malam, jb - kl amik mase 4jam je). 6 jam duduk dalam gegaran. tak pe la. dah sampai dah pon. so, pergi la ke surau kat puduraya and then sarapan jap kat sana. pukul 7 lebih kitorg g la carik tiket ke alor star kat puduraya. dapat. bas persada. pukul 8 pagi kat platform 1. without wasting any time, kitorang pon pergi la ke sane. bas sampai pukul 8.30am

5. 17/02 03.00pm: dah 7 jam, baru sampai kat perhentian tapah. jem teruk and bas ni plak bawak perlahan gile. terkejut gak aku sampai kat alor star pukul 8 malam. 12 jam kl ke alor star (biasanya 5 ke 7 jam je). what the hell. kitorg sampai sampai je terus calling member member aku kat sane. memang confirm la kenduri kawin tu dah abis. so, mintak maaf kat fendi sebab tak dapat datang and ucap taniah (jarak umah die ke alor star jauh gak - dekat 2 jam, so tak dapat la nak pergi). disebabkan aku xmo jadi macam lepas, so aku beli la tiket balik ke kl awal awal (pukul 10 malam).


6. 17/02 9.45pm: lepas makan kat stesen bas alor star tu, aku terus la g tunggu platform 8 (no bas 3988 bas etika). member aku beli tiket ke jb balik and terus naik bas ke jb. aku lak, tunggu sampai pukul 10.15pm tapi still tak nampak nampak gak bas 3988. so, aku decide pergi ke kaunter yang aku beli tiket tu. tapi tutup. so, aku pergi la ke lagi satu kaunter die (nasib baik die ade due kaunter).

aku: kak, bas ke kl no 3988 ni blom sampai ka?
akak kaunter: laa, bas 3988 ni lambat sampai, so tadi kami tukar bas lain. orang lain sume dah naik bas except awak sorang ja. saya cari awak dari tadi. awak duduk kat tempat lain ka?
aku: dok aih. saye dok betui2 kat platform 8 tu, dok perati je bas 3988. dok tunggu tunggu bas tak mai mai gak (cubaan aku nak localize speaking aku so that takde suasana tegang)
akak kaunter: cam ni ar. akak bagi kat awak bas pukul 11 boleh?
aku: err.. boleh la kak.

so, kat tiket tu akak tu tulis no bas pukul 11 plak: 8488 (no kesukaan aku:). so, tunggu la sampai pukul 11 pm

7. 17/02 11.15pm: bas tu still takde nampak nampak lagi. beberkalkan kepanasan kat hati ni, aku pergi ke kaunter lagi skali.

aku: kak, bas ni memang ade ke tak?
akak kaunter: bas ni memang ada, cuma lambat je. trafik jem etc etc etc. awak tunggu ja, ade basnya nanti.
aku: takde la kak. saya takmo la tukar tukar bas lagi sampai saya pon tak tau and tertinggal.
akak kaunter: kali ni awak jangan risau. akak dah ingat and carik awak nanti kalo bas tu sampai.

8. 12.00am: still takde lagi bas tu. yang sedia panas bertambah panas. dengar kat stesen alor star tu "Kuala Lumpur, kuala lumpur sekarang" diulang ulang banyak kali. disebabkan aku malas nak tunggu lagi, so aku cube g pulang tiket tu.

aku: kak, saya nak pulang tiket kak.
akak kaunter: awak tunggu je kejap lagi. ade la bas tu.
aku: sori ar kak. saya dah tak larat dah ni.
akak kaunter: ..... tiket awak ni tak leh pulang kat sini, awak kene pergi pulang kat kaunter yang awak beli tu (sambil tarik muka).

so, aku pon blah g tengok kat kaunter lagi satu. tertulis: "TUTUP". so, aku pikir aku nak burn je la tiket ni. tengok beg duit aku ade rm 20.00. tak cukup lagi seploh or dua puluh. aku perasan ade ATM maybank kat situ. so, aku g la sane nak kuar duit. tapi.. "ATM: OUT OF SERVICE". damn it. kene la tunggu bas aku tu sampai gak (tak leh nak wat apa la).

9. 18/02 12.30 am: akhirnya sampai gak bas "pukul 10.00pm" aku. naik bas tu and terus tinggalkan kedah. sampai puduraya pukul 6.45am. solat jap and aku terus running ke LRT plaza rakyat. beli tiket ke bandar tasik selatan sebab nak naik komuter ke serdang kat situ. tengah dok merancang "masa depan" aku, tren pon sampai. aku naik tren tu - tren ke AMPANG. first time lak aku rasa dapat tren LRT yang kosong giler. takde orang.



tengah leka leka, tren tu sampai kat stesen MIHARJA. kat otak aku "Miharja?? apsal g miharja lak ni?" otak aku kinda confuse siket. aku tengok balik map kat dalam lrt tu die tulis:

Miharja -> Ampang
Bandar Tasik Selatan -> Sri Petaling.

Terkejut aku. terus menggelabah kuar dari lrt tu. damn suwey punye lrt. tak pasal pasal aku salah naik tren. kene tukar balik kat tren kat chow sin lin (betul ke eje ni).


10. 18/02 08.00am: sampai umah sedara aku kat serdang tu, terus aku g amik timbang berat. berat aku 42 kg! yes. dapat berat idaman wanita. haha.



lepak lepak kejap pastu dalam pukul 10.00 follow g umah perempuan (FYI, ni majlis pertunangan).


Majlis pertunangan sedara aku - Zaidi. Taniah..


11. 18/02 11.30am: alhamdulillah selesai dah majlis tunang tu. pastu ade makan makan siket (besar gile kenduri tu macam orang nak kawin lak). tapi aku tak makan dulu, tunggu sedara aku (die jadi camera man) amik gambar. lepas die amik gambar aku ajak die isap rokok dulu sebelum makan. lepas isap rokok, nak g amik makanan, mak kitorang panggil ajak balik. belah lelaki semua balik. terpakse la berlapar..

12. 18/02 2.00pm: lepas tu, aku and famili aku terus g ke banting. melawat sedara aku yang baru pindah umah dari gombak. pastu ade sorang pakcik tu datang ajak memancing. die kate semalamnye (17/02) and sebelumnye (16/02) banyak ikan naik. siap boleh tangkap udang galah pakai tangan je. aku pon follow je la. sadly to say, 2 jam memancing tapi sekor pon tak naik. aku dengar pakcik tu merungut rungut kate "eh, pelik betul. sebelum sebelum ni punye la banyak ikan tapi ari ni sekor pon takde". sori la pakcik ek, bad luck saya terkene kat orang orang sekeliling (kata aku dalam hati la). pastu kitorang pon balik terus ke umah aku.


13. kat melake, takde cite menarik sangat except ade sorang pelayan restoran tu hangin dengan aku (sebab amik gambar die curik2), and aku dapat baju terengganu (sedara aku bagi, baju die wakil terengganu main basket ball). aku pakai and tengok kat cermin. first impression aku: poyo gile. memang takkan la aku nak pakai baju ni kuar umah/bilik/jalan jalan kat utm. poyo je. hehehe



think again, kali ni takde la teruk sangat dari cerite 4 hari aku dulu (The best 4 days = Part 2). aku name kan event ni sebagai the best 2 hari 2 malam (Part 3). damn!

I Found Her tempting fate between Her wrist and razor
A kindred spirit in a graveyard
Beneath the stature of a colder saviour
Mist hung like thieves wreathed in scant arabesques
And through the chill earth it bedwed Her drawling breast
Like a come dream true under etched glass spent
Making love to the beautiful dead
- Cradle Of Filth/Saffron's Curse


And yeah, life is hilariously fucking cruel..

Jumaat, 16 Februari 2007

:) (Part 2)

9 comments
URT

Ni planning aku untuk sistem URT (UTM Railway Transit) seperti yang aku mimpi. Aku letak terminal untuk setiap kolej (kecuali Kolej 8 - sebab budak budak kolej 8 kaye kaye).



The idea is simple. Sape sape nak gune urt ni, pakai smart kad (kad matrix utm yang dah diupgradekan). smart kad tu pakai design dari psm Niki :) Sistem URT ni beroperasi dari pukul 7 pagi sampai 10 malam - 2 train setiap perjalanan setiap jam . peak hour (12 tengah hari ke 2 petang) ade 4 train. waktu cuti, reduce to half. setiap train and terminal dilengkapi dengan CCTV yang dikawal oleh aku and sape sape yang aku suke. hehe.. sape sape yang buat xxx kat terminal/train aku, siap la gambar korang kene upload kat sini. hehehehehe

Digi

Akhirnya aku pasrah jugak. untuk call aishah yang pakai no digi, terpakse la aku beli no digi semalam. dapat no yang best (macam no meksis aku). tapi yang tak bestnye, nanti ade toyol kuning tu ikut aku mane mane.. :( tak bestnye~~



Kucai kate no aku tu tak best. hehe.. dengki la tu. ni desktop kucai yang ade entiti tidak dikenali..

(gambar diremovekan. sori kat sape sape terase)

Life

Semalam tengah hari:
Tengah rancang rancang on how to spend this weekend dengan duit sebanyak RM60 kat dalam bank, tetiba mak aku tepon.

Mak aku: "Angah, adek ko masukkan RM100 kat ko"

Alhamdulillah. ade gak ruang siket nak bernafas. Then petang tu kucai bagi msg.

"Weh fa, dtg blik aku jap, nk setel utang."

Alhamdulillah lagi skali. ade lagi siket duit.

Pagi ni:
Masuk je opis, opismate aku panggil.

"Nah, duit ari tu"

and again Alhamdulillah lagi. dapat RM400.

So, seperti yang dirancang, aku nak spend cuti kali ni betul betul

  1. Tengah Malam ni naik bas (kalo ade tiket lagi) pergi ke kedah. Member aku kahwin. Dah lebih 10 tahun tak pergi kedah. dulu pergi pon sekadar lalu je.
  2. Esok (sabtu) petang/malam, balik ke Serdang sebab ade kenduri sedara aku bertunang.
  3. Ahad lepak lepak kat Serdang dengan member member aku kat sane. Petang balik umah. Lame gile dah tak balik umah.
  4. Isnin malam - lepak lepak dengan member member sekampung aku. dengar cite sume balik. hehe
  5. Selase - balik utm :)

But.. aku kene siapkan 8 skrip (untuk mekrosop scripting games) ari ni sebelum maghrib karang. i wonder if i could do that...

Ape ape hal pon, taniah kat coursemate aku (Fendy) and wife die (Zura) atas perkahwinan mereke. diorang dah kahwin minggu lepas kat umah Zura. Minggu ni buat kat umah Fendy lak. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke syurga kelak.



Pikir pikir balik, at least my life takde la diselubungi dengan bad luck sangat. but when it comes to luck, i wonder how do i "bersyukur".apakah tiap kali bende yang baik aku dapat, baru nak kuar dari mulut aku perkataan "alhamdulillah"..cukup ke dengan ape yang aku buat dengan life aku selame ni sebagai KhalifahNya..of course not.. well, that's the biggest thing i should do (or done) in my whole Life. InsyaAllah.. Togather kite menambahkan kualiti dalam kehidupan kita (nak tau maksud kualiti tu, tanye niki.. aku amik dari die:)

Well, life goes on (for a man with null)...

Rabu, 14 Februari 2007

Pizza, Microsoft Scripting Games MMVII (Part 2)

12 comments
Semalam tengah hari, tengah aku pikir pikir nak makan tengah hari or not, tetiba member aku dapat msg "Makan pizza jom". Disebabkan die (yang bagi msg tu blanje), so, aku pon semak semak gak nak ikut. hehe. dah lame tak makan pizza. really thankful. thanks kodie. belanje pizza sempene menyambut harijadi (belated) die dengan housemate die.. :)


at least tahun ni dapat gak merase makan pizza. tahun lepas, makan 2 kali je (famili aku blanje and aishah belanje kat kl:) and 2 tahun lepas tak makan pon.



sori ye tak bawak balik. segan ar..


Microsoft Scripting Games

At last kuar gak soalan die semalam. Ceh. tunggu punye la lame. suddenly i realize that rupenye aku tunggu awal sangat. time untuk pasifik standard time= GMT-8. and mesia pulak GMT+8. patut la lambat kuar. but at least it'll give me much time to finish it :)

Siap advance event 1/2. beginner event 1/2/3/4 :) try to finish where i started.



Isnin, 12 Februari 2007

:)

23 comments
Tak tau apsal tengah hari ni tetiba lak rase seronok sangat sangat tak tentu pasal.. maybe sebab:

  1. Malam semalam aku mimpi aku jadi projek manager untuk buat LRT kat utm ni.siap aku kene planning sume skali dari start sampai la ke tahap mantainance mase Lrt tu dah siap nanti :)

  2. Penyelia aku puji aku. pastu die tambah lagi subjek subjek lain kat dalam tesis aku.padahal yang asal punye ni pon aku macam tak yakin je leh siapkan

  3. Ade sorang awek tu tetiba ym aku for no reason :)

  4. Takde ape ape perubahan pon pasal script game tu. penat dah aku tunggu.

  5. Ade sorang awek tu (yang lain) cakap die mimpi pasal aku lak. hehe. adakah die gak termasuk dalam projek pembinaan lrt?

  6. Mase jalan kaki nak pergi bilik kucai, terserempak dengan sorang brader tu. die tengah keje (bawak bas utm). pastu die angkat tangan tanye 'ape cite' (body language die la). pastu aku balas balik dengan 'biase je' (body language aku lak). lame gile dah tak borak borak dengan brader tu..



well, maybe gak sebab dapat fill minggu lepas dengan Art Of Hisoka ♥ (iaitu art menyusun daun terup ♣).
Ni first try aku (gune kad plastik, licin giler - memang susah la ♠)

7 Feb 2007 Dimulakan dengan 2 tingkat je dulu ♦

Pastu 2 jam kemudian baru dapat buat 3 tingkat (unstable version)♥

Esoknye plak aku try pakai daun terup kucai kat bilik die (kad kertas)♦ kejap gile dapat buat 4 tingkat ♥


pastu up terus ke 5 tingkat - stable (tapi kurang sekeping kad).. hampeh ♠


pecah and perintah (pecahkan balik kad tu and buat baru) ♥ ni hasilnye ♥♥ 6 tingkat ♥♥


then, buat balik 6 tingkat - unstable ♣♣ and hanya dapat bertahan selama 3 saat je sebelum runtuh balik akibat angin sepoi sepoi bahasa seindah suria (that was the happiest 3 second in my life) ♥


lastly, aku buat model gereje lak. haha ♣


And art kucai lak
8 Feb 2007 first try = buat tokong cine. hehehe ♦


pastu baru buat piramid 4 tingkat (stable version) ♠


ni pon aku rase die buat tokong gak kot ♠

Khamis, 8 Februari 2007

Microsoft Scripting Games MMVII (Part 1)

11 comments

Jom join scripting game anjuran technet. sape sape yang dapat point >= 60 leh dapat certificate. and sape sape yang masuk ade peluang nak dapat patung Doctor Scripto Bobbleheads.



Ade 4 division:


Beginner VBS
Beginner PowerShell
Advanced VBS
Advanced PowerShell

setiap divison ade 10 event. markah die tak distribute equally untuk setiap event.

Tahun lepas, Malaysia dapat 46/100 and Kuala Lumpur dapat 35/100 je.ape ape hal, korang donload PDF yang ade cara cara nak join, faq, latehan, brief description untuk setiap event and etc etc..

Starting 12 Februari 2007 (soklan penuh die kuarkan online) and deadline each event ade die bagitau kat dalam pdf tu. aku tak penah masuk lagi bende ni, tapi hopefully dapat completekan the whole event for this year (my first try :p).

ape ape hal pon, good luck :) and semoga dapat upkan semula negara kita.

ref: http://www.microsoft.com/technet/scriptcen...es/default.mspx