Halaman

Selasa, 31 Mac 2009

Salah selit

12 comments
gusar gusar kah? enjoy video nih XD XD XD



ps: ini bukan translation. cuma ape yang die cakap tu dibahasa malaysiakan XD
ps ps: nanti aku letak lirik die. fun giler. hehe

Selasa, 24 Mac 2009

Ida ♥ Ijat

18 comments
Googolplex-lion taniah diucapkan kepada along (akak sulung aku) kerana telah memasukki stage ke-3 dalam lifenye, dimana beliau telah selamat dinikahkan dengan Ijat (abang ipar aku) pada 28 Februari 2009 berwalikan ayahku, bertempat di kampung kami di Negeri Sembilan. See pics below to get the full story..


nervous tak? (tanya imam kepada ayahku kot.. patutnye die tanye kat abang ipar aku tu ha)


penat aku control ayu.. bukannye cameraman ni nak amik pic aku pon (kata akakku kot)


hantaran untuk lelaki. (aku tiada sumbangan langsung dalam pembikinan hantaran ini)


hantaran untuk perempuan pula. ya.. aku akui kek tersebut memang tersangatnya sedap.. sekret resipi la katekan..


belakang tu adalah pasukan rebana, yang akan perform sebentar lagi. aksi mereka ada dirakamkan dan diletakkan di dalam entri ini.


nampak sangat dua dua nervous and jalan laju laju. penat si pemegang bunga mangga tu nak jalan laju laju (aku le tu.. hehe :p)


gembira XD


amat terharu apabila rakan rakan paling rapat datang sekali, sungguhpun ianya bukan aku yang berkahwin. thanks guys (and girls) - dari kanan, faisal, ani, afzan dan fitri [1].

video dibawah ini merupakan tarian piring yang dipersembahkan oleh pasukan rebana kampung semerbok, rembau. for those yang belum pernah tengok orang Negeri Sembilan bersanding, cuba dengar betul betul. mase ni, diorang tak pakai kompang. pakai rebana dan gong. tarian piring, yang berasal dari Minangkabau ini juga diselitkan dengan unsur unsur silat (sape tah cakap kat aku) [2].



saya, bagi pihak keluarga, mengucapkan googolplex-lion terima kaseh kepada mereka yang sudi hadir ke majlis perkahwinan ini. terima kaseh juga kepada mereka yang berniat untuk datang, tapi tak dapat datang. juga terima kaseh lagi kepada mereka yang sudi membaca entri ini atau entri yang lepas. semoga mesjid yang didirikan oleh along dan abg ijat senantiasa dirahmatiNya. insyaAllah..

۞ (cerita cerita picisan)

ada yang hadir berkata aku dan ayah aku seperti bermuka sedih ketika sesi akad nikah. emm.. aku rasa bukannya sedih kot (tipulah kalo aku kata tak sedih langsung). tapi lebih kepada gembira dan terharu. lepas ni, bertambah segan lah aku kalo nak pinjam duit akak aku. hehehee

۞

baru aku tau apa yang orang define penat apabila salah sorang sibling kawin. sangatnya penat. sebelum hari bersanding tu, hanya dapat tdo 2 jam sahaja. ke hulu, ke hilir. kemudian ke hulu lagi. tapi takde hal. for my big sis juga. i'll do anything to make this event perfect :)

۞

lebih terharu apabila melihat pakcik aku datang (antara sedara aku yang paling rapat). datang dari Serdang menaiki komuter, turun di Seremban dan menaiki bas semata mata untuk datang ke kenduri ini. turun sahaja di pekan Kota, ada orang kampung tegur.. mungkin kerana pakcik aku tu berpakaian kemas, berbeg sandang dan memakai cermin mata ray-ban..

Orang Kampung: Nak poei mana jang?
Pakcik Aku: (terdiam sejenak memikirkan alasan yang cool) Nak balik kampung cik.

۞

setelah selesai kenduri kawin, aku membawa kucai, fitri, pakcik aku, ani dan afzan pergi mandi manda di Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah. rugi la korang tak datang/balik awal. kot tak korang dapat join mandi manda skali. hehe.. dengan mengenakan pakaian 'kerja' aku semula, kami bergerak ke alor gajah (30 minit perjalanan). mungkin disebabkan pakaian aku kotor sangat, sampai penjual tiket bertanya kepada aku 'abang baru balik kerje kontrek eh'.. peramah tidak bertempat, hampeh betul. tau la baju aku kotor tak semenggah. suke betul assume bukan bukan.

۞

for these several years, aku encounter pelbagai adat kenduri kawin. terasa sangatnya unik walaupon di bawah satu nama Malaysia. lepas ni, aku bercadang untuk merge semua tu dalam kenduri kawin aku pulak.. ada Tari Piring ketika bersanding (Negeri Sembilan), ada Zapin ketika makan beradap (Johor), malamnya pula ada Joget Lambak (Melaka) dan tidak lupa juga, lewat tengah malam ada Parti Buih dan Sabun (Kuala Lumpur).. yeay!


۞

ps:
1. Blog kucai: Betik busuk (entri berkaitan: di sini). Blog fitri: Zen Territory

2. Sumber: wikipedia