Halaman

Selasa, 3 November 2009

Acute pharyngitis

13 comments
۞ Awal Bulan Ogos

Bagi seorang perokok tegar (seperti rakan rakan aku), tiada apa yang lebih menyakitkan hati andainya terpaksa merokok dengan sakit tekak. ya. ketika itu sedang sibuk dengan virus H1N1.. disebabkan aku pula nak-sangat-isap-rokok-tapi-sakit-tekak, terpaksa la aku pergi ke Klinik Kesihatan UTM. nak amik ubat for 'free'. hehe

Dan disebabkan masa tu juga orang tengah sibuk demam, aku rasa macam aku sorang je yang hepi hepi (tak demam laa) yang datang ke klinik tu. yang paling teruk, aku nampak sorang mamat tu (let say nama dia Q). muka dia sangat pucat dan badannya nampak sangat lemah. kasihan. angka giliran dia lat satu nombor je dengan aku, depan aku.

SATU jam kemudian, angka ku dipanggil. masuk sahaja bilik ape-tah-namanya, aku disambut seorang doktor..

Doktor: Ya. awak sakit apa?
Aku: Sakit tekak..
Doktor: Demam?
Aku: Tak la. sakit tekak je..
Doktor: Ok. Sila nganga mulut..
Aku: Aaaaa..

dia mengeluarkan lampu magik-nya lalu menyuluh ke dalam mulut aku. lalu dia mengeluarkan conclusion dia..

Doktor: Oh! awak ni demam..

Wah! satu statement yang cukup memanaskan hati aku. mane ade aku demam. (hari tu agak emo siket sebab cheque aku tak clear lagi).

Aku: Eh mane ade doktor. saya sakit tekak je.
Doktor: Iye la. awak ni demam.

Kalaulah doktor tu check temperature aku dulu, mungkin aku percaya. kalau dia soh aku menonggeng dan cucuk bontot aku dengan thermometer, baru la aku percaya. kalau dia cucuk something (macam pen ke, pembaris ke) kat bontot aku sekalipon, tapi dia tipu tipu cakap itu adalah thermometer pon aku percaya. heck. aku pon tipikal gak macam orang lain. thermometer tu la yang judge aku demam atau tak..

Doktor: Ada batuk?
Aku: Ada.
Doktor: Ha tu demam la tu...

Aku tak puas hati lagi. selama ni aku batuk, takde la bererti aku demam. nada suara aku dah makin meninggi..

Aku: Tu batuk biasa je. sebab saya perokok..
Doktor: Ye la. tapi ni awak demam ni..
Aku: Mane ade..
Doktor: Badan ada panas panas tak?
Aku: Tu biasa la. panas siket. takde la panas-sehingga-capai-kelas-demam.
Doktor: Tu panas sebab demam la tu...

Huarrghhh.. ni yang marah ni. panas siket je pon. selama ni aku ukur panas pon dengan tangan aku. sudah tentu la subjektif memandangkan suhu badan dan suhu tangan aku ade korelasi.

tapi..

Nasib baik aku teringat. nothing good will come out from an anger. tutup mata, dan tarik nafas dendalam. swallow up my anger. swalloowww.. swalloowww la dammit.. (marah diri sendiri sebab diri sendiri susah nak telan-marah)

Aku senyum je kat doktor tu.. Dia menerangkan ubat ubat yang die nak bagi kat aku. Aku dengar-tak-dengar je la..

Doktor: Tapi awak kene ingat, ubat batuk ni kuat. boleh buat mengantuk.
Aku: Emm.. ye..

Kemudian dia brief lagi skali kat aku. macam tadi, aku dengar tak dengar je. penat. nak balik cepat.. dan sekali lagi dia ingatkan aku pasal ubat batuk tu.

Doktor: Jangan minum ubat tu kalau kamu nak memandu tau..
Aku: iyeee...

Dan mase aku nak beredar dari bilik tu, lagi skali dia ingatkan aku..

Doktor: Ubat batuk tu kuat tau. boleh buat mengantuk..

aaaa. iyee laaa.. terima kasih doktor..

sampai di tempat nak ambil ubat tu, aku nampak brader Q tadi. masih lagi lemah. dia dapat 3 jenis ubat. yang aku agak, satu tu ubat batuk, satu paracetemol dan satu lagi ubat flu. aku ade dengar gak sekarang ni orang perubatan dah tak bagi antibiotik untuk flu sebab antibiotik tu la penyebab virus virus ni mutate. tapi.. biarlah mereka yang pakar figure it out. aku nak amik ubat aku tu je..

Kali ni angka giliran aku pula dipanggil untuk mengambil ubat. terkejut gak aku. apa hal banyak sangat ubat aku kene amik??



err.. secara positifnya, ubat aku tu warna warni. siap ade kaler pink lagi. aku rasa sebab aku 'berdebat' dengan doktor tadi tu la kot, aku dapat 'extra' ubat. hehe

samapi je office, aku tengok tengok balik ubat aku. ape yang doktor ni dok bising bising pasal ubat batuk ni. aku dok tenung je ubat batuk tu..

tak sampai 1 minit lepas tu aku tertidur..

ni la ubat batuk paling kuat pernah aku dapat. baru pandang je ubat batuk tu, terus tertidur. dan ubat tu sememangnya kuat. aku yang dah tidur 10 jam pon, boleh buat aku tertidur lagi 5 jam. (atau sebenarnya aku memang kuat tidur? saje nak salahkan ubat tu)

walaupon aku dok bising bising dengan doktor tu pasal demam, tapi aku tetap makan gak ubat tu. aku tau aku tak demam. takde unsur unsur demam. tapi makan je la.. lagipon die yang ade Medical Degree.. tak puas hati camne pon, ikut je la cakap die..




dan esoknya pula, aku betul betul demam....