Halaman

Isnin, 22 Mac 2010

Viva Voce: Bittaufiq Wannajah

19 comments

(entri kali ini tiada kaitan langsung dengan kereta Perodua/Viva.. kredit imej: MyPerodua.com)


۞ a lil' prologue

Dalam pengajian yang jenis macam aku telah lalui ni, biasanya step kedua terakhir adalah viva (lepas tu baru la proses pembetulan dan pembuku-an thesis dan tunggu panggilan konvo).

Dan perlu diingati, orang yang berhak memberi markah kepada penyelidikkan aku ni digelar internal dan external (internal adalah pemeriksa dalaman, iaitu pemeriksa dari universiti yang sama; manakala external pula adalah pemeriksa luar, iaitu pemeriksa bukan dari universiti yang sama)..

So, kiranya viva ni adalah benteng terakhir kami untuk mempertahankan penyelidikan kami. biasanya kami akan cuba bertahan bermati-matian sehinggakan segala apa yang telah kami pelajari semenjak lahir sehinggalah ke hari tersebut akan digunakan. malahan pula, inilah juga tempat untuk kami menguji diri sendiri untuk mempertahankan apa yang kami percayakan berdasarkan kepada terbitan ilmuan - ilmuan terdahulu untuk membantu membentuk generasi akan datang supaya mereka lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


۞ and so..

ok. Minggu lepas, aku berjumpa dengan Dr. T. aku tau internal dan external aku dah submit markah untuk viva, cuma perlu tunggu masa sahaja untuk dipanggil berperang.

Aku: Doc, doc tau tak bila tarikh viva saya?
Dr T: Eh. patutnya awak kena tanya Cik Eca.
Aku: Oh. bukan dia ke yang akan bagitau doc?
Dr T: Tak lah. itu awak kene deal dengan Cik Eca.
Aku: Err.. baiklah.

sangatnya risau. kalau dah dua dua tak tau bila, jawabnya bila bila masa sahaja tarikh akan di petik. esok? lusa? atau adakah minggu lepas? yang aku tau la, biasanya surat datang ke rumah dahulu..

hari isninnya..

Aku: Assalamualaikum Cik Eca. Saya fa. boleh saya tau bila saya viva?
Eca: Ok jap ae. saya tengok jap.

paused..

Eca: Awak bila free?

eh. org tengah sibuk - sibuk nak tanya pasal viva, boleh plak nak ajak pergi makan sesame. hehe..

Aku: (by assuming that..hehe) err. sy ok je bila - bila free. hehe

gatal..

Eca: oo. awak kene pilih tarikh betul - betul ni. sebab external awak nak datang sekali.

terdiam.. hampir terjatuh ganggang talifon (ofis) aku.. terasa seperti mahu pitam..


sebabnya adalah begini..

۞ tetiba ada flashback (macam hindustan)..

dahulu. ketika aku masih lagi pucuk muda di universiti ini.. aku seringkali mendengar otai - otai bercerita mengenai pengalaman mereka viva. and obviously (dari cerita mereka), mereka akan berasa SANGATNYA gembira sekiranya external (remember? external merupakan penyelia yang BUKAN dari universiti yang sama).. ulang balik.. gembira sekiranya external tak datang ketika pembentangan viva.

and why is that?

sebab kalau external datang ketika viva, maksudnya ada dua sahaja punca mereka datang:
1. penyelidikan yang dilakukan terlampau hebat sehinggakan external ingin datang untuk melihat sendiri result penyelidikan tersebut.

2. penyelidikan yang dilakukan terlalu teruk sehinggakan external perlu datang untuk bertanya 'WTH?' kepada penyelidik.. lagi pon orang kata, face-to-face adalah cara terbaik. hehe

obviously, aku tak yakin no 1 tu sebagai punca kehadirannya.. kerana.. aku tak yakin aku punya penyelidikan hebat giler.. seriously.. bayangkan 3 ke 4 tahun me slaving myself to this research.. is that how it suppose to end? tapi ceritanya tidak mustahil. bukan tidak pernah berlaku pon..


۞ back to phoney story..

Eca: helo? helo?
Aku: Ah. ye saya. kalau macam tu, boleh tak saya hubungi Cik Eca balik. sebab saya nak tanya penyelia saya dahulu bila dia free..
Eca: Ok baiklah.
Aku: Terima kasih..

Luckily, ini bukan masalah Nurse Scheduling Problem. aku hanya perlu deal dengan Dr T sahaja (buat masa ini).

Lantas, aku terus menghubungi Dr T. dan setelah berbincang, akhirnya kami dapat MoU untuk melakukannya sebelum Dr T pergi menunaikan umrah (alhamdulillah). katanya lagi..

Dr T: Fa, awak jangan risau. sy tanya tadi, dia kata external tu datang sebab nak jalan - jalan je.
Aku: Ye ke.. Emm. thanks..

apa - apahal pon, aku cuba percaya apa yang Dr T katakan.

i need faith. yang kene present tu adalah aku, bukannya orang lain. kalau aku takde faith kat research aku, how come i can be a good defender..

and sekarang aku tengah fikir nak ajak sesiapa yang pandai berdebat dan cukup ilmu didadanya untuk membantu pembentangan aku ketika sesi Q&A. maklumlah. aku bukannya Nazi Germany. boleh selamber je serang satu Europe. hehe

Oh. It’s a good start. Hopefully, all end well. kerana.. aku tetap percaya sesuatu yang dimulakan dengan baik, perlulah ditutup dengan kemas dan rapi sebaik - baiknya. Never leave messes behind..

Bittaufiq Wannajah..

ps:

35. Gambar makalah peperangan itu dipetik dari Theonion.com dan gambar ganggang talifon tu pula dipetik dari Last.FM

36. Semoga sahabat aku cepat sembuh dari demam dan lelah.. i keep thinking. adakah aku merupakan punca batuk/sakit tekaknya makin teruk? sbb baru je jumpa dia and i keep smoking depan dia walaupon tahu dia ada lelah.. aihh.. kene berenti merokok ni..erk.

37. semalam (lanjutan dari beberapa lepas), aku start another war dengan sorang kawan baik aku. sangatttnya sedih.. eventhough we didn't start out right(fully), but i don't want this fight will be the last thing we have. what to do.. what to do..