Halaman

Selasa, 24 Ogos 2010

Awek UTM

26 comments
Walaupun sebelum ini, aku pernah bercakap seperti ini:



Tapi hari Isnin (semalam) bagi aku merupakan hari yang memang sangat penat. Dapat small job, tapi kene rush siapkan untuk di hantar pada hari Khamis ni. And surely I know, that is my only path untuk minggu ni. Tak perlu nak merangka - rangka lagi. Tiada lagi possibility untuk aku buat kerja lain.. aihh..

Dan aku sebenarnya memang penat berada di Skudai ni. Me as being jobless, study yang terumbang ambing and moneyless. Damn. Sangatnya tak sabar aku nak pindah dari sini. Dan sanggup sahaja aku menerima apa sahaja kerja di Kuala Lumpur. Tapi apakan daya. Aku masih perlu berada di sini. Selagi study aku tak abis, selagi itulah i am stuck at this hell hole.. Demm.

Dan, hari demi hari yang berlalu, aku rasakan seperti terlalu lama. Sehinggakan aku terasa sangat emosi. Sangat tension. Sangatnya tertekan. Sangatnya geram. Aku segera perlu tinggalkan Skudai.. This is not a metaphore. Tinggalkan Skudai is, as tinggalkan Skudai.


۞ Sambung balik cerita semalam..

Habis sahaja meeting dengan Dr M (watak baru di dalam blog ini), aku bergegas pulang ke office aku. Lihat jam, oh, baru pukul 5 petang. Tak apa. Layan YM dahulu dengan Azue dan اني.

Setelah aku ditinggalkan diorang dalam YM, aku lihat jam semula. Ok. Baru pukul 5.45 petang. Tak pe. Ambil bantal di office, dan tekup muka atas meja. Nak tidur.. Sangat penat ok. Hopefully aku dapat bangun pukul 7 petang. Senang, terus berbuka nanti!

Tiba - tiba aku dapat SMS. Malasnya nak buka mata/SMS. Baru 10 saat dapat tidur. SMS dari Fazrol. Katanya:

"Aku jupe awek yg ko suke kt param tmn u"

Hoh!! Terbangun dan terus berdiri aku. Gosok - gosok mata. Betul ke ape yang ditulis ni? Betul ke awek yang aku suke stalk dulu tu muncul semula di tanah Johor ini? Tanpa berlengah, terus menalifon semula Fazrol. Ok confirm. Terus aku berlari meninggalkan office.


۞ Sambung lagi..

Jangan pandang rendah dengan motor aku ni, walaupun kuasa kudanya hanyalah 5. Kerete yang bawak perlahan depan aku, aku kasi cium - cium siket. Lori simen yang tetiba melintang kat jalan depan Jusco pon, aku selamber je aku potong. Sebanyak 4,759 bonggol di UTM pon selamber je aku mencilok sampai masuk longkang. No time woman! No time!

Jumpa sahaja Fazrol kat param Taman Universiti, aku tanya dia mana dia? Mana dia? Fazrol kata, dia dah lost. Tapi kawan - kawan dia ada lagi. Walaupun aku agak kecewa, tapi tak pe. Time ni la aku paling sesuai untuk fikir balik skill - skill stalking yang telah lama aku tinggalkan. Dan ya. Kali terakhir aku guna pon untuk awek ni..


  1. Being anonymous.
    Atau jadi orang kebanyakkan. Kalau korang pergi kat mana - mana, korang cuba perhatikan jenis orang yang tidak akan dipandang, tidak akan diambil kisah. Ha. jadilah seperti orang tersebut.

  2. Pandangan.
    Kalau nak pandang, jangan pandang secara direct. Gunakan perkakasan yang ada dipersekitaran. Pandang menggunakan bilasan cahaya di lopak lopak air, di cermin mata kawan. Atau paling tidak pon, guna ekor mata punya ekor. Sangat nipis, but sufficient enough untuk tahu target berada di mana.

  3. Sight.
    Pastikan anda berada di luar pandangan dia. Brain is a weird thing. Walaupon dah jadi anonymous, but for being 2 or more times ternampak, mesti ada something yang akan menarik perhatian dia kepada kita sebagai peng-stalk-er. Hide around the bush. Atau di dalam kes ini. Menyorok di belakang Fazrol. Hehe




۞ Kembali ke realiti

Cakap kat Fazrol, tak pe. Kita pusing - pusing dulu. Kita carik dulu apa - apa yang patut. Supaya nampak tangan ini berisi sedikit. Hehe

Setelah pusing semula, akhirnya... Terjumpa semula awek tersebut. Setelah lebih setahun berpisah, akhirnya aku dapat juga melihat dia semula.

Aku kaget.

Tidak mampu bergerak.

Oh. Itulah si dia.

Segala ilmu stalk aku tu dibuang. Aku berdiri di tengah - tengah jalan sambil memandang dia secara depan - depan. Betapa tak malunya aku. Haha.. Tak kira. Aku nak pandang secara direct juga. Bukan senang nak dapat opportunity camni. Dan dia menyedari dipandang aku, dia mula memandang ke tempat lain.. Tapi tak kira, aku tetap nak pandang gak dia. Sehinggalah dia lalu sebelah aku dan terus berlalu...


It was the best 20 seconds of my life..


Eventhough aku tahu, kalau at least ada satu perkataan yang dia keluarkan untuk aku seperti "Hey", "Hoi" atau "Adoi", sudah pasti aku akan pengsan disitu juga akibat degupan jantung yang terlalu kuat.

Well.. who am I kidding. Awek yang aku sedang minat sekarang ni pon, ambil masa sehingga 5 tahun untuk akhirnya aku berkata sesuatu padanya (itu pon thru YM je). Hah!


۞ And so, the fantasy begins..

Hmmm™.. Hari ini aku masih lagi senyum memikirkan kejadian semalam. Dan kalau korang ternampak an idiot yang sedang menunggang motor sambil tersenyum sorang - sorang.. yup. That guy is me.

And... at least, for the time being, aku tahu awek tu ada lagi kat sini. At least, kalau aku masih lagi di sini, aku masih lagi berpeluang untuk berjumpa dengan dia. At least, only for this reason, ini dapat membantu aku untuk menghabiskan masa aku di Skudai dengan penuh senyuman dan penuh harapan :)


And guess what? This is not a fairy tale. Mane ade tetiba happily ever after. There is no such thing. Tapi, biarkan aku tenggelam dalam khayalanku. Kerana kini, aku telah hanyut dengan permainan pemikiran aku sendiri. Biarkan.. Biarkan... :D

ps: 43. Perlu ke ade ps untuk setiap entri? Hmmmm™...