Halaman

Isnin, 27 Disember 2010

Sucked In

5 comments
۞ Isnin

Aku dalam perjalanan dari Melaka Maju ke Kuala Lumpur. Penat. Naik Bas. Lepas tu Ketapi Komuter. Kemudian Ketapi Tanpa Pemandu (Putra LRT). Dan akhirnya naik bas semula untuk ke rumah rakanku, Herman di Petaling Jaya. Dengan dressing yang quite hensem tapi agak awkward untuk hari bekerja, dengan menjinjing dua beg di tangan dan satu beg sandang, mereka seperti faham yang akau ni baru datang dari kampung. (Walaupon aku dari Melaka Maju, tapi aku sangatnya doubt yang kampung aku tu takde la maju mane pon, aside from the fact yang kampung aku tu adalah Pusat Pelancongan Antarabangsa, as they said la. hehe)..


Dan (masih lagi seperti) orang kampung dengan kaki seluar yang terlipat lipat, aku naik bas di Taman Jaya. Agak bernasib baik, kerana aku dapat duduk di dalam bas yang penuh sesak dengan manusia. Tengok jam di tangan, ok, sudah pukul 6 petang. Understandalbe la kalau ramai orang. Baru balik kerje le diorang ni.. Dan aku, alang – alang dah dapat tempat duduk tu, aku menggunakan segala peluang yang ada untuk melihat – lihat bangunan yang tinggi kat Key Ell. Wahh… Tingginye bangunan –  bangunan kat sini..



Ini la bas RapidKL. Tapi bas yang aku naik tu bas T 5 something 5.. B kot.


Dalam bas tu, aku perasan ade sorang pak cik tu, kat depan. Agak tua gak la untuk aku panggil dia pak cik. Sebab aku estimate umur dia at least 67 tahun.


Pelik aku, apsal orang kat depan tu tak nak bagi dia tempat duduk. I mean, come on la! Korang yang muda – muda tu, pergi la berdiri, bagi la pak cik tu duduk. Korang muda lagi, banyak tenaga. Kesian pak cik tu. Kalau pak cik tu berdiri dekat dengan tempat aku duduk, memang aku bagi je die duduk. Ish budak – budak bandar nih..
Disebabkan makin ramai orang memasukki bas tersebut, pak cik tu makin lama makin dekat dengan tempat duduk aku. Aku duduk dekat dengan tempat keluar pintu tengah bas..


Akhirnya pak cik tu ada dekat dengan aku. Aku pon terus berdiri..
Aku: Pak cik, duduk la.
Pak Cik: Eh tak pe nak. Tak pe.
Aku: Tak pe pak cik. Tempat saya dah dekat. (Takk. Sebenarnya tempat aku jauh lagi)
Pak Cik: Tak pe nak. Pak cik dah nak turun dah ni.
Aku: Oh. (baru je aku nak bercakap..)
Pak Cik: (sambil menekan loceng) Terima kasih nak.
Aku: (Senyum – senyum sambil duduk kembali) Ya sama – sama.
Setelah pak cik tu turun, aku perasan ade mata – mata yang memandang aku. Dammit people. Get your judgemental eyes off me. Aku buat baik pon korang nak pandang – pandang ke. Haha


۞ Selasa (Esoknye la)

It is safe to assume yang hari ni aku seperti orang lain pergi bekerja di Kuala Lumpur. Balik pukul 4 lebih dan sampai di Stesen Putra Taman Jaya pukul 6 lebih. Macam semalam. Ya. Macam semalam. Kecuali, hari ini, aku berpakaian segak, memakai baju kemeja yang digosok 3, 4 kali pagi tadi, seluar slack yang licin, yang gosok 3, 4 kali gak sampai tajam bucu dia, dan kasut hitam berkilat seperti cermin.


Dan (luckyly again), hari ni aku dapat lagi tempat duduk dalam bas RapidKL yang penuh dengan umat manusia tu. Memang ngam la. Kaki dan badan aku sangat penat. Dapat pulak direct hit air cond. Wahh.. bestnye..


Sedang aku menganga menikmati air cond sambil bas mula berjalan, aku perasan pak cik semalam tu berdiri berhampiran tempat duduk aku.
Aku cuma perasan. Tapi aku tak sure. Sebab aku pandang tempat lain. Tak nak pandang direct pak cik tu. Sebab aku tau, aku memang tak mampu nak bagi seat tu kat dia. Hari ni bukan macam semalam. Hari ni aku sangat penat. Nak bangun pon tak larat rasanya..


Dammit FA. Kau bagi la seribu alasan, baru sekarang kau tau macam mana orang lain semalam rasa. Dammit again. Baru sehari duduk sini, now I’m easily be one of those people yang aku kutuk – kutuk semalam.


Dan kini, aku memandang ke luar tingkap luar, memandang bangunan – bangunan tinggi yang semakin pudar. Hopefully, my shame.. will also fade away..

Segan aku dengan pak cik tu..


ps:
46. Oh. Aku ke KL mase tu sebab aku ade keje siket. Sekarang ade kat Melaka balik (bukan JB).
47. Korang yang suke blogging tu, aku cadangkan korang gune Windows Live Writer. Best Giler.. Windows only and its free.. Go to here (http://explore.live.com/windows-live-writer?os=other).


48. Gambar bas rapidKL tu di ambil dari website http://pawiblog.com/rapid-kl-bus.php