Halaman

Jumaat, 9 Mac 2007

Artikel: Masalah Tahun 2038

4 comments
Year 2038 Problem.

Dipercayai tahun 2038 akan menyebabkan beberapa software akan gagal berfungsi. ini disebabkan oleh "rounding error" apabila software yang didevelop dengan C yang gunekan fungsi time_t. time_t ni adalah datatype (defined dari time.h) yang 'diakui' oleh ISO C yang diukur dari 1 Januari 1970.

dalam C, nilai maksimum untuk signed integer (32-bit) adalah 2,147,483,647 (hex: 0x7FFFFFFF). so, the problem is apabila tiba masa (int a = 0x7FFFFFFF) iaitu pada 3:14:7 pagi 19 Januari 2038. dan untuk saat berikutnye, iaitu a+1, a akan jadi 0x80000000, tapi disebabkan melebihi had maksimum untuk integer, maka "DateTime" akan direset balik ke tahun 1901 (sebab value a sekarang jadi -2,147,483,648). haha

kebanyakkan sistem unix 32-bit akan mengalami masalah ini, disebabkan hampir keseluruhan applikasi unix dibangunkan dengan C.


Picture illustrating the problem (ripped from wikipedia :)


.NET

program yang dibangunkan dengan .NET pulak 'selamat' dari problem ini disebabkan DateTime (structure untuk hold time) akan return data type long (maksimum value untuk long/int64 adalah 9,223,372,036,854,775,807) - unless kalo ade sape sape yang main main dengan date gune COM object.

Kalo nak tau lebih lanjut, baca la reference reference kat bawah ni:

Reference
  • Wikipedia

  • 2038 Bug

  • Ahad, 4 Mac 2007

    7 comments
    Damn the weekend.

    Weekend - antara hari yang paling membosankan (at least dalam mase sebulan ni).



    Bangun pagi, tengok bilik bersepah, terus sambung tdo balik. bangun balik tengah hari, bukak video clip dengan laloq laloq sambil isap rokok. petang merayap merate rate tempat. waaa.. boringnye~~

    terjumpe lak si aisah post mendalah ni (untuk yang lahir 1973-1984). best, buat aku rindu balik time kecik kecik dulu. bace la....

    Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

    Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

    ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
    bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

    ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
    time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

    cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
    tapak tangan... kan ?

    semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

    time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
    atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
    yang suka stoking tebal laaa...

    internet? email? Menda alah ape tu?

    CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

    kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-
    Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
    warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
    bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

    tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
    kat luar skola tuh...

    lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
    pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
    awal.

    lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
    rounders laa...

    permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
    aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
    duduk...

    kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
    color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

    lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
    baling2 kapur laa.

    hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
    World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
    Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

    bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

    AIDS wujud sejak diorg lahir.

    CD pun wujud time diorg lahir.

    Michael Jackson dah putih dah time tu.

    Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

    Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

    Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

    Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
    nak switch on TV kalau xde remote control.

    dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
    handphone...

    hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

    1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

    2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

    3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

    4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

    5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
    hari

    6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
    pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
    nakal2 dulu...

    jadi, adakah anda rasa anda dah tua????