Halaman

Jumaat, 28 Jun 2024

Sama dengan

0 comments

Hari tu, aku tengah "bertukang" sikit betulkan basikal anak aku. Adalah kene pakai cable tie sikit. Macam biasa, lepas ketatkan cable tie tu, aku potong lah yang tak pakai tu. Anak aku pon macam biasalah. Dia tengok cable yang lebih - lebih tu, dia ambil la buat main.

Yang menariknya, dia ambil lepas tu dia main - main, sambil buat macam - macam kombinasi.

Dan last skali (sebelum dia bosan), dia ambil satu, dia buat no 1. Dia ambil lagi dua, dia nak buat tambah. Lepas tu dia ambil lagi tiga, buat satu dengan "sama dengan". Tapi sebab dia kira tak cukup agaknya, dia tukar jadi,

\[  1-1=\bigtriangleup  \]

Dia panggil aku, "Abi abi. Tengok ni. One minus one, equals triangle", sambil gelak - gelak. Aku faham, dia buat macam tu sebab tak cukup cable tie..

Tapi yang sengalnya, aku boleh pulak reply macam ni, "Eh tak boleh tu abang. Salah tu abang" (btw aku panggil dia abang).

Lepas tu dia tanya aku, "Kenapa tak boleh abi?".

Aku terdiam...

...

You see. Dalam bidang sains, dah matematik especially, setiap benda dan statement yang kita keluarkan, kene penuh dengan definasi dia.

Dulu korang pernah nampak kan macam mana orang nak proofkan 1 + 1 = 2? Ni snippet last skali proof dia dari beribu pages dia, aku amik dari [100],

 

Senang citer, untuk buktikan 1 tambah 1 sama dengan dua, first skali kena define, satu (atau 1) tu apa dia. Kat mana letak dia. Macam mana boleh wujud satu tu. Kemudian, sama dengan operation tambah, tolak, bahagi, darab, sama dengan dan semua lah apa - apa simbol - simbol yang ada tu.

Sama dalam bidang lain. Besi, atau iron atau Fe dalam Periodic table, always refer to that defination of Fe.

Standardize.

So kalau kata tambah, atau Fe, semua orang tahu apa maksudnya dan apa properties dia.

Kalau orang kata sama dengan, orang tahu apa juga maksudnya.

A kilogram of steel IS heavier than a kilogram of feathers. Here's why.

Dan ya. 1 kilogram besi sama beratnya dengan 1 kilogram bulu.

Now. Read again. Kita tak kata 1kg steel sama dengan 1kg feathers. Kita sebut dia sebagai sama beratnya.

Sebab 1kg steel, (sememangnya) tak sama dengan 1kg feathers. Kita sebut sama beratnya. Bukan sama antara satu sama lain.

This is also the same kalau orang kata, "kalau kau ada kat tempat aku, mesti kau pon akan A, B, C..".

Now now. Setiap orang ada equation dia sendiri. Either datangnya dari nature (macam genetic) atau nurture (dari environment). When you asking me to put my foot on your shoe, tak bermaksud aku akan dapat pandangan atau conclusion yang sama. Nature - nurture psychology (ehem.. sekarang kita main psychology beb).

Nature vs. Nurture: Understanding the Differences for English Learners 

Infographic on Nature Nurture [102]

Ok now.

It also doesn't means that I shouldn't put my foot on your shoe. Betul. Kita mungkin tak akan dapat conclusion yang sama. And both of us shouldn't expect that tbh!

But... The least I can do is, try to give my pendapat as an outsider. As somebody seeing it from different angle. Different perspective. No. It doesn't means that you should stop talking to me about that, or anything if that matters. How I deal with it, how I view it, how I accept and repond to it, it is all seconded on me by nature nurture.

You see. All academic papers (well at least the good ones), need to be written properly. Ada summary kat atas (abstract), problem statement, etc etc. And then, it needs to be reviewed by the expert. And then, need to be published and presented in front of academics people.

Why? We need somebody to condemn our paper. Pointing out our mistakes.

So that, our paper will be better. Suitable for humanity.

Likewise. When you tell me a story, I should know when I should stop giving my advice. When I should start talking. I should focus.

Yea focus.

Sebab sebelum ni aku perasan, aku punya fokus senang sangat hilang. My friends says, baguslah, boleh buat banyak kerje serentak. In fact, theme aku untuk tahun 1445H adalah untuk fokus.

When I start working (kerja office), I should stay focus on my office thingy.

When I start on doing other things, I should always focus on that thing. 

When I wanted to give the best nurture for my kids, I should focus on giving positive energy to them.

See.. Dari cerita pasal anak aku 1 minus 1 sama dengan triangle, dah terus ke mana - mana tah cerita aku..

Focus!

...

So, aku tak patut terus kata "salah" kat anak aku. I have to try to understand him. Maybe I can say that, "Yea. 1 minus 1 boleh jadi sama dengan triangle, if we let triangle be as zero" (or maybe kata triangle tu sama dengan kosong).

Sadly, lepas tu dia terus chalo dari situ lepas aku tak jawab pertanyaan dia.. "Kenapa abi?"

This mistakes will always haunt me. Dah 4 bulan berlalu, aku masih lagi terfikir pasal ni. I should be a better person. I should focus on things I should do. Definition can always be redefine with proper technique.

Hopefully, I will be a better father in the next every seconds..

...

Sources (all links akan dibuka kat tab atau window baru):

[100]: Sumber: The Universe of Discourse: 1+1=2. Web Archive link: http://web.archive.org/web/20240308181859/https://blog.plover.com/math/PM.html

[101] Thumbnail 1kg steel vs 1kg feathers tu datangnya dari https://www.youtube.com/watch?v=-kPng94HHyQ&ab_channel=AndyChamberlainMusic

[102] Sumber: Nature vs. Nurture: Understanding the Differences for English Learners.

Selasa, 27 Februari 2024

The current

0 comments

Circa 2021. Aku terlibat dengan satu projek ni. Berkaitan dengan agensi yang berkaitan dengan laut.

Alhamdulillah, banyak benda yang aku belajar. Sebelum ni kitorang banyak terlibat dengan on-land punya sistem atau sistem yang tak sentuh tanah (read: political system).

So untuk team kami, kami nak tak nak, kene la belajar macam mana kapal belayar kat laut.

Ya. Kene belajar macam mana kapal belayar kat laut. Bukan maksud kami nak tau macam mana nak sauhkan kapal. Tapi kami nak kene belajar cara reading untuk kapal tersebut. Segala apa attribute yang kapal tu kasi, kene fahamkan. Tak perlu hafal. Tapi fahamkan.

Data informasi kapal tersebut di"capture" oleh AIS, kira macam kat pantai atau kat tanjung punya "receiver". Dia kena ada atas tanah. So kita panggil dia - Sumber AIS = Terrestial.

Dan AIS tu sendiri merujuk kepada Automatic Information System. Dah memang kerja dia untuk dapatkan informasi kapal - kapal yang broadcast AIS data.

Data yang kitorang dapat untuk AIS tu agak banyak. Dari dimensi kapal tersebut, nama kapal tersebut, nombor kapal, dan "call-sign" kapal tu (kira macam no plet kapal tu).

Ok tu straight forward. Tapi yang tak straight forward dia, data macam gambar bawah ni (data AIS kapal macam ni boleh tengok kat marinetraffic.com, tak kan le aku nak letak gambar data dari projek aku.. kann.. kann.. hahah).


Maksud aku confusing, dia ada Course dan True Heading.

Macam aku selalu pesan kat kawan - kawan aku, kalau confuse benda berkaitan dengan numbers ni, tengok unit dia.

Degree.

Maksudnya arah kapal. Betul?

Ok hampir betul. Course atau Course Over Ground (COG) adalah arah dimana TUJUAN kapal tersebut menghala. Bayangkan kalau kat Google Maps tu, dia akan kasi arah pusing ke 30 deg di hadapan. Kita akan buat 30 deg di hadapan. Dan True heading pula, merujuk kepada kapal tu sebenarnya pointing ke arah mana. Ok ni nak kene explain lebih sikit (maksudnya dia kena ada perenggan dia sendiri).

So kalau kapal bergerak kat atas laut, ada banyak faktor nak kene ambil kira. Macam ombak, angin laut dan sebagainya (aku takde idea lagu nak kasi contoh). Ok sikit je explaination dia.

Contoh researcher gunakan True Heading (HDG) dan COG untuk tentukan tsunami [97]

COG dan True Heading tak semestinya sama. Faham kan?

Ok jadi satu lagi persoalan. 0 degree tu, kat mana eh. Atas ke? Bawah ke? Dari pusat bumi ke.

So masa tu, aku pon mula lah mencari - cari dimana 0 degree tu. Ya. 0 degree tu sebenarnya merujuk ke arah utara.

Tapi, tahukah anda, sebenarnya kita ada beberapa jenis utara? Haa aku pon baru tau.


Magnetic North vs Grid North vs True North [98]

Utara tersebut adalah:

  1. Magnetic north. Merujuk kepada arah magnetic bumi kita ni. Dia senget sikit dari utara yang satu lagi.
  2. Grid/Geographic/True North. Merujuk kepada utara berdasarkan (virtual) line yang kita lukis kat atas peta tu. Geolocation yang kita guna yang macam 2°01'01.2"N 102°34'48.6"E tu, merujuk kepada (virtual) line kat peta!

So actually, utara yang kite dok selalu tengok kat kompas tu, bukan utara yang sama macam dalam dalam gambar - gambar yang selalu kite tengok tu. Kompas utara, adalah menunjuk ke Magenetic North. Bukan Grid/Geographic/True North pon..

Gambaran artis, ade megnet dalam bumi kite [99]



The thing is that, benda ni macam inspire aku.

I know what I want, I know where I should be heading (COG). Cuma kadang - kadang badan aku mula ke arah lain (True Heading).

Kalau kapal - kapal moden, dia ada macam - macam sensor dan calculation untuk pastikan kapal tu actually ke arah yang dia sepatutnya dia pergi. Dan aku pulak, mengharapkan rakan2 dan family aku untuk drag aku ke arah jalan yang betul. No cap.

Contohnya macam kes aku ni. It should be enough kalau aku tau what is COG and what is True Heading untuk purpose projek aku. Tapi banyak juga aku spend masa nak fahamkan pasal all the type of north yang ada.

Distracted.

Aku senang sangat distracted kalau buat kerja. Susah nak elak. Mana taknya. I'm still like a child. Semua benda senang untuk buat aku interested nak tau apa. Or in alternate sentences, semua benda senang untuk buat aku distracted aku lol.

True. I wanted to learn lots of things. But at the same time, I also wanted to revise or study benda - benda yang aku dah belajar. Not because of ada ujian ke apa. Tapi sebab aku memang suka macam tu.

Because in the end. Aku tau aku ni senang hilang fokus.

Nak nak pulak, kerja aku ni jenis macam kejap buat projek itu, kejap buat projek ini. Walaupon aku tersangatnya fokus masa buat sesuatu kerja, tapi aku juga tersangatnya senang untuk aku fokus ke kerja lain at the same time.

I know this is my downside. 

Tapi aku tak boleh ubah. Like I said, the nature of my work is like that.

Especially sekarang. Aku ada more than 5 concurrent project yang aku basically kene hand-dirty.  I can highly focused on works but at the same time, I can also easily distracted.

The thing is, macam mana aku nak tau aku bukan distracted? Macam mana aku nak tau aku punya true heading? How should I know my true heading is actually True Heading?

So what should I do?

Set the target.

Aku start dengan set tema aku untuk 1445H adalah untuk focus. Ya. It's already 8 months I'm trying. But anything I do, it must be within this theme.

For every works yang aku buat, aim aku adalah untuk fokus ke hujung jalan.

Kalau untuk kerja, aim aku adalah project successfully delivered. So I should focus on that.

Benda - benda lain yang tak membantu project delivery aku, aku anggap dia sebagai distraction.

Kalau untuk anak - anak kau, aim aku adalah nak pastikan diorang membesar dengan sihat.

Kalau fokus aku untuk nak mengelakkan dari bergaduh, I know what I should do (dis also relates to 1444H punya tema, fixing)..

Dan kalau untuk life aku..

Em..

Emm...

Hahahah.. Aku pon tak tau. Janji aku hidup je kot hahah.


P/S:

[97] Research Paper on Measuring offshore tsunami currents using ship navigation records

[98] Ambil dari slide share. Tapi rasanya dia pon tapau dari sini. (Sumber rajah) Uncharted 101

[99] Sumber rajah: Blog Directional Drilling Art