Jumaat, 15 Disember 2006

Register Your Prepaid

7 comments
Nak check sama ade korang punye hp dah reg or not:
  • Celcom: hantar sms REG STATUS ke 28882
  • Meksis: hantar sms REG ke 22555

Khamis, 14 Disember 2006

Info kesehatan

0 comments
Ni aku dapat testimonial dari sorang kawan baik aku. thanks for her for the info :)

Tabiat merokok punca OCPD

MASALAH batuk teruk dan berkahak adalah perkara biasa di kalangan lelaki tua yang merokok. Ia petanda utama bagi penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) iaitu masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan.

Walaupun mengalami batuk teruk hingga kadangkala sukar melakukan kerja, ia tidak dianggap masalah besar bagi kebanyakan perokok. Ramai lebih rela menderita batuk daripada berusaha berhenti merokok mahupun mendapatkan rawatan.

COPD adalah masalah sejagat dan ia lebih ketara di kalangan perokok tua. Asap rokok yang bertahun-tahun disedut masuk ke paru-paru boleh menyebabkan dua masalah besar, iaitu bronkitis kronik (keradangan pada paru-paru) dan emfisema (kerosakan tisu paru-paru mengakibatkan proses pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen merosot). Kedua-dua masalah ini menjadikan seseorang itu mengalami COPD.

Paru-paru kita mempunyai dua bahagian utama iaitu tiub bronkial (juga dipanggil saluran pernafasan) dan alveoli (pundi udara). Apabila kita bernafas, udara melalui tiub bronkial untuk masuk ke alveoli. Di sinilah berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Gas oksigen meresap masuk ke salur darah, manakala gas karbon dioksida pula masuk ke pundi udara untuk dihembus ke luar.

Seperti organ lain, keupayaan paru-paru untuk berfungsi dengan cekap menurun dengan peningkatan usia; apatah lagi di kalangan perokok. Bagaimanapun bagi perokok, fungsi paru-paru mereka mula merosot apabila mereka mula merokok. Tidak hairan perokok lebih mudah mengalami masalah membabitkan saluran pernafasan.

Kedua-dua masalah (bronkitis kronik dan emfisema) boleh dikesan dengan mudah melalui gejala batuk berkahak dan sesak nafas — yang biasa berlaku pada perokok tua. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, lebih buruk gejala dihadapi.

Saluran pernafasan pesakit COPD biasanya menjadi merah dan dipenuhi mukus (lendir) yang menyekat laluan udara, menyebabkan pesakit sukar bernafas. Pada masa sama, alveoli juga mengalami keradangan akibat kemasukan asap beracun. Lama kelamaan, alveoli menjadi keras dan tidak boleh menampung cukup udara. Akibatnya, proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida terganggu dan pesakit mengalami sesak nafas.

Menurut Perunding Geriatrik, Dr P Srinivas, sehingga kini tiada rawatan dapat memulihkan kerosakan paru-paru pesakit COPD. COPD antara empat punca utama yang menyebabkan kematian penduduk dunia. Malah, sikap pesakit yang tidak mahu berhenti merokok atau segera mendapatkan rawatan hanya memburukkan keadaan.

Keadaan di Malaysia tidak banyak berbeza dengan negara lain kerana hampir 47 peratus lelaki di negara ini merokok, manakala jumlah perokok wanita kini mencecah tiga peratus — semuanya berisiko tinggi mengalami COPD.

Dianggarkan antara 80 hingga 90 peratus kes COPD berpunca daripada amalan merokok selama 20 tahun. Sekali imbas, tempoh ini nampak sangat panjang dan jauh daripada jangkauan. Cuba ingat kembali bila anda mula merokok dan berapa lama tempohnya hingga hari ini. Jika anda mula merokok ketika berumur 20 tahun dan kini mencecah 40 tahun, tidakkah anda sebenarnya hampir masuk ke pintu COPD?

Kata Dr Srinivas, masih ramai perokok tidak menyedari masalah ini. Bahkan, kurang kesedaran dan pengetahuan menyebabkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan masih rendah, walaupun gejala penyakit sudah lama timbul.

“Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan berhenti merokok. Kajian menunjukkan hampir 41 peratus warga emas yang tinggal di rumah orang tua mengalami masalah COPD dan sebanyak 30 peratus pesakit berumur 65 tahun ke atas menunjukkan tanda positif apabila berhenti merokok.

“Ramai tidak sedar COPD boleh menyebabkan seseorang perokok mengalami pelbagai masalah, termasuk hilang keupayaan dan tidak boleh bergerak apabila tua,” katanya ketika Persidangan Geriatrik Asia Pasifik: Masalah Lazim di Kalangan Warga Tua anjuran bersama Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kementerian Kesihatan, Akademi Kedoktoran Keluarga Malays


COPD dan masalah kesihatan

Secara umumnya COPD disebabkan tabiat merokok. Lebih awal seseorang itu memulakan tabiat merokok dan lebih lama tempoh merokok, risiko mengalami COPD lebih tinggi.

Antara gejala utama COPD ialah batuk teruk, berkahak, bunyi nafas kasar (berdehit) dan sesak nafas. Jika anda mengalami tanda ini, Dr Srinivas menasihatkan segera mendapatkan rawatan atau setidak-tidaknya berusaha berhenti merokok kerana ia cara terbaik untuk merawat COPD.

Malah, pesakit COPD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti selesema dan diserang virus influenza kerana asap rokok juga boleh melemahkan daya ketahanan badan.

Walaupun tidak boleh seperti sedia kala, menghentikan amalan merokok dapat mengembalikan kesihatan paru-paru. Tiada had umur tertentu untuk berhenti merokok. Lebih awal anda berhenti, kesannya lebih baik kepada kesihatan.

“Sasaran utama rawatan COPD ialah menghentikan gejala, memperbaiki kualiti kehidupan pesakit, mengelakkan perkembangan penyakit dan merendahkan kadar kematian akibat rokok. Syarat utama dalam rawatan ini ialah berhenti merokok. Berhenti merokok dengan mendadak memberikan kesan lebih baik berbanding secara perlahan-lahan.

“Tidak kira berapa lama anda merokok, paru-paru akan menunjukkan kesan positif apabila anda berhenti merokok. Jika anda bercadang berhenti merokok, segera dapatkan bantuan pakar. Mereka boleh mencadangkan beberapa kaedah, termasuk terapi penggantian nikotin, kaunseling psikologi dan galakan daripada kumpulan sokongan,” katanya.

Beliau berkata, diagnosis awal dan pengurusan rawatan yang aktif sangat penting untuk mengurangkan kadar morbiditi dan kematian. Malah, ia juga dapat mengatasi masalah emosi kerana kajian menunjukkan 68 peratus pesakit COPD turut mengalami kemurungan.

Antara rawatan yang boleh diberi kepada pesakit COPD tua ialah penggunaan ubat ß-2 agonist (untuk mengurangkan bakteria dalam saluran pernafasan), theophyllines (bagi individu yang ada masalah pernafasan pada waktu malam), anticholinergics dan ubat terbaru, tiotropium.

Lebih malang jika tabiat ini membuatkan anda terpaksa menjalani terapi oksigen yang biasanya diberikan kepada pesakit apabila mengalami kesukaran bernafas.

Jadi, sebelum anda terpaksa bergantung hidup kepada tabung oksigen, lebih baik jika anda memulakan usaha berhenti merokok hari ini juga.

source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/20060416102543/Article/indexs_html
http://www.hmetro.com.my/Sunday/Kesihatan/20060416102543/sun_artrevamp

Selasa, 12 Disember 2006

Finalize sisa sisa RavMoNe

1 comments
okeh. aku assume korang dah buang sume file tu kat physical disk korang. sekarang ni nak repair registery plak eh (kesan sampingan ravmone).
    ikut step ni:
  1. Bukak registry editor (regedit.exe)
  2. double click kat "My Computer" sebab kite nak start search dari awal lagi.


  3. Pergi kat menu bar, pilih "Edit" and klik kat "Find..." atau tekan je Ctrl + F. nanti kluar kekotak Find.
    Masukkan kat textbox tu perkataan ravmone. Kat bahagian group "Look At" tu, pastikan korang check untuk "Keys", "Values" and "Data"
  4. Klik Find Next.
  5. Nanti die akan jumpe kat somewhare under subkey MountPoint2, some GUID (yang bentuk {xxxx-xxxxxxx....}), Autorun\command.



    padam je key tu terus (key command tu). Kat sini la yang slalunye buat kekotak "Open With" tu..
    iterate step ni sampai die outside daripada MountPoint and GUID.


  6. For some reason, korang akan jumpe gak kat bahagian ShellNoRoam (MUICache). Biarkan aje. ni windows pakai just untuk MRU (Most Recently Unit)

  7. Kalo sampai kat bahagian HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run, just padam value "RavAV" korg


    jangan g padam key RUN ni plak.

okeh. kalo ade mane2 part yang tak paham or aku miss something, reply je.. insyaAllah aku cube tolong kalo boleh.

Ahad, 10 Disember 2006

Ujian Hidup

4 comments
Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita perlu faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah s.w.t.
Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah ... dan bacalah Al Quran ... sesungguhnya, banyak isi-isi yang tersingkap di dalamnya ... segala jawapan ada di dalamnya ...

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ~ Al-Quran Surah al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ~ Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ~ Al-Quran Surah Ali Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI UJIAN INI?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ~ Al-Quran Surah Ali Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
~ Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. ~ Al-Quran Surah at-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. ~ Al-Quran Surah at-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. ~ Al-Quran Surah Yusuf ayat 12

sumber: http://www.afa.org.sg/malay/b-pesakit.htm

Sabtu, 2 Disember 2006

Umah sewa

0 comments
Lame giler dah tak tulis ape2 kat sini. Am I a lazy person? perhaps.. malasnya nak menulis. tapi rajin pergi jalan2 melawat umah sewa bebudak forecast kat taman sri pulai. bestnye kalo dapat dok umah sewa. rasa macam free je nak wat ape2 (kot :)


Fazrol nak show off moto die.


Umah fazrol baru 2 orang je yang ade. tu dengan jay em.


tengok herman repair komputer. conclusion: processor rosak. ahaha


jay em, nata dengan sorang watak yang tak dikenali. hehehe

emm. bile la leh dok umah sewa dengan diorang. tunggu dah stabil nanti kot. ni nak makan pon takde duit, berangan lak nak dok umah sewa. haha

Khamis, 5 Oktober 2006

A man with Null (Part 2)

3 comments
akhirnya dapat gak post kat dalam blogger after a long period. located at new address (http://fafa-null2.blogspot.com). A man with Null (Part 2). So many things happens between dis period. ahaha..

well, what could ya expected from me. this is me, fa - a man with null :)

Khamis, 14 September 2006

11 comments

This is NOT a story about a girl named Lucky...


UTM kekurangan gula! puas carik kat mane mane koop or arked. pon takde jual gak. tension plak rase kalo kehidupan ni takde gula (seolah2 takde perasaan manis di dalam kehidupan). Dah dekat seminggu bekas gula aku kosong je :(


Tiap tiap malam, nak tak nak terpakse la aku buat air nescafe tanpa gula. tapi kadang kadang layan gak kalo minum air tanpa gula. bak kata pepatah, yang pahit itu ubat :)


Thanks to nickey, dapat gak merasa kemanisan dengan cookies yang die bagi. thank you very very much. Famous Amos.. try gak nak jimat jimat for future use. tapi tak leh ar. sedap++. sekarang ni tinggal 1 je cookies tu. nak makan time dah betul betul lapo sampai nak pengsan.


So, in the one fateful night, terpaksa la mintak tolong nazri (a.k.a geweng) pergi taman u nak carik gula (and tembakau :). So, mase balik tu lalu ar pintu gerbang utm. then kene tahan dengan pak gad. Die kate "Mane kad metrix korang". geweng bagi kad metrix die and aku bagi kad matrix lame aku (expired date 2006-06). and then pak gad sound aku soh aku pergi balik bilik amik kad metrix aku and in the same time, die tahan kad metrix kitorang. mase nak g balik bilik aku, geweng senyap je. of course la. aku punye salah tapi sampai melibatkan die. sori sesangat to geweng. my whole life terlampau banyak menyusahkan orang walaupun aku try to avoid. "bad luck ko slalu la berjangkit kat orang lain", kata member aku bulan lepas. moral of this paragraph, jangan la rapat dengan aku kalo korang sayang luck korang. hehehehe


Somehow, early in this week, i was given a new hope. a hope that i think could change my life. a hope that i was hoping for. [un]fortunately, i somewhat realize that the hope is stabbing me in the back. my hope is betraying me. thanks to my best friend (as a proxy) to tell me the truth. the truth which is very hard to accept.


teringat plak kata kata Azah (who is the most wonderful and beutiful girl) masa kitorang bincang pasal problem with my life. 2 major weakness that i should overcome in this life.


  1. Mudah percaya

  2. Mudah mengharap


Hopefully, i could surpass this weakness. And yeah, life is hilariously cruel..

Ahad, 10 September 2006

Adsense+Blog, Proxy+Websense and Winamp+YM

2 comments

Life is hilariously cruel


Akhirnya berjaya gak nak update blog. ade gak la dalam seminggu tak dapat access langsung mane2 blogspot.com domain (kene block dengan server utm - tah, fakulti pendidikan punye server kot). minggu ni + minggu lepas siket: pesta konvo, jumpe banyak member2 lame, member2 yang konvo, adsense request approved, start kerja and banyak lagi ar.





as u all notice, aku punye blog dah tambah adsense. Click em if ya think the link provided is useful. korang pon try la daftar skali.





nak letak lagu (dalam winamp) korang ke status yahoo messanger? pakai plugin WA2Y http://www.winamp.com/plugins/details.php?id=144424



(Actually aku malas gile nak menaip. ape2 hal pon, Life Goes On :)

Selasa, 29 Ogos 2006

Bapak and Bilik

4 comments

Gambar Hiasan

Semalam bapak (a.k.a khairul anuar) ex classmate sekolah dulu2 datang UTm. Yup. orang memang panggil die bapak (disebabkan komposisi badannye yang menyerupai bapak orang). Best giler die dapat further study kat Indonesia (Universitas Andalas). And aku baru tau rupenye banyak lagi budak mrsm kuchai yang dapat kat sane. Bapak, Azue and Aisah makin menghampiri cite2 diorang untuk menjadi doktor. hmm.. aku kat sini masih terkontang kanting and terlalu obses untuk pikirkan masa depan aku.. good luck for them :)


Ni la die Bapak (bukan nama sebenar)


Ari tu, akibat kelam kabut nak balik umah, akhirnya bilik aku macam dilanda tornado. balik dari rumah, masuk bilik je rasa tertekan. aaa.. tension je bilik bersepah. so, mengikut hukum alam, terpaksa la tambah lagi sepah sebulum betul² kemas..hehehe
Bukan bilik aku!
Setelah berhempas pulas, hasilnye best sesangat. rasa bersih and teratur.
hehe
bilik aku.. hehe

Life goes on :)

Khamis, 24 Ogos 2006

MHI, Memoryless, Drop and Gigi

4 comments
Lepas bangun pukul 11 malam tadi, terus tak leh tdo. So, layan je la kepala ni sampai pagi. Pagi tadi tengok MHI (Malaysia Hari Ini). Lame dah tak tengok MHI. Banyak gak la dapat pagi tadi. motivasi etc. and baru tau, yang sebenarnye OIC sebenarnye banyak tolong Lebnon, it just tak dapat pendedahan media je. emm. ingatkan OIC ni just berdiam diri. Mase tengok MHI tu, ade ruang ucapan kat bawah. ingatkan nak wat ucapan, tapi kene jadi ahli MyTV3. 3 kali hantar sms untuk daftar, tapi sumenye kene reject. hehe.. rugi je RM1.75 kredit aku. Tapi yang bestnye mase MHI tu, ade dengar pengacara tu (Fitri kot namenye) masa tengah buat ulasan pasal surat khabar. ".... apa apa hal pon, Life Goes On.. " hehe. best plak dengar orang cakap macam tu :)

nak g kelas, tapi badan rasa letih lak. nak taknak pakse badan ni pegi fakulti and bantai terbungkang kat C22. tak peduli, janji dapat tdo. luckyly dapat bangun 10 minit sebelum kelas. masuk kelas, kepala weng je. tak paham. nak nak plak mase die terangkan pasal random dan MEMORYLESS. Penat aku tengok Doktor tu terangkan pasal MEMORYLESS.. "bla bla bla... Forget about the past and we continue our life..." tetiba plak masuk bab falsafah. hehehe..

tengah kelas tu, dengar lak budak2 ni cakap tarikh akhir drop di pendekkan. dari 22 September jadi 2 September. Wah. Pastu diorang cakap lagi mesti => dari 6 jam kredit. so, aku tak leh nak drop la (sebab sekarang ni 8 jam kredit). cuak gak. dalam pkl 3, pergi running ke SPS. tanya kat kaunter. die cakap die pon tak tau. die call sape tah pastu cakap tarikh akhir drop 22 Sept. Pergh.. bengang je aku. pastu tanye die pasal minimum jam kredit. die kate 9. aku betah balik cakap aku ari tu daftar 8 je boleh. pastu (dengan ragu ragu) die kate "eh... maximum 9 jam kredit".. haha.. tawakkal je la aku (tak yakin plak).

balik dari SPS pegi Taman U. pastu pegi jumpe doktor gigi. nak cabut gigi. dapat turn ke 180 (hehe). masuk je bilik 'pembedahan' tu, tengok ade 1 doktor and 2 pembantu. tengah bizi. borak2 dengan doktor, then die check gigi aku. pastu die puji aku (kot) kate aku banyak lagi gigi susu. hehehehe. so, time die nak cabut gigi aku tu (gigi yang nak cabut tu pon gigi susu, lame giler sebab die kate gigi susu aku tu kuat lagi and akarnye panjang.. hehe :), tetiba tangan die tertolak meja kecik tu sampai terjatuh jarum and terus tercucuk dada aku. adoiii, sakit gile. dah la die bagi injection pakai bius dengan jarum panjang giler. ahaha. dah 2 jam tak abis2 lagi kesan bius tu.. adoiii laa..

kat papan tanda tu tulis: Cabutan = RM 3.00 sebatang. ingatkan nak je mintak kurang (sebab gigi aku yang kene cabut tu bukan sebatang, tapi 1/2 batang). hehe.. Doktor kate, takleh makan makanan pedas, panas dan keras. (macam tau tau je aku tiap2 hari makan bende2 tu). ape aku nak makan pas ni ek..

aiya. panjang lak aku tulis kali ni. ape ape hal pon, life goes on (cuma lepas ni tanpa gigi aku yang tersayang tu :)

Selasa, 22 Ogos 2006

A Little Greetz from C

6 comments
Di kala tension ni, nak letak sikit a little greetz for computer programming. compile this in Visual Studio 6.0 or Visual Studio 2003 (Win 32 Console App).

Presenting hello world obfuscated

??=include <stdio.h>

??=define _ else
??=define _0 int
??=define _1 for
??=define _01 if
_0 I=1;_0 _I= 0;
main(_0 a, _0 b)
??< _01 (a == 0)
??< printf("%c",
_I);??>_??<_1(;I
<= 0x11;I+=1)??<
(I==1)?_I=0x41:(
(I==0x02)??!??!(
I==3))?_I=115:((
I==4)??!??!(I==6
)??!??!(I==0x09)
??!??!(I==0xB))?
_I=97:((I==0x05)
??!??!(I== 10))?
_I=0x6C:((I==(1+
6))??!??!(I==15)
)?_I=109:((I==8)
??!??!(I==0x0E))
?_I=117:(I==0x0C
)?_I=105:(I==13)
?_I=107:I;01;_01
(I==0x10)??<_0 i
=01;_1(;i<4;i++)
??<_I=46;main(0,
_I);??>0;_I=(_0)
'\n';??>1;main(0
,_I);??>??>8;??>
Download full workspace: http://www.geocities.com/salahasohan/hello.zip
Copyright by Fa in 2006

Even through it looks complicated (as my/our life is), but life goes on..

Ahad, 20 Ogos 2006

Mp4 Player, Kucai and Nickey...

4 comments
Here is the story about my mp4 player yang baru je berusia 4 bulan. Tak sampai satu bulan, lcd (viewer) dah pecah 2. Bulan ke 2 plak dah mula menunjukkan tanda² tak disenangi (semua file dalam tu tetiba hilang). And semalam, setelah mp4 tu jatuh dari ketinggian 1 meter, 3 button tak leh pakai (button on/off, button A and B). Ingatkan nak repair. lepas bersusah payah bukak, akhirnya terputus lak wire battery and tercabut terus button on/off. Worst++ hehe. And this just prove yang aku ni tak pandai jaga barang (seperti kate² member aku :)

Si kucai lak, malam tadi start kene selsema. katanya habuk² kat bilik tu berterbangan yang buat die selsema. kesian kipas tu - kalo hidup salah, kalo mati pon salah. hehe. seperti ayat kegemaran nazri (jeweng), kipas tu sekarang dah hidup segan mati tak mau. ape² hal pon, good luck kepada kucai untuk terus survive dengan keadaan berselsema. maybe die akan cite lebih lanjut kat blog die (kot).

Semalam, dapat permission (kot) untuk letak link ke blog nickey (http://shesarebel13.blogspot.com/) and also nampaknye nickey menunjukkan interestnye nak join aku, kucai dan lain lain nak wat e-zine sendiri. just sekarang ni tak leh nak banyak sangat rancang (idea dah ada, just nak luahkan aje). also still tak dapat decide lagi nak letak forbidden knowledge or not (viruss, hacking and cracking).. its all need to take a depth look.

ape² hal pon, our life must go on..

Sabtu, 19 Ogos 2006

Cicak, Lebah and TV part 1

4 comments
at last, dapat gak power cable (err sebenanye teringat balik si kucai ade bagi dulu - thanks kucai :) hehe, so sekarang tinggal antena kene buat sendirik. setelah diselongkar satu bilik, at last dapat gak monitor cable yang dah tak pakai, seswai la kot nak wat antena. hehe..



it just monitor ni style monochrome - due kaler je (hijau - hitam). semua cerita (termasuk berita) macam nightvision. memang berdarah la mate ni nanti.. nak tak nak, kene le endure.

tengah sedap sedap potong wire malam tadi, terdengar lak bunyik "kecepek²" kat dalam cawan. and as expected, ade cicak kat dalam tu tengah berenang di dalam air milo (kes kucai berulang). tapi takleh nak buang terus sebab kat kaki ade lebah tengah jalan2. oleh kerena taknak lebah ni jeles dengan cicak tu (nanti aku kene sengat), so kene la layan je dulu lebah tu sambil biarkan cicak tu bersuka ria berenang dalam 'kolam' milo.


betul cakap asmahani, aku ni maybe lebih rapat/disukai dengan cicak, lebah, ular, lembu and bulan daripada manusia :p

well.. life goes on for a man with null..

Jumaat, 18 Ogos 2006

...

3 comments
hehe... this is my first post for http://fafa-null.host.sk/. dulu ade gak blog lain, tapi malasnye nak sambung. ni pon setelah di'force' oleh kucai. tq. also tq for nickey.

a man with null (or nothing in visual basic). pretty interesting title. and also meaningfull :)

route: ktdi -> rmc -> fak sains -> rmc -> tmn u -> ktdi -> fppsm -> fak sains -> ktdi -> kolej 11 -> ktdi -> fak sains -> meranti -> ktdi
(best jalan sensorg)

IKLAN:
beli tv box tadi tapi takde areal dengan monitor power cable lak. so, sesiapa yang baca post ni and ade areal and/or monitor power cable lebih, dipersilakan buzz me. tq in advance..

well.. life goes on.