Halaman

Khamis, 29 Mac 2007

demam.

14 comments
ari ni rase demam teruk gile. bangun je panas gile rase kat kepale. risau gile gegendang telinga pecah.

yg aku prasan start bulan 6 thn lepas jadual demam aku mule berubah. biasanya aku demam (sebelum tu) setahun sekali je and demam waktu weekend je. kali ni dah 3 bulan sekali (bulan 6, 8, 1, 3) and waktu weekdays sampai weekend (lame gile).

samada ada aku kene tanggung kifarah dosa dosa aku, anti bodi aku jadi lemah gile, or ade sesuatu behind the water yang tenang.

ah. sori aku byk gune shrtfrm.malas gile.menaip pn gune 1 tangan je. damn..

Khamis, 22 Mac 2007

If theres nothing missing in my life..

20 comments
(title says so)

dalam pukul 10 tadi. macam biase kak lin tepon.

Kak Lin : Fa, sori la ek. awak punye tu tak lulus la.
Fa (aku): Eh, tak pe kak. tak kesah pon.. (sebak sikit dihati ni)
Kak Lin : Ha, tu la awak. blaja main main.
Fa (aku): A'ah kak. saya punye salah. sori sangat sangat.
Kak Lin : Hehe. takde la. akak gurau je. dah lulus dah.
Fa (aku): Eh ye ke. thanks banyak banyak kak.

Alhamdulillah. lulus gak.Then, tengah hari tu aku kene pergi RMC nak amik surat tawaran dari RMC lak and ade certain borang nak kene isik. Masuk RMC je, terus pergi ke tempat Kak Lin.

Orang sebelah meja kak lin tanya. "Ni eh Fa tu". kak lin kate "a'ah". owh.. popular gak aku kat sini. terasa pulak macam artis kat sana. ye la. biasanya life artis la yang slalu jadi perbualan antara staff..

Hehe. aku tak kesah. as long perkara yang aku kejar kejar dah settle. jutaan time kaseh kepade sape sape yang selalu bagi nasihat and teman aku time aku susah. thanks alot. tq..

Art of Bintang + Rantai

10 comments
Semalam macam biasa, tak leh tdo. sebab dah tdo awal pukul 8 malam ke 10 malam. damn. pukul 2 pagi ke 3 pagi try pakse diri nak tdo, tapi tak leh lak. so, bangun terus lepak depan komputer. pastu terpandang lak kat bass drum tu satu logo..



cantik gile logo kat bass drum tu. disebabkan tangan aku tengah pegang klip kertas, terpikir lak nak buang mase dengan buat sikit art. hehe :p

cubaan pertama. memang buruk la.



cubaan kedua. ok sikit la dari tadi.



pateri siket, and then, walla.. jadi seutas 'home made' rantai :p



hmm. lame gile dah tak pakai rantai. bile la aku nak start pakai rantai balik...

Rabu, 21 Mac 2007

But she cry, cry, cries with her lonely heart, thinkin'

7 comments
(macam biase, title takde kene mengene dengan post ni)

ari ni datang opis awal. macam biasa la, kalo datang opis awal, maksudnye aku tak dapat tdo malam tadi.

pagi masuk opis. onjektif utama: nak buat tesis bab 3. ingatkan punye la senang nak buat (sebab bende sume dah ade kat dalam otak, just tinggal nak luahkan aje). tapi akhirnya, dalam masa 1 jam dapat tulis 1 ayat je untuk bab 3. yang jadi susahnye nak kene translate dari english ke bahase melayu. nak nak plak first statement tu banyak melibatkan mathematical term. lagi la susah otak aku nak fikir.

thinking back again my experience, aku just boleh menulis dengan baik kalo aku bangun waktu subuh, g mandi then badan terus segar. time tu la dapat tulis dengan cemerlang. or time date due dah dekat gile (tinggal beberapa jam for ex). nak kene berlatih ni so aku boleh keluarkan keupayaan aku bile bile macam si Peter Petrelli (watak Heroes).

pukul 12 lebih, tetiba dapat call dari rmc lagi (kak lin la yang tepon)

Kak Lin: Fa, awak punye borang still sangkut lagi. Dekan kate patutnye tak boleh 2 surat ni je (surat tawaran and surat convert). mesti ade lagi satu surat macam result ke, surat tangguh ke.. betul ni takde kat awak?
Fa/aku : Memang tak de la kak. ari tu saya tanya sps, diorang cakap memang saya patut dapat surat tawaran baru. tapi still takde lagi.
Kak Lin: ha.. tu la akak dah cakap kat dekan. tapi.... tah die still tak mo lagi.
Fa/aku : ok la kak, nanti saya tepon sps tanya lagi.

aku tengok jam dah pukul 12 lebih. tengok beg duit, syiling takde. so, aku decide aku call sps lepas kolokium (seminar untuk orang jabatan math). sambil tu layan lagu Slipknot - Disasterpiece. then tetiba datang lak akak phd kat opis ni. meluahkan perasaan die tak prepare untuk kolokium ni. aku gunakan segala pengalaman aku nak tenangkan hati die. risau takut penyelia dia (penyelia dia = penyelia aku) tak puas hati. well, at least aku kene bagi die konfiden siket as student yang se-penyelia.

pukul 2. kolokium start. tengok akak tu present ok je awal awal. then penyelia aku masuk, tetiba dia macam gugup siket. abis je kolokium tu die call aku tanye macam mane die present. aku tak mo la terus terang. so, macam biasa aku bagi ayat samar samar sambil cuba tenangkan keadaan. tapi memang dengar la suare die risau sangat..

lepas tu, aku terus g public phone call sps. tanye orang yang bertanggungjawab pasal study aku die kate.

orang SPS : kitorang dah tak kuarkan lagi surat lain. 2 surat tu je yang awak patut dapat
aku (dalam hati): damn

disebabkan aku takde mood, aku maleh nak borak lagi lame. padahal sebelum ni die kate aku kene dapat surat tawaran baru. damn.

pastu terus call kak lin lak.

Kak Lin: Ha fa, tadi akak dah mintak kat sps... bla bla bla (disebabkan aku depress sangat mase tu, aku tak ingat ape die kate)... surat dengan sokongan prof xyz (name tak ingat) akak dah dapat. akak dah bagi kat dekan rmc. tak tau la lulus or tak awak punye ni.
Aku: owh. ok. tak pe la kak. thanks
Kak Lin: Tu la. orang lain sume dah lepas, awak punye ni je yang sangkut.
Aku: tak pe la kak. saya memang macam ni. ape ape permohonan saya memang selalu sangkut.
Kak Lin: owh ye ke.
Aku: a'ah kak. tak pe la. thanks banyak banyak. kalo dapat nanti saya belanja akak (cubaan merasuah.. ahaha:)
Kak Lin: ok. bye.

Damn. aku paling lemah sekali kalo bende ni sangkut paut. teringat lak lagu slipknot - disasterpiece.

I'm not supposed to be here


hell yeah. aku rase macam memang sini bukan tempat aku lagi. nak nangis pon ade.. damn. damn..

tak sabar aku nak tunggu pukul 6. nak balik bilik nak nyanyi lagu disasterpiece. meh aku share kat sini.



lirik die (aku amik part die yang paling best je la - kat minit ke 3:50 dalam klips atas):

(HATE) Hate ain't enough to describe me
(SCREAM) Somewhere between screaming and crying
I'm not supposed to be here
I'm not supoosed to be

(WHY) When do I get to know why?
(BITTER) Bitter as the stink of when I try
I'm not supposed to be here
I'm not supposed to be

No, no, no, no, no, no

Pull your hands away
I'm gone - goodbye - it's so depressing
Withering away
Take a look - inside - my soul is missing
All I have is dead, so I'll take you with me
I Feel like I'm erased - so kill me just in case
I Feel like I'm erased - so kill me just in case
Dont kill me, just in case

(COVET) Everything around me's mine
(STY) Can't see through the sties in my eyes
I'm not supposed to be here
I'm not supposed to be

(DOWN) Scratching and clawing all the way
(STAY) You won't let me fucking stay
I'm not supposed to be here
I'm not supposed to be

(LIVE) Is there another way to live?
(DIE) Cuz it's the only way to die
I'm not supposed to be here
I'm not supposed to be, come on

No, no, no

I'm not supposed to be here
I'm not supposed to be x2


akak phd tu luahkan perasaan kat aku. aku lak luahkan kat sini..

and hopefully, aku tak buat bende bodoh macam aku cube buat tahun lepas.. damn. life is hilariously fucking cruel.

Hepi Birthday

2 comments
Aku ucapkan selamat menyambut hari lahir ke 20 untuk adekku yang jatuh pada hari ni. Semoga beliau dimurahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya dan diberikan luck selalu. nanti kalo angah balik kampung, angah bagi hadiah ye..

disamping itu, aku nak announce lagi satu 'blog' aku located at: http://fa-null.blogspot.com. bace first post aku kat sane kalo nak tau lebih lanjut. tq..

Isnin, 19 Mac 2007

She's so lucky, she's a star

10 comments
(title takde kene mengene dengan post ni)

Tengah hari tadi, dapat tepon dari akak lin (puan lin sebenarnye). die ni la orang yang uruskan pasal duit aku.

Akak Lin: Fa, saya try call awak dari pagi tadi tak dapat, awak pergi mane?
Fa (aku): saya pagi tadi off hp la kak. ade ape ape ke kak?
Akak Lin: Macam ni, awak punye borang ari tu tak sah la. orang atas nak surat pendaftaran awak. Kalo boleh awak bagi asap kat akak leh?
Fa (aku): Wokeh.

Damn. sangkut lagi duit aku. minggu lepas die tak cakap lak nak borang pendaftaran. pastu die sambung lagi..

Akak Lin: Duit awak ni mungkin masuk dalam bulan depan tau. sebab rasenye tak sempat, jumaat minggu lepas last.
Fa (aku): Akak, mintak tolong cepatkan boleh? saya dah takde duit ni.
Akak Lin: Err... ok la. nanti akak cuba secepat mungkin. sebab borang ni nak kene bawak balik ke atas.
Fa (aku): Okeh kak. Time kaseh banyak - banyak.

Damn. tapi tak pe. aku pon tak nak push akak lin. die ni dah kire tolong aku. damn, kelemahan aku. orang kalo dah tolong aku hatta sekali je pon, aku dah tak le nak marah marah, or push push. not kinda man.

Petang tadi, balik dari mesjid, aku cari si kodie, pojie or awe. aik. pelik lak diorang tak datang mesjid asar ni. so, aku terus pergi ke lab diorang. motif aku nak tau pasal Progress Report.

Sampai lab Pojie/Awe. Diorang takde. Morse ade la. die cakap pojie dengan awe bizi hilang mane tah. damn. kene naik tingkat empat, cari asmui plak. jumpe je mui,

Aku : Mui, camne nak buat Progress Report?
Asmui : Weh, ari ni last la. ko tak buat lagi ke?

(actually mu'i cakap dalam bahasa klate. tapi aku tak paham sangat, so aku tulis je la bahasa melake)

Aku : ari ni ke? aku rase dalam 26 hb or something.
Asmui : ari ni la. pojie dengan awe tengah sattlekan Progress Report.
Aku : aku rase jabatan aku lain kot. kitorang lewat siket.

aku nak menenangkan hati aku yang lara.

Asmui : mane ade. sume same la. die ade tulis kat notis sps.
Aku : Damn

Aku tengok jam dah pukul 4.45pm. no time to waste. aku soh die ajar aku cepat cepat.

lepas tu aku terus lari ke bilik kodie plak. blok sebelah and tingkat 4 gak. Masuk masuk je bilik kodie, aku senyum senyum and...

Aku : Kodie, pinjam serat.
Kodie : A? okeh. ko nak sekarang ke?

tanye die sambil kuarkan beg duit die. waaaa.. segan gile aku. bersyukur gile dapat member macam ni punye baik. thanks banyak banyak kodie.

Pastu aku berlari ke opis aku lak. kene lintas 3 blok. damn. sampai je bilik, aku bukak email, cari email dari penyelaras aku. dapat. then aku baca balik betul betul..

This is also to remind you of the foll datelines:

1. Student submit progress report to supervisor: week 13
26/3/07-30/3/07


2. Supervisor submit progress report to Faculty: week 14 2/4/07-6/4/07

Thank You


damn. penat aku lari lari tadi. damn!

Ahad, 18 Mac 2007

Metal

4 comments
Akhirnye dapat gak chart untuk genre and sub-genre untuk band band metal. kot tak, sebelum ni kinda confusing nak letak label genre ape untuk band band yang aku slalu dengar :)




Power Metal


New Wave of British Heavy Metal


Original hardcore


First wave of black metal


Norwegian black metal (Second wave of black metal)


Grindcore


Trash Metal (?)


Swedish death metal


Industrial metal


Hard alternative


Nu-metal



New Wave of American Metal (?)

Khamis, 15 Mac 2007

:)

9 comments
Bangun pagi pukul 3 pagi. then tak leh tdo terus. datang opis awal, bukak komputer then terus bagi testimonial kat 'k'... gambar kucing hitam. nak buang suwey. hehe

pukul 11 tertido sementara nak tunggu penyelia datang. pastu die datang, aku pon dengan laloq laloq present ape yang aku dah buat. actually ape yang aku buat ni banyak salah. tapi gamble je la present..

aku: ... so, dari matrix covariance ni, saya dapat variance yang sangat besar. jadi saya tak leh pakai matrix covariance, kene pakai matrix correlation.
penyelia aku: ops. bab statistik ni saya lemah siket.

ding. tetiba ade tanduk kat kepale aku. start dari situ aku start main pusing pusing siket ape yang 'aku buat'. nak bagi win win situation. tak nak die lose hope kat aku.. takkan la aku nak cakap kat die "Doktor, saya kira kira tapi salah". ahaha. konfem la die mengamuk lagi dengan aku. thanks to several social engineering teknik, dua dua (aku dengan penyelia aku la) balik dengan hati yang puas. bukan menipu. tapi just bagi penjelasan yang sangat kabur.

die ade cakap. lecturer lain (member member die) yang lepasan mrsm memang jenis study malam. study ikut kepala sendiri. perangai lain macam. tapi kali ni die first time dapat student macam tu. so, agak surprising siket la sebab die kate aku ni pon lain macam je. hehe

tengah hari, ade kakak rmc telepon. die kate aku punye gaji hampir settle. yeah. hopefully, this story will come to end soon. dah tak banyak duit dah ni. penat pon satu hal gak.. (~o~) <- simbol tiru anum..

ari ni asyik layan lagu lamb of god ulang ulang. lirik die best..

If There Was A Single Day I Could Live,
A Single Breath I Could Take,
I'd Trade All The Others Away.

Rabu, 14 Mac 2007

Kucing itam

8 comments
Smalam jatuh mase turun bukit mase balik dengan kucai dan monoque. damn.. ni memang angkara kucing itam yang melintas depan aku tu la. damn u kucing itam.

malam semalam, main main dengan bluetooth service kat komputer. kawal komputer pakai handphone. akibatnya tdo lepas subuh. damn kucing hitam.



ari ni masuk opis pukul 4.45 petang. dapat aku bayangkan esok aku akan berperang dengan penyelia aku and of course la die menang.. damn kucing itam.

so, moral of the story, korang hati hati la kalo nampak kucing itam melintas laluan yang korang nak lalu.. :(

Isnin, 12 Mac 2007

Microsoft Scripting Games (Part 4)

6 comments
Alhamdulillah. jumaat lepas dapat email dari scripting guys (mekrosop)..

Hi. To begin with, we’d like to thank you for participating in this year’s Winter Scripting Games. But you don’t care about that, do you? All you care about is the fact that you’ve won one of the coveted Dr. Scripto Bobblehead Dolls!

To claim your prize all you need to do is send us a mailing address (not a P.O. box but a physical address) and a phone number; that information is required by the shipping company. If you could reply to this email and supply us with that information we’ll send your bobblehead out just as soon as we get it. (We were supposed to have them by already, but the bobblehead maker tells us it will probably be another 2-3 weeks before we get them.)

In addition, our records indicate that you are eligible for one or more Scripting Games’ Certificates of Excellence. If you could let also let us know what name you would like printed on the certificate we’ll get that shipped out to you as well.

Thanks again for helping us out with this year’s Games. If you have any questions about this please let us know.


Greg Stemp and Jean Ross

Microsoft Scripting Guys


aku dah cakap kat kucai aku nak bagi patung tu kat kucai kalo aku dapat sebab aku tak suke simpan patung kat bilik/rumah aku.. but.. terpaksa la aku memungkir janji dan memungkir falsafah aku. ahaha

Jumaat, 9 Mac 2007

Tolong Komen

11 comments
Ni website jabatan fizik member aku buat. so, mintak tolong la korang komen ape yang patut. InsyaAllah nanti aku bagi tau die mane yang kene add/remove/repair.



Thanks in advance :)

http://www.fs.utm.my/fiz_j1011

Artikel: Masalah Tahun 2038

4 comments
Year 2038 Problem.

Dipercayai tahun 2038 akan menyebabkan beberapa software akan gagal berfungsi. ini disebabkan oleh "rounding error" apabila software yang didevelop dengan C yang gunekan fungsi time_t. time_t ni adalah datatype (defined dari time.h) yang 'diakui' oleh ISO C yang diukur dari 1 Januari 1970.

dalam C, nilai maksimum untuk signed integer (32-bit) adalah 2,147,483,647 (hex: 0x7FFFFFFF). so, the problem is apabila tiba masa (int a = 0x7FFFFFFF) iaitu pada 3:14:7 pagi 19 Januari 2038. dan untuk saat berikutnye, iaitu a+1, a akan jadi 0x80000000, tapi disebabkan melebihi had maksimum untuk integer, maka "DateTime" akan direset balik ke tahun 1901 (sebab value a sekarang jadi -2,147,483,648). haha

kebanyakkan sistem unix 32-bit akan mengalami masalah ini, disebabkan hampir keseluruhan applikasi unix dibangunkan dengan C.


Picture illustrating the problem (ripped from wikipedia :)


.NET

program yang dibangunkan dengan .NET pulak 'selamat' dari problem ini disebabkan DateTime (structure untuk hold time) akan return data type long (maksimum value untuk long/int64 adalah 9,223,372,036,854,775,807) - unless kalo ade sape sape yang main main dengan date gune COM object.

Kalo nak tau lebih lanjut, baca la reference reference kat bawah ni:

Reference
  • Wikipedia

  • 2038 Bug

  • Ahad, 4 Mac 2007

    7 comments
    Damn the weekend.

    Weekend - antara hari yang paling membosankan (at least dalam mase sebulan ni).



    Bangun pagi, tengok bilik bersepah, terus sambung tdo balik. bangun balik tengah hari, bukak video clip dengan laloq laloq sambil isap rokok. petang merayap merate rate tempat. waaa.. boringnye~~

    terjumpe lak si aisah post mendalah ni (untuk yang lahir 1973-1984). best, buat aku rindu balik time kecik kecik dulu. bace la....

    Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

    Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

    ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
    bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

    ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
    time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

    cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
    tapak tangan... kan ?

    semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

    time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
    atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
    yang suka stoking tebal laaa...

    internet? email? Menda alah ape tu?

    CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

    kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-
    Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
    warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
    bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

    tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
    kat luar skola tuh...

    lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
    pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
    awal.

    lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
    rounders laa...

    permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
    aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
    duduk...

    kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
    color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

    lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
    baling2 kapur laa.

    hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
    World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
    Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

    bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

    AIDS wujud sejak diorg lahir.

    CD pun wujud time diorg lahir.

    Michael Jackson dah putih dah time tu.

    Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

    Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

    Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

    Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
    nak switch on TV kalau xde remote control.

    dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
    handphone...

    hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

    1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

    2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

    3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

    4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

    5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
    hari

    6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
    pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
    nakal2 dulu...

    jadi, adakah anda rasa anda dah tua????