Rabu, 25 April 2007

11 comments
kawin

(this is just a stub. pukul 5 petang ke atas waktu mesia nanti aku update post ni:)

pukul 5 petang: malas pulak aku nak update. wahaha


ramai pulak kosmet aku kawin hujung bulan 5 + awal bulan 6 ni. ade sampai 4 sekali kenduri. wahaha.. so, kepada bakal bakal suami di sane, bace le petikan yang aku jumpe kat internet ni (yang dah bergelar status suami or ex-suami pon tak diharamkan untuk teruskan membaca)..

██████████████████████████████████████████████

.:: Tip Untuk Para Suami Mithali ::.

1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah Rasulullah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.

2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. Rasulullah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yg menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.

3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia ‘mengganggu’ barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dsb.

4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah.

5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. Rasulullah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).

6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dsb.

7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yg anda tlh buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.

8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana Rasulullah menaikkannya di atas unta yg perlahan. Rasulullah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.

9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. Rasulullah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.

10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud:
“Org yg terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya”

Sebagai kesimpulan:
Jadi cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.

██████████████████████████████████████████████

taniah kat kak mar, yah, kak sue dan ustaz ahmad xia ul saufi. best la korang kawin awal..

Rabu, 18 April 2007

22 comments
mimpi

aku bangun pukul 1 tengah hari. but aku sempat mimpi walaupun aku tdo kejap je. aku ni bukan la jenis yang selalu mimpi macam kawan kawan aku. kalo aku mimpi pasal awek aku, aku akan bangun dengan gembira. but this time, aku dapat satu mimpi pasal bestfriend aku. satu mimpi yang aku paling takut sekali. mimpi yang aku cube elakkan. mimpi yang banyak menyebabkan aku risau. mimpi yang sometimes people around me fikir yang aku ni moody.

mimpi tadi pasal aku and bestfriend aku - fafa. dalam mimpi aku tadi, (yang aku ingat) die banyak tolong aku. belikan aku makanan time aku lapo sampai nak mati. then die selamatkan aku dari kene langgar. etc etc. mimpi yang sangat sangat menunjukkan aku ni hopeless.

actually, that's NOT the reason why aku takut dengan mimpi tu. it's about my past experience (?). bagi aku, mimpi ni kinda petanda bagi aku (as aku cakap sebelum ni, aku ni jarang dapat mimpi). cume aku tak percaya bulat bulat, just mengambil langkah berhati hati - it's all thanks to my past experience (?). so, aku teringat macam mane aku mimpi dulu dulu (around year 2003 waktu cuti 3 bulan).

waktu tu, aku rajin sangat telefon fafa. but then, aku, seperti mana manusia biasa aku ni mudah berkecil hati. so satu hari tu aku kecil hati dengan fafa. for several weeks, aku tak tepon die lagi. after that, aku dapat satu mimpi pasal fafa. mimpi macam yang mimpi aku pagi tadi. malamnye aku teringat nak tepon fafa. tapi aku tak tepon sebab aku still lagi kecik ati - padahal aku dah kat public phone dah time tu. about 5 hari aku asyik terpikir pasal mimpi tu. then the fifth day, aku nekad terus try call fafa.

Aku: Assalamualaikum. fafa ade?
Fafa: Wei, raje. ko kat mane? penat aku tunggu ko call aku (nada sedih)

after cerita cerita, baru aku tau. the time aku mimpi die tu is the same time ayah die meninggal. i wasn't there to comfort (?) fafa. that's because of my foolish mistake. aku rase bersalah sangat. betapa lemahnye aku kalo dah berhadapan dengan situasi macam ni..

then, aku start berhati hati each time aku mimpi pasal fafa.. aku mintak maaf kepade sesiapa yang terasa kalo time time macam ni. aku cube jadikan cerita ni sebagai pengajaran. tadi aku sms fafa, thanks God yang die takde ape ape. just tergigit lidah time die bersin and die tengah busy nak carik kerje.

well, this is the story about 'telepati' between me and fafa. after this, maybe aku nak cerita pasal 'telepati' antara aku and another my bestfriend - ayu.

notation: (?) = aku tak sure spelling aku tu betul or x.

Sabtu, 14 April 2007

16 comments
Damn the weekend (part 2)
(Part 1 - Damn the weekend)

Weekend antara hari yang paling mengkonfusekan. kene pilih antara siapkan kerja, lepak sepanjang masa or main main je. seperti manusia lain, aku choose nak buat sekali semua. hehe

jumaat malam sabtu
teman yazid main internet kat M01 (kat kolej tun dr ismail). memang macho giler laptop die.



ni plak time main internet. nak kene pegang lcd tu. mesti orang yang lalu lalang kagum.



korang kalo rajin bace la skali pranks sms kat blog yazid. best giler. wahahha. Prank sms from Allya

pagi pagi buta pulak masak roti telur. ni gambar kucai tengah memasak. hasilnye... err... (sile lihat roti dalam kuali tu).. kucai tak ngaku die yang masak. ahaha



sabtu
pergi fakulti lepak lepak main internet. pastu ternampak sekor kucing (jantan, putih oren) ni cuba mengayat sekor lagi kucing betina (sarat bunting, itam putih).



penat aku tunggu kucing jantan tu nak ambik tindakkan. tapi die asyik pandang je kucing betina tu. sebatang rokok aku abiskan semate mate nak tunggu kucing tu lakukan aksi seterusnya. maybe..

  • kucing jantan tu malu malu nak pergi mengorat. so die pandang je la kucing betina tu dengan harapan kucing betina tu datang cakap "hi, nak berkenalan".

  • kucing jantan tu terkedu tengok kucing betina tu sebab terlampau lawa sampai die tak dapat nak berbuat ape ape. "this is the most beautiful gal that i've ever seen" kata kucing jantan tu dalam hati.

  • kucing betina tu pandang dengan penuh dendam dengan kucing jantan tu. "ceh, dah buntingkan aku, tak nak bertanggungjawab lak". sebab tu la kucing jantan tu berani pandang je.

  • kucing jantan tu tengah di dalam dilema. serba salah lak nak buat seks dengan kucing yang tengah bunting. hehehehehe

  • kucing jantan tu tengah baca jampi kat kucing betina tu

  • kucing betina tu saje je nak 'cas' kucing jantan tu. sebab tu kucing betina tu duduk je kat depan die. (cas ni maksudnye saje je nak usik usik kucing jantan tu bagi kucing jantan tu ingatkan kucing betina tu suke kat die, padahal tak pon - istilah cas ni aku dapat mase kat mrsm dulu)

  • kucing jantan tu tergamam sebab bini die tetiba bunting. die tengah pikir dalam mase beberapa minggu ni die rase macam die takpenah buat seks dengan bini die. "damn. ade affair lain bini aku ni" kata kucing jantan tu dalam hati.

  • dua dua saje je nak aku buang mase aku so that aku pikir macam macam pasal diorang. padahal takde ape ape pon yang berlaku. "damn" kate aku.



malam sabtu
main kad is the best. aku baru perasan cara yazid pegang kad. unik giler. taktik untuk menyerabutkan otak pihak lawan acap kali pihak lawan cuba mengira kebarangkalian untuk lawan yazid. hehe



ahad
aku jumpe biawak or iguana kat kolej 11. aku amik gambar and nak bagi tau kucai dengan gembiranya. tapi die kate "benatang tu memang banyak kat kolej 11 la".. ahaha. kecewa aku..



petang + malam ahad
baru la terasa nak buat keje. ahaha

Rabu, 11 April 2007

Bilikku

13 comments
ni adalah aktiviti aku pukul 3 pagi tadi..

Barang yang ade kat lantai sume aku naikkan atas meja. pastu aku pening, kat lantai dah clear. tapi meja plak bersepah. wahaha..


setiap tempat ade tujuan tertentu. so that tak perlu pening carik satu bilik for just one thing.



mengikut kajian, orang yang lahir bulan 6 ni adalah orang yang sistematik and teratur. yes. that's me :)

Isnin, 9 April 2007

Midnight Spank

13 comments
korang penah tengok tak clips midnight spank?

nah, tengok ni..



monyet bengong. wahaha





johor ari ni cuti hari hol. kepade mereka mereka yang kene kerje/blajar arini, diucapkan padan muke. wahaha.. nak dok rilex je ni

Rabu, 4 April 2007

Mari Memasak bersama Fa

38 comments
Kali ni, aku nak guide korang memasak Sambal Ikan Bilis Separa Lengkap.

First sekali, korang kene kopek ikan bilis selame sejam sebanyak segenggam sahaja. kene buat perlahan lahan and penuh lemah lembut.



Pastu korang goreng ikan bilis tu. goreng bagi separuh je yang garing. yang lagi separuh tak payah garing garing sangat. caranya dengan membuat kesilapan ketika menggoreng (bukak tutup api 8 kali).



Pastu tumbuk bawang merah and putih untuk ditumis. tapi dicadangkan bukan tumbuk guna lesung batu, just potong hiris je bawang bawang tu. hiris tak sama besar. pastu tumis sampai separuh hangus and separuh lagi ok. letak cili boh.



lepas korang rase ('cubit') sambal tu dah hampir garing, korang letak ikan bilis tu. jangan kacau. biar ade efek efek kehangusan.



Walla. siap Sambal Ikan Bilis Separa Lengkap. selamat menjamu selera :)

Ahad, 1 April 2007

Saturday Nite

34 comments
petang bangun kepala pening pening. rase mual. macam nak muntah. aku suspek aku tengah pragnent (betul ke eje ni). damn. salah siapa. siapa yang nak bertanggung jawab. sape yang pegang aku ni.. :(


malamnye. balik dari jj lepas beli barang barang dapur, balik ke bilik tengok bilik aku bersepah gile. like hell. benci gile nak kene kemas balik bilik. ni akibat demam ari tu la lame tak kemas.


btw, sekarang kat bilik aku dah ade banyak barang barang dapur. so, kalo nak memasak, meh la datang bilik aku. M43 304 (Kolej Tun Dr Ismail). tapi aku lupe la beli pisau.uuu...


tengah malam lepak lepak dengan ain kat M01 layan internet. sambil jual laptop sape tah. ade due. sape nak beli, cari aku.. murah je. dalam rm500.00.. hehe :p


tadi kat jj jumpe aku_cakk. time tu baru aku tau name die. hehehe.. sori aku_cakk. aku tak peka ar. hehe. die pass kat kucai bagi kek. thanks banyak banyak. akan ku simpan kek tu dalam perut aku. aku cube la simpan selama yang boleh. hehe..


aku dapat satu slice dengan ain satu slice. layan makan kat m01 sambil minum air sparkling. J & W. damn. mabuk terus aku dengan ain kat situ. dua dua layan je otak time tu. die tulis non-alcoholic, tapi still buat kitorang mabuk. ain dah nak tdo kat sini akibat tak larat layan penangan J & W. die dari tadi asyik pukul pukul aku je. wah.. memang sah die dah mabuk ni..


ain tulis dalam keadaan laloq:
tulunnnggg aku dah mabuk nie minum air sparkling (J & W). for da 1st time aku ajar raja bli brg2 keperluan dapur