Selasa, 22 Januari 2008

Clash of Super Heroes


(picture is taken from http://www.coolrom.com/)

rentetan peristiwa: isdag
Hari ini bermulalah kerja part time aku di ISDAG (Industrial Survey Research & Data Analysis Group) yang bertempat di C22. nothing much. aku duduk sahaja di sana dari pukul 9 pagi sampai ke 4 petang, cuba untuk install Visual Studio 2003/2005, inifiniti kali. namun, tiada hasil. asyik error sahaja. puas aku cuba pelbagai cara (melainkan format pc tu), still tiada perubahan. agak mengecewakan kerana ini sudah tentu akan mengganggu kerja aku serta schedule yang aku buat sendiri (hehe).. mungkin aku perlu berbincang semula dengan Dr Z (penyelia aku untuk kerja part time ni) mengenai penempatan serta facilities yang diberikan.. hmm..

lupa nak beritahu. tempat baru aku ini dihuni oleh cik wani (pelajar MSc Math), encik khairil (Research Officer) dan puan irhamah (pelajar PhD Math). encik khairil amat jarang sekali berada dibilik tu. tadi pon datang 10 minit je. tak paham aku. maka hatta sedemikian rupa, terpaksalah aku duduk di sana dengan pintu yang terbuka luas. ye lah.. nak mengelakkan dari aduan 'bersekedudukan'. haha..

lagi satu prolog, penyelia research aku (Dr T) maseh tidak mengetahui lagi yang aku ni dah amik kerje part time kat fakulti. lagipon, sejak aku bertapa kat umah dulu, aku tak pernah lagi naik ke ibnu sina.. terlalu jauh untuk aku pergi dan terlalu tinggi untuk ku daki. rasa agak kurang berbaloi untuk sekadar menunjukkan muka sahaja disana. malah aku telah mendapat kelonggaran untuk membuat penulisan di rumah sahaja (bukan penulisan blog ni, tapi penulisan thesis).

ok. selesai prolog (untuk kali ini)

kembali ke cerita isdag. tengah harinya..

Dr Z: Emm.. lagi satu. petang ni, saya nak awak ikut saya untuk ke meeting department.
Aku: Err.. pukul brapa doktor? (meeting department? apsal aku kene ikut?? aku sekadar pencacai sahaja kat fakulti ni)
Dr Z: pukul 4 ni kat bilik meeting kat aras ni jugak.
Aku: Ooo. dan meeting ini berkaitan dengan?
Dr Z: ada satu perkara lagi yang saya perlukan pertolongan kamu. dalam meeting ini akan diceritakan segalanya.
Aku: owh. ok baiklah. siapa lagi yang datang meeting ni Dr?
Dr Z: sekadar budak group saya..
Aku: insyaAllah :)


* ayat ayat dalam kurungan tu adalah kata kata dari hati tapi tak terluah dek lidah.

ekceli, aku risaw gak dengan meeting department nih. kalau lah Dr T turut hadir, tak ke mati aku kat dalam meeting tu. aku cuba tenangkan fikiran. mungkin dia kata 'budak group saya' tu adalah dari budak budak isdag. tapi...

aku bertanya ke cik wani.

Aku: kamu ikut sekali ke meeting petang karang?
Wani: eh tak. tu Dr Z soh awak je ikut..
Aku: (APA??) ooo.. emm.. kamu tahu sapa lagi yang ikut?
Wani: tak tahu lah. mungkin lecturer lain kot..
Aku: (mati aku kali ni. baru sehari kerje)


meeting pukul 4..
meeting tu mula dihadiri oleh Dr Zaitul (ketua research untuk satu group operation research kat Ibnu Sina Institute/iis), kemudian oleh Dr Sutinah (ketua research ISC fakulti sains).. dan aku buat forecasting memang sudah tentu Dr T akan hadir since dia adalah ketua research FMG/FRG kat ibnu sina. dan forecasting aku memang jitu. Dr T bersama sama dengan Dr Khairil dan Dr Ismail Mohamad, juga head dalam math department..

Dr T: eh. Fa!! apa kamu buat kat sini? saya dah lama carik kamu. mana kamu menghilang??
Aku: err.. saya.. saya.. (aku hanya mampu tersenyum.. gagal untuk memikirkan ayat paling seswai dengan situasi ini)
Dr Z: ha. saya kidnap student ko.
Dr T: eh mane boleh. die ni student aku. dia masih bawah group research aku.
Dr Z: tu dulu. sekarang die dah datang kat saya.
Dr T: tak boleh. kene lalu saya dulu!


pergaduhan secara mesra ini buat aku nak lari je. dah le aku punyai reputasi buruk kat jabatan aku ni, sebagai orang yang sentiasa membawa masalah.. nasib baik ada Dr Khairil.

Dr Khairil: T, kamu biarlah sekejap student kamu tu dipinjam kejap.
Dr T: itu saya ok. tapi macam mana kamu boleh ikut si Dr Z ni?
Aku: Student dia tu kawan saya. so.. emm.. camtu lah. hehe
Dr Kharil: itu tak apalah. kamu cerita kemudian. nanti lepas siap ni, kita g makan kat sapiah. Dr Sutinah nak belanja.
Dr Sutinah: eh apahal tetiba aku lak..


kadang kadang nak tergelak aku tengok gelagat lectuerer lecturer meeting. and barulah aku taw meeting lecturer macam mana rupanya. ada kematangan yang diselitkan dengan unsur unsur komedi untuk mengelakkan ketegangan..

habis sahaja meeting tu, aku masih lagi di alam fana. ragu ragu ke mana aku perlu pergi. ke Dr Z ataw ke Dr T... ataw kedua duanya sekali..

(panjang pulak post aku kali ni..)

aku teringat.. dulu pernah ada meeting olah jabatan untuk mempersoalkan kedudukan aku. mempersoalkan kenapa aku boleh diambil untuk membuat research. mm.. aku sentiasa memandang ke belakang. bukan sebagai penghalang. cuma sebagai peringatan di masa hadapan. sekadar memberi peringatan bahawa sekiranya pokok pisang tidak ditebang sebetulnya, tidak mustahil pisang akan berbuah dua kali. sekiranya jalan yang aku ambil tidak kena pada caranya, tidak mustahil meeting yang dahulu itu akan berulang kembali..



Cromok - Reminder for the Remainder ♪♫♫♪♫♫♪♪♫♪ ۞

The end of another chapter
So we are told
Preach for the remainder
No one has the answer
Be it the youngquest for the remainder

The end of a future
State of new life born
Trust the word of fortune teller

Speak of higher tones
Non forgetting souls
Six feet is your place to be

The day we have to sacrifice
A true pure soul
Denying the ultimate reality
Inspiring a major role
Achieving own goal
What have I lost
Nothing more than wasted

Time as we speak rage despite the heat
Face the new infection
Brought up in the odd
Surrounded by liars
Stand up and start to roll

Halt so we are told
Be it the young or old
Ignore they left with no more chances

Tight corners plead helpless
Vague darkness

Be prepared
There will be time to leave your soul
Be aware
There will be time you lose control

Awaken by thunder
Comfort will be undone
Sleeping you’re not supposed to be

Seek for the remains
Respect what was left
Trigger the chilling spinal chord

Beware and be prepared
Believe what you’ve seen
Begin what was supposed to end

Remind and remember
There is no one at all
To help those who drift away


well.. life goes on..

5 ulasan:

  1. "sekadar memberi peringatan bahawa sekiranya pokok pisang tidak ditebang sebetulnya, tidak mustahil pisang akan berbuah dua kali"

    betul ke?aku ingatkan kalau tak tebang pon mmg takkan berbuah dah...huhu...

    P/S: weh smalam aku xleh tinggalkan komen kat blog ko...xtau kenapa...

    BalasPadam
  2. aku rasa camtu la. sebab dulu kat umah aku ade pokok pisang yang dah kene tebang, tapi tak tebang abis. cuma pokok tu rebah je (aku yang tebang). pastu tahu2 lak, masih berbuah lagi (amatur dalam bab penebangan pokok nih).. rasanya agak kurang manis kalo nak dibandingkan dengan yang first punye..

    BalasPadam
  3. ooo baru aq tahu bahawa orang tebang pokok pisang untuk kasi dia berbuah la

    BalasPadam
  4. ngee.. sure kabus ribut je perasaan dan persoalan yang bermain di benak bila mana Dr Z dan Dr T bermukadimah di meja meeting. Sah sah terasa dikepit kepit di pintu kereta =D erm selalunya gitu la, kita dok harap harap sgt situasi tu tak berlaku, tapi tup tap itu jugak lah yg berlaku. just like u wished for Dr T not to be at the meeting, but ended up, he was there! kecut perut je.. nways, chill =) things are gonna be just fine, insyaAllah.

    BalasPadam
  5. yazid..
    mane ade. kan aku cakap. tebang tak betul..

    cik payung..
    haha.tu lah pasal. rasa macam nak menyorok bawah meje meeting pon ade. memang terkepit abis. sebelah Dr T. sebelah lagi Dr Z. susah betul nak merealisasikan apa yang kita harapkan. hehe.. thanks anyway. insyaAllah, it'll be fine :)

    BalasPadam

terima kaseh :)