disebabkan aku sudah lama tidak merasa masakkan berlauk sambal, maka aku memilih nasi putih dan ayam sambal. dan kucai pula memilih nasik putih dan lauk paprik..
masa yang dinantikan telah pun tiba. dia datang dan menghantar dua lauk dan sepinggan nasi. aku berasa pelik. kerana aku telah order lauk yang berbeza dengan kucai, tetapi kelihatan kedua dua lauk itu adalah serupa..
(Aku = fa, dia = penghantar makanan/waitress)
Aku: Ni lauk apa?
Dia: Paprik.
Aku: Owh. satu lagi tu lauk apa?
Dia: Juga lauk paprik.
Aku: Rasanya kamu salah antar. tadi saya pesan sambal ayam.
Kemudian dia melihat balik kertas order tersebut, dan mengambil semula lauk tu dan terus ke dapur. dengan berpandukan teknik 'mencuri curi tengok', aku melihat dia bercakap kepada seseorang di dapur, then dia pergi mengambil nasi dan kemudian mengambil lauk yang sama dan dihidangkan dihadapan aku.
pelik lak. tadi kata lauk tu adalah paprik. tetapi tetiba je jadi sambal ayam.
(Aku = fa, dia = penghantar makanan/waitress)
Aku: Ini lauk apa?
Dia: Sambal ayam.
Aku: oo..
demi mengelakkan prasangka negatif..
(Aku = fa, dia = kucai)
Aku: Cai, ko cuba rasa ni lauk aku ni. lain ke dengan lauk ko
Dia: Jap.. slurpp... emm. sama je kot.
Aku: Sama eh.
Dia: Aku punya deria rasa dah rosak. jadi aku tak leh nak bezakan makanan. hehe
aku pon makan je lah. ekceli memang sama pon lauk aku dan kucai dan aku tak de la marah pon. cuma sekadar ingin menulis sesuatu sahaja di blog ini.. hehe
۞
dan ketika aku dan kucai pulang ke rumah, sampai sahaja di depan pintu, kami berpandangan sesama sendiri. damn. masing masing terlupa bawak kunci rumah. disebabkan ego kami tinggi (tidak menggunakan talian hayat walaupon kredit ada beriban riban), kami menggunakan apa sahaja yang ada di luar rumah untuk 'memancing' kunci yang terletak di meja depan umah.
galah dan hanger menjadi pilihan kucai dan aku menggunakan batang penyodok sampah. dengan persefahaman yang tinggi, kami berjaya membuka pintu. hehe..
tapi peristiwa penggalahan dan penghangeran kami ini banyak mengembalikan nostalgia pahit aku, kucai dan rakan rakan seperjuangan di sekolah dahulu. aah. biarlah ia menjadi titik hitam di siri masa dahulu diselibungi dengan terang bulan malam ini..
ps: aku sebenarnya merangka untuk menulis artikel pasal web 2.0, artikel artikel komputer yang telah lama aku karangkan dan artikel mengenai JB. tapi nanti la eh. macam tak menarik je sume tu untuk aku sambung. hehe
۞
maaf. link kat post sebelum ni (lagu estrella - stay) masih tidak dapat dibaiki. leh upload tapi takleh donlod. nah... boleh cuba lagi di sini: http://downthefiles.host.sk/Estrella%20-%20Stay.mp3. right click, pilih Copy Link Location (utk Firefox) ataw Copy Shortcut (utk IE) ataw Copy Link (utk Safari). kemudian paste di address box dan tekan enter guna jari hantu kaki.
last choice. donlod di Rapidshare (klik free, tunggu dua minit dan masukkan abjad yang ada kucing. kalo Happy hour, just pilih je download).
saya orang 1st comment...:)
BalasPadamkorang memang pemalas..adeke tertinggal kunci..ceh..(serupe seperti pergi toilet tapi terlupa bawak kunci)
at least sy takde la takut g tandas. hahhahahaa...
BalasPadam1. tukang masak tu malas masak ayam smbal.. nak tumis makan mase kot.. so dia buat lauk yg same..sbb kalo dah lapa..org takde berkira mane dah..
BalasPadam2. mak aihh.. meja sape tuhhh?
better ada daripada takde...atau dia xdpt imagine sambal ayam tu mcm mana kot...hehehe...
BalasPadamerm, kunci tinggal lagi?? hehehe.....mum sy pun selalu ingatkan pasal kunci ni...
(ala....sy org ke-4 la..)
lawakla bro..penggalahan?sounds interesting..huhu..
BalasPadamlink berjaya! makaseh. susah susah aja. :)
BalasPadamhak hak. agak tinggila ego tersebut. naseb baek tak mengundang yang lebih buruk. ;p
and yeah. gile malas makcik kedai itu.
tz..
BalasPadam1. ye kot. tapi takkan la nak tipu aku macam tipu budak budak. haha
2. err. meje aku kat tingkat atas. hehe
president..
yup. tapi tak best la. dah lama mengidam nak makan lauk sambal... ye la tu tak dapat imagine. haha
biasa lah. kunci umah kami berat giler. (kamu nak jadi orang pertama ke? ;p)
princess liyana..
a'ah. main galah panjang. hahaha ;p
missyizzati..
tak susah pon ;p sori lambat :(
ego kami memang tinggi. kalo ada perkara yang lebih buruk, kami akan tetap mengutamakan ego kami.. hehe
tau tak pe ;p
Korang ni kira rajin la gak, susah susah jer amek galah lah, kayu lah. Hari tu sebelum aku gi Kelantan, aku balik tertak 42 nak amek beg, tapi pintu kunci, aku gi depan balai polis, pastu call call. Cam lahanat, xde org angkat.
BalasPadamHenset aku n min abes bateri. No ko je yg aku hafal. Mase tu dah kul 11am. Padahal flight aku kul 12.05pm. Aku jerit depan rumah, xde org jawab. Last2 aku terajang pintu tu dengan sepenuh hati, terus terbuka. Sory, rosakkan pintu, balik nanti aku repair ok....Gay weng....