I am certain there is too much certainty in the world.
aku telah selamat pulang ke kampung (jumaat lepas) dan selamat pulang semula ke kota (yang kejam) ini semalam. tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada bersama sama keluarga dan menikmati keindahan kawasan desa yang indah lagi permai. dan banyak perkara menarik yang berlaku ketika di kampung, cuma aku rasa better aku simpankan dahulu kerana ketiadaan sumber visual yang dapat aku sisipkan sekali di dalam entri ini.
tahukah kamu bahawa kami di teratak 42 telah mengadakan propoganda kami dengan menempah baju teratak 42? (sila lihat post yazid dan kucai)
Dan sedara aku (Miji) pernah bercakap kat aku:
Mizi: Ko pakai baju ganjil tu kat mana mana sebagai pembawa propoganda Serdang
ya, baju ganjil yang didesign oleh azfar rupanya adalah satu propoganda dari sana. hehe
dan ketika aku menaikki bas dari Melaka Sentral ke kampung aku, aku terlihat propoganda di dalam bas melaka pula..
aku tak tau pulak kat melaka diorang sedang sibuk aktiviti MENCINTAI PAU. pau kacang? pau daging? atau adakah 'PAU' tersebut sebagai sesuatu perkara yang tersembunyi (steganography??) tidak pula aku ketahui. hah!
(sekadar merepek di tengah malam ini)..
۞
ketika aku pulang ke kampung, seperti biasa, aku akan bawak kedua dua hard disk aku, cable IDE-to-USB, pendrive aku dan juga beberapa alatan komputer lain untuk dipasangkan ke komputer adik dan laptop kakak aku sementara aku lepak lepak di kampung.
dan seperti biasalah, pendrive aku tu mengandungi segala dokumen berkaitan dengan research, kerja kerja (workspace) part time aku dan juga beberapa tools. sentiasa buat backup untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. tapi biasanya aku buat backup hari Ahad/Isnin atau ketika pendrive aku tu digunakan untuk menyucikan komputer orang lain daripada serangan virus..
isnin..
aku baru perasan rupanya pendrive aku tu tertinggal di kampung. aku lupa nak amik semalam ketika mengemas. hah. aku lihat balik semua backup di dalam komputer aku, rupanya kali terakhir aku backup adalah isnin minggu lepas. dang! aku call adik aku petang semalam..
Aku: Diah, pendrive angah ada kat ko ke? ko dah balik ke umah sewa ko kan?
Adik: A'ah. ada kat adik ni ha. adik ada kat umah sewa.
Aku: Ko leh tak tolong burnkan semua isi dalam pendrive tu dan bagi kat angah?
Adik: Ok.
Aku: Tapi ko tolong backupkan la sume barang barang dalam tu eh.
Adik: Ok.
Aku: Thanks.
Adik: Ok..
terasa lak aku nape die jawab macam pasif je. pastu mak aku call aku..
Aku: Mak, pendrive angah tertinggal la kat kampung. tapi sekarang ada kat adik.
Mak: Laa. Mak ingatkan ko memang nak bagi kat dia.
Aku: Angah memang nak bagi kat dia. tapi lupa nak amik barang dalam tu. so, ingatkan tak jadi nak bagi dia.
Mak: Adik ko tu dah siap cakap kat mak dah 'Mak, angah bagi pendrive die kat adik~'.
Aku: Ye ke.. hehe
ekceli, aku telah berjanji dengan adik aku untuk memberinya pendrive aku tu kat dia apabila aku pulang ke kampung, janji dua bulan lepas. dia amat sukakan design pendrive aku tu. hehe.. maaf ye adikku kerana menyusahkan mu. tak apa. kamu bagi sahaja angah cd yang dah burn tu, pendrive itu kamu ambil ya :)
nasib baik la tak jadi macam dulu dulu ni. hehe
♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫
Prana. band Prana ni, dah lama gak ada kat malaysia. Albumnya yang bertajuk "Have A Nice Jaywalk" (direleasekan under recording Posse Records) ini telah dipasarkan pada tahun 1999. sekarang diorang sudah mengeluarkan album mereka yang ketiga bertitlekan "Disc 3". sudah lama aku mencari album ni. so, mari sama sama menikmati rentak reggae dari Kuala Lumpur ini :)
Prana - What You Need
jisim ko bertambah tak ni?
BalasPadambanyaknya cerita dalam 1 post...nak komen yg mana 1 ni ye...hmmm...komen pasal pendrive la...nak komen apa ye pasal pendrive...hmm xtau la plak nak komen apa...hurmm...xdapat nak komen la...tapi panjang je komen aku ni ha...heheh
BalasPadamtz..
BalasPadampenimbang berat kat jusco rosak. tak dapat test. haha
abeming..
takpe ;p
maafla..incek ganjil..selalu betray janji... :C
BalasPadamTau takpe. Tak tahu nak komen yang mana satu. Tapi,tetap nak komen. nak komen. nak komen. Tapi no commentla:p. Jangan marah bro:p
BalasPadampendosa yang selalu mungkir janji..
BalasPadamlain kali jangan buat lagi k.
pricess liyana..
haha. tak pe. tak perlu komen pon tak pe ;p
bro, t shirt "ganjil" tu lawa la design..boley tempah?hehe
BalasPadamp/s: akhirnya i jumpe benda untuk dikomen:p
dah abis lor. yang i tau, ade 30 helai je kat dunia ni. sorry ye. hehe
BalasPadamps: sesusah je korang nak carik point. haha
tapi t-shirt teratak ada 11 sahaja kat dunia. lagi hebat lor
BalasPadambeklah...insya Allah..lenkali tak nyusahkan kamu lagi...soryy
BalasPadam