Jumaat, 12 Jun 2009

Oren

ini cerita hari selasa yang lepas..

Malam sebelumnya, seperti biasa, aku tidur dalam pukul 2 lebih pagi. biasalah, student.. apa kira. tapi sayangnya pukul 4.45 pagi aku terbangun kerana di belakang bilik aku ade kucing bergaduh besar. di hadapan rumah pula terdengar kucing jantan mana tah tengah menggatal mengiau ngiau.. dan beberapa ketika kemudian, ada bunyi anjing menyalak. hampeh betul..

dan di sebabkan dah awal camni aku terbangun, ada baiknya sekiranya aku tunggu sahaja sehingga Subuh dan kemudian terus ke fakulti..

۞

owh.. mungkin ada antara kamu semua yang tidak tahu. semasa kami pindah di Teratak 76, kami juga membawa kucing kucing kami. Si Putih (betina) dan anak - anaknya iaitu Si Oren (jantan) dan Si Twoface (juga jantan). adapun, kedua - dua ekor anak kucing ini sangatlah pendiam kucingnya. tidak banyak bunyi. senang sedikit mahu menjaganya..


(dari atas ke bawah), Si Putih, Si Twoface dan Si Oren


namun Si Putih tu dah takde. pulang ke Teratak 42 rasanya. tak apalah, lagi pun Si Putih memang berasal dari sana. cuma anak - anaknya nampak bergumbira di rumah baru ini..

۞

kembali kepada cerita sebelum ini.. pulang sahaja di fakulti dan tiba di Teratak 76, aku mencari - cari Si Twoface dan Si Oren. pelik. selalunya dioranglah yang menyambut ketibaan aku.. tak apalah. aku masuk kembali ke Teratak 76..

sekali lagi rasa tidak selesa. ciss! aku keluar semula rumah dan memanggil "Orennnn... Twofaceeee...."..

lega sedikit. kelihatan kelibat si oren yang sedang melintas jalan.. tapi.. apa yang merah merah di mulutnya itu ya? aku fikir, mesti Si Oren ni tengah kerjakan tikus sebentar tadi..

Si Oren datang ke aku. aku makin risau. Si Oren yang pendiam itu mengiau ngiau. laparkah Si Oren? apa yang dia mahu?

merah merah di mulut Si Oren itu sememangnya darah. tapi.. darah itu keluarnya dari mulut dan hidung si Oren!! Ya Allah. apa yang dah jadi?? kelam kabut aku masuk semula ke rumah dan mengoyakkan tuala aku. aku mahu membersihkan darah di mulunya, tapi Si Oren cuba melarikan diri.. segera aku menangkapnya balik.

aku teringat! kucai!! aku menalifon kucai, meminta dia cepat balik. kucai kata dia kat Taman Daya lagi, baru on the way nak balik.. ahhh.. lambat sangat. aku menalifon pula Cik Lin.. datang cepat. tolong aku bawak Si Oren pergi klinik.. aku tak sanggup lihat Si Oren sebegini. dan aku melihat air matanya berwarna pink. sudah tentu itu air matanya dan darah yang terkeluar..

mana diorang ni?

mungkin kerana Si Oren tidak tahan, dia melarikan diri dari aku. dan time tu pulak la kucing rumah sebelah tetiba melompat kat Si Oren. bergaduh. celake betul.. dan Si Oren terus melarikan diri..

sayangnya aku tak dapat mencari Si Oren kembali.. walaupun Kucai dan Lin turut membantu mencari, tapi apa kan daya.. tidak berjumpa juga..

۞

aku ceritakan pada ibuku. katanya kalau dah hidung berdarah tu, memang sah la kene racun. aku cakap kat ibu, Si Oren tu dah lari, tak dapat tangkap.. ibuku berkata "kucing kalau dah nazak sangat, die pergi jauh jauh. die tak nak mati depan tuannya".. sedihnyee..

kalaulah aku ni berhati keras dan mengetahui yang dia sedang nazak, mahu sahaja aku pancung kepalanya, supaya dia tidak sengsara.. tapi.. sape beb yang boleh buat camtu..

dan sekarang ni, kasehan aku melihat Si Twoface. dia pon sudah menjadi makin peramah. mengiau sana sini. dan semakin manja.. aihh..

ps:
19. sudah 3 hari. masih lagi tidak ketemui..
20. kalau mahu, lihat gambar oren mase tu di sini..
21. sebenarnya dahulu aku tak beberapa suka sangat kucing. tapi disebakan ade sorang budak ni suke sangat kucing, aku pon terpengaruh..

16 ulasan:

  1. i saw the pic.
    ohmy, betul ke kena racun. how sad =(

    BalasPadam
  2. berdasarkan apa yang ibu dan rakan rakan sebaya, diorang kata kalo camtu memang kene racun atau termakan racun..

    itu lah.. sedihnye.. ;(

    BalasPadam
  3. kucai kat taman daya tengok hoki larr teww.. uhuhu

    BalasPadam
  4. Awhhh ... takut nak nengok gambar tuu ... Belum balik lagi ek?

    BalasPadam
  5. ok. jangan la tengok..

    balik dari mana eh

    BalasPadam
  6. erk..okay. gamba yang terpapar adalah sangat besar maka tengok kejap je. ngilu.. masa ambil gambar, die tak lari2 ke?

    kena racun kat mana yeh agak2? masa korek2 sampah ke? siannye..

    BalasPadam
  7. mase ambik gambar tu die tak lari. die dok kat tepi tu je. mase nak lap darah die tu, baru die lari.

    tak tau la. mungkin gak sbb rumput kat depan rumah tu ke..

    BalasPadam
  8. cian nye si Oren tu..hOpefully dea kembali semula.jgn sedey2 ye.

    BalasPadam
  9. biasanya kucing kalau nak mati, dia akan pi jauh2 dari rumah tuannya
    anyway, harap oren ok la...dan akan kembali

    BalasPadam
  10. kesiannya...harap2 oren x mati....

    fa, anda ditag

    BalasPadam
  11. aduii..aku pantang la dgr kisah kesensaraan kucing ni..tolong la cari dia..mungkin dia sedang sakit kuat itu..

    BalasPadam
  12. hazali..
    ya lah. semoga begitulah..

    president..
    yup. sy buat lain kali la eh.. hehe

    johari..
    puas dah joe aku g cari die. itulah. risau pon ada gak..

    BalasPadam
  13. saye time tu nak terberak..cemas bila awak call kata meow awak cedera.terus takde feel dan bergegas ke rumah awak.nasib si oren pulang jua.syukur.maaf la saye de bagi negatif thought tentang kemungkinan oren dah tiada bila oren x pulang2 beberapa hari.

    BalasPadam
  14. ya.. tak pa. terima kaseh sangat kerana sudi membantu.. it's ok. sy pon terfikir camtu. tapi seb baik gak la oren selamat :D

    BalasPadam

terima kaseh :)