Halaman

Khamis, 18 Jun 2009

Oren (2)

ini cerita hari selasa yang lepas..

Malam sebelumnya, tidak seperti biasa, aku pulang dari fakulti pukul 10 malam. biasalah, student.. nak kene anta thesis cepat. tapi sayangnya aku terasa terlampau penat. baru aku tau rasanya macam mana istilah orang berkata 'kerja bagai nak mati'. hampeh betul..

dan tiba sahaja di rumah, kelihatan Si Twoface sedang menanti. mengiau - ngiau. alahai..

۞

owh.. mungkin ada antara kamu semua yang tidak tahu (kalau kamu tidak baca entri sebelum ini). Si Oren minggu lepas telah tercedera, dan melarikan diri sambil berdarah - darah hidung, mulutnya dan matanya. adapun, selepas kejadian itu, Si Twoface pula tetiba menjadi sangat peramah kucingnya. banyak bunyi. rindu adiknya/abangnya kot..


(dari atas ke bawah), Si Putih, Si Twoface dan Si Oren

namun Si Oren tu dah takde. ramai yang berkata dia mungkin sudah meninggal dunia. tak mo. aku bukannya jenis cepat mengalah dalam bab bab ni. atau mungkin cuma tidak dapat menerima hakikat..

۞

kembali kepada cerita sebelum ini.. pulang sahaja dari fakulti dan tiba di Teratak 76, aku mencari - cari Si Twoface. dia datang ke kaki aku. semenjak Si Oren tiada, aku mula terasa sunyi, kecuali suara Si Twoface sahaja.. tak apalah. aku masuk kembali ke Teratak 76..

sekali lagi rasa kesunyian. ciss! aku keluar semula rumah dan berborak sama Si Twoface "hei.. mana adek ko? mana Si Oren? ko tak pergi cari ke.."

Si Twoface hanya mengiau - ngiau sahaja. tak paham. hehe.. tak apalah. aku kembali ke katil, mengenangkan nasib Si Oren (dan mungkin nasibku sebentar tadi ;p)

Malam itu aku tidak dapat tdo. tdo dua jam, kemudian terbangun pula pukul 3 lebih. pelik. kelihatan Panjang juga terbangun, dan Kucai juga terbangun. apa pasal korang tak boleh tdo? lapar kah?

anyhow, diorang mesti ada good reason punya (sebab diorang ni dah bekerja, jarang nampak diorang bangun awal - awal pagi camni). Panjang keluar, mahu mengeteh (minum teh) katanya. Kucai kembali ke kamarnya. dan aku pula, mahu tidur.. tetiba aku terdengar Panjang memanggil aku dari luar rumah. dengan segera, aku pergi ke grill pintu (berkunci lor)..

Oren! menjerit aku setelah terlihat kelibatnya. Alhamdulillah, Si Oren hidup lagi. aku teringat Kucai! aku panggil Kucai.. "Kucai, Oren dah balik". terus terbangun kucai dan bergegas ke grill pintu. "cepat Kucai, bukak pintu grill ni".. aku tak sanggup lihat Si Oren sebegini. dan aku melihat badannya sangat kotor dan berbau agak busuk. sudah tentu (agaknya la) dia lari menyorok di mana - mana..

mana engko pergi?

mungkin kerana Si Oren terlalu letih, dia hanya berjalan perlahan sahaja. kurang stamina. aku dan Kucai cepat - cepat memberikan air minuman kepadanya (letak dalam bekas) dan letak sedikit makanan. habis satu bekas air tu, aku isi lagi skali (di campur dengan air mineral Kucai). haus sangat la tu..

sayangnya aku tak tau apa yang terjadi pada Si Oren dalam masa seminggu ni.. walaupun puas kami mencari, tapi apa kan daya.. tidak berjumpa juga.. tapi bersyukur juga akhirnya dia pulang juga ke sini.

sekarang ni, Si Oren juga menjadi peramah pula, dan Si Twoface mula menjadi pendiam. aku sedar seolah - olah Si Twoface macam tak puas hati ada 'kucing baru' yang disayangi di rumah ini. sebab Si Twoface macam tak kenal dah Si Oren ni. mungkin sebab Si Oren ni seminggu main kat longkang (???) atau mungkin aku perasan je. tapi logik la.. sape yang suke berkongsi kaseh? sangatnya pedih..

۞

aku ceritakan pada ibuku. katanya kalau dah macam tu, mungkin Si Twoface jeles.. ibuku berkata "kucing ko tu jeles tu ngah. haha". ye kot ;p

ps:
22. sudah 3 hari. Si Oren maseh kelihatan biasa sahaja. baguslah. semoga tiada apa apa perkara buruk yang berlaku lagi..
23. kalau mahu, lihat gambar oren mase tu di sini..
24. sebenarnya dahulu aku tak beberapa suka sangat kucing. tapi disebakan ade sorang budak ni suke sangat kucing, aku pon terpengaruh.. aku agak je die suke kucing sebab gambar friendster die banyak gambar kucing dan die suke bercerita pasal kucing die ;p
25. terima kaseh kepada kamu yang memberi moral support sebelum ini :)
26. ha. call this lazy, dejavu or what-so-ever. aku memang asalnya copy paste dari entri sebelum ini. saje saje je..
27. gambar yang ade tiga ekor kucing tu sebenarnya lain dari gambar yang ada panda entri sebelum ini.. tak caya, perati betul - betul metadata/EXIF gambar tu (wikipedia)

17 ulasan:

  1. ada pasang lagu yg mendayu2? baru dramatic sket..haha~
    anyway, syukur la oren dah pulang... =D

    BalasPadam
  2. tak nak bawak oren pegi klinik ke? mane tau. nak bagi die sehat betul2.. hehe

    nway, tahniah oren sudah balik. :)

    BalasPadam
  3. sehubungan itu, bahgikanlah kaseh syg antara meka dengan sama rata

    BalasPadam
  4. President..
    ada. pasang lagu tu dalam hati :D :D
    yup. syukran ;)

    izzati..
    so far tgk die ok je. kalo rasa macam something lain macam je, sy bawak die ke klinik.. tapi mesti Si Twoface nak ikut gak. pengsan sy nak bawak due ekor kucing naik moto

    circleinspoon..
    aku tau la ko pakar bab bahagi kaseh syg ni. baiklah. aku akan coba :D

    BalasPadam
  5. ahaha...jeles sungguh twoface. bawakla dua-dua. aja meka duk diam2 dalam moto. hehe

    BalasPadam
  6. pasni jaga oren elok2 la
    biar oren gumbira

    BalasPadam
  7. yup. sebelum ni diorang tak leh masuk rumah, skrg ni bagi je diorang g mane diorang nak. bagi apa yg rasa leh buat mereka bergembira ;)

    weh.. gimme ur blog address. nak baca gak blog ko..

    BalasPadam
  8. ouch

    sedihnya kisah oren sepertimana kisah betik

    BalasPadam
  9. itulah. apalah nasib Si Betik itu sekarang..

    Si Putih pon dah tak nampak lagi. kadang2 mencari2 juga di Teratak 42 dan Teratak 45 (rumah depan). juga tiada ;(

    BalasPadam
  10. Alahai! Geram nya tengok si oren dengan twoface tu. Lepas baca kisah mereka berdua ni, saya dah tanamkan azam untuk jaga satu keluarga kucing yg ada kat hostel tu. Ngeeee.

    BalasPadam
  11. hmm..selamat kembali Oren..sile ceriakan kembali tuan anda ini..hikhik

    BalasPadam
  12. ya.. suratan atau kebetulan.. aku tengok rahang si oren mengenangkan aku kepada si betik.. walaupun tiada baka betik.. aku nak jaga si oren elok-elok.. sejak oren ada.. hanya oren aje yang setia meneman aku menunggu bos di hadapan rumah.. putih(two face) kembali datang apabila terdengar bunyi kunci.. kembali ke sifat asalmu putih(two face)

    BalasPadam
  13. atiqah..
    aha. bagus. bela la kucing. dahulu, Kucai ada gak bela kucing (Si Betik) kat KTDI. boleh je kot (except asyik kene sound je.. hehe)..

    intan.dayana..
    mekaceh. ya.. Si Oren sudah kembali menjadi peneman setia tuan - tuannya. hehe

    betikbusuk..
    itulah pasal. aku rase la kan Cai, pasni Si Oren dgn Si Twoface tu leh jadi boroi seperti mana Si Betik. hehe.. aku lak, Si Oren tunggu aku pergi keje, dan Si Oren juga yang akan menunggu aku pulang. Si Twoface macam tak friendly user je dgn aku (kecuali time Si Oren dah takde)..

    BalasPadam
  14. huhu wah!care sungguh bro pd si oren ek..bgus2..sikap bgitula yg kita mahu..huhuhu;)

    BalasPadam

terima kaseh :)