Jumaat, 30 Januari 2009

wii

22 comments

gerhana. gambar ditangkap oleh suadara kucai dengan teknik cermin matanya dibalut dengan cassette menggunakan Cybershot W90, ketika berada di Kluang. ketika ini, dipercayai ramai Heroes akan kehilangan kuasanya!


minggu lepas, aku bercadang nak beli broadband disebabkan internet free kat sini seperti hidup takmo, mati taknak.. amatnya susah nak decide nak beli atau tak. banyak sangat fikir PMI, C&S sampai tak tau nak beli atau tidak. sudahnya, aku just flip a coin. head yes, tail no. and it come out head! so, broadband it is.

aku beli huawei E156. RM299 percuma 2Gb micro sd. search kat lelong dan ebay, yes! memang harga ni lagi murah dari lelong dan ebay. hehee. plus, yang buat aku suke sebab die ade socket untuk external aerial. yeay!


interface untuk huawei e156. best giler


yang menjadi masalah kedua pulak, nak pilih ISP (internet service provider) yang mana pula yang paling sesuai.. ask a google!

+ digi
sux. berpandukan kelajuan EDGE yang seperti kura kura, sudah tentu terasa sangatnya sux even untuk bukak email. tapi yang bagusnye internet connection die adalah stabil. (mindset masyarakat kita: barang oversea mesti lagi bagus).

+ celcom
sux more. disebabkan kucai pakai celcom broadband, aku selalu dengar keluhan kucai. secure http (HTTPS) tak boleh pakai la. selalu connection terputus la. limited bandwith 5Gb/month. haih. https tu penting beb. nak bukak email, nak carik paper paper penting.. arrgghhh!

+ maxis
sucker. (also known as penyedut duit). terlalu banyak hidden cost. tengok sajalah line telefon yang die bekalkan. guna blok 1 minit. damn. mahal gila. telefon 1 saat tapi still kene bayar untuk satu minit. plus, limited bandwith 3Gb/month. kalo pakai lebih, kene bayar. dammit.

+ p1 wimax
loser. tak sampai taman universiti lagi. siap dealer die cakap, "nanti akan sampai jugak ke taman universiti. better awak beli dahulu sekarang sementara ada promotion". kemudian aku bertanya, "masih kene bayar ke walaupon coverage tak sampai lagi?".. die menjawab, "a'ah". damnn.. plus, abeming pernah mengadu kat kucai, kata p1 Wimax kat tempat die disconnect 60 kali sehari. hah!

+ streamyx
'bagus'. tapi kontrak 1 tahun and still wired. lol. susah la kalo balik kampung tak dapat main ym. hehee.. lagi pon macam tak pasti je nak dok sini lagi setahun. pasni nak balik kampung, nak menganggur kat kampung lak :p (kawan aku nak tukar tempat streamyx, makan masa sampai 5 bulan jugak. shit. bayar 5 bulan for nothing).. aku pentingkan portability beb. lagi pon ape aku nak buat dengan e156 aku tu. nak cucuk kat tuuuuttt?

setelah berborak dengan tokey kedai tu, akhirnya aku mengalah, daftar sahaja bersama celcom broadband hari selasa minggu lepas.

akhirnya! goodbye wifi free kat umah aku. it's been a long~~ time. babai~~




۞ (cerita cerita picisan)

semasa mahu mendaftar tu, ramai lah orang yang ada sekali kat kaunter tu. aku kene menyerahkan IC aku untuk die check sama ada aku black list atau tak. kemudian die bagi IC aku tu kepada pekerja die untuk die fotostate. setelah selesai, die serahkan IC aku tu kepada seorang mamat India blakang aku. aku pon pelik. budak tu berkata: "nah IC kamu". hah. itu IC aku la. bukan IC die. aku tau la aku ni gelap, gambar IC aku tu lagi gelap dan nickname aku 'raju'. melampau la lawak ko tu.

۞

setelah 3 hari daftar celcom, masih lagi belum ada connection. shit. pasang adapter wifi aku, dang! ade plak internet free nih. tapi tak sia sia gak aku beli broadband. 3 hari je leh pakai internet free tu. pastu aku pakai la aku punye broadband. hehehe

۞

yeay. mase tu aku pergi beli skali keyboard dan mouse wireless! pasni leh surfing sambil baring baring. hehe

۞

disebabkan bandwith limited kepada 5Gb/month, so aku menjadi makin kedekut. tak leh nak bukak website berat berat. blog orang lain pon aku tak komen sangat. just bukak, baca kejap dan tutup cepat cepat sebelum die abis load. hehe

۞

aku mahu pulang ke kampung esok. doakan aku selamat pergi dan pulang ;) dan doakan supaya leh pakai celcom 3G kat kampung aku (walaupon aku tau memang takde).

۞

taniah kepada mereka mereka yang bertunang bulan ni dan yang berkahwin bulan januari ni..

* title entri ini di ambil dari nintendo wii, yang terkenal disebabkan wiimote die (wireless), walaupon entri ini takde kaitan dengan nintendo wii.

Sabtu, 17 Januari 2009

مرحبا

14 comments


there's nothing more fresher then wake up in the morning, feel the cold breeze, a cup of milo and surfing with naked cpu... ahhh.. brisk!

۞

quick story:

welcome to blogsphere for these people:

+ fafa: kawan baik aku. tak tau blog dia pasal apa. hahaa [Bitter Sweet anyone??]

+ Teratak61: cerita mengenai aktiviti penduduk di teratak 61, iaitu Jay Em, Fazrol dan Mat Z [Teratak 61]

+ Fazdi: aku rase die ni nak test main main blog je kot. fazrol kate die buat blog semate mate nak tunjuk cara nak buat blog kat teratak 61. hehehee [life as a fazd|]

dan selamat kembali kepada johari [sKeLEtON cOfFeE] :p

ps: ekceli nak cite pasal bende lain, tapi nanti nanti lah. saje nak post something kat sini gune pc cik اني (pc yang kat dalam gambar atas tu). hehehe

Sabtu, 3 Januari 2009

kosong 2

12 comments
this is another weekends story..


....
...
..


actually, takde cerita pon. biasanya hujung minggu camni akan pergi melepak dengan cik اني. tapi disebabkan aku dah pergi celebrate birthday die kat tepi longkang jiran rumah die, so, tunggu je la minggu depan untuk jumpe die lagi skali.. hehe (lagi cerita dari perspektif اني di blog die).

eh lupa nak umumkan. cik اني ade blog baru. hehe.. pastu die pon ade kerete baru. myvi warne itam. no plet, MBS (1000 * a + 100 * (a + 3) + 10 * a + a + 2). ha. kira sendirik.. hehe

dan..

kali ni rumah dah takde internet. tak bestnye. menulis entri ini pon di atas talian dan pc hak milik tuan betik. jadi tak dapat lah nak follow up korang punye blog selalu :(

serta..

dua ekor anak kucing si putih dah ilang. salah satunya rasanya dah mati, kitorang (aku, kucai dan fitri) nampak badannya lembik sahaja. kene langgar kereta rasanya. namanya si batman. sedihnya..

emm.. ada yang datang, dan ada yang pergi. sama seperti tahun lepas...